Warna Warni Ismail Dari Pemimpin Mahasiswa Menjadi Perdana Menteri Pandemik


MALAYSIA NOW
Ismail memiliki pengalaman aktivisme yang berwarna-warni ketika di kampus, dan merupakan bekas ketua pembangkang tunggal pernah dilantik sebagai perdana menteri.

Jika ada senarai orang yang mungkin menjadi perdana menteri pada satu hari nanti, Ismail Sabri Yaakob, seperti Abdullah Ahmad Badawi yang berkhidmat dari 2003 hingga 2009 mungkin tidak berada di dalamnya.
Namun, tidak seperti Abdullah, yang mendapat jawatan itu selepas 22 tahun pemerintahan penuh dengan pelbagai perkembangan naik dan turun, Ismail sebaliknya akan mengambil alih jawatan tersebut dari seseorang yang dilihat belum sempat memanaskan kerusi tersebut namun terpaksa meletakkan jawatan, sehingga mengganggu tugas besar menggalas tanggungjawab membawa keluar negara daripada krisis terbesar manusia pada ketika ini.
Namun walaupun penggal perdana menteri sebelumnya singkat, Ismail, 61, berdepan cabaran kerana pelbagai perkara berlaku sebelum beliau menduduki jawatan itu.
Beliau kini akan merasai sendiri apa yang dialami oleh mereka yang menduduki kerusi panas ketika pandemik Covid-19.
Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi menteri kanan menunjuk isyarat bagus selepas melihat fasiliti High Mobility Armour Vehicle (HMAV4X4).Tidak banyak diketahui mengenai lelaki yang bakal mengangkat sumpah jawatan perdana menteri hari ini bagi menyambung pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selepas kejatuhannya daripada kuasa.
Ismail juga turut memecahkan beberapa rekod.
Antara lain, beliau adalah timbalan perdana menteri yang paling cepat menjadi perdana menteri.
Beliau juga adalah bekas ketua pembangkang tunggal di Parlimen yang menjadi perdana menteri.
Tiga tahun lalu, beliau memegang jawatan menteri luar bandar dan wilayah, ia bukanlah jawatan “berpengaruh” jika seseorang mahu menjadi perdana menteri.
Mungkin barangkali, pengecualian boleh diberikan kepada Tunku Abdul Rahman, Ismail ialah satu-satunya perdana menteri yang tidak pernah memegang protfolio pendidikan.
Namun siapakah sebenarnya Ismail Sabri Yaakob?
Aktivisme di kampus
Sebenarnya anak jati Temerloh yang merupakan anak pasangan berasal dari Kelantan memiliki kisah lampau yang berwarna-warni, seperti juga pakaian-pakaiannya yang menonjol ketika tampil dalam acara rasmi.
Ismail (dibulatkan), ketika bergelar mahasiswa di Universiti Malaya.Tidak ramai yang tahu penglibatannya dalam aktivisme mahasiswa pada awal 80-an.
Sebagai pelajar undang-undang di Universiti Malaya, yang merupakan kubu aktivis mahasiswa radikal, Ismail aktif dalam PMUM, persatuan universiti bagi pelajar sarjana muda yang lantang, bahkan menjadi presidennya pada 1982.
Temerloh adalah tempat kelahiran ramai aktivis dan kebanyakannya daripada golongan sayap kiri.
Ismail juga tidak terkecuali.
Kamarazaman Yacob.Abangnya, Kamarazaman Yacob, merupakan antara pimpinan PMUM pada tahun 1970-an, selain menganggotai Kelab Sosialis UM yang memperjuangkan isu-isu kemiskinan bersama pemimpin pelajar terkemuka pada masa itu termasuk Hishamuddin Rais, Yunus Ali, Adi Satria dan Hassan Karim.
Kemuncak aktivisme kampus di Malaysia ditanda dengan demonstrasi-demonstrasi di seluruh negara sepanjang pentadbiran perdana menteri Abdul Razak Hussein.
Antaranya Demonstrasi Baling pada Disember 1974 di Kuala Lumpur di mana mahasiswa memperjuangkan isu petani di Baling, Kedah.
Pihak berkuasa kemudian menahan aktivis-aktivis mahasiswa yang terlibat termasuk Kamarazaman dan Adi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Hishamuddin Rais.Bekas aktivis Hishamuddin, yang kini berusia 70 tahun, berpendapat pelantikan Ismail adalah tanda kepimpinan Umno sedang menjalani perubahan generasi.
“Dari segi umurnya, Ismail masih dikira muda berbanding yang lain,” kata bekas tahanan ISA yang beberapa dekad hidup dalam buangan di luar negara kepada MalaysiaNow.
Hishamuddin turut berkata, pelantikan Ismail sebagai perdana menteri merupakan sesuatu yang bersejarah kerana beliau datang dari latar belakang keluarga orang biasa.
Hishamuddin menambah, dari segi perjuangan politik, selain mendapat pendedahan daripada abangnya, persekitaran tempat Ismail membesar di Lubuk Kawah dan Temerloh, Pahang merupakan pusat pergerakan perjuangan nasionalis Melayu.
“Dia tahu sejarah Umno, saya pernah berbincang dengannya mengenai perkara ini di London, ketika beliau muda dan menjawat jawatan selaku setiausaha politik kepada Sabbaruddin Chik, seorang pemimpin terkemuka Umno dan bekas ahli Parlimen Temerloh yang berkhidmat dalam Kabinet Mahathir.
“Beliau tahu dan sedar tentang Umno,” kata Hishamuddin merujuk kepada pertemuannya dengan Ismail semasa menetap di London, United Kingdom pada awal 1990-an.
Masa depan yang mencabar
Salah seorang temannya yang tidak mahu dinamakan berkata orang-orang di sekeliling Ismail selalunya akan “penat” dengan beliau, dan mungkin boleh bertukar memusuhinya.
“Dua pembantunya pernah bertanding melawan beliau dalam pemilihan Umno,” katanya.
Kerana itu, beliau menambah, Ismail sangat berhati-hati memilih orang yang berada di sekelilingnya.
“Bahkan sangat berhati-hati, sehingga kadang-kadang dia pilih orang yang salah sebagai kawan. Tapi itu memang asam garam mana-mana ahli politik,” katanya.
Ismail Sabri Yaakob mengetuai sidang media dihadiri 21 ahli Parlimen Barisan Nasional yang mendukung pentadbiran Muhyiddin Yassin.Namun pada masa ini, cabaran terbesar Ismail adalah menguruskan pentadbiran yang bertanggungjawab melawan pandemik dan pada masa sama mengimbangi teman dan musuh.
Setiap langkah pentadbirannya akan diamati secara dekat.
Beliau sudah tentu tidak mempunyai ilusi jawatannya selamat semata-mata kerana menerima sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Apa pun, situasi buruk yang menjadikan perdana menteri sebelumnya ditumbangkan adalah disebabkan beberapa bulan komplot dan perancangan yang dilakukan oleh orang yang sama memberikan angka sokongan kepadanya.
Dan ia masih segar dalam memori.
(*) Aliff Fikri turut menyumbang dalam laporan ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/warna-warni-ismail-dari-pemimpin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

Spekulasi Ismail Sabri Bakal Perdana Menteri Baharu Sekali Lagi Pintu Tertutup Buat Anwar

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 324 hits
PETALING JAYA Pakatan Harapan mengambil sikap tunggu dan lihat mengenai andaian pintu untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri sudah tertutup berikutan spekulasi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri memperoleh s...
Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

Pn Sebulat Suara Setuju Calonkan Ismail Sabri Sebagai Calon Perdana Menteri Kerajaan Pn Baharu

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 261 hits
Parti Perikatan Nasional secara sebulat suara telah bersetuju calonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional yang baharu Menurut kenyataan dikeluarkan oleh P...
Adakah Ismail Sabri Perdana Menteri Proksi Kepada Mahiaddin

Adakah Ismail Sabri Perdana Menteri Proksi Kepada Mahiaddin

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 227 hits
Belum pun Ismail Sabri Yaakob dilantik lagi sebagai Perdana Menteri yang baru Pengerusi PN Mahiaddin Md Yasin sudah pun mengeluarkan kenyataan medianya petang tadi Antara intipatinya kenyatan media beliau ialah 50 Ahli Parlimen PN sebulat s...
Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

Keputusan Bijaksana Perdana Menteri Bukti Ini Kabinet Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 282 hits
Keputusan bijaksana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memeterai perjanjian kepercayaan dan perbekalan dengan Pakatan Harapan adalah isyarat jelas pembentukan kabinet baharu kerajaan yang bakal diumumkan tidak lama lagi adalah Kabinet ...
Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

Ismail Sabri Sah Sebagai Perdana Menteri Kesembilan

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 228 hits
malaysiakini comDiterbitkan 20 Aug 2021 5 05 pmDikemaskini 5 26 pmYang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini memperkenan pelantikan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakub sebagai perdana menteri ba...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 260 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

Ismail Sabri Umumkan Kabinet Baharu Tanpa Menamakan Siapa Timbalan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 256 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembentukan Kabinet baharu dibarisi seramai 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri hari ini Bagamanapun tiada pengumuman berhubung lantikan jawatan Timbalan Perdana Menter...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp