Kronologi Gangguan Yang Diterima Sepanjang Prosiding Inkues Kematian Adib


Oleh : Khairul Azri

KRONOLOGI CUBAAN KACAU-GANGGU DALAM PROSIDING INKUES KEMATIAN ARWAH MUHAMMAD ADIB

Berikut adalah kronologi kacau ganggu dalam prosiding inkues arwah Adib yang didedahkan oleh peguam keluarga arwah Adib:


1. Semenjak bermulanya prosiding inkues dari tarikh 11 Februari 2019, seramai 29 orang saksi inkues telah dipanggil di mana 7 orang daripada saksi-saksi tersebut adalah anggota dan Pegawai JBPM.

2. Prof Dr. Shahrom Abd Wahid, seorang pakar forensik patologi yang telah dibawa masuk sebagai saksi pakar oleh Shazlin di dalam prosiding inkues ini merupakan saksi inkues ke 29. Prof Dr. Shahrom Abd Wahid telah membentangkan dapatan beliau sebagai saksi pakar dalam bidang forensik patologi.

Dapatan beliau adalah hasil penelitian kesemua dokumen, video, gambar dan eksibit Inkues yang relevan, dan juga eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh beliau.

3. Pada 11 April 2019, Pegawai Pengendali telah melapangkan tarikh Prosiding Inkues, dan telah mengaturkan satu perjumpaan di antara ketiga tiga saksi pakar di dalam Prosiding Inkues tersebut. Perjumpaan tersebut adalah untuk pakar-pakar berbincang mengenai dapatan masing-masing dan melihat samada mereka boleh mencapai satu dapatan yang dipersetujui bersama. Hasil daripada perbincangan ini, ketiga tiga pakar masih kekal dengan pendapat dan dapatan masing-masing. Oleh itu, inkues dijalankan seperti biasa.

4. Pada 19 April 2019 (Jumaat), Pegawai Pengendali Inkues Puan Faten Hadni telah membuat permohonan untuk memanggil semula 2 orang saksi pakar yang merupakan pakar forensik patologi dari HKL. Permohonan ini telah dibantah oleh Encik Muhammad Kamaruzzaman A Wahab, peguam yang mewakili keluarga dan juga oleh Shazlin. Ini kerana, di dalam sesebuah Prosiding Inkues, tidak perlu ada keterangan menyangkal (rebuttal evidence). Prosiding Inkues bukanlah perbicaraan. Oleh itu tiada masalah wujudnya perbezaan pendapat ketiga-tiga pakar forensik patologi ini, yang mana ianya adalah terpulang kepada Mahkamah untuk menilai keterangan-keterangan tersebut, dan membuat keputusan yang seadilnya.

5. Memandangkan pihak-pihak berkepentingan telah membuat bantahan, maka Puan Koroner telah menetapkan tarikh 22 April 2019 (Isnin) untuk hujahan pihak pihak berkenaan bantahan ini. Pada 22 April 2019 tersebut, pihak-pihak telah berhujah dan Mahkamah telah menetapkan tarikh keputusan pada keesokan harinya (23 April 2019).

6. Pada awal pagi 23 April 2019 (Selasa), Shazlin telah mendapat maklumat melalui laporan-laporan media bahawa 2 pakar HKL tersebut telah membuat laporan Polis pada 20 April 2019 (Sabtu) yang menyatakan bahawa kononnya mereka telah diugut oleh Prof Dr Shahrom Abd Wahid semasa perbincangan antara saksi-saksi pakar diadakan di Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya pada tarikh 11 April 2019.

7. Shazlin amat terkejut dengan tuduhan ini, namun beliau terus ke Mahkamah seperti biasa dan telah bertanya kepada Pegawai Pengendali, Tuan Hamdan Hamzah berkenaan laporan polis yang dibuat oleh dua orang saksi tersebut. Shazlin juga bertanyakan kepada Tuan Hamdan mengapakah PDRM mengeluarkan kenyataan akhbar pada lewat malam 22 April 2019.

Beliau menyatakan beliau tidak tahu, walaubagaimanapun beliau memaklumkan kepada Shazlin, beliau ada mendapat siaran akhbar yang dikeluarkan oleh PDRM mengenai perkara tersebut dan menunjukkan kepada saya menerusi telefon bimbit beliau.

8. Selepas itu, pada hari tersebut (23 April 2019), Puan Koroner telah memberikan keputusan beliau di dalam Mahkamah terbuka. Puan Koroner telah menolak permohonan Pegawai Pengendali untuk memanggil semula doktor-doktor pakar HKL. Puan Koroner selanjutnya menetapkan tarikh untuk hujahan lengkap dikemukakan dan Tarikh keputusan Inkues. Pegawai Pengendali Inkues selanjutnya telah memaklumkan kepada Puan Koroner bahawa pihak mereka akan membuat Permohonan Semakan ke Mahkamah Tinggi, dan memohon penangguhan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh Puan Koroner tersebut.

9. Pada petang 23 April 2019, Shazlindan Prof. Dr. Shahrom telah berbincang dan mereka mengambil keputusan untuk membuat satu laporan polis untuk menyangkal tuduhan ugut yang telah dilemparkan oleh dua orang doktor pakar HKL tersebut. Shazlin dan Prof Dr. Shahrom juga telah memberikan kenyataan kepada pegawai penyiasat yang menyiasat kes ugutan tersebut.

10. Pada 24 Mei 2019, sewaktu Shazlin sedang berada di Balai Bomba & Penyelamat Subang Jaya bersama pegawai-pegawai JBPM dan Prof Dr Shahrom, Shazlin telah dihubungi oleh YB Menteri KPKT yang memaklumkan kepada beliau bahawa Peguam Negara telah menghantar surat kepada beliau untuk beliau menarik balik pelantikan Shazlin sebagai Peguam Inkues yang mewakili KPKT & JBPM.

11. YB Zuraida Kamaruddin memaklumkan kepada Shazlin bahawa Peguam Negara menyatakan pelantikan beliau harus dibatalkan kerana saya telah memainkan peranan yang aktif di dalam Prosiding Inkues dan sering bercanggah dengan kedudukan (‘stand’) Pegawai Pengendali Inkues (Timbalan Pendakwa Raya).

12. Shazlin telah berjumpa dengan YB Zuraida Kamaruddin pada keesokan harinya, 25 Mei 2019, untuk berbincang mengenai perkara ini sebelum beliau berlepas ke luar negara.

13. Setelah berbincang dengan YB Zuraida Kamaruddin, Shazlin yakin bahawa YB Zuraida boleh berbincang dan menyuarakan beberapa isu yang telah saya bangkitkan kepada Peguam Negara. Justeru itu, langkah terbaik bagi beliau adalah untuk menarik diri sepenuhnya daripada Inkues terlebih dahulu dan seterusnya menunggu keputusan perbincangan YB Zuraida dengan Peguam Negara.

14. Pada pagi 27 Mei 2019 (Isnin) di Mahkamah Shah Alam, sebelum prosiding Mahkamah bermula, Timbalan Pendakwa Raya, Puan Faten Hadni telah mendekati Shazlin dan bertanya kepada beliau samada dia telah mendapat maklum mengenai surat AG kepada YB Menteri. Menurut Puan Faten, beliau telah diminta bertanyakan hal ini kepada Shazlin oleh pegawai atasan beliau (perkataan sebenar yang beliau gunakan adalah “boss”). Shazlin berkata dia maklum dan beliau akan menarik diri sepenuhnya daripada Prosiding Inkues tersebut.

15. Puan Faten Hadni juga berkata beliau mendapat arahan daripada pegawai atasan beliau (perkataan sebenar yang beliau gunakan adalah “boss”) untuk memaklumkan kepada Shazlin bahawa beliau tidak dibenarkan untuk menyebut mengenai perkara ini di dalam Mahkamah terbuka dan memaklumkan hal ini kepada pihak media.

16. YB Menteri juga telah memberikan arahan kepada Shazlin untuk tidak memberikan sebarang komen kepada media yang mana telah beliau turuti. Shazlin menuruti arahan tersebut kerana dia tidak mahu menganggu perbincangan antara YB Zuraida dengan Peguam Negara. Pada 1 Jun 2019, Shazlin mendapat maklum hasil keputusan perbincangan tersebut menerusi laporan media di mana YB menyatakan bahawa seorang Timbalan Pendakwa Raya akan dilantik menggantikan tempat beliau di dalam prosiding inkues mewakili KPKT & JBPM.

Demi Keadilan, Demi Kebenaran.

Sebarkan.

Sekian.

#justice4adib
#standnbecounted

Rujukan:

[1]KENYATAAN AKHBAR
MENJELASKAN ISU-ISU BERBANGKIT MENGENAI IKUES KEMATIAN PEGAWAI BOMBA MUHAMMAD ADIB MOHD KASSIM- LAMPIRAN KRONOLOGI CUBAAN KACAU-GANGGU DALAM PROSIDING INKUES KEMATIAN ARWAH MUHAMMAD ADIB

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/06/kronologi-gangguan-yang-diterima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 451 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berasaskan 10 SEBAB yang digariskan seperti berikut Pendedahan Puan Syazlin Mansur bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan K...
Kontrovesi Prosiding Inkues Muhammad Adib Lemahkan Semangat Penjawat Awam Datuk Musa Sheikh Fadzir

Kontrovesi Prosiding Inkues Muhammad Adib Lemahkan Semangat Penjawat Awam Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 292 hits
Badan Perhubungan UMNO negeri melahirkan rasa bimbang dengan kontroversi dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang sedang berlaku ketika ini Menurut Pengerusinya Datuk Musa Sheikh Fadzir perkembangan terba...
Dpp Baru Akan Wakili Bomba Kpkt Dalam Inkues Adib

Dpp Baru Akan Wakili Bomba Kpkt Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 261 hits
News Diterbitkan 1 Jun 2019 11 06 malamSeorang timbalan pendakwa raya baru akan dilantik dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mewakili Jabatan Bomba serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri KPK...
Inkues Adib Tiada Siapa Bangkitkan Isu Syazlin Sebelum Ini Zuraida

Inkues Adib Tiada Siapa Bangkitkan Isu Syazlin Sebelum Ini Zuraida

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 341 hits
Astro Awani Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin sebelum ini dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Gambar SHAHIR OMAR Astro AWANI PETALING JAYA Tiada pihak yang mempertikaikan pelantikan peguam Syazlin Manso...
Ag Harus Berkredibiliti Inkues Adib Seolah Ada Agenda Belakang Tabir

Ag Harus Berkredibiliti Inkues Adib Seolah Ada Agenda Belakang Tabir

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 260 hits
KUALA LUMPUR 31 Mei Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan institusi Peguam Negara seharusnya berkredibiliti tinggi dan tidak wajar dinampakkan dipengaruhi oleh mana mana pihak dalam inkues kematian anggota bomba...
Utamakan Keadilan Perkembangan Inkues Adib Timbulkan Pelbagai Tanggapan Peguam

Utamakan Keadilan Perkembangan Inkues Adib Timbulkan Pelbagai Tanggapan Peguam

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 255 hits
Pengamal Undang Undang tempatan Adnan Seman melihat perkembangan mutakhir berhubung inkues kematian Allahyarham Mohd Adib Mohd Kassim menimbulkan pelbagai tanggapan dan pada masa yang sama ia juga cukup mengejutkan Ini kerana katanya di pen...
Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 276 hits
WAN ROHIMI WAN DAUDSEJAK 17 Disember 2018 seluruh negara tertunggu tunggu dapatan fakta tentang punca kematian Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang Jaya yang cedera parah sewaktu be...
Inkues Adib Ag Dibidas

Inkues Adib Ag Dibidas

papar berkaitan - pada 7/6/2019 - jumlah : 266 hits
Wartawan Watan Online Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan mempersoalkan empat alasan yang dikeluarkan Peguam Negara Tommy Thomas berikutan penarikan diri peguam Syazlin Mansor daripada mewakili pihak prosiding inkues punca kematian...
Inkues Adib Lepas Desak Ag Letak Jawatan Ummah Mahu Anjur Solat Hajat

Inkues Adib Lepas Desak Ag Letak Jawatan Ummah Mahu Anjur Solat Hajat

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 207 hits
Selain laporan polis dan penghantaran memorandum Gerakan Pembela Ummah kini merancang untuk menganjurkan sembahyang hajat seluruh negara bagi menuntut keadilan terhadap kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Semalam Ummah membuat ...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega