Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik


 

KUANTAN - Isu pencerobohan tanah kerajaan untuk penanaman durian 'Musang King' di Raub  sepatutnya tidak 'dipolitikkan' oleh mana-mana pihak.
Demikian kenyataan, aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mengulas perkembangan terbaharu kes ini. Jika ada yang buat salah, dakwa mereka mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Shukri yang juga merupakan Penyelaras NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) berkata, tindakan mempolitikkan isu tersebut pasti akan menyulitkan lagi kerajaan dan membuka 'pekung sendiri' akhirnya.
"Saya lihat ada pemimpin politik dan NGO yang bertubi-tubi menyalahkan DAP dalam isu ini. Walhal, pencerobohan tanah haram telah berlaku sejak sekian lama. DAP hanya menang di Parlimen Raub pada PRU-13, menerusi calonnya Dato' Ariff Sabri Abd Aziz. Kemudian pada PRU-13 pula DAP mengekalkan parlimen Raub menerusi calonnya Tengku Zulpuri Tengku Puji berjaya nempertahakan kerusi itu. Ini bermakna DAP hanya berkuasa bermula 2013 hingga sekarang," dakwa Shukri.
Rakyat harus sedar, kuasa terhadap tanah adalah tertakluk kepada kerajaan negeri bukannya persekutuan. Maka, mana mungkin DAP yang membenarkan pencerobohan haram itu, tambahan pula ia sudah berlaku sejak berpuluh tahun yang lalu.
"Harus diingat, bermula pada PRU -7 (1978) hingga PRU-11 (2004) parlimen Raub telah dikuasai oleh BN melalui calonya Tan Koon Swan, Tan Tion Hong, Tan Geik Kwan dan Ng Yen Yen. Kesemua mereka adalah berbangsa Cina dari parti MCA. Sedangkan calon DAP kedua-duanya berbangsa Melayu," dakwa Shukri lagi.
Maka itu usahlah terpedaya dengan dakyah politik sempit berbaur perkauman kononnya pencerobohan haram itu didalangi oleh DAP, walhal parti itu baru saja berkuasa di parlen Raub sejak dua penggal lalu iaitu ketika pokok 'Musang King' sudah pun membuahkan hasil.
"Pekebun durian yang terlibat itu juga sebahagiannya adalah berbangsa Melayu yang merupakan penyokong kuat UMNO BN. Mana mungkin mereka itu juga termakan hasutan dan dakyah DAP. Usahlah cuba untuk salahkan politik, sedangkan isu melibatkan integriti pegawai kerajaan terutamanya yang bertugas dalam hal ehwal tanah dan hutan," dakwa Shukri lagi.
Shukri mendakwa, amatlah tidak masuk dek akal tanah yang diceroboh seluas 11,000 ekar itu tidak disedari oleh pihak berkuasa dan jabatan yang berkenaan.
"Kebun haram boleh nampak dari jauh dan ada yang boleh dilihat jelas dari jalan utama. Saya hairan, balak 11,000 ekar yang dicuri termasuk dari Hutan Simpan Kekal menjadi milik siapa?  Penguatkuasa hutan tidak nampakkah balak-balak ini ditebang dan dibawa keluar? Adakah penceroboh balaknl guna 'helikopter' atau 'kapal terbang' hingga berpuluh tahun langsung tidak disedari. Apakah laporan kepada kerajaan negeri tidak dibuat dengan betul selama ini?.," katanya.
"Begitu juga penguatkuasa tanah, mereka tak nampakkah tanah-tanah yang diceroboh itu selama ini? Kenapa tidak laporkan kepada pihak berkuasa agar tindakan boleh diambil sejak awal pencerobohan tanah itu berlaku. Penanaman durian hanya boleh dilakukan selepas semua balak di hutan berkenaan dikeluarkan. Soalnya pihak mana yang telah menceroboh hutan keluarkan balak itu? Inilah yang perlu disiasat dan diambil tindakan oleh pihak kerajaan. Bukan menyalahkan pekebun durian Musang King 100%. Adakah pokok durian di tanam terus keluar hasil? Kenapa tidak dimusnahkan ketika masih anak-anak pokok lagi?," dakwa beliau lagi.
Sebab itu beliau tidak setuju isu ini 'dipolitikkan' secara keterlaluan. Seolah-olah bila ada kes pencerobohan hutan di Pahang, maka yang salah ialah DAP.
"Bagaimana pula dengan pencerobohan hutan simpan yang berleluasa di negeri Pahang sejak sekian lama? Apakah DAP juga yang salah? Walhal rakyat tahu siapa dan pihak mana yang makan hasil akibat pencerobohan haram tanah dan hutan di negeri ini sejak sekian lama," tambahnya.
Malah, Shukri juga mendakwa pihak yang berkuasa dalam hal ehwal hutan dan tanah di jabatan kerajaan berkaitan juga perlulah disiasat, kerana mereka membiarkan semua ini berlaku di depan mata tanpa ada apa-apa tindakan sejak sekian lama. Mujurlah Menteri Besar Pahang berbunyi dan bertindas tegas atas perkara ini, jila tidak pasti kita tidak tahun 'Musang King Raub' kisahnya ditanam secara haram.
Shukri turut menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pahang terhadap isu ini. Cuma tindakan biarlah profesional dan tidak menimbulkan persoalan dan kemarahan rakyat marhaen. Bertindaklah secara adil dan bijaksana. #pahangdaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/isu-ceroboh-tanah-musang-king-usah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 457 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut Menurut Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad pencerobohan terseb...
111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

111 Pekebun Durian Musang King Raub Berjaya Mendapat Perintah Penggantungan Sementara Notis Pengosongan Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 628 hits
KUANTAN Seramai 111 pekebun durian yang meneroka tanah kerajaan negeri berjaya mendapat Perintah Pergantungan Sementara terhadap notis pengosongan tanah kebun dan pajakan mereka di beberapa lokasi sekitar Raub Peguam Siew Choon Jern yang me...
Cadangan Parti Putra Untuk Agih Tanah Musang King Kepada Veteran Tentera

Cadangan Parti Putra Untuk Agih Tanah Musang King Kepada Veteran Tentera

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 410 hits
Konsep AGIH Dan Penyelesaian Tanah Musang King Saya ada sedikit cadangan di sini yang mungkin tuan tuan akan setuju atau tidak setuju Saya tertarik juga dengan kenyataan Parti Putra bahawa tanah Musang King itu ditukar status jadi tanah Riz...
Pas Salahkan Dap Isu Ceroboh Tanah Di Negeri Bn

Pas Salahkan Dap Isu Ceroboh Tanah Di Negeri Bn

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 281 hits
Bendahari Pemuda Pas Malaysia Roslan Md Esa memberi amaran tegas kepada DAP supaya tidak bersikap biadap dan mengusik sembarangan hak orang Melayu di negara ini Jangan cabar hak dan kedaulatan tanah air ini jangan cabar kami Kerana orang Me...
Isu Musang King Pekebun Melayu Rps Sungai Chalit Pun Turut Terpalit Apa Nasib Mereka

Isu Musang King Pekebun Melayu Rps Sungai Chalit Pun Turut Terpalit Apa Nasib Mereka

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 413 hits
Generasi peneroka di Kampung Sungai Chalit telah bertapak di sini seawal tahun 1979 lagi dan telah dijanjikan kerjasama pembukaan dan pengusahaan tanah lot ladang seluas lapan ekar da lot dusun dua ekar beserta tapak rumah kepada ahli peser...
Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

Krisis Musang King Petani Tebang Pokok Ekoran Kecewa Dengan Urusan Tanah Di Pahang

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 708 hits
Ia berikutan beberapa video yang tular menunjukkan seorang pekerja bertindak menebang pokok duriannya yang berusia 50 tahun menggunakan gergaji besi Hakim Bao Sementara yang lain pula memperlihatkan petani yang berasa sedih dan kesal berjal...
Isu Musang King Raub Najib Dakwa Pengerusi Ngo Samka Ialah Ahli Dap

Isu Musang King Raub Najib Dakwa Pengerusi Ngo Samka Ialah Ahli Dap

papar berkaitan - pada 6/9/2020 - jumlah : 418 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi kumpulan Perikatan Selamatkan Musang King yang ditubuhkan untuk menentang kerajaan Pahang berhubung isu tanah Pahang diceroboh untuk kebun durian Wilson Chang Yee Chin ialah ahli DAP Demikian ditegaskan oleh mantan Pe...
Selesaikan Isu Tanah Majukan Potensi Komoditi Durian Keadilan

Selesaikan Isu Tanah Majukan Potensi Komoditi Durian Keadilan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 362 hits
Pertikaian tanah antara pekebun durian Musang King dan Kerajaan Negeri Pahang tidak wajar dipanjangkan sehingga menjejaskan sektor peladangan durian Bagi pemimpin KEADILAN sektor perladangan durian yang telah menghasilkan gred premium Musan...
Tiada Elemen Gengsterisme Terlibat Dalam Kes Kontroversi Durian Musang King Di Raub

Tiada Elemen Gengsterisme Terlibat Dalam Kes Kontroversi Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 305 hits
KUANTAN Tiada elemen gengsterisme atau kongsi gelap terlibat dalam kes kontroversi durian musang king di Raub seperti didakwa sesetengah pihak Ketua Polis Pahang Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata melalui sembilan laporan polis berhubung i...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Bab 4 April 2025

Raya Di Teratak Kecil Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Persiapan Kejohanan Merentas Desa

Ayu Damit Feat Emeer Bakri Cukup Kita Chord

70 Patriotic 4th Of July Crafts That Will Spark Joy And Creativity This Independence Day

Norza Leaves Bam On A High

Experts Public Deserves Answers On High Profile Macc Probes

Tempoh Gajah Mengandung