Campurtangan Inkues Kematian Anggota Bomba Adib Tommy Thomas Wajib Letak Jawatan



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Tommy Thomas segera meletakkan jawatannya sebagai Peguam Negara berasaskan 10 SEBAB yang digariskan seperti berikut:



(1) Pendedahan Puan Syazlin Mansur bekas peguam kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenai campur tangan Peguam Negara di dalam prosiding inkues kematian Allahyarham Adib selain wujudnya Afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara mendeposkan Allahyarham Adib tidak dipukul sedangkan prosiding inkues belum pun selesa, jelas menunjukkan betapa lemah dan kurang arifnya Tommy Thomas mengenai perjalanan inkues dan diragui kredibiliti beliau untuk menjalankan tanggungjawab secara bebas.

(2) Wujudnya pendakwaan terpilih dan pengguguran pendakwaan misalnya pengguguran sepenuhnya kes rasuah YB Lim Guan Eng walaupun prosiding mahkamah telahpun berjalan dan saksi-saksi telah mula memberi keterangan di mahkamah, jelas membelakangi prinsip ‘Rule of Law’ dan integriti sebagai Peguam Negara.

(3) Selaku Peguam Negara Tommy Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada KDYMM SPB Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan Raja-Raja Melayu.

(4) Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas jelas tidak menghormati keputusan Majlis Raja-Raja Melayu dan Kerajaan Malaysia berkenaan Statut Rom dengan melibatkan diri dalam wacana awam yang secara terbuka mengkritik keputusan kabinet dan memperlekehkan Raja-Raja Melayu.

(5) Kegagalan Peguam Negara, Tommy Thomas untuk menasihati Perdana Menteri dan Yang DiPertuan Agong berhubung keperluan menubuhkan tribunal khas bagi menyiasat sama ada wujud salah laku oleh enam ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga amat memalukan kerana akhirnya terbukti bersifat sia-sia dan tidak memberikan apa-apa kesan yang produktif malah berlakunya pembaziran masa serta sumber negara.

(6) Selaku Peguam Negara, Tommy Thomas telah melantik peguam luar, Sitpah Selvaratnam bagi mengendalikan kes kapal mewah Equanimity dengan bayaran upah yuran guaman yang amat tinggi iaitu sebanyak RM2 juta sedangkan penghakiman di dalam kes tersebut hanyalah penghakiman ingkar (default judgement) dan tidak melibatkan sebarang proses perbicaraan. Dalam isu ini juga, Tommy Thomas didapati menipu kerana bertentangan dengan kenyataan awal beliau bahawa peguam luar dilantik tanpa sebarang bayaran atau Pro-bono.

(7) Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara menggugurkan sepenuhnya beberapa kes berprofil tinggi yang melibatkan hubungan diplomatik negara tanpa alasan munasabah seperti kes penderaan yang menyebabkan kematian pembantu rumah Indonesia Adelina Jerima Sau dan juga kes yang melibatkan dua suspek warga Vietnam dan Indonesia dalam kes pembunuhan warga Korea Utara yang dipercayai sebagai Kim Jong Nam, abang kepada Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un. Tindakan ini sekali lagi membelakangi prinsip 'Rule of Law' dan kedaulatan undang-undang negara.

(8) Tindakan Tommy Thomas selaku Peguam Negara membatalkan arahan untuk mendakwa peguam Siti Kassim yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang penonton di forum Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) sekali lagi mencetuskan persepsi buruk terhadap kebebasan dan integriti Institusi Peguam Negara lantaran tularnya video tarian ‘twist’ Tommy Thomas dengan Siti Kassim tidak berapa lama sebelum kes itu digugurkan.



(9) Tularnya satu audio rakaman perbualan Peguam Siti Kassim yang mendakwa beliau telah bercakap dengan Tommy Thomas berkenaan kes saman Kerajaan Pusat terhadap Kerajaan Kelantan berkaitan isu Orang Asli di Gua Musang yang difailkan setelah pengumuman tarikh Pilihanraya Kecil Cameron Highland menyerlahkan lagi akan wujudnya konspirasi dan hilangnya kredibiliti, integriti dan kebebasan Peguam Negara.

(10) Pengumuman keputusan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia oleh Pengerusinya, Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan A-Levels untuk digunakan dalam kelayakan Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) disifatkan ramai pihak sebagai mencabar status quo kedaulatan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat ‘secara unilateral’ tanpa menunggu perbincangan kementerian pendidikan dan merujuk kepada kabinet menimbulkan bantahan dan kritikan rakyat terhadap sikap dan pendirian Peguam Negara.

Justeru jika benar Kerajaan Malaysia Baharu ini masih berpegang kepada prinsip ‘Rule of Law’ dan memelihara kedaulatan undang-undang, maka berdasarkan SEPULUH SEBAB di atas, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menegaskan bahawa Tommy Thomas tidak lagi layak untuk terus memegang jawatan selaku Peguam Negara. Beliau wajar meletakkan jawatan secara sukarela dengan segera atau dipecat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir!


Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

14 Jun 2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/06/campurtangan-inkues-kematian-anggota.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasihat Untuk Tommy Thomas Letak Jawatan Cara Terhormat Atau Di Singkirkan Cara Terbangsat

Nasihat Untuk Tommy Thomas Letak Jawatan Cara Terhormat Atau Di Singkirkan Cara Terbangsat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 530 hits
Peguam Negara Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang undang utama kerajaan Malaysia Peguam Negara juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan Peranan dan tanggungjawab Peguam Negara di peruntukkan dalam Perkara 145 Per...
Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

Lebih 20 000 Tandatangan Desak Tommy Thomas Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 388 hits
Adakah wujud konspirasi di peringkat tertinggi untuk lindung pesalah BANGI Sejak dilancarkan Selasa lalu 21 923 rakyat sudah menandatangani petisyen atas talian bagi mendesak Peguam Negara Tommy Thomas meletakkan jawatan Petisyen yang dilan...
Dpp Baru Akan Wakili Bomba Kpkt Dalam Inkues Adib

Dpp Baru Akan Wakili Bomba Kpkt Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 260 hits
News Diterbitkan 1 Jun 2019 11 06 malamSeorang timbalan pendakwa raya baru akan dilantik dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mewakili Jabatan Bomba serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menteri KPK...
Alasan Tommy Saya Tidak Bantu Inkues Adib Secara Baik Ada Niat Jahat Syazlin

Alasan Tommy Saya Tidak Bantu Inkues Adib Secara Baik Ada Niat Jahat Syazlin

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 373 hits
Reaksi Peguam Syazlin Mansor ketika bercakap dalam sidang media mengenai akan kembali mewakili anggota keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues berkaitan punca kematian allahyarham di Majlis Perundingan Melayu di Kuala ...
11 Sebab Tommy Thomas Adalah Peguam Negara Paling Gagal Dan Wajib Dipecat

11 Sebab Tommy Thomas Adalah Peguam Negara Paling Gagal Dan Wajib Dipecat

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 309 hits
SAYA fikir Tommy Thomas ini baik buka gerai karipap sajalah Terlalu banyak kegagalan beliau dalam tempoh setahun sebagai Peguam Negara 1 Beliau menggugurkan dakwaan rasuah Lim Guan Eng sedangkan perbicaraan tengah berjalan 2 Beliau menubuhk...
Kronologi Gangguan Yang Diterima Sepanjang Prosiding Inkues Kematian Adib

Kronologi Gangguan Yang Diterima Sepanjang Prosiding Inkues Kematian Adib

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 267 hits
Oleh KRONOLOGI CUBAAN KACAU GANGGU DALAM PROSIDING INKUES KEMATIAN ARWAH MUHAMMAD ADIBBerikut adalah kronologi kacau ganggu dalam prosiding inkues arwah Adib yang didedahkan oleh peguam keluarga arwah Adib 1 Semenjak bermulanya prosiding in...
Mengapa Azmin Perlu Letak Jawatan

Mengapa Azmin Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 314 hits
TADI di UK Dr Mahathir berkata beliau akan menjual lagi aset aset negara kepada pelabur pelabur dari Britain Aset aset yang akan dijual ini kononnya adalah aset aset yang tidak membawa keuntungan dan penjualan ini adalah untuk mengurangkan ...
Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

Azmin Harus Letak Jawatan Jika Bersalah Setiausaha Politik Anwar

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 356 hits
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terheret dalam skandal seks berprofil tinggi yang dikatakan berprofil tinggi dengan sesetengan pihak mendakwa dia adalah dalang di sebalik kempen bagi menentang Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali...
Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dahulu Bersatu Selangor

Wan Azizah Perlu Letak Jawatan Terlebih Dahulu Bersatu Selangor

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 227 hits
17 Jun 2019 7 38 PM SHAH ALAM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail digesa agar meletakkan jawatannya selaku Timbalan Perdana Menteri untuk membolehkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil al
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City