Kuasa Agong Mengatasi Pm Jemaah Menteri Sewaktu Darurat



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mungkin tidak mempunyai alasan kukuh untuk melengah-lengahkan membuka semula sidang Parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong bertitah pada 16 Jun lalu agar memanggil sidang pada kadar segera.
Bagi ADUN Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil, perdebatan sama ada Agong boleh memanggil sidang Parlimen secara bersendirian atau perlu melalui nasihat Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin boleh dilihat dalam beberapa keputusan mahkamah sebelum ini.
Katanya, persoalan biasa yang ditanyakan oleh rakyat, adakah dalam tempoh darurat Agong terikat kepada nasihat PM memandangkan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Agong perlu bertindak atas nasihat PM.
“Oleh itu adakah dekri (titah buka Parlimen) Agong terikat dengan nasihat PM?
“Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu untuk merujuk peruntukan seksyen 14 (1) (b) Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 secara ‘in verbatim’ yang menyatakan “Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Yang di-Pertuan Agong”.
“Peruntukan ini sangat jelas dan tiada kekaburan (unambiguous) bahawa kuasa mutlak terletak kepada Agong untuk memanggil sidang Parlimen. Maka, dekri Agong adalah sah dan mengikat.
“Namun, keadaan ini mewujudkan percanggahan undang-undang kerana Perlembagaan menyatakan Agong bertindak atas nasihat PM, tetapi Ordinan Darurat memberikan kuasa kepada Agong untuk memanggil sidang Parlimen.
“Apabila berlaku percanggahan di antara peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Ordinan Darurat, undang-undang manakah yang mengatasi dan terpakai?
“Jawapannya Ordinan Darurat mengatasi dan terpakai. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mutlak memanggil sidang Parlimen tanpa terikat dengan nasihat PM,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.
Menurut Faiz, Ordinan Darurat mengatasi Perlembagaan boleh dirujuk berdasarkan peruntukan undang-undang Perkara 150 (6) dan (6A) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa mana-mana peruntukan dalam Akta Parlimen yang diluluskan sebagai undang-undang darurat tidak dianggap batal walaupun bertentangan dengan Perlembagaan kecuali berkaitan perkara agama, adat istiadat Melayu, bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan atau bahasa.
Beliau juga membawakan contoh kes di Mahkamah Persekutuan dalam kes Eng Keok Cheng lawan Public Prosecutor memutuskan bahawa Akta Darurat (1964) adalah sah dan mengatasi Perlembagaan.
Di dalam kes berkenaan, kata Faiz, tertuduh telah didapati bersalah memiliki senjata api dan dihukum gantung mengikut Akta Darurat (1964). Hujah bahawa Akta Darurat tidak sah kerana bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan tidak diterima panel hakim Mahkamah Persekutuan, di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa semasa darurat apa sahaja undang-undang boleh dibuat walaupun bertentangan dengan Perlembagaan.
“Berdasarkan hujah itu, saya berpendapat bahawa dekri Yang di-Pertuan Agong Parlimen perlu dipanggil bersidang hendaklah dilaksanakan segera oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebagai badan eksekutif di bawah Ordinan Darurat (2021).
“Dekri Yang di-Pertuan Agong, sidang Parlimen dipanggil ‘segera’ adalah jelas dan tidak mempunyai maksud berlainan.
“Oleh itu, menurut Peraturan 11 (2) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, PM sebagai Ketua Majlis Mesyuarat hendaklah memberikan notis penetapan tarikh sidang Parlimen, tanpa kelengahan lagi.
“Jika tidak, kerajaan PN bukan sahaja dilihat kerajaan gagal, tetapi derhaka kepada dekri Yang di-Pertuan Agong,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32367

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

Kuasa Lanjut Atau Tamatkan Darurat Bukan Di Tangan Jemaah Menteri Yb Takiyuddin

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 135 hits
Oleh Isham Jalil Semalam Menteri Undang undang Takiyuddin Hassan berkata Jemaah Menteri yang akan menasihati Agong dan menentukan sama ada darurat akan ditamatkan atau dilanjutkan Takiyuddin berkata Menjadi tanggungjawab Jemaah Menteri untu...
Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

Tubuh Jawatankuasa Darurat Tetapi Jemaah Menteri Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 526 hits
Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hasan mengenai Jemaah Menteri akan menasihati Yang di Pertuan Agong samada darurat perlu dilanjutkan atau tidak sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan T...
Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

Jemaah Menteri Akan Nasihat Agong Mengenai Lanjutan Darurat Kata Takiyuddin

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 158 hits
Jemaah menteri bertanggungjawab menasihatkan Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah sama ada darurat perlu dilanjutkan atau tidak kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan Katanya baginda bertindak atas nasi...
Sewaktu Darurat Agong Boleh Pecat Pm

Sewaktu Darurat Agong Boleh Pecat Pm

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 190 hits
Kerajaan PN bernasib baik kerana mereka masih lagi memerintah kerajaan walaupun tidak menentu hala tuju Mereka bernasib baik kerana Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdullah lembut dan sabar orangnya Dalam masa darurat Ordinan Darurat yang ad...
Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

Darurat Kerajaan Teruskan Peranan Nasihati Agong

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 347 hits
Ianya selaras dengan tanggungjawab serta teras dasar kerajaan KUALA LUMPUR Jemaah Menteri bertanggungjawab untuk meneruskan peranannya menasihati Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selaku ketua nega...
Jumpa Agong Bincang Pandemik Covid19 Dan Darurat Titm

Jumpa Agong Bincang Pandemik Covid19 Dan Darurat Titm

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 255 hits
Saya mewakili Presiden Parti Islam Se Malaysia yang kini masih dirawat di IJN untuk menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong sebentar tadi Perbincangan berlangsung hampir satu jam berkisar perkembangan isu COVID 19 darurat ...
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 128 hits
Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof ROHANIZA IDRIS BHKUALA LUMPUR Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tidak terletak di bawah kuasa Jemaah Menteri atau Perdana Menteri sebaliknya berdiri sendiri dan bertanggungjawab kepada Yan...
Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

Anwar Bentang Pandangan Jangkitan Covid Isu Darurat Kepada Agong

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 280 hits
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai bertemu Yang di Pertuan Agong sejam lalu Beliau yang melakukan sidang media sebaik sahaja keluar dari Pintu 2 Istana Negara memberitahu pertemuan bersama Agong mengambil m...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Utilizing Crowdfunding For Business

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq

Kemeriahan Aidilfitri Bila Anak Anak Pulang Beraya Bersama Keluarga

Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024