Dpp Baru Akan Wakili Bomba Kpkt Dalam Inkues Adib


News | Diterbitkan 1 Jun 2019, 11:06 malam

Seorang timbalan pendakwa raya (DPP) baru akan dilantik dalam inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim bagi mewakili Jabatan Bomba serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan itu dicapai selepas pertemuan dengan Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini.

"Peguam Negara juga telah secara sewajarnya memutuskan bahawa Timbalan Pendakwa Raya yang akan dilantik kelak akan menerima pakai kesemua bukti dan hujahan yang dikemukakan terdahulu dalam Mahkamah Koroner oleh Peguam Puan Syazlin Mansor.

"Ini adalah termasuk keterangan Prof Dr Shahrom Abd Wahid," kata Zuraida dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrom sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Adib mengalami kecederaan selepas anggota bomba itu ditarik keluar daripada kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan diserang semasa rusuhan kuil Seafield pada 27 Nov tahun lalu.

Keterangannya bercanggah dengan dua pakar lain, yang memberitahu mahkamah bahawa Adib terjatuh dari kenderaan berkenaan dan kecederaan yang dialaminya berpunca akibat dilanggar kenderaan terbabit ketika cuba melarikan diri.

Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur pada 17 Dis.

Isnin lalu, Syazlin mengumumkan menarik diridaripada inkues berkenaan kerana terdapat 'perkembangan baru'.

Thomas menjelaskan bahawa Syazlin dinasihat menarik diri kerana berada dalam konflik kepentingan apabila bertindak mewakili jabatan bomba dan KPKT, sedangkan pada masa yang sama mewakili keluarga Adib.

Bagaimanapun, beliau berkata Syazlin masih boleh terus mewakili keluarga allahyarham.

Zuraida berkata DPP yang menggantikan Shazlin akan bertindak bebas daripada pegawai yang menjalankan inkues tersebut.

"Kami berharap agar tindakan ini akan menghentikan sebarang spekulasi tidak berasas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan supaya inkues ini dapat diteruskan dengan baik tanpa gangguan," katanya.

Dalam pada itu, Zuraida juga mengucapkan terima kasih kepada Shazlin atas khidmat peguam berkenaan yang dilakukan secara pro bono


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/dpp-baru-akan-wakili-bomba-kpkt-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 382 hits
SHAH ALAM Episod inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan ahli keluarga mangsa Syazlin Mans...
Tinggal Beberapa Hari Inkues Ag Baru Nak Arah Peguam Bomba Berundur

Tinggal Beberapa Hari Inkues Ag Baru Nak Arah Peguam Bomba Berundur

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 377 hits
Selepas Saksi Di Ugut Peguam Pula Terima TekananApakah keputusan terhadap inkues menentukan punca kematian Allahyarham Mohd Adib sudah di tentukan Ada asasnya kenapa admin bertanya soalan begitu Tentu kita masih ingat lagi bagaimana rakyat ...
Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

Umno Pas Pertikai Peguam Negara Dalam Inkues Adib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 660 hits
Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR UMNO dan Pas hari ini mendakwa arahan supaya peguam Syazlin Mansor menarik diri daripada mewakili kerajaan dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim ada...
Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 360 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili Kementerian itu dan bomba dalam inkues ...
Ke Mana Hala Tuju Inkues Allahyarham Adib

Ke Mana Hala Tuju Inkues Allahyarham Adib

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 303 hits
oleh Haji Ahmad Amzad Bin Hashim30 Mei 2019 25 Ramadhan 1440H1 Tindakan peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan keluarga Muhammad Adib menarik diri sudah pasti sangat men
Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 371 hits
oleh Ab Jalil Backer Menurut alasan terbaharu kerajaan PH Syazlin diarahkan menarik diri dari menjadi peguam pemerhati KPKT kerana beliau juga mewakili keluarga Adib Perdana Menteri dilaporkan berkata peguam itu mewakili dua pihak yang bert...
Inkues Adib Pembangkang Jangan Persoal Tindakan Tommy Thomas

Inkues Adib Pembangkang Jangan Persoal Tindakan Tommy Thomas

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 400 hits
ALOR SETAR Pembangkang tidak wajar memanipulasi tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menarik balik pelantikan Syazlin Mansor daripada mewakili kementerian dan bomba dalam inkues berhub...
Inkues Adib Peguam Syazlin Mansor Sudah Tidak Diperlukan Lagi Zuraida

Inkues Adib Peguam Syazlin Mansor Sudah Tidak Diperlukan Lagi Zuraida

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 333 hits
KUALA LUMPUR Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menyifatkan peranan peguam Syazlin Mansor tidak diperlukan lagi dalam prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim Kata Zuraida ini kerana Peguam N...
Inkues Kematian Adib Adakah Semua Sudah Dirancang

Inkues Kematian Adib Adakah Semua Sudah Dirancang

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 323 hits
oleh Ab Jalil Backer Dari awal saya tidak berminat mengikuti dengan teliti inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim Saya telah tahu apa keputusannya Sesiapa yang kenal perangai sebenar Peguam Negara ini di belakang tabir sudah boleh menjan...
Kuih Raya Homemade By Nieyl

In Paris 5 Stores To Find Chanel Dior And More At A Markdown

Karnival Ipma 2025 Tarikh Lokasi

Growth Mindset In Startups

Arenaa Batik Boutique Hotel

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Choosing The Best Dentist In Orland Park What Really Matters

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Pelakon Kelahiran Malaysia Stephenie Lim Ceraikan Pelakon Hk Sun Xing Untuk Kali Kedua

Malam Ni Kita Makan Mee Kuah Tulang Cara Utaqa Sebab Akak Orang Utaqa Penang

Individu Terkilan Ibu Kritik Gaji Sekolah Tinggi Tapi Gaji Macam Takde Sekolah

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx