Kuey Teow Goreng



Antara aktiviti rutin saya setiap petang sebaik tiba di rumah ialah memberi ikan ikan makan. Sungguh seronok dan memberi ketenangan bila melihat ikan ikan yang berenang renang. Ikan kelah yang dibeli sebesar ikan bilis dulu kini telah besar. Ada yang sebesar saiz betis orang dewasa. 

Yang paling saya seronok ialah bila ikan kelah saya telah beranak. Ada 11 ekor anak ikan kelah yang kini sebesar satu jari. Ikan kelah susah hendak beranak kerana ia memerlukan persekitaran semulajadi iaitu air sungai mengalir dengan permukaan berbatu batu. Jadi bila ia beranak di kolam saya, tidak terhingga kegembiraan di hati. Perasaan yang sangat berbeza walaupun saya mampu membeli anak ikan kelah untuk dibela. Setiap hari sebelum masuk ke dalam rumah, saya akan singgah melihat perkembangannya. 

Manakala ikan koi pula, kali ini hanya ada 9 ekor sahaja ikan koi baka yang diimport dari Jepun. Ikannya lebih cantik, badan yang lonjong dan warna yang lebih terang. Kalau ikutkan semua saya mahu beli ikan koi Jepun tapi Hubby dan Boy mencadangkan supaya beli ikan koi biasa sahaja. Maklum dulu hampir 40 ekor ikan koi Jepun saya mati kerana diserang oleh biawak. 

Sebetulnya kita perlu mencari aktiviti atau hobi yang boleh memberi ketenangan pada kita. Selain itu, Hubby juga setiap petang akan membersihkan daun daun yang berguguran dari pokok MBPJ yang berterbangan jatuh ke dalam kolam kami. Aktiviti seperti ini seolah melakukan aktiviti riadah dan exercise. Setiap petang, kami akan berada di kawasan laman bersama Rizky yang setia menemani.  OK sekarang kita masuk bab masakan pula iaitu kuey teow.

Antara banyak banyak masakan yang saya tak berapa mahir adalah kuey teow. Bukan sahaja saya tak mahir tapi saya pun tak suka makan. Malahan saya kenal kuey teow pun hanya ketika di universiti. Setiap kali turun ke gerai makan di kolej ketiga dengan Hubby yang ketika itu, boyfriend, dia akan order kuey teow goreng. Saya tak pernah tengok pun kuey teow ketika di kampung dahulu.  

Cuma kebelakangan ini, saya bolehlah makan kuey teow goreng yang digoreng kering kering ala chinese style. Kalau yang basah macam char kuey teow tu memang saya tak suka. Selain digoreng, beberapa minggu lepas saya mula belajar makan kuey teow Kung Fu. Hmm sedap juga rasanya. 
Saya hari ini membuat kuey teow goreng menggunakan kuey teow jenis halus halus yang dikatakan lebih sedap. Merata juga mencari kuey teow jenis ini. Jom layan resepi yang saya gunakan di bawah ini...



Kuey Teow Goreng UdangOleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:3 bungkus kuey teow 7 ulas bawang putih - tumbuk kasar.1 sudu besar cili kering kisarUdang secukupnya1 mangkuk taugeh1 ikat daun kucaiGaram
Bahan sos:2 sudu besar sos tomato2 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap mee2-3 sudu besar kicap manis
Cara cara:Kuey teow dicuci dan asingkan satu persatu lapis supaya ianya senang dikacau rata. 
Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih sehingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar. 
Tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak. Tuang sedikit air dan biarkan sehingga masak dan terbit minyak bagi memastikan cili benar benar garing. Masukkan udang dan kacau rata. 

Kemudian masukkan semua bahan-bahan sos dan kicap. Kacau rata dan sesuaikan rasa. 


Kemudian masukkan kuey teow dan gaul rata. Ketepikan sedikit kuey teow, tuang telur dan biarkan sehingga sedikit mengeras, baru dikacau supaya telur berketul kasar. Kacau kuey teow dengan telur. 
Akhir sekali, masukkan daun kucai dan taugeh. Kacau rata. Boleh tambah kicap jika mahu warna yang lebih gelap. 


Kacau sehingga sebati semua. Kalau tak gelap boleh masukkan lagi kicap manis. 

Semasa dihidangkan, tabur sedikit cili merah yang dihiris dan bawang goreng. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/08/kuey-teow-goreng.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepah Goreng Salut Tepung Crispy Dan Pedas

Kepah Goreng Salut Tepung Crispy Dan Pedas

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 718 hits
Resepi kepah Resep kerang kijing air tawar Kepah goreng salut tepung yang sangat rangup dan sedap Orang sini panggil tiram sungai Tapi bentuknya seperti kepah So i panggil kepah la Beli kat Pasar Malam Bintulu 1kg RM5 Kepah besar agak liat ...
Roti Sardin Goreng Menu Sarapan Pagi Anak Anak

Roti Sardin Goreng Menu Sarapan Pagi Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1000 hits
Resepi roti sardin viral Resep roti sarden Ada roti banyak idea nak buat masak apa Salah satunya roti sardin telur Sedap weh Baru je buat beberapa hari lepas Untuk menu sarapan pagi Suami dan anak anak suka sangat makan Tak sampai tengah ha...
Daging Goreng Yang Sangat Sedap

Daging Goreng Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 630 hits
Selera saya simple sahaja Daging goreng atau lauk lauk kampung tetap menjadi pilihan saya Selera anak kampung Saya tak pernah malu malah berbangga kerana dilahir dan dibesarkan di kampung yang penuh sederhana Kami tidak punya kereta hatta m...
Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 443 hits
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng Kalau belum lagi wajib cuba sebab sedang sangat kalau makan panas panas memang rangup dan garing Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik Kalau makan kat kedai bebelas ringgit sat...
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng Rm1 Selayang

Ayam Goreng Macho Ayam Goreng Rm1 Selayang

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 1212 hits
Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang l Assalamualaikum Comel je kan nama Ayam Goreng Macho Ayam Goreng RM1 Selayang ni kan Tapi disebabkan nama dan harga yang dijual tu ayam goreng ni popular tau kat sini Sebut je ayam macho semua ora...
Wantan Goreng Isi Ketam Super Senang Lipat Elok Elok Barulah Comel Jadinya

Wantan Goreng Isi Ketam Super Senang Lipat Elok Elok Barulah Comel Jadinya

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 730 hits
Nak cepat buat wantan goreng ni beli aje yang dah siap kat pasaraya tu Tengok dan semak tanda halalnya Nak lipat wantan ni memanglah standardnya bentuk bunjut tapi kalau rasa tak pandai bentukkan cara ini boleh aje lipat ikut cara lain ikut...
Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1530 hits
Assalamualaikum semua harini mama nak share Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit yang mama masak untuk berbuka sempena Hari Arafah yang lalu Daging rusa Ni dibeli dengan harga RM 50 sekilo Sedap dimakan dengan nasi panas Mama saja letak banyak ...
Nak Naikkan Berat Anak Cuba Teknik Goreng 2 Kali Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera

Nak Naikkan Berat Anak Cuba Teknik Goreng 2 Kali Makanan Tinggi B12 Tingkatkan Selera

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 413 hits
Apabila bayi kita disahkan underweight atau berat badan di bawah paras yang normal pada carta pertumbuhan kita tentu akan berusaha menaikkan berat badannya Ikuti 7 tip daripada pegawai dietetik ini Amar berumur 12 bulan tetapi berat badanny...
Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia

Misteri Lori Bergerak Tanpa Pemandu

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Sepuluh Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Oleh Pesara Guru

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Rafizi To Revive Reformist Spirit Via Hiruk In Battle Royale Against Nurul Izzah For Pkr S No 2 Post

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


How Virtual Influencers Are Changing The Future Of Brand Marketing

Crescent Residence Banmai A Stunning Example Of Modern Architecture

Tb Among Penang S Top 5 Most Reported Infectious Diseases

Putra Heights Inferno Victims Claim Difficulties In Securing Compensation

Every Supermom Deserves A Super Home And It Is Spelled Hck Capital

Royal Mother S Day Message Honour And Serve Your Mother Every Day