Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan Saifuddin Nasution


Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan – Saifuddin Nasution
MACHANG, 9 Ogos (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir secepat mungkin untuk melengkapkan proses siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu berkenaan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tindakan itu dilaksanakan susulan arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) semalam.
“Pihak polis akan melaksanakan keputusan itu. Saya telah diberi taklimat oleh Ketua Polis Negara (Datuk Seri Mohd Khalid Ismail) pagi tadi bahawa pihak polis akan segera melakukan prosedur seterusnya.
“Tumpuan polis adalah untuk mengemas kini siasatan, mengumpul semua bukti, dan dalam menjalankan tugas ini, pihak polis tidak akan berkompromi dengan prinsip keadilan kerana kita perlu berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat termasuk keluarga arwah Zara dan pihak sekolah,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ijtimak MADANI Ulama dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Machang, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saifuddin Nasution turut memberi jaminan polis akan memaklumkan perkembangan terkini kes berkenaan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Semalam, AGC dalam kenyataan memaklumkan mayat Zara Qairina perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar berkenaan.
AGC berpendapat bahawa terdapat keperluan untuk siasatan lanjut diambil oleh PDRM demi memastikan segala aspek siasatan dapat dilaksanakan dengan menyeluruh.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai lepas.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata prosedur bedah siasat (post-mortem) dan penggalian semula (exhumation) akan dilaksanakan dengan kadar segera berpandukan Seksyen 331 dan Seksyen 335 Kanun Tatacara Jenayah.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan kertas siasatan akan dirujuk semula ke Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan keadilan akan sentiasa ditegakkan dan siasatan yang dijalankan adalah mengikut lunas undang-undang, fakta dan keterangan yang diperoleh.
Sumber: Bernama
The post Kubur Zara Qairina Akan Digali Semula Segera Untuk Lengkapkan Siasatan – Saifuddin Nasution appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/09/kubur-zara-qairina-akan-digali-semula-segera-untuk-lengkapkan-siasatan-saifuddin-nasution/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Semula Hari Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 61 hits
KOTA KINABALU Permohonan untuk menggali semula kubur Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Papar hari ini kata peguam Hamid Ismail Zaraz Kami baru dimaklumkan sebentar tadi dan sedang dalam perjalanan ke ...
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 122 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula Agc

Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula Agc

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 100 hits
Mayat Zara Qairina Perlu Digali Semula AGC KUALA LUMPUR 8 Ogos Mayat Zara Qairina Mahathir perlu digali semula bagi membolehkan prosedur bedah siasat dijalankan ke atas jenazah pelajar Tingkatan Satu berkenaan menurut Jabatan Peguam Negara ...
Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 71 hits
Kes Zara Qairina Mahathir pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan Sabah telah membuka mata banyak pihak akan kejadian buli di sekolah dan juga bagaimana kes ini dikendalikan dari awal Ketika artikel i...
Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

Kes Zara Qairina Agc Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 179 hits
Kes Zara Qairina AGC Pulang Semula Laporan Penuh Siasatan Awal Kepada Polis PUTRAJAYA 6 Ogos Jabatan Peguam Negara telah memulangkan semula laporan penuh siasatan awal berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir kepa...
Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

Mahkamah Majistret Sipitang Perintah Penggalian Semula Kubur Zara Qairina Untuk Bedah Siasat

papar berkaitan - pada 9/8/2025 - jumlah : 111 hits
SIPITANG Mahkamah Majistret Sipitang hari ini mengeluarkan perintah untuk penggalian semula kubur Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir 13 bagi tujuan proses bedah siasat Pendengaran kes selama setengah jam itu diadakan di Ibu Pejabat Polis D...
Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

Fahmi Minta Mcmc Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 123 hits
Fahmi Minta MCMC Pastikan Tiada Gangguan Siasatan Kes Kematian Zara Qairina KUALA LUMPUR 7 Ogos Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis Diraja Malaysia agar memastikan tiada g...
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi Pm Anwar

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 68 hits
Kes Zara Qairina Siasatan Telus Tiada Siapa Dilindungi PM Anwar KOTA BHARU 9 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir di Sabah perlu dilakukan seca...
Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina

Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 66 hits
Hujan Renyai Temani Suasana Di Perkarangan Kubur Zara Qairina Suasana hujan menemani proses penggalian semula kubur Zara Qairina Mahathir di perkarangan perkuburan Tanjung Ubi Kampung Mesapol Lama Sipitang Menerusi perkongsian TikTok Live m...
Lirik Lagu Kopi Nazu Fahimi

Break The Chain Of Corruption

Manfaat Lengkuas Bagi Kesihatan Badan Dan Oral

Ideavault Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Tragedi Zara Qairina Selepas Tiga Minggu Ini Arahan Jabatan Peguam Negara

Basahkan Tekak Di Dekori Premium Cafe Keningau Sabah Pola Tidur Berubah

Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda

Top Blockchain Trends In Business For 2025 You Can T Ignore


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kronologi Lengkap Zara Qairina Dari Awal Kes Hingga Hari Penggalian Kubur Semula

Silent Death Langgar Kl Selepas 8 Tahun

Pdrm Dpmm Fc Kongsi Mata Di Selayang Utusan Malaysia

Rakam Video Hubungan Intim Peras Ugut Puluhan Wanita Thailand Akhirnya Rakyat Malaysia Ini Ditangkap

Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields

Leo James Tepuruk Chord