Ujian Menyatukan Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga


Ujian Menyatukan, Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga
Tidak semua kejayaan bermula dengan kisah yang indah, ada sesetengah orang perlu melalui ranjau dan onak duri terlebih dahulu sebelum mampu berdiri teguh.
Yakinlah setiap apa yang berlaku dalam hidup kita adalah rahsia Tuhan, di sebaliknya ada pelbagai hikmah tidak terjangka.
Setiap sakit,tangis, luka dan pilu yang dirasa merupakan satu fasa yang akan diganti dengan fasa yang lebih baik.
Itulah yang dilalui oleh dua wanita hebat yang bangkit memulakan fasa baharu dalam hidup selepas ditimpa ujian. Kisah pengasas Kerepek Lobak Merah Cravia, Noorul Halimin Sabran dan pengasas bersama, Nini Dzuraini Abdullah ini mungkin biasa didengari, namun kecekalan dan semangat mereka yang tidak pernah luntur wajar dicontohi.
Sebelum tercetus idea untuk memulakan bisnes itu, mereka diuji dalam situasi yang seakan sama.
Hikmah di sebalik ujian Bagi Noorul, 43, dunianya terasa seperti terhenti seketika apabila disahkan menghidap penyakit endometriosis. Dia memutuskan untuk berhenti kerja kerana masalah kesihatan itu
Namun dalam masa sama dia masih lagi membanting tulang melakukan bisnes kecilan untuk menampung hidup.
Kredit: Noorul Halimin Sabran “Saya awalnya kerja makan gaji dekat sektor swasta dalam bidang peruncitan dan selepas itu saya ada isu kesihatan yang menyebabkan saya buat keputusan untuk berhenti kerja.
“Selepas berhenti kerja, saya buat kek dan biskut, sebab saya memang suka berniaga. Jadi, bila berhenti kerja, saya nampak kelangsungan hidup adalah dengan berniaga,” katanya.
Disebabkan masalah kesihatan itu juga, dia memutuskan untuk mencipta produk makanan yang sihat, tanpa bahan pengawet.
“Saya dulu suka makan snek dan makanan ringan yang tidak sihat. Bila sudah makin berusia barulah ada penyakit-penyakit yang datang. Jadi, ia menjadi pencetus untuk saya memastikan produk yang dibuat bukan sahaja selamat untuk dimakan tetapi bagi manfaat kepada orang.
“Disebabkan itu, kita bersungguh-sungguh buat R&D kerepek lobak merah dengan gabungan ekstrak stevia,” katanya.
Kredit: Noorul Halimin Sabran Sementara itu, Nini, 55, atau lebih mesra dipanggil Kak Nini pula diuji dengan ahli keluarga yang sakit. Arwah suaminya ketika itu mengalami strok dan berulang-alik masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Manakala, ibunya pula menghidap penyakit kanser usus.
“Suami saya mengalami masalah jangkitan kuman yang masuk dalam kaki. Jadi kaki dia terpaksa dibedah dan akhirnya tidak boleh berjalan.
“Selepas itu, ia juga menjejaskan buah pinggang dan perlu menjalani dialisis. Dalam masa dialisis itu beberapa kali dia diserang strok, jantung berhenti dalam tempoh lima minit dan banyak kali masuk ICU.
“Bila sakit ini sebenarnya kos sangat tinggi, tapi saya berazam minta pada Allah sesusah mana pun saya, jangan jadikan saya sebagai orang yang meminta-minta. Biarlah saya jadi orang yang banyak memberi daripada meminta-minta.
“Perniagaan adalah salah satu cara yang Allah tunjukkan untuk menampung keperluan pada masa itu, keperluan rawatan, perbelanjaan dan lain-lain,” kata Nini.
Gambar: Siakap Keli Cabaran jadi penguat semangat Ketika itu, pada 2016, dia berusaha mencari tempat untuk membangunkan perniagaan muruku.
“Banyak tempat saya pergi termasuk bahagian Kajang dan Bangi tetapi sewa kedai sana semua tinggi-tinggi, sedangkan saya baru nak bermula.
“Selepas itu, bermulalah episod balik kampung, meronda semua tempat tanya orang sana sini. Sampailah saya bertanya kepada pegawai pertanian sama ada dia ada rumah atau bangunan untuk disewa atau tidak.
“Tapi pegawai itu sebut apa kata bangunkan rumah kuarters itu sebagai pusat perniagaan,” katanya yang merujuk kepada kilang di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Gambar: Siakap Keli Gambar: Siakap Keli Arwah suaminya telah meninggal dunia pada Oktober 2019, setahun selepas dia dan Noorul membuat keputusan untuk menjalinkan kerjasama dalam perniagaan kerepek.
Nini dan Noorul sebenarnya sudah berkawan sejak sekian lama dan ujian yang dihadapi mereka menjadi pencetus yang membangkitkan semangat untuk terus berniaga.
