Pilihan Raya Awal Memudaratkan



Pilihan raya awal memudaratkan. Parlimen ke-14 akan tamat penggalnya pada 16 Julai 2023 dan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mesti diadakan selewat-lewatnya pada 14 September 2023, iaitu 25 bulan daripada sekarang.
Ada ura-ura bahawa PRU15 harus disegerakan untuk menyelesaikan kemelut politik. Ini amat bertentangan dengan pendirian kerajaan Persekutuan dan Istana Negara sehingga hari ini.
Dengan Darurat kebangsaan dari 12 Januari ke 1 Ogos dan Darurat lokal untuk Sarawak dari 2 Ogos ke 2 Februari 2022, pesanan kerajaan dan Istana ialah negara tidak sesuai untuk menjalankan pilihan raya kerana dilanda wabak.
Jika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar memohon pembubaran Parlimen, dan diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, maka orang ramai malah masyarakat antarabangsa akan membaca isyarat yang salah: PRU tidak boleh dijalankan bila kerajaan PN boleh mengelakkan undi (tidak) percaya, dan tiba-tiba boleh dijalankan bila kerajaan PN tidak dapat mengelakkan undi percaya dan takut kalah.
Ada yang cadangkan bahawa Darurat dimasyhurkan sebaik saja Parlimen dibubarkan, agar Muhyiddin dapat berkuasa sampai bila dia selesa untuk menghadapi pilihan raya.
Ini seolah-olah plot lama di Kelantan pada November 1977, apabila darurat dimasyhurkan selepas Menteri Besar Pro-UMNO Mohamed Nasir dikalahkan oleh undi tidak percaya dan enggan meletak jawatan, dan tiba-tiba dihentikan tiga sebulan kemudian, beberapa minggu sebelum pilihan raya negeri dijalankan dan dimenangi oleh UMNO pada Mac.
Saya tidak percaya cadangan ini akan dapat perkenan di-Raja. Ia akan menyeret institusi raja yang mulia ke dalam politik kepartian dan mencemari kemuliaannya.
Apa yang lebih mungkin, malah sering diulang oleh pemimpin yang berlainan, ialah rancangan untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja imuniti kelompok tercapai dengan kadar vaksinasi 50 peratus atau lebih.
Cadangan pilihan raya segera selepas imuniti kelompok ini perlu dikupas dengan lebih berhati-hati kerana keputusan yang salah mungkin melipatgandakan kadar kes positif dan kematian.
Kerana wabak Covid-19 masih giat mutasi, jika kita tergesa-gesa menganjurkan ceramah, lawatan pintu ke pintu, dan akhirnya barisan panjang pengundi, varian baru seperti Delta mungkin dengan senangnya meragut lebih banyak nyawa.
Ini tidak bermakna kita harus menangguhkan PRU15 tanpa hadnya. Kita mesti mengadakan PRU15 bila Parlimen tamat penggalnya tetapi hanya dengan kaedah dan SOP baru, seperti kemudahan mengundi tanpa hadir yang meluas, kempen di udara, hari mengundi yang berlangsung 2-3 hari.
Darurat
Sebelum Julai 2023, saya tidak diyakini dengan kebaikan pilihan raya awal, sekalipun tanpa penangguhan atas nama darurat, tidak kira parti mana jadi kerajaan.
Kemelut politik hari ini kerana elit politik kita belum menerima realiti baru ‘Parlimen tergantung’ – di mana tiada parti/gabungan memegang majoriti – dan masih bergaja “pemenang sapu semua” (winner takes all) seperti dahulukala.
Dengan perbalahan parti-parti utama sekarang, Parlimen ke-15 kemungkinan besar akan tergantung sekali lagi. Adakah akan Parlimen dibubarkan sekali lagi?
Sebaliknya, jika parti-parti kerajaan dan pembangkang dapat mencapai pendamaian politik selepas undi percaya, dan pembuatan dasar awam akan lebih melibatkan ahli Parlimen pembangkang dan ‘backbencher’ kerajaan, maka apa salahnya kerajaan – tak kira yang asal atau baru – dibenarkan berfungsi sehingga Julai 2023?
Apa yang kita perlukan norma baru untuk politik Parlimen tergantung, bukan pilihan raya baru.
Pergi pasar beli ikan yu,
Goreng dengan cili dan lobak,
Kalau Parlimen sama selepas PRU,
Mengapa cuba risiko wabak?
*Profesor Wong Chin Huat ([email protected]) ialah seorang ahli sains politik yang khusus dalam sistem pilihan raya, politik parti dan demokrasi berparlimen.
Pilihan raya awal memudaratkan
Baca Artikel Menarik :
MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler Layari Laman Facebook MYKMU
Amaran keras diberi Sultan Johor untuk bubarkan DUN jika ada usaha jatuhkan kerajaan

The post Pilihan raya awal memudaratkan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/12/pilihan-raya-awal-memudaratkan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kos Dan Faedah Mengadakan Pilihan Raya Sewaktu Pandemik

Kos Dan Faedah Mengadakan Pilihan Raya Sewaktu Pandemik

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 202 hits
Logistik keselamatan dalam mengadakan pilihan raya bagi 15 juta pengundi akan menjadi cabaran namun ahli ekonomi Madeline Berma mengatakan faedah jangka panjang akan melebihi kosnya Petugas kesihatan memeriksa dan melakukan disinfeksi peti ...
Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 242 hits
agendadaily com7 8 2021Kuasa Presiden dalam menandatangani watikah calon juga menyebabkan ramai ahli MT yang tidak berani melawannya dan ia digunakan sebagai alat untuk menggugut mereka supaya menyokong serta patuh kepada arahannya Tidak da...
Awal Ashaari Us1k Lyla Amina Sampai Terbangun Telatah Terus Tidur Semula Comel Sangat Baiknya Dia

Awal Ashaari Us1k Lyla Amina Sampai Terbangun Telatah Terus Tidur Semula Comel Sangat Baiknya Dia

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 230 hits
Anak selebriti antara yang menjadi nama nama akaun popular di platform Instagram dimana ada yang sedari kecil sudah mempunyai ramai peminat mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi bukan Lyla Amina iaitu anak kepada pasangan bagai pinang dibela...
Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

Pemuda Pas Tidak Tsiqah Bakal Balik Awal Kata Aktivis

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 217 hits
MALAYSIA DATELINETindakan Pemuda Pas yang dilihat cuba lari dari topik politik dengan memainkan isu bola pula dikecam oleh anggotanya sendiri Sehubungan itu bekas pimpinan pemuda Pas Selangor Ahmad Hakimi Othman menyifatkan Pemuda Pas sekar...
Zahid Sendiri Langgar Sumpah Lebih Awal Cakap Berbelit Belit

Zahid Sendiri Langgar Sumpah Lebih Awal Cakap Berbelit Belit

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 369 hits
agendadaily com12 8 2021Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah condong kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan blok pembangkang Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa awal ...
Video Bgun Sayang Ank2 Tnggu Sdah 4 Hari Lsteri Di Tldurkan Slpas Tpksa Ber Alin Awal

Video Bgun Sayang Ank2 Tnggu Sdah 4 Hari Lsteri Di Tldurkan Slpas Tpksa Ber Alin Awal

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 321 hits
Seremban Seorang lagi ibu yang kini bertrung nywa di lCU selepas disahkan Posltif C0VlD19
Hijrah Awal Muharam 1443 H Lipat Gandakan Amal Ibadah

Hijrah Awal Muharam 1443 H Lipat Gandakan Amal Ibadah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 263 hits
Hijrah Awal Muharam 1443 H Lipat Gandakan Amal IbadahAsalamualaikum Salam sejahtera Semua SEMOGA TAHUN BARU INI MENRUNGKAI BANYAK MEMORI INDAHBAHAGIA DAN ISTIQOMAH KITA DALAM MELAKUKAN BANYAK AMALDAN IBADAH DALAM MERAI JANNAH ALLAH Tacaan A...
Bermulalah Awal Muharam Salam Maal Hijrah

Bermulalah Awal Muharam Salam Maal Hijrah

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 425 hits
Bermulalah Awal Muharam Salam Maal Hijrah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam sejahtera Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala pujian hanya Allah dan sebelum memulakan bicara artikel yang lebih panj...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada