Program Ambulans Kita Selangor Dilancar Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan


Program Ambulans Kita Selangor Dilancar, Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan
SHAH ALAM, 7 November (Bernama) — Kerajaan Selangor hari ini melancarkan ‘Ambulans Kita Selangor’ (AKS), iaitu inisiatif perkhidmatan mobiliti kesihatan secara percuma kepada penduduk di bawah pentadbiran lima pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak 48 ambulans disediakan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta, bagi memastikan perkhidmatan dan akses kepada rawatan kecemasan lebih cepat dan mudah kepada golongan sasar itu dilaksanakan.
Beliau berkata pelaksanaan program sebagai sebahagian usaha intervensi kerajaan negeri mengatasi isu kelewatan ketibaan ambulans di lokasi kecemasan itu, dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan St John Ambulans Malaysia (SJAM) Selangor yang berperanan sebagai rakan pelaksana utama.
“Sebagai permulaan, program AKS akan dilaksanakan di tiga daerah iaitu Petaling, Kuala Langat dan Kuala Selangor melibatkan lima PBT serta 26 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula dari Ijok sehingga ke Sungai Pelek.
“Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha kita untuk memastikan perkhidmatan mobiliti kesihatan sampai dengan cepat kepada rakyat dengan kualiti servis terbaik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan inisiatif AKS di pekarangan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, yang turut dihadiri Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin hari ini.
Lima kawasan PBT terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.
Inisiatif percuma, bantu golongan kurang berkemampuan Amirudin berkata melalui inisiatif AKS, pesakit akan menikmati perkhidmatan ambulans percuma satu dan dua hala dari rumah ke fasiliti kesihatan awam, sekali gus membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendapatkan pengangkutan ke hospital kerajaan bagi rawatan susulan atau janji temu tanpa kos.
Beliau berkata perkhidmatan AKS disediakan khusus untuk golongan sasar dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi RM5,000 sebulan dan pesakit yang memerlukan bantuan sokongan seperti bekalan oksigen ketika perjalanan ke fasiliti kesihatan atau pesakit terlantar.
“Selain membantu mengurangkan beban tugas petugas fasiliti kesihatan awam, inisiatif AKS juga mampu menjimatkan dan mengurangkan beban golongan sasar, kerana jika mengambil perkhidmatan swasta, kos bagi perkhidmatan ambulan adalah antara RM350 hingga RM600,” katanya.
Amirudin berkata tempoh percubaan pelaksanaan bagi 48 ambulans itu ditetapkan sehingga November tahun hadapan, sebelum kerajaan negeri memutuskan keperluan mempertimbangkan untuk meluaskan inisiatif ini di enam daerah lain selepas itu.
Sebelum ini, Amirudin ketika mengumumkan inisiatif itu semasa membentangkan Belanjawan Selangor tahun lepas dilaporkan berkata komitmen untuk menyediakan perkhidmatan tersebut merupakan antara satu ikhtiar dalam 5 Tekad 5 Tahun, sewaktu menghadapi Pilihan Raya Negeri pada 2023.
Sumber: Bernama
BACA: Ketahui Apa Itu BINGKAS, Inisiatif Sokongan Keluarga Di Selangor
BACA: Vaksin Influenza Percuma Kepada Murid Minggu Hadapan & Exco Selangor
BACA: Hilang Sejak 1 November, Polis Mohon Bantuan Kesan Adik Muhammad Rayqal Naufal
The post Program Ambulans Kita Selangor Dilancar, Tawar Perkhidmatan Mobiliti Kesihatan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/07/program-ambulans-kita-selangor-dilancar-tawar-perkhidmatan-mobiliti-kesihatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

Ambulans Kita Selangor Skop Senarai Hospital Cara Memohon

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 236 hits
Bagi penduduk di Negeri Selangor yang ingin mendapatkan perkhidmatan ambulans ke hospital Kerajaan Negeri Selangor kini memperkenalkan Ambulans Kita Selangor untuk ke hospital yang terpilih Berikut adalah maklumat dan info mengenai perkhidm...
Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

Kerajaan Rancang Jadikan Malaysia Pusat Mobiliti Bakat Serantau Langkah Menuju Kecemerlangan Global

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 238 hits
Kerajaan sedang merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat mobiliti bakat serantau melalui pengumuman insentif baru di bawah rangka kerja ASEAN Business Entity Dalam bahasa yang lebih mudah ini bermakna syarikat syarikat yang beroper...
Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

Musim Haji 2026 Utamakan Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 172 hits
Bismillah Assalamualaikum Cepat benar masa berlalu Hari esok kami di Johor sudah pun memasuki modul ke 6 kursus Haji bagi ibadah haji untuk tahun 2026 Kursus kali ini lebih awal di mulakan dari tahun tahun sebelumnya Saya sudah menunaikan h...
Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

Pesanan Buat Bakal Haji Syarat Kesihatan Baru

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 188 hits
Buat bakal bakal hajisyarat kemampuan semakin sukar dan ketatkena plan dan jaga keaihatan awal bagi melayakkan menunaikan haji Untuk musim Haji 2026 ada beberapa perubahan besar dibuat oleh Kerajaan Saudi 1 Tiada lagi Pusat Rawatan TH akan ...
Keadaan Udara Di New Delhi Krisis Kesihatan Yang Memuncak

Keadaan Udara Di New Delhi Krisis Kesihatan Yang Memuncak

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 152 hits
Keadaan udara di New Delhi kini berada dalam situasi yang sangat kritikal menyebabkan orang ramai turun ke jalan untuk memprotes kerana tidak tahan lagi menghirup asap beracun setiap hari Bacaan Indeks Kualiti Udara mencatatkan antara 300 h...
Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia As Kawal Trump Di Kl Curi Perhatian

Kehadiran Anggota Perkhidmatan Rahsia As Kawal Trump Di Kl Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 168 hits
Berita HarianAnggota pasukan Perkhidmatan Rahsia AS melakukan kawalan keselamatan untuk Trump selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di ibu negara Foto BERNAMAKuala Lumpur Seorang anggota pasukan Perkhi...
Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu Jpa

Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu Jpa

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 191 hits
Semua Urusan Rasmi Perkhidmatan Awam Perlu Guna Bahasa Melayu JPA Jabatan Perkhidmatan Awam menegaskan bahawa sebarang urusan rasmi termasuk aktiviti program atau projek yang dianjur dan diuruskan oleh kerajaan Malaysia perlu menggunakan ba...
Bateri Madani Dilancar Tawar Pilihan Premium Untuk B40 M40

Bateri Madani Dilancar Tawar Pilihan Premium Untuk B40 M40

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 186 hits
Bateri Madani Dilancar Tawar Pilihan Premium Untuk B40 M40 KUALA LUMPUR Syarikat penyedia penyelesaian automotif milik bumiputera Sejamas World Sdn Bhd telah melancarkan bateri kereta bebas penyelenggaraan Bateri Madani yang menawarkan pili...
Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

Gasbee Bawa Nafas Baharu Dalam Perkhidmatan Penghantaran Gas Memasak

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 207 hits
Dunia penghantaran gas memasak kini melangkah ke fasa baharu dengan pelancaran awal aplikasi Gasbee sebuah platform pintar yang menjanjikan pengalaman tempahan gas yang lebih mudah selamat dan efisien Majlis pra pelancaran yang diadakan di ...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Yummy Thin Cut Beef Recipes For Dinner

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan

Indonesia Kenal Pasti 700 Lokasi Harta Karun Potensi Kekayaan Bernilai Besar Menanti