“Sebelum kami buat keputusan untuk bekerjasama pada Julai 2018, saya dengan Kak Nini sudah lama kenal. Lebih daripada 10 tahun. Sebab kami berkawan ketika dalam kursus. Kami banyak masuk kursus dengan agensi seperti MARDI dan FAMA.
“Pada Julai 2018 itu Allah izinkan saya untuk besarkan perniagaan dan saya mencari kilang di luar Kuala Lumpur sebab overhead agak rendah berbanding di bandar.
“Kak Nini pada ketika itu ingin kekalkan kilang yang sedia ada di Lenggeng yang tidak dapat diteruskan disebabkan dia jaga arwah suami yang sakit.
“Jadi bila kita berjumpa dan tahu isu yang dialami Kak Nini, saya rasa kami boleh atasi masalah ini, boleh bergerak dengan lebih laju. Tetapi kita kena buat secara sah. Jadi kami bekerjasama dan lahirlah Oishiy Rich Empire,” imbas Noorul kepada SK.
Kredit: Noorul Halimin Sabran Gambar: Siakap Keli Kerjasama tercipta Gabungan dua produk mereka meyakinkan kerjasama tersebut, namun cabaran dihadapi membuatkan mereka menilai semula penghasilan dua produk itu.
“Pada waktu itu saya dengan kerepek lobak merah dan nini dengan muruku. Jadi pada 2018 memang kita ada dua produk. Tetapi, bila ada pelbagai cabaran, kami ingin fokus kepada satu produk sahaja yang paling kuat dan meraih keuntungan iaitu kerepek lobak merah,” katanya.
Menurutnya lagi, R&D kerepek lobak merah ini bermula sejak awal penghasilannya dan ibunya menjadi individu penting yang membantu memberikan idea.
“Mak saya tulang belakang untuk produk ini sebab dia pernah mendapat goodies yang berisi kerepek ubi. Mak saya cakap orang kampung pun dapat buat goodies yang unik.
“Tiba-tiba saya dapat idea untuk membuat kerepek daripada lobak merah. Jadi itulah permulaan macam mana R&D itu berlaku, selepas itu baru kami buat penyelidikan mengenai snek yang ada di pasaran waktu itu. Contoh kalau di pasaran banyak penggunaan MSG, kita tidak mahu pakai,” katanya.
Gambar: Siakap Keli Gambar: Siakap Keli Noorul berkata, penciptaan produk ini juga terhasil melalui motivasi yang ada dalam dirinya untuk menjadi lebih kuat dan memberikan manfaat kepada orang lain.
“Saya sudah mengalami sakit, keluar masuk hospital selama bertahun disebabkan penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak baik. Jadi, saya tidak mahu orang lain turut merasai apa yang saya lalui.
“Jadi orang nampak bukan sekadar snek tetapi juga manfaat darinya. Kali ini orang boleh makan jajan tanpa rasa bersalah. Ibu bapa yang selama ini mungkin mempunyai anak-anak yang tidak makan sayur terutamanya lobak merah, sekarang mereka ada alternatif untuk pujuk anak bermula dengan kerepek Cravia.
“Dengan izin Allah, kami bertahan sehingga ke hari ini. Alhamdulillah, bermula tahun ini kami sudah masuk ke cawangan kedai seperti ST Rosyam Mart Senawang, Kedai Kerepek Paroi, AEON Nilai, Sri Ternak Selayang dan Kedai Nasi Lemak Ikan Sembilang. Insha Allah kita sedikit demi sedikit akan masuk ke cawangan-cawangan runcit yang lain,” ujar Noorul.
BACA JUGA: Bukan Sekadar Cari Untung, 37 Tahun Ayam Bismi Kekal Pegang Prinsip Halalan Toyyiban Di samping itu, Nini pula berkata cabaran yang dihadapi membuatkan mereka lebih kuat untuk terus maju ke hadapan.
“Sebenarnya lebih besar cabaran yang Allah bagi lebih bertekad kita untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik sebab kita ada tanggungjawab pada keluarga, mak ayah dan masyarakat,  jadi cabaran-cabaran itu membuatkan kita lebih kental.
“Bagi saya kita kena reda, bersyukur, bersabar dan menerima setiap ketentuan yang Allah SWT beri. Dengan izin Allah, pasti setiap cabaran disertakan dengan solusi yang terbaik dariNya,” katanya.
Gambar: Siakap Keli Gambar: Siakap Keli Mereka berdua berharap agar kerepek lobak merah itu menjadi antara snek halal pilihan ramai di Malaysia dan juga antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk itu, anda boleh mengikuti Cravia Kerepek Lobak Merah di Tiktok, Instagram dan Facebook.
The post Ujian Menyatukan, Kisah Dua Sahabat Kental Bangunkan Bisnes Demi Keluarga appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/24/ujian-menyatukan-kisah-dua-sahabat-kental-bangunkan-bisnes-demi-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baki Akaun Tinggal Rm17 Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki Pengakhiran Buat Ramai Sebak

Baki Akaun Tinggal Rm17 Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki Pengakhiran Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 143 hits
Baki Akaun Tinggal RM17 Kisah Dua Ayah Berjuang Cari Rezeki Pengakhiran Buat Ramai Sebak Setiap manusia ada ujian hidup yang tersendiri Ada hari terasa begitu berat untuk hidup diteruskan biarpun kaki tetap melangkah menempuh segalanya Ada ...
Dua Pelajar Ipg Mati Lemas Di Setiu

Dua Pelajar Ipg Mati Lemas Di Setiu

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 168 hits
Dua Pelajar IPG Mati Lemas Di Setiu BANDAR PERMAISURI 14 Nov Dua pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail Kuala Nerus ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir di Sungai Dusun Warisan Jalan Pelong dekat Kampung Basong...
Kedah Wanita Bersuami Dua Jheaik Siasat Tiga Individu

Kedah Wanita Bersuami Dua Jheaik Siasat Tiga Individu

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 148 hits
JAMLIAH ABDULLAHALOR SETAR Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah menyiasat seorang wanita yang didakwa mempunyai dua suami dipercayai terlibat dalam beberapa kesalahan syariah negeri ini Pengarahnya Datuk Dr Abd Ghani Zainuddin berkata jabata...
Sarapan Dua Benua Harini

Sarapan Dua Benua Harini

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 225 hits
Sarapan Dua Benua Harini Breakfast apa rini Sejenis ker Dua jenis ker Heee Harini Masuk kerja lambat sikit So sempat breakfast kat rumah dulu Harini sarapan Dua Benua Means Dua makanan berat iaitu bihun Singapore Dan Nasi Goreng Kampung Nyu...
Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

Pm Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 262 hits
PM Anwar Lawat Sabah Dua Hari Bermula Hari Ini KOTA KINABALU 15 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di Tanjung Aru di sini pada 1 45 tengah hari untuk memulakan lawatan...
Umpan Ke Rumah Guru Silat Didakwa Sentuh Dua Anak Murid

Umpan Ke Rumah Guru Silat Didakwa Sentuh Dua Anak Murid

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 146 hits
DIYANATUL ATIQAH ZAKARYATertuduh diiringi polis selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Melaka atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan luar tabii terhadap dua muridnya Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON KOSMO MELAKA Seoran...
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 218 hits
Dua Lagi Mangsa Bot Karam Dijumpai Jumlah Maut Meningkat Kepada 28 Orang LANGKAWI 13 Nov Jumlah mangsa maut susulan insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia Thailand di sini meningkat kepada 28 orang dengan penemuan dua lagi mayat ha...
Teri Meri Bila Cinta Tak Dapat Diterangkan Dalam Dua Kata

Teri Meri Bila Cinta Tak Dapat Diterangkan Dalam Dua Kata

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 206 hits
Teri Meri Bila Cinta Tak Dapat Diterangkan Dalam Dua Kata Ada lagu yang bukan hanya didengar tetapi dirasa Ia menyelinap ke ruang ruang kecil dalam jiwa menyalakan memori yang pernah padam Teri Meri adalah sebuah lagu seperti itu datang dar...
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 183 hits
Penjawat Awam Johor Terima Bonus Dua Bulan Gaji JOHOR BAHRU Seramai 17 454 penjawat awam negeri Johor bakal menerima bonus dua bulan gaji yang akan disalurkan pada Disember ini Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz ...
Bukan Warga China Wanita Tempatan Menetap Setahun Di Klia Ada Kad Mental Oku Dihantar Ke Hospital Kajang

Makan Makan Lunch Santai Di Mr Dakgalbi

Mat Hasan Eager To Celebrate Tunnel Case Wee Dares Dap To Leave Crook Lovers

Income Usd Cara Jana Pendapatan Dalam Usd Secara Automatik Di Malaysia

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2025

Anwar Kongsi Lima Sektor Bernilai Tinggi Jadi Tarikan Pelabur

Oolong Tea Kelebihan Benefit Untuk Kesihatan Kuruskan Badan

Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Books Kinokuniya Malaysia Di Tingkat 4 Klcc

Amazing Beef Empanada Recipe Bon Appetit

Takkan Duit Dah Habis

Dari Kekangan Dana Ke Puncak Dunia Kisah Kebangkitan Pemanah Berkuda Malaysia Adan Dyna Channel 24 12 2025

First Time Makan Di Sopoong

Menantu Datuk Nikah Kahwin