Kualakurau Kapal Syarikat China Kena Sekatan As Elak Maritim Di Perak


Sebuah kapal minyak, yang data perkapalan menunjukkan ia diurus sebuah syarikat China yang dikenakan sekatan Amerika Syarikat, enggan membenarkan pemeriksaan pihak berkuasa ketika berlabuh di perairan Malaysia, kata agensi maritim.

Pengurus komersial Silvana III adalah Kunlun Shipping Co Ltd, menurut laman ketelusan perkapalan, Equasis.org.

Kunlun antara beberapa syarikat yang dikenakan sekatan AS tahun ini atas dakwaan penglibatan dalam mengangkut minyak dari Iran.





Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) berkata Silvana III, yang berlabuh berdekatan Kuala Kurau pada 5 Dis, tidak patuhi arahan menurunkan tangga bagi membolehkan penguatkuasa melakukan pemeriksaan.

Selepas beberapa cubaan mengarahkan kapal itu menurunkan tangga tidak dipatuhi, kapal itu menarik sauh dan meninggalkan kawasan itu, kata APMM dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Laporan polis dibuat terhadap kapal itu kerana menurunkan sauh tanpa kelulusan dan kapal itu akan ditahan jika ditemui, katanya.

Catatan Facebook APMM tidak merujuk kepada pemilikan atau pengurusan kapal itu dan tidak sebut tentang sekatan AS.

Selepas Reuters meminta butirannya hari ini, catatan APMM di Facebook diturunkan. Jurucakap APMM berkata catatan itu dikeluarkan kerana kejadian sedang disiasat dan tiada butiran lanjut akan didedahkan ketika ini.

Data pengesan kapal di Refinitiv Eikon menunjukkan kapal itu berhenti menghantar data lokasi daripada sistem pengenalpastian automatiknya (AIS) antara 30 Nov dan 9 Dis.


Transponder Silvana III dipasang pada Rabu, menunjukkan kapal itu menuju ke perairan barat laut Malaysia dan berlayar menuju ke Langkawi, menurut data pengesan.

Equasis.org, laman ketelusan perkapalan yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Eropah dan Pentadbiran Maritim Perancis menunjukkan kapal itu milik sebuah syarikat bernama Silvana Ltd dan bawah jagaan Kunlun Shipping Co Ltd.

Laman itu berkata pengurus kapal dan pengurus komersial adalah Kunlun dan ia menyenaraikan Cosco Shipping Seaman Ship Management sebagai ISM manager, peranan yang melibatkan keselamatan pengurusan dan operasi sebuah kapal di laut.

Kapal itu, yang menukar namanya daripada Tian Ma Zuo kepada Silvana III pada 1 Nov, pernah menjadi milik Pegasus 88 LTd antara Januari dan November, kata data Equasis.

Selain Kunlun, Pegasus 88 dan Cosco Shipping Tanker (Dalian) Seaman & Ship Management Co Ltd juga dikenakan sekatan AS. Silvana Ltd tidak tersenarai.

Kunlun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen kerana nombor talian yang berdaftar tiada dalam perkhidmatan. Panggilan ke Cosco tidak berjawab. Reuters tidak temui butiran perhubungan bagi Pegasus 88 dan Silvana Ltd.

AS mengenakan semula sekatan ke atas Iran tahun lepas, mengatakana ia mahu mengurangkan eksport minyak negara itu menjadi sifar.

Washington mengambil langkah menarik diri daripada perjanjian 2015 antara Tehran dan 6 kuasa dunia yang bertujuan untuk mengehadkan program nuklear Iran- FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/12/kualakurau-kapal-syarikat-china-kena.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
China Telah Mengenakan Sekatan Terhadap Amerika Syarikat

China Telah Mengenakan Sekatan Terhadap Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 332 hits
China telah mengenakan sekatan terhadap Amerika Syarikat selepas ia menerima pakai undang undang di Hong Kong Sekatan ini dikenakan terhadap beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Amerika dan secara rasminya diumumkan di Kementerian Luar Neg...
Nak Elak Pekerja Stress Boss Syarikat Ini Benarkan Staf Cuti Tanpa Had Beri Gaji Tahunan Ratusan Ribu Ringgit

Nak Elak Pekerja Stress Boss Syarikat Ini Benarkan Staf Cuti Tanpa Had Beri Gaji Tahunan Ratusan Ribu Ringgit

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 337 hits
Pastinya ramai yang suka jika diberi cuti tanpa had dan cuti sakit berbayar Hal ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti kesukaan anda walaupun terikat dengan pekerjaan Tidak perlu fikir panjang mengenai kerja syarikat ini telah men...
China Dilaporkan Menghalang Jabatan Kerajaan Daripada Menggunakan Teknologi Buatan Amerika Syarikat

China Dilaporkan Menghalang Jabatan Kerajaan Daripada Menggunakan Teknologi Buatan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 370 hits
Perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat nampaknya melangkah setahap kehadapan lagi Terbaru menurut laporan Financial Times ia dikatakan China telah mengarahkan semua institusi kerajaan dan jabatan awam untuk menggantikan penggu...
China Luncurkan Kapal Induk Buatan Dalam Negeri Pertama

China Luncurkan Kapal Induk Buatan Dalam Negeri Pertama

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 964 hits
Jakarta CNN Indonesia Angkatan Laut China meluncurkan kapal induk buatan dalam negeri yang pertama Shandong pada Selasa kemarin Selepas upacara kapal itu dilaporkan langsung diterjunkan di wilayah Laut China Selatan Sekitar 5 000 orang meng...
Beberapa Harta Negara Milik China

Beberapa Harta Negara Milik China

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 292 hits
Kekayaan Hartanah di Bumi Malaysia kita yang kini sudahpun berpindah milik ke tangan Kerajaan China 1 Forest City RM105 biliun2 Kedah Oil Petrol RM 86 biliun3 ECRL RM 55 biliun4 Melaka Gateway RM 30 biliun5 Bandar Malaysia RM 12 biliun6 Edr...
China Perlu Terima Islam Dalam Dasar Pembangunan Negara

China Perlu Terima Islam Dalam Dasar Pembangunan Negara

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 331 hits
Penindasan etnik Uyghur tak akan selesai masalah ekstremisme MapimBANGI China tidak akan sesekali dapat mengatasi apa yang disebut mereka sebagai ekstremisme dengan cara penahanan besar besaran dan menindas etnik Islam Uyghur di negara itu ...
Hong Kong And The Uighurs How Far Will China Go

Hong Kong And The Uighurs How Far Will China Go

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 281 hits
In this episode of UpFront we ask Beijing based commentator Victor Gao about the protests in Hong Kong and challenge him on China s mass detention of Uighur Muslims in Xinjiang
Warga Negara China Pengedar Setengah Juta Pil Setan Di Jakarta Lolos Dari Hukuman Mati

Warga Negara China Pengedar Setengah Juta Pil Setan Di Jakarta Lolos Dari Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 214 hits
WN China Yeung Man Fung lolos dari hukuman mati Padahal Fung terbukti melakukan kejahatan peredaran setengah juta pil ekstasi di Jakarta Kasus bermula saat Fung berkenalan dengan Siang She Yie di Hong Kong pada September 2015 Yie meminta Fu...
Girls Leadership Institute

Pet Urgent Care Ensuring Lifesaving Care For Your Furry Friends

How Malaysians Can Tactically Deal With Zakir Naik S Non Ban

Memang Berbaloi Percutian 6 Hari Ke Jakarta Bandung Dengan Kos Rm8k Untuk 6 Orang

Orang Ramai Terbalikkan Kereta Untuk Menyelamatkan Murid Yang Dilanggar Kereta Tersebut

How Online Platforms Set Pricing Standards In The Digital Age

Strategi Efektif Penghematan Energi Di Industri Konveksi

Sambal Telur Puyuh Campur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Pengalaman Sewa Kereta Di Airport Kota Bharu Harga Berpatutan Dan Terbaik

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Mtuc S Disputing Parties Agree To Hold Polls Within 90 Days

Sila Ulangkaji Asas Penubuhan Bersatu Ahli Mpt Beritahu Hilman

Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Online Presence Is Critical For Business