Teks Mc Teks Pengacara Majlis Ramah Mesra Dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan
Assalamualaikum semua.
Bulan Ramadhan yang lalu aku diberi peluang untuk menjadi pengacara majlis ramah mesra yang diadakan di masjid kawasan taman tempat aku. Sebenarnya lama aku tak menjadi mc dalam apa-apa juga acara majlis. Jadi, boleh la aku tunjuk skill pada kawan-kawan aku. Sebelum majlis bermula, aku sediakan teks mc yang akan aku gunakan semasa masjil berlangsung nanti.
MC of the dayMari aku kongsikan teks mc yang aku gunakan dalam majlis ni. Semoga bermanfaat ya.
Baca juga : Cara Mudah Dan Kreatif Simpan Duit Dalam Tabung
Program: Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota.
Tempat: Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh, Kuantan
Masa: 3.45 PM
Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bula n Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota
Masa
Perkara
Remarks
3.45 PM
4.00 PM
4.12 PM
Kehadiran para tetamu
Kehadiran YB & Datin
Solat Asar Berjamaah
4.45 PM
Ucapan alu-aluan pengacara majlis
Para hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatuallahi wabarakatuh
Yang Berhormat
Dato’ Saifuddin Bin Abdullah.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap
Ahli Parlimen Indera Mahkota.
Yang Berbahagia
Datin Norlin Binti Shamsul Bahri.
Yang Berusaha,
En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh.
Yang Dikasihi,
En. Shamsudin Bin Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh.
Para Imam dam Pengerusi Masjid dalam Kawasan Indra Mahkota.
Para penerima sumbangan,
Jawatan kuasa KRT Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh
Barisan AJK Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid
Serta hadirin-hadirat sekalian.
Mekar mewangi bunga Cempaka,
Sayang harumnya memukau sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.
Terlebih dahulu marilah kita mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini dalam Majlis Ramah Mesra dan Sumbangan Sempena Bulan Ramadhan kepada Masjid-masjid Dalam Kawasan Parlimen Indera Mahkota.
Selamat datang ke Masjid An-Nur Taman Datp’ Abdul Rashid dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tetamu Jemputan dan hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke majlis ini.
Terutamanya, kepada YB Dato’ Saifuddin Bin Abdullah berserta isteri. Khabarnya dato’ tidak begitu sihat, tetapi demi komitmen yang digalas, beliau sudi Bersama kita pada petang ini. Alhamdulillah.
Semoga usaha kita semua diberkati Allah. Insha Allah
Bacaan Doa
Petik Kenanga indah disemat,
Gubahan di olah bawa berangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan. Oleh itu, majlis dengan ini mempersilakan ___________________________________________ untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*Bacaan doa
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ________________________________________________ atas bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis kita pada hari ini, berjalan dengan lancar dan dilimpahi berkat.
Ucapan Pengerusi Masjid
Sidang hadirin sekalian,
Adat berbahasa menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan ucapan,
Tanpa membuang masa, majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha,
En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof – Pengerusi Masjid An-Nur Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh untuk memberikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*ucapan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Yusmahaizad Bin Mat Yusof, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan Pengerusi KRT, Taman Dato’ Abdul Rashid Salleh
Sidang hadirin sekalian,
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan,
Yang Dikasihi,
En. Shamsudin Bin Abu Bakar – Pengerusi KRT Taman Dato’ Rashid Salleh untuk menyampaikan.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
*ucapan
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Shamsudin Bin Abu Bakar, atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Penyampaian Sumbangan Wang Tunai kepada 27 Keluarga B40
Kini tibalah masanya penyampaian sumbangan kepada keluarga B40. Sumbangan ini merupakan sebakul makanan dan juga wang tunai. Jadi, saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Saifuddin Bin Abdullah untuk menyerahkan sumbangan dibantu oleh petugas-petugas yang ada.
Penyerahan Kurma kepada Imam-imam
Kini, sekali lagi saya mempersilakan Yang Berhormat Dato’ untuk menyampaikan kurma dan juga bantuan wang tunai kepada imam-imam dan juga wakil-wakil masjid dalam Kawasan parlimen Indra Mahkota dibantu oleh pertugas-petugas yang ada.
Majlis dengan ini dipersilakan.
Dengan berakhirnya penyerahan sumbangan kepada imam-iman dan wakil-wakil masjid dalam Kawasan Indra Mahkota, maka berakhirlah program kita program kita pada petang ini.
Sebelum saya mengundur diri, sekali lagi saya megucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi hadir untuk Bersama-sama dalam masjlid pada petang ini.
Saya juga mewakili barisan AJK Masjid An-Nur dan juga KRT Taman Dato’ Abdul Rashid menyusun 10 jari memohon ribuan kemaafan kepada semua sekiranya ada kekurangan sepanjang program ini berjalan.
Jadi, selepas ini, saya mejemput para hadirin dibantu oleh petugas-petugas yang ada untuk sesi bergambar sebelum kita teruskan dengan acara jamuan ringkas.
Sekian sahaja dari saya
Wabillahitafiqwalhidayah
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Itulah teks mc yang aku gunakan dalam majlis ni. Semoga rangka teks pengacara majlis ini bermanfaat untuk korang semua.
Sekian,
With love
-Papaglamz-
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.papaglamz.com/2021/09/teks-mc-teks-pengacara-majlis-ramah.html