Tak Perlu Ubah Takwim Sekolah Pdpr Kaedah Terbaik Semasa Pandemik Kata Pakar


 Ahmad Mustakim Zulkifli
Sukar untuk ubah takwim sekolah meskipun situasi Covid-19 masih belum reda.

Pelajar menggunakan telefon bimbit untuk mengikuti pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP). Sistem pendidikan negara menyaksikan perubahan besar setelah setahun pandemik Covid-19 melanda negara tahun lepas apabila penutupan sekolah memaksa guru, murid, dan ibu bapa mengadaptasi kepada persekitaran baru menerusi sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Namun bukan sahaja kaedah PdPR yang berubah, bahkan kalendar atau takwim juga terkesan dengan penutupan sekolah yang dilaksanakan beberapa kali berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) sehingga mengganggu takwim kebiasaannya.
Bekas ketua pengarah pelajaran, Alimuddin Mohd Dom berkata, penetapan sesi persekolahan bergantung kepada dua perkara besar.
“Pertamanya, peperiksaan. Dahulu, semua jenis peperiksaan dibuat hujung tahun semasa cuti persekolahan. Ini kerana pihak sekolah memerlukan tempat mengadakan peperiksaan. Maknanya bila pelajar bercuti, ada ruang untuk peperiksaan berjalan,” katanya kepada MalaysiaNow.
Menurut Alimuddin, faktor kedua, ialah cuaca setempat dan Malaysia kebiasaannya dilanda monsun, hujan lebat dan banjir pada hujung tahun, yang merasionalkan cuti persekolahan pada hujung tahun.
Namun katanya, ia juga mula berubah sejak tahun-tahun kebelakangan ini apabila banjir kerap berlaku secara tidak menentu.
“Perubahan ini agak besar kerana kita ikut sistem lama sejak sebelum merdeka lagi. Sudah tentu banyak perkara perlu difikirkan terutama soal peperiksaan.
“Pandangan daripada Majlis Peperiksaan Malaysia, NGO, orang ramai, malah daripada guru-guru sendiri perlu diperoleh sebelum menentukan kelebihan atau kekurangan perubahan takwim ini,” tambahnya.
Umumnya, setiap tahun takwim sekolah akan bermula pada Januari dan akan tamat pada November.
Selain itu, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang kebiasaannya berjalan pada hujung tahun dijalankan secara berperingkat. Ujian lisan berlangsung pada tahun sama, namun ujian bertulis berlangsung pada Februari dan Mac tahun ini.
Contoh lain ialah pembukaan sekolah yang dijadualkan secara berperingkat pada 1 September ini mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) ditangguhkan berikutan situasi Covid-19 yang masih belum reda.
Keadaan itu memaksa rakyat dan kerajaan Malaysia untuk kembali memikirkan strategi dan adaptasi yang sesuai berhubung takwim sekolah tahunan.
Ini kerana, sekiranya situasi Covid pada tahun depan memaksa sekolah dibuka lewat dari Januari seperti kebiasaan, ia juga akan berakhir dengan lebih lewat, dan berkemungkinan terlajak sehingga ke tahun depan.
Murid yang memulakan darjah 1 pada bulan Mac 2022 contohnya mungkin hanya akan menamatkan darjah itu pada tahun 2023.
Mungkin negara terpaksa mengikuti takwim seperti negara Eropah yang tidak bermula pada Januari.
Menurut data Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), sehingga Mac tahun ini, 168 juta kanak-kanak di seluruh dunia terkesan apabila sekolah mereka ditutup hampir setahun gara-gara perintah berkurung.
214 juta kanak-kanak terlepas tiga perempat sesi pembelajaran secara bersemuka.
Sementara bagi pakar pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Azlin Norhaini Mansor, sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengubah takwim sekolah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/tak-perlu-ubah-takwim-sekolah-pdpr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

No Anwar No Dap Hanya Sentimen Umno Zahid Boleh Ubah Kata Ph

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 334 hits
agendadaily com8 8 2021Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kawan rapat politik sejak 1980 an Laungan No Anwar No DAP dibawa UMNO hanya berbentuk sentimen dan boleh berubah sekali gus menjayakan kerjasama parti itu den...
Nota Tatabahasa Sekolah Rendah Kata Hampir Sama Dan Maksud

Nota Tatabahasa Sekolah Rendah Kata Hampir Sama Dan Maksud

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 414 hits
Nota Tatabahasa Sekolah Rendah Kata Hampir Sama dan Maksud Ketika mempelajari sesuatu bahasa pasti anda akan terjumpa dengan beberapa perkataan yang dianggap mempunyai maksud yang sama Di dalam Bahasa Melayu juga terdapat banyak perkataan y...
Kembalinya Penyu Di Pantai Beri Mesej Kepada Semua Kata Pakar

Kembalinya Penyu Di Pantai Beri Mesej Kepada Semua Kata Pakar

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 234 hits
Seekor penyu agar betina yang mendarat untuk bertelur di Pantai Batu Burok Kuala Terengganu malam tadi KUALA TERENGGANU Pendaratan penyu ke pantai Batu Buruk di sini malam tadi memberi mesej bahawa haiwan itu telah bersedia untuk bertelur d...
Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

Pembukaan Sekolah Tak Perlu Tunggu Semua Divaksin Risiko Jangkitan Rendah Pakar Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 368 hits
Yang perlu dipastikan sudah lengkap divaksin ialah guru guru dan kakitangan sekolah KUALA LUMPUR Pembukaan semula sesi persekolahan secara berperingkat bermula 1 September ini tidak perlu ditangguhkan sehingga semua pelajar selesai divaksin...
10 Tablet Terbaik Di Bawah Rm1000 Untuk Pdpr

10 Tablet Terbaik Di Bawah Rm1000 Untuk Pdpr

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 545 hits
Bagi murid sekolah yang tengah menjalani PdPR dan sedang mencari sebuah tablet pembelajaran Ini ada 10 senarai Tablet Terbaik di bawah RM1000 sesuai untuk PdPR untuk tahun 2021 Kita sedia maklum disebabkan pandemik Covid 19 sesi persekolaha...
Pm Baru Mesti Mengutamakan Ma63 Selain Pandemik Kata Jeffrey

Pm Baru Mesti Mengutamakan Ma63 Selain Pandemik Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 274 hits
Jeffrey Kitingan mengatakan semua pihak tempatan di Sabah dan Sarawak mesti menggunakan kesempatan ini untuk bekerjasama untuk mendapatkan perjanjian terbaik untuk kedua dua negeri Borneo Perdana Menteri yang akan datang dan Kabinetnya haru...
Webinar Pdpr Manisnya Menuntut Ilmu Di Era Pandemik

Webinar Pdpr Manisnya Menuntut Ilmu Di Era Pandemik

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 602 hits
Webinar PdPR Manisnya Menuntut Ilmu Di Era Pandemik Alhamdulillah syukur Ya Allah Pagini dapat berkongsi info mengenai Webinar PdPR Manisnya Menuntut Ilmu Di Era Pandemik buat sahabat pembaca blog KakYa Webinar PdPR manisnya menuntut ilmu d...
Kenyataan Umno Berhubung Pembukaan Sekolah Tidak Tepat Kata Pemuda Bersatu

Kenyataan Umno Berhubung Pembukaan Sekolah Tidak Tepat Kata Pemuda Bersatu

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 256 hits
MALAYSIA NOW Menurut Ashraf pendidikan adalah isu generasi masa depan yang tidak seharusnya dipolitikkan Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim membidas kenyataan Ketua Pene...
Penutupan Sekolah Berpanjangan Cetus Jurang Pendidikan Lebih Luas Kata Persatuan Ibu Bapa

Penutupan Sekolah Berpanjangan Cetus Jurang Pendidikan Lebih Luas Kata Persatuan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 210 hits
Pelajar yang lemah dalam pelajaran dan mereka daripada kumpulan isi rumah B40 akan terjejas teruk kata ahli pendidikan PETALING JAYA Penutupan sekolah yang berpanjangan di seluruh negara dijangka meningkatkan lagi jurang pendidikan antara m...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi