Cabaran Tukang Kasut Cari Rezeki Ketika Pandemik Covid 19


Nur Shazreena Ali

Perniagaan membaiki kasut kecil-kecilan terjejas akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP manakala mereka yang terlibat dalam rangkaian pembekalan makanan bergelut untuk kekal berdaya saing di pasaran.

Indra Bujang menunggu pelanggan di kedainya yang semakin sedikit berkunjung sejak pandemik Covid-19. Setiap pagi, Indra Bujang membuka kedainya di bawah jejambat Satok di ibu negeri Sarawak, Kuching dan bersiap untuk mula bekerja.
Ketika kenderaan lalu-lalang di atas kedainya, Indra bersama lima lagi tukang kasut mengeluarkan peralatan mereka dan bersedia untuk membaiki kasut pelanggan.
Sambil duduk atas kerusi atau bangku di depan kedai kecil itu, mereka mula bekerja, kasut-kasut yang sudah selesai dibaiki disusun rapi sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Inilah rutin harian mereka selama hampir 20 tahun.
Selain membaiki kasut, mereka juga menawarkan khidmat menggilap kasut kulit pelanggan terdiri daripada pekerja pejabat yang sering singgah ketika waktu rehat makan tengah hari.
Indra Bujang dan rakan-rakan mencari rezeki di premis ini sejak 20 tahun lalu.Pada hari biasa, mereka akan bekerja sepanjang hari, malah ada kalanya sehingga malam.
Bagaimanapun, disebabkan penularan Covid-19, jumlah pelanggan turun mendadak.
“Kebiasaannya pada hujung minggu, saya akan berada di sini sehingga jam 9 malam kerana ada pasar malam trak makanan,” kata Indra kepada MalaysiaNow.
“Namun kini, saya hanya tunggu sampai 4 petang.”
Apabila negara mula dilanda Covid-19 pada awal tahun lalu, perniagaan Indra adalah antara yang terpaksa ditutup disebabkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Apabila sekatan pergerakan dilonggarkan, perniagaannya dibenarkan beroperasi namun kehadiran pelanggan tidak semeriah sebelum ini.
Sejak itu, Indra serