Ahli Mt Kalah Pilihan Raya Penentu Masa Depan Umno Umno Bakal Lingkup


agendadaily.com7/8/2021

Kuasa Presiden dalam menandatangani watikah calon juga menyebabkan ramai ahli MT yang tidak berani melawannya dan ia digunakan sebagai alat untuk menggugut mereka supaya menyokong serta patuh kepada arahannya.

Tidak dapat dinafikan lagi sekarang berlaku pertembungan secara terbuka antara Majlis Tertinggi (MT) UMNO dengan Ahli-ahli Parlimen (MP) UMNO yang tidak sependapat dengan keputusan berhubung hala tuju diputuskan badan tertinggi parti itu.

Minggu lepas MT UMNO membuat keputusan untuk menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia sekaligus mencetuskan satu lagi kemelut politik.

Bagaimanapun, keputusan tersebut disanggah oleh sekumpulan MP UMNO yang tidak bersetuju keputusan yang diumum oleh Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disokong pula oleh majoriti Ahli MT yang kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama keputusan kontroversi yang MT UMNO pernah buat, ia pernah berlaku semasa era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dimana beberapa pemimpin utama parti itu dipecat, antara yang menjadi mangsa adalah Muhyiddin yang dipecat sebagai Timbalan Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang dipecat sebagai Naib Presiden dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 2016.

UMNO ketika itu berdepan perpecahan besar, Muhyiddin yang dipecat waktu itu kemudiaan bersama-sama Mukhriz menubuhkan parti Bersatu yang kini peneraju utama kerajaan di Putrajaya.

Keputusan pemecatan tersebut dibuat oleh ahli-ahli MT yang menyokong Najib waktu itu dan ia dibuat secara sebulat suara, ia akhirnya juga menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional buat kali pertama dalam sejarah hilang kuasa apabila tersungkur dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Kini episod sama berulang, Zahid juga menggunakan MT UMNO sebagai alat demi agenda peribadinya bersama Najib dan beberapa individu lain yang terpalit dalam kes mahkamah untuk menjatuhkan kerajaan PN.

Seperti insiden pada 2016, keputusan MT UMNO sekali lagi digunakan untuk menghalalkan hala tuju parti mengikut kehendak Presiden.

Zahid menggunakan beberapa ahli MT yang lantang dan setia kepada kehendak peribadinya, individu seperti Naib Presiden Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Puad Zarkashi, Datuk Razlan Rafii dan beberapa lagi ahli MT lain menjadi perisai terhadap sebarang keputusan parti yang dimuktamadkan.

Jadi apakah persamaan mereka ini yang sentiasa menyokong setiap keputusan Zahid? Persamaannya adalah mereka semua ini kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Nampaknya masa depan dan hala tuju parti kini sedang ditentukan oleh beberapa Ahli MT yang tewas semasa pilihan raya lalu dan besar kemungkinan ia akan melingkupkan parti tersebut.

Seorang pemimpin senior UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu Agenda Daily, kebanyakkan Ahli-ahli MT yang senada dengan Zahid sebenarnya mempunyai cita-cita untuk bertanding semula dalam pilihan raya dan mereka terpaksa mengikut telunjuk Presiden bagi berpeluang untuk menjadi calon.

“Pertama sekali ahli-ahli MT ini mereka kalah dalam pilihan raya dan ramai daripada mereka duduk dalam Majlis Tertinggi kalah pilihan raya.

“Kepada mereka kalau cepat diadakan pilihan raya apabila jatuh kerajaan, mereka nak bertanding baliklah,” katanya.

Jelas Nazri lagi, kuasa Presiden dalam menandatangani watikah calon juga menyebabkan ramai ahli MT yang tidak berani melawannya dan ia digunakan sebagai alat untuk menggugut mereka supaya menyokong serta patuh kepada arahannya.

“Siapa tak sokong dia, dia masih presiden dia kata. Dia dia sign (tandatangan) watikah. Ini gunakan sebagai menggugut Ahli-ahli MT dan juga Ahli-ahli Parlimen.

“Kalau dicadang balik nama mereka (MT) dia tidak akan tandatangan jadi ini menyebabkan ada tekanan di kalangan ahli-ahli MT yang mahu cepat pilihan raya diadakan dan nak bertanding. Sebab itu dia kena sokong dan yang jadi Ahli Parlimen ni pun dia kena sokong Zahid sebab kalau tak sokong nanti dia tak mahu tandatangan watikah,” katanya lagi.

Jelas Nazri, keputusan yang diumumkan oleh Zahid selepas mesyuarat MT baru-baru ini sama sekali melanggari ketetapan yang dibuat semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) yang lalu.

“Apa keputusan parti? Keputusan parti ialah PAU, apa keputusan PAU? Tak boleh putus hubungan dengan kerajaan PN sehingga PRU15,” ujarnya lagi.

Kebimbangan dikalangan pemimpin UMNO adalah masa depan parti sedang diatur oleh beberapa Ahli-ahli MT yang tidak mempunyai kredibiliti dan ia bakal menghancurkan parti.

Jadi, adakah akar umbi UMNO mahu melihat parti dihancurkan oleh segelintir pemimpin yang ditolak rakyat semasa PRU lalu untuk menentukan masa depan parti? Lebih baik fikir dua kali sebelum terjerumus ke lembah yang lebih menghinakan, hilang kuasa kerana kepentingan peribadi oleh beberapa individu yang mahu memusnahkan parti


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/08/ahli-mt-kalah-pilihan-raya-penentu-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
23 Ahli Umno Memberontak Bakal Hadapi Kesukaran Di Pru 15

23 Ahli Umno Memberontak Bakal Hadapi Kesukaran Di Pru 15

papar berkaitan - pada 14/8/2021 - jumlah : 327 hits
Sukar ahli Parlimen UMNO memberontak pertahan kerusi pada PRU15 kata penganalisis 23 ahli Parlimen Umno yang ingkar arahan parti untuk menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilihat sukar mempertahankan kerusi mereka...
Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

Perpecahan Dalam Umno Bakal Meruncing Jika Terus Desak Ahli Letak Jawatan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 283 hits
Menteri menteri Umno tersepit dalam dua pertimbangan iaitu antara pentadbiran pusat dan parti kata penganalisis PETALING JAYA Umno perlu bersedia berdepan perpecahan dalaman yang lebih meruncing jika terus menekan Menteri dan Timbalan Mente...
Umno Anggap Jawatan Ahli Mkt Masih Sah

Umno Anggap Jawatan Ahli Mkt Masih Sah

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 210 hits
Oleh ZULKIFLI MANZOR Gambar hiasan PETALING JAYA UMNO berpendirian pandangan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bahawa tempoh pemegang jawatan Majlis Kerja Tertinggi parti itu bagi penggal 2018 2021 telah tamat pada 30 Jun 2021 adalah tidak lag...
Muka Ahli Umno Yang Sungguh Khianat

Muka Ahli Umno Yang Sungguh Khianat

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 209 hits
Hamdan TahaDi Perak ada dua ahli parlimen yang mereka di calunkan sebagai calun kerana kehendak pemimpin tapi ahli dan pemimpin bahagian amat tidak setuju tapi akhirnya akurSelepas menang di dua kawasan ini ahli umno dan pimpinan umno bahag...
Pertanyaan Untuk Ahli Dan Penyokong Umno

Pertanyaan Untuk Ahli Dan Penyokong Umno

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 217 hits
Sehingga pagi ini tiada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri dan Ketua2 Bahagian yang mampu jawab persoalan2 ini Harap Ahli2 UMNO Bahagian tanya mereka apa jawapan mereka Saya tahu mereka tak mampu jawab Mereka hanya buat kenyataan ikut skrip...
Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

Lagi Sd Ahli Parlimen Dihantar Kepada Agong Umno Ulangi Muhyiddin Tiada Majoriti

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 267 hits
August 4 2021 7 25 PMPETALING JAYA Umno hari ini menghantar warkah kepada Yang di Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan senarai Ahli Parlimen parti itu yang menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana...
Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

Muhyiddin Sahkan Lapan Ahli Parlimen Umno Menulis Surat Tarik Sokongan Kepada Beliau

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 374 hits
nbsp PETALING JAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan terdapat lapan Ahli Parlimen UMNO telah menulis surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menarik sokongan mereka kepadanya Katanya bilangan tersebut diperoleh mene...
Hiburan Bakal Merindui Pemandangan Menara Kl Dari Rumah Nourul Depp Hijrah Ke Bali Minggu Depan

Hiburan Bakal Merindui Pemandangan Menara Kl Dari Rumah Nourul Depp Hijrah Ke Bali Minggu Depan

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 453 hits
Penyanyi Nourul Depp menerusi sebuah hantaran di Instagramnya ada meluahkan rasa sayu apabila dia khabarnya akan meninggalkan Malaysia dan berhijrah ke Bali Indonesia tidak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPenyanyi lagu Kerana Terlu...
Nasib Bersatu Terikat Pada Masa Depan Muhyiddin

Nasib Bersatu Terikat Pada Masa Depan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 230 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Bersatu akan kehilangan kuasa jika presiden parti itu Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selaku perdana menteri Beberapa penganalisis bersetuju mengenai perkara itu dan berkata sokongan akar umbi parti tidak cu...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin