Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula


Kes Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Sabah telah membuka mata banyak pihak akan kejadian buli di sekolah dan juga bagaimana kes ini dikendalikan dari awal.
Ketika artikel ini ditulis, kubur arwah adik Zara baru sahaja selesai digali kembali untuk proses bedah siasat (post mortem).
Diharap dengan perkembangan ini, semoga keadilan dapat ditegakkan kembali kepada arwah adik Zara.
Dibawah adalah kronologi tentang kes ini yang penulis salin dan kongsi disini. Penulisan asal dari profile pemilik Rozie Rahman.



----------
SEJARAH ARWAH ZARA ADALAH HIKMAH UNTUK KITA YANG MASIH LEKA DENGAN SOLAT & AL QURAN SELAIN PENGAJARAN UNTUK MEREKA YANG ZALIM TAKKAN TERLEPAS DI DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.
Zara Qairina Mahathir iaitu pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Sabah, ditemui tidak sedarkan diri dekat longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.
Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
Kes kematian itu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan buli dalam kalangan pelajar, mendapat perhatian meluas di media sosial berikutan dakwaan membabitkan anak seorang menteri, orang kenamaan (VIP) dan individu ternama lain.
Dakwaan itu mencetuskan reaksi orang ramai yang menuntut keadilan buat mangsa.


Kronologi Peristiwa:
• 16 Julai: Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolah pada jam 3 pagi. Mangsa dilaporkan jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth I.
• 17 Julai: Zara Qairina disahkan meninggal dunia dan kemudiannya dikebumikan di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.
• 18 Julai: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kementeriannya memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan memberi ruang kepada pihak terbabit menjalankan siasatan tanpa gangguan.
• 21 Julai: Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya. Wanita itu mendedahkan kali terakhir melihat anak tunggalnya adalah semasa program gotong-royong sekolah pada 12 Julai.
• 28 Julai: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata siasatan teliti sedang dijalankan daripada semua sudut. Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang dan mengelakkan spekulasi.
• 30 Julai: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud menafikan sebarang pembabitan dalam kes itu, sama ada oleh dirinya atau isteri, Cikgu Rosnih Nasir iaitu bekas pengetua sekolah yang berkhidmat dari 20 Mac hingga 22 November 2024, sebelum bersara. Beliau menyifatkan dakwaan yang dibangkitkan di Parlimen sebagai tidak berasas dan merosakkan reputasi.
• 31 Julai: Polis mengesahkan mereka berada di peringkat akhir siasatan. Pesuruhjaya Jauteh Dikun berkata kertas siasatan diserahkan kepada Bukit Aman untuk semakan akhir sebelum dimajukan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC). Seramai 60 individu direkod keterangan.
• 1 Ogos: Ibu Zara Qairina memohon mayat anaknya digali semula bagi membolehkan bedah siasat dijalankan, demi mendapatkan jawapan dan keadilan. Peguam diarah memulakan proses undang-undang bagi penggalian semula mayat.
• 6 Ogos: Peguam yang mewakili ibu mangsa menggesa orang ramai untuk tidak membuat spekulasi, yang boleh menyebabkan tekanan kepada keluarga dan mungkin membawa kepada akibat jenayah.
• AGC memulangkan laporan siasatan awal kepada pihak polis dengan arahan melengkapkan siasatan. AGC menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau berkongsi imej kanak-kanak yang didakwa terbabit kes itu.
• Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail memberi amaran bahawa penyebaran kandungan yang tidak tepat boleh menjejaskan siasatan dan menafikan keadilan.
• 7 Ogos: Ibu Zara Qairina akan menyerahkan telefon bimbitnya yang mengandungi rakaman audio perbualan antara dirinya dan arwah anak perempuannya, kepada polis untuk membantu siasatan.
• Kementerian Pendidikan membuat lebih 10 laporan polis berhubung penyebaran hantaran dan video yang mengelirukan berkaitan kes itu, dengan alasan kebimbangan terhadap potensi gangguan awam yang ditujukan kepada guru dan pelajar.
• Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis untuk memastikan siasatan teliti. SKMM turut memberi amaran terhadap penyebaran maklumat tidak sahih.
• Ibu Zara Qairina memberi keterangan di balai polis Sipitang.
• Kementerian Pendidikan memberi jaminan kepada ibu bapa mengenai komitmen meningkatkan keselamatan di sekolah berasrama, dengan menyatakan bahawa 72 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negara ini kekal menjadi pilihan utama keluarga.
• 8 Ogos: AGC memulangkan kertas siasatan kepada polis dengan mengarahkan tindakan lanjut termasuk penggalian semula mayat Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dijalankan.
• 9 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir akan dijalankan secara telus tanpa ada tolak ansur.
• Prosedur bedah siasat dan menggali semula mayat pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir akan dilakukan dengan kadar segera oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
• Proses menggali semula mayat Zara Qairina bagi prosedur bedah siasat dilaksanakan hari ini.
• Didakwa oleh penduduk, mayat arwah masih utuh setelah digali, dan khabarnya seorang ustaz mengesahkan mayat seperti baru meninggal semalam. Keajaiban Allah sekali lagi bila penduduk dapat hidu bau wangi luarbiasa dari persekitaran kubur arwah khabarnya, Wallahualam. Allahuakbar.


إِنَا لِلَهِ وَإِنَا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
أَللّهُمّاغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُعَنْها
"Ya Allah Ya Tuhanku, dengan rahmatMu ampunilah, rahmatilah, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga alfirdaus sebagai ganti tempat tinggalnya. Kurniakanlah gantian terbaik dan rasa keredhaan kepada ibubapa serta ahli keluarganya yang ditinggalkan.
ﺁﻣِّﻴْﻦ🌹اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞


Rozie Rahman #JusticeForZara #Justice4Zara


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikbell.blogspot.com/2025/08/kronologi-lengkap-zara-qairina-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 61 hits
KOTA KINABALU Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar hari ini kata peguam Hamid Ismail Zaraz Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ...
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 111 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 179 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 91 hits
Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution MACHANG 9 Ogos Polis Diraja Malaysia akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian ...
Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu Yana Samsudin Komen Isu Plot Twist Kes Zara Qairina

Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu Yana Samsudin Komen Isu Plot Twist Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 89 hits
Pelakon dan pengarah ternama Yana Samsudin tampil memberikan pandangan tegas terhadap isu tular kandungan yang dikatakan berasal daripada 8220 diari 8221 Allahyarham Zara Qairina Mahathir Yana menegaskan bahawa penyebaran sebegitu adalah su...
Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 142 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah luah sedih dan marah susulan insiden menyayat hati melibatkan remaja perempuan Zara Qairina 13 yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah baru baru ini Instagram ...
Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah Jsj

Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah Jsj

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 74 hits
Perkembangan Terkini Kes Kematian Zara Qairina Pengarah JSJ Polis Diraja Malaysia mengesahkan bahawa laporan siasatan telah diteliti dan dinilai oleh Jabatan Peguam Negara Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk M Kumar dapatan...
Arahan Lanjut Kes Kematian Zara Qairina Agc

Arahan Lanjut Kes Kematian Zara Qairina Agc

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 117 hits
Arahan Lanjut Kes Kematian Zara Qairina AGC Jabatan Peguam Negara hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung arahan lanjut kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir Setelah Jabatan ini meneliti laporan penuh siasat...
Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 123 hits
Fahmi Minta MCMC Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina KUALA LUMPUR 7 Ogos Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia agar memastikan tiada g...
Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Break The Chain Of Corruption

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Tragedi Zara Qairina Selepas Tiga Minggu Ini Arahan Jabatan Peguam Negara

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Silent Death Langgar Kl Selepas 8 Tahun

Pdrm Dpmm Fc Kongsi Mata Di Selayang Utusan Malaysia

Rakam Video Hubungan Intim Peras Ugut Puluhan Wanita Thailand Akhirnya Rakyat Malaysia Ini Ditangkap

Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields

Leo James Tepuruk Chord