Daging Goreng Yang Sangat Sedap



Selera saya simple sahaja. Daging goreng atau lauk lauk kampung tetap menjadi pilihan saya. Selera anak kampung. Saya tak pernah malu malah berbangga kerana dilahir dan dibesarkan di kampung yang penuh sederhana. Kami tidak punya kereta, hatta motosikal pun tak punya. Hanya berbasikal ke sana sini. 

Saya membesar dengan penuh pengalaman yang banyak memberi pengajaran kepada saya dalam kehidupan pada hari ini. Contohnya, walaupun ada ketika saya sangat berboros dan berani mengambil risiko tapi dalam masa yang sama saya sangat berjimat dalam hidup sehari hari. Berjimat cermat dan memandang masa depan adalah nilai hidup yang saya ambil dari kedua orang tua saya. 


Saya pastikan lampu ditutup, switch ditutup, air paip tidak dibuka besar membazir, bahan masakan seperti minyak masak juga tidak berlebihan. Saya menghargai setiap sen duit hasil titik peluh saya yang Allah kurniakan. Dengan sikap dan cara ini, saya mampu memiliki sendiri rumah dan kereta idaman, tanah serta simpanan untuk diri dan sedikit untuk anak anak. Setiap bulan, pada hari gaji saya akan membayar apa yang perlu dilunaskan, saya akan memperuntukkan sedikit untuk sedekah dan zakat. Selebihnya baru, saya akan menggunakan untuk diri sendiri. Sekarang kita masuk bab korban pula.

Ibadah korban juga adalah suatu ibadah yang sangat dekat dengan keluarga dan masyarakat di mana saya dibesarkan. Hampir setiap tahun, kami sekeluarga akan mengerjakan ibadah korban. Setiap tahun, selepas menyembelih dan menyiang daging untuk ibadah korban, seperti tradisi kami akan mengambil sedikit daging, hati dan limpa untuk digoreng. Jadi sebaik selesai sahaja urusan menyiang daging, kami semua makan nasi secara beramai ramai dengan berlaukkan daging goreng garam kunyit yang sangat sedap. Jadi tidak hairanlah jika lauk ini menjadi lauk kegemaran saya.

Telah beberapa tahun juga saya tidak balik melakukan korban bersama adik beradik. Sebaliknya melakukannya di sini sahaja. Lauk yang mesti saya sediakan pastinya daging goreng. Tapi entah kenapa ianya tidak sesedap daging goreng yang disediakan di rumah kakak. Jadi saya menelefon kakak dan minta tips. 

Katanya daging disatukan dengan semua bahan ketika direbus. Diberitahu juga supaya minyak dimasukkan ketika masih ada air rebusan supaya minyak akan menggoreng bersama dengan air. Jadi daging tidak garing dan kering. Goreng pula hanya sekadar keperangan sedikit sahaja. Jangan terlalu lama kerana daging akan menjadi keras. Haa maka menjadi lah daging goreng saya kali ini.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jangan lupa baca tips yang dikongsikan oleh kakak saya di atas.

Daging Goreng Garam KunyitOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1/2 kg daging 1-2 sudu besar serbuk kunyit1 sudu besar garamSedikit gulaSedikit aji no moto - opsyenal
Bahan lain:1 biji bawang besar Holland2-3 tangkai cili hijau - lebih sedap guna cili solokMinyak masak
Cara cara:Gaul daging dengan semua bahan di atas dan dimasukkan sedikit air. Masak sehingga air hampir kering iaitu masih ada lagi sedikit air. Nota: lebih sedap jika dicampur sekali hati dan limpa.

Tuangkan minyak masak dan kacau  rata rata sehingga sedikit perang. Daging juga jangan digoreng garing. 

Akhir sekali, masukkan cili hijau dan bawang besar, terus tutup api. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/08/daging-goreng-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mee Goreng Bodo2 Yang Sedap

Mee Goreng Bodo2 Yang Sedap

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 678 hits
Asalamualaikum dan salam pagi jumaat penghulu segala hari pagi ni kak rose nak tepek kat sini mee goreng bodo2 yang kak rose masak dua hari lepas walaupun namanya mee goreng bodo bodo tapi memang sedap buat kami anak beranak sendiri masak d...
4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

4 Menu Daging Korban Yang Campak Campak Siap Masak Sedap Sungguh Wei

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 709 hits
Esok dah Aidil Adha ada yang berkira kira nak masak ada dengan daging korban Kalau tengah mencari menu yang ringkas sedap dan cepat dimasak ini RASA kongsikan empat resipi bercita rasa Malaysia yang gerenti tak perlu tunggu dapur lama punya...
Nasi Goreng Udang Sedap

Nasi Goreng Udang Sedap

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 405 hits
Resepi nasi goreng udang sedap dan mudah Resep nasi goreng Kalau kat Sarawak udang kecil dipanggil payak So nasi goreng payak Lama dah payak ni simpan dalam peti ais Dah siap dikopek kulitnya Bila lihat ada nasi lebih hmmmm apa lagi terus m...
Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 1485 hits
Assalamualaikum semua harini mama nak share Resepi Daging Rusa Goreng Kunyit yang mama masak untuk berbuka sempena Hari Arafah yang lalu Daging rusa Ni dibeli dengan harga RM 50 sekilo Sedap dimakan dengan nasi panas Mama saja letak banyak ...
Resepi Nasi Goreng Ringkas Tapi Sedap

Resepi Nasi Goreng Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 654 hits
Resepi Nasi Goreng Bodoh Tapi Sedap Resepi yang admin nak kongsi kali ini amat ringkas iaitu nasi goreng bodoh aje sebab dalam tu tak ada letak apa pun cuma telur dan sikit sayur Resepi ini dibuat sebab anak bujang kecil admin tak suka apa ...
Jemu Menu Daging Ini 4 Menu Sambal Kering Cili Padi Ikan Sungguh Sedap

Jemu Menu Daging Ini 4 Menu Sambal Kering Cili Padi Ikan Sungguh Sedap

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 1167 hits
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan apa sekalipun ia memang sedap dan terbaik Apa lagi kalau dipadankan dengan ikan goreng Cukup asam garamnya memang terangkat sedap biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidan...
Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

Cendawan Inoki Goreng Sedap Rangup Layan Ni Sambil Tengok Tv

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 433 hits
Korang pernah makan Cendawan Inoki Goreng Kalau belum lagi wajib cuba sebab sedang sangat kalau makan panas panas memang rangup dan garing Cecah pulak dengan sos cili atau sos mustard memang terbaik Kalau makan kat kedai bebelas ringgit sat...
Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 1029 hits
Original Content Cara memasak daging goreng kunyit adalah sangat mudah dan cepat Malahan lauk ini sangat versatile dan sedap dimakan walau hanya dengan nasi putih kosong sahaja Di pantai timur terutamanya di Kelantan banyak kedai nasi campu...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn