Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat


WAN ROHIMI WAN DAUD

SEJAK 17 Disember 2018, seluruh negara tertunggu-tunggu dapatan fakta tentang punca kematian Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang Jaya, yang cedera parah sewaktu bertugas dalam satu rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafiled USJ 25, pada awal pagi 27 November 2018
 Dalam keadaan prosiding inkues yang telah berlangsung selama hampir 5 bulan sejak 18 Januari 2019, dan hampir mencapai garis penamat selepas Mahkamah Koroner telah mendengar keterangan dari 29 saksi selama 36 hari prosiding, negara dikejutkan dengan berita penarikan diri seorang Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga Allayarham Adib. Penarikan diri Peguam Syazlin Mansor tersebut turut menimbulkan misteri pembatalan sambungan keterangan tambahan oleh Pakar Forensik dan Patologi, Prof Dr Shahrum Abd Wahid, seorang saksi yang dijangkakan akan menjadi saksi terakhir prosiding tersebut
 Kenyataan Akhbar Setiausaha Politik Menteri KPKT, Nor Hizwan Ahmad bertarikh 28 Mei2019 telah menjelaskan bahawa Peguam Syazlin Mansor telah diarahkan menarik diri dari mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat serta KPKT dari prosiding inkues tersebut, selepas menerima surat dari Peguam Negara bertarikh 23 Mei2019
 Beberapa jam selepas itu, Jabatan Peguam Negara juga telah mengeluarkan Kenyataan Akhbar bagi menjelaskan 'nasihat' kepada KPKT dan Jabatan Bomba bagi menamatkan khidmat Peguam Syazlin Mansor, dengan menarik diri dari prosiding inkues
 Berdasarkan Kenyataan Media Jabatan Peguam Negara, dua alasan utama yang menjadi sandaran kepada 'nasihat' tersebut dikeluarkan ialah kerana kononnya “wujud konflik kepentingan” untuk Peguam Syazlin mewakili ketiga-tiga pihak (termasuk keluarga Adib), dan peranan aktif yang dimainkan oleh Peguam Syazlin dalam prosiding itu yang dikatakan seringkali mengambil pendirian yang bertentangan dengan 'Pendakwaraya', justeru telah mengakibatkan keaiban terhadap beliau atas kapasitinya selaku Peguam kepada Kementerian
 Dalam bahasa mudahnya, inkues adalah merupakan satu siasatan awam secara kehakiman (a judicial  inquiry) untuk menentukan sesuatu kejadian, atau dalam konteks Seksyen 337 Kanun Acara Jenayah, adalah untuk menentukan punca atau keadaan (bila, bagaimana, dimana dan cara kematian) kematian seseorang atau sama ada sesuatu kematian itu melibatkan unsur jenayah. Inkues adalah bersifat 'inquisition', iaitu siasatan awam terbuka untuk membolehkan Mahkamah Koroner membuat dapatan fakta (fact  finding) terhadap punca kematian dan keadaan kematian tersebut. Perlu diingat bahawa inkues bukanlah satu perbicaraan jenayah, bukan satu bentuk pendakwaan terhadap mana-mana pihak, justeru tiada apa-apa sabitan terhadap mana-mana pihak, bahkan tiada pihak yang akan menang atau kalah pada penghujung prosiding inkues
 Ia adalah padang yang terbuka untuk menjemput masyarakat awam yang mempunyai kaitan dan kepentingan langsung bagi mengemukakan bukti-bukti untuk dinilai oleh Koroner. Berdasarkan laporan media, KPKT dan Jabatan Bomba mempunyai kecenderungan untuk mempercayai teori bahawa kematian Adib adalah disebabkan kecederaan akibat dipukul oleh perusuh. Kepercayaan ini turut dikuatkan oleh Allayarham Adib sendiri sewaktu menjawab 11 dari 15 soalan yang dikemukakan kepadanya sewaktu dirawat di Institut Jantung Negara dengan mendakwa dirinya dipukul dengan peralatan dan ditarik dari van Unit Bantuan Perhidmatan Kecemasan (EMRS). Atas asas ini, sejak awal lagi KPKT dan Jabatan Bomba telah bertindak melantik Peguam sendiri, Syazlin Mansor untuk turut serta dalam inkues tersebut
 Perlantikan dan penyertaan Peguam Syazlin sedari awal prosiding inkues dimulakan, sejak 18 Januari 2019 tidak pernah dibantah oleh Peguam Negara, walau Peguam Negara mempunyai masa yang sangat luas untuk membantah, sebagaimana bantahan yang dilakukan terhadap Peguam-Peguam yang mewakili 50 penganut Hindu dan Jawatankuasa Kuil Sri Mariamman. Bantahan ini kekal walau selepas melibatkan prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan
 Atas asas ini sahaja, dan dengan sifat prosiding inkues yang terbuka untuk tujuan siasatan awam, dan bukannya bersifat satu perbicaraan jenayah yang matlamat akhirnya adalah kalah dan menang (sabitan jenayah), alasan kononnya “wujud konflik kepentingan” yang dikemukakan oleh Peguam Negara untuk menasihati 'penarikan diri' Peguam Syazlin pada saat akhir selepas Peguam Syazlin “memainkan peranan aktif” untuk menyokong teori kematian yang mungkin bertentangan dengan teori Jabatan Peguam Negara adalah suatu tindakan yang bersifat lepas fikir (afterthought). Alasan konflik kepentingan adalah sangat lemah kerana pastinya KPKT, Jabatan Bomba dan keluarga Adib tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang bercanggah melainkan untuk sama-sama membantu Mahkamah Koroner membuat dapatan fakta yang betul selaras dengan kredibiliti dan bukti yang dikemukakan. Malang sekali seolah-olah Peguam Negara terlepas pandang perbezaan antara inkues dan perbicaraan jenayah
 Dalam keadaan prosiding yang bersifat siasatan terbuka untuk membuat dapatan fakta yang tepat, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan inkues melalui Pegawai Pengendali (conducting  officer) tidak sewajarnya tampil dengan kesimpulan awal tentang punca kematian Adib, serta cuba memaksa pendirian tersebut untuk diterima oleh KPKT dan Jabatan Bomba. Jika pun Peguam Negara mempunyai kesimpulan awal berdasarkan siasatan polis dan forensik bahawa Adib mengalami kecederaan akibat kemalangan (dan bukannya dipukul), Peguam Negara tidak sewajarnya menghalang pihak-pihak lain yang mempunyai teori berbeza untuk menguji teori itu di hadapan Mahkamah Koroner dengan mengemukakan bukti dan keterangan yang relevan dan sesuai. Ironinya, tindakan Peguam Negara yang 'menasihati' KPKT untuk mengarahkan Peguam Syazlin menarik diri kerana “peranan aktifnya” untuk menyokong teori kematian yang tidak konsisten dengan pendirian Peguam Negara, adalah bersifat satu langkah yang berupaya menghalang proses keadilan dilaksanakan dalam prosiding inkues
 Justeru alasan Peguam Negara kononnya “peranan aktif” Peguam Syazlin yang sentiasa mengambil pendirian yang bertentangan dengan Pegawai Pengendali inkues tentang teori kematian Adib, dan menyebabkan "keaiban" sebagai Peguam KPKT, hanyalah alasan lemah yang tidak sejajar dengan prinsip undang-undang berkenaan pengendalian sesuatu inkues. Sekali lagi, Peguam Negara kelihatan teraba-raba dalam mencari titik sempadan antara sifat prosiding inkues dan perbicaraan jenayah
 Sepatutnya, ketekunan dan kerja-keras serta peranan aktif yang dimainkan oleh Peguam Syazlin untuk mengemukakan teori alternatif bagi kematian Adib, dengan mengemukakan bukti yang sangat kredibiliti melalui keterangan Prof Dr Shahrum Abd Wahid, perlu disanjung dan dipampas dengan sewajarnya kerana usaha keras itu akan dapat membantu Koroner membuat pertimbangan yang lebih menyeluruh serta dapatan fakta yang lebih adil bagi menepati maksud sebenar kenapa inkues perlu dijalankan
 Amat malang lagi, alasan keempat yang dikemukakan oleh Peguam Negara tentang status Peguam Syazlin selaku isteri kepada Pegawai Akhbar Menteri KPKT, tanpa apa-apa penjelasan lanjut, hanya menyerlahkan niat serong untuk memperlekehkan peribadi Peguam Syazlin dan meletakkan denai pembunuhan karektor yang sangat tidak wajar dan tidak beretika. Mustahil keseluruhan Jabatan Peguam Negara tidak mengetahui hubungan ini seawal Peguam Syazlin dilantik mewakili KPKT? Apakah kaitan hubungan suami isteri Setiausaha Akhbar Menteri dengan kepentingan prosiding inkues Adib
 Oleh yang demikian berdasarkan keseluruhan naratif diatas, DPPM berpandangan bahawa tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang 'mengarahkan' KPKT dan Jabatan Bomba untuk menamatkan khidmat Peguam yang sedang mengendalikan prosiding inkues yang sudah berada pada penghujungnya, tanpa alasan yang munasabah bahkan kelihatan bersifat lepas fikir (afterthought) untuk menutup kelemahan sendiri, hanyalah melengkap siri-siri kelemahan Peguam Negara dalam membantu pentadbiran keadilan di negara ini. Justeru tiada pilihan yang lebih baik, melainkan Tommy Thomas dipecat serta-merta dari jawatan tersebut!  "Islam Memimpin"  "Terus Mara"  *WAN ROHIMI BIN WAN DAUD Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang & Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia - HARAKAHDAILY  

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/inkues-adib-peguam-negara-perlu-dipecat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 353 hits
oleh Ab Jalil Backer Menurut alasan terbaharu kerajaan PH Syazlin diarahkan menarik diri dari menjadi peguam pemerhati KPKT kerana beliau juga mewakili keluarga Adib Perdana Menteri dilaporkan berkata peguam itu mewakili dua pihak yang bert...
Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 596 hits
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR UMNO dan Pas hari ini mendakwa arahan supaya peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ada...
Peguam Tarik Diri Lelaki Ini Anggap Inkues Adib Macam Kartun

Peguam Tarik Diri Lelaki Ini Anggap Inkues Adib Macam Kartun

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 461 hits
ASALNYA Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sembang laporan bedah siasat akan diberitahu umum sebulan selepas kematian Adib Bila cukup sebulan tiba tiba Peguam Negara Tommy Thomas suruh buat inkues pulak kononnya untuk tentukan punc...
Inkues Adib Peguam Syazlin Mansor Sudah Tidak Diperlukan Lagi Zuraida

Inkues Adib Peguam Syazlin Mansor Sudah Tidak Diperlukan Lagi Zuraida

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyifatkan peranan peguam Syazlin Mansor tidak diperlukan lagi dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Kata Zuraida ini kerana Peguam N...
Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 359 hits
SHAH ALAM Episod inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan ahli keluarga mangsa Syazlin Mans...
Inkues Adib Peguam Tarik Diri Mungkin Didesak Pihak Tertentu

Inkues Adib Peguam Tarik Diri Mungkin Didesak Pihak Tertentu

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 539 hits
SHAH ALAM Peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga mangsa Syazlin Mansor yang mengundur diri dipercayai akibat didesak pihak tertentu Difahamkan Syazlin menerima sep...
Punca Peguam Kes Inkues Adib Tarik Diri Tersebar

Punca Peguam Kes Inkues Adib Tarik Diri Tersebar

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 359 hits
Punca Peguam Kes Inkues Adib Tarik Diri Tersebar Peguam Syazlin Mansor yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Muham...
4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1077 hits
SEMASA Pada selasa Peguambela dan Peguamcara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pihak polis juga katanya...
Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 342 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili Kementerian itu dan bomba dalam inkues ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization