Kos Dan Faedah Mengadakan Pilihan Raya Sewaktu Pandemik


Nur Shazreena Al

Logistik keselamatan dalam mengadakan pilihan raya bagi 15 juta pengundi akan menjadi cabaran namun ahli ekonomi Madeline Berma mengatakan faedah jangka panjang akan melebihi kosnya.

Petugas kesihatan memeriksa dan melakukan disinfeksi peti undi. Gambar: Bernama Pilihan raya umum yang dijanjikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan diadakan pada Julai tahun depan bakal menyaksikan sekurang-kurangnya 15 juta rakyat Malaysia turun mengundi, memberikan cabaran yang tidak pernah wujud sebelum ini kepada pihak berkuasa dalam memastikan langkah-langkah keselamatan bagi melindungi pengundi daripada wabak Covid-19.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ikmalrudin Ishak berkata, daftar pemilih yang diwartakan sebelum pembubaran Parlimen akan digunakan ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
“Jumlah pengundi berdaftar sekarang adalah 15.36 juta,” katanya kepada MalaysiaNow.
Kebiasaannya, pengundian akan diadakan di kawasan-kawasan seperti sekolah yang mudah diakses pengundi memandangkan jaraknya yang berhampiran dengan masyarakat setempat.
Namun kebimbangan berhubung Covid-19, terutama penularan varian Delta yang dikatakan lebih mudah dijangkiti bakal memberikan cabaran berganda kepada pihak berkuasa selain daripada pemilihan lokasi pengundian.
Kawalan pergerakan orang ramai dan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) seperti penggunaan pelitup muka dan penjarakan fizikal juga perlu dipertimbangkan.
Selain itu kos pilihan raya pandemik juga terpaksa difikirkan pihak berkuasa.
Ikmalrudin berkata, pilihan raya umum yang diadakan semasa pandemik akan menyaksikan kos lebih tinggi, terutamanya sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang tertangguh akan diadakan serentak.
Bagaimanapun, katanya, persiapan tetap dijalankan bagi berdepan situasi tersebut.
Menurutnya lagi SPR juga berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan bagi mengkaji pelan dan garis panduan keselamatan pilihan raya.
Antara yang terlibat termasuk beberapa agensi dan kementerian termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), kementerian kesihatan, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan polis.
Dalam perutusan khasnya pada Jumaat lalu, Muhyiddin berkata PRU15 akan diadakan pada bulan Julai 2022 mengikut situasi pandemik.
Beliau juga turut menawarkan beberapa perkara dalam undangan persefahaman rentas parti politik termasuk peruntukan dana sama rata kepada semua ahli Parlimen di seluruh negara, penggubalan undang-undang anti lompat parti, membataskan pemerintahan perdana menteri selama dua penggal dan perwakilan ahli Parlimen yang seimbang daripada kerajaan dan pembangkang dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen.
Tawaran itu bagaimanapun ditolak gabungan Pakatan Harapan, sekumpulan ahli Parlimen Umno dan Pejuang.
Ketika Muhyiddin menekankan akan wujud ketidakpastian jika pertukaran pentadbiran dilakukan semasa wabak melanda negara, ahli ekonomi Madeline Berma berkata tidak mengadakan pilihan raya sebaliknya akan menjadi pertaruhan dalam bentuk yang berbeza.
Bercakap kepada MalaysiaNow, Madeline mengakui wujud kebimbangan untuk mengadakan pilihan raya semasa krisis Covid-19, namun beliau berkata faedah terhadap sosial ekonomi dan kestabilan politik jangka panjang akan melebihi risiko mengadakan pilihan raya ketika pandemik.
“Kerajaan ketika ini tidak memiliki majoriti di Parlimen untuk merancang dan melaksanakan reformasi struktur seperti reformasi percukaian, kewangan dan memberdayakan usaha penyesuaian terhadap trend mega pasca pandemik,” katanya.
“Pembaharuan struktur banyak variasi dan perlukan masa untuk membuahkan hasil. Kerajaan dengan majoriti tipis di Parlimen tidak mempunyai waktu untuk laksanakannya.”
Beliau turut berbicara mengenai keperluan untuk meningkatkan kecekapan, keanjalan dan ketahanan dengan mengatakan pembaharuan-pemaharuan sedemikian akan menajangkaui Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau Penjana.
“Semua itu adalah langkah jangka pendek dan pertengahan dan sesuai untuk mengatasi masalah segera seperti kelangsungan hidup dan meletakkan makanan di atas meja rakyat,” katanya.
“Pakej rangsangan fiskal adalah sangat bagus tetapi kita perlukan penyelesaian jangka panjang untuk menyelesaikan masalah struktur yang sudah wujud sebelum Covid.”
Beliau berkata pembaharuan juga diperlukan untuk percukaian, pasaran tenaga kerja, pasaran produk dan sektor awam.
“Ekonomi kita pada masa ini didasari model yang tertumpu kepada tenaga buruh dan berorientasikan eksport sehingga menjadi punca pergantungan kepada buruh asing yang dibayar upah rendah, produktiviti rendah buruh, pengangguran lulusan universiti, pendapatan rendah, selain menghalang daya saing berlaku,” katanya.
“Kerajaan yang mendapat sokongan penuh di Parlimen akan dapat merancang dan melaksanakan pembaharuan struktur bagi memulihkan ekonomi dan memperkuat daya saing Malaysia.
“RM1.2 bilion (untuk pilihan raya) adalah harga yang harus dibayar oleh Malaysia bagi mendapatkan kerajaan yang mempunyai mandat yang kukuh di Parlimen demi membawa negara kita ke tahap ekonomi baru dalam era pasca pandemik.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/kos-dan-faedah-mengadakan-pilihan-raya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 234 hits
agendadaily com7 8 2021Kuasa Presiden dalam menandatangani watikah calon juga menyebabkan ramai ahli MT yang tidak berani melawannya dan ia digunakan sebagai alat untuk menggugut mereka supaya menyokong serta patuh kepada arahannya Tidak da...
Pilihan Raya Awal Memudaratkan

Pilihan Raya Awal Memudaratkan

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 142 hits
Pilihan raya awal memudaratkan Parlimen ke 14 akan tamat penggalnya pada 16 Julai 2023 dan Pilihan Raya Umum ke 15 mesti diadakan selewat lewatnya pada 14 September 2023 iaitu 25 bulan daripada sekarang Ada ura ura bahawa PRU15 harus disege...
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 502 hits
Cara Nak Hilangkan Stress Sewaktu Lockdown Kat Rumah Ialah Dengan Bermain Games Online Salam dan selamat sejahtera Korang sihat tak ok tak tu waktu pandemik ni Banyak family yang terjejas Ada yang tak kerja Ada yang dibuang kerja Ada yang m...
Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

Ismail Sabri Hishamuddin Yang Sewaktu Dengannya Hanyalah Copy Paste Kerajaan Gagal

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 286 hits
Tak malu ke Ismail Sabri dan Anwar sedang gerakan KeMPEN diri mereka calon PM sedangkan sepatutnya lebih bercakap tentang covid 19 dan pelan pemulihan yang lebih baik dari PN Udara segar pls MUHYIDDIN DIPILIH SEMULA SEBAGAI PM9 DENGAN 135 K...
Pembantu Muhyiddin Dedah Debat Kecil Sewaktu Sarapan Sehari Sebelum Peletakan Jawatan

Pembantu Muhyiddin Dedah Debat Kecil Sewaktu Sarapan Sehari Sebelum Peletakan Jawatan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 336 hits
MALAYSIA NOW Marzuki berkata Muhyiddin bimbang kemelut politik negara berterusan jika beliau tidak mendapat sokongan sebagai calon perdana menteri Pembantu utama Muhyiddin Yassin mendedahkan sebuah babak ketika perbualan sewaktu sarapan ber...
Iq Skor Anak Yang Dapat Susu Ibu Lebih Tinggi Sewaktu Zaman Kanak Kanak Hebatnya Susu Ibu

Iq Skor Anak Yang Dapat Susu Ibu Lebih Tinggi Sewaktu Zaman Kanak Kanak Hebatnya Susu Ibu

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 288 hits
Salah satu keputusan yang paling besar yang perlu dibuat para ibu untuk pemakanan si manja mereka adalah sama ada menyusu badan atau formula Ia boleh menjadi satu perkara peribadi atau mungkin mengundang reaksi yang kuat daripada rakan raka...
Cabaran Tukang Kasut Cari Rezeki Ketika Pandemik Covid 19

Cabaran Tukang Kasut Cari Rezeki Ketika Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 266 hits
Perniagaan membaiki kasut kecil kecilan terjejas akibat pandemik Covid 19 dan pelaksanaan PKP manakala mereka yang terlibat dalam rangkaian pembekalan makanan bergelut untuk kekal berdaya saing di pasaran Indra Bujang menunggu pelanggan di ...
Warna Warni Ismail Dari Pemimpin Mahasiswa Menjadi Perdana Menteri Pandemik

Warna Warni Ismail Dari Pemimpin Mahasiswa Menjadi Perdana Menteri Pandemik

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 232 hits
Jika ada senarai orang yang mungkin menjadi perdana menteri pada satu hari nanti Ismail Sabri Yaakob seperti Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009 mungkin tidak berada di dalamnya Namun tidak seperti Abdullah yang mend...
Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 308 hits
Sukar untuk ubah takwim sekolah meskipun situasi Covid 19 masih belum reda Pelajar menggunakan telefon bimbit untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah sepanjang perintah kawalan pergerakan Sistem pendidikan negara menyaksikan pe...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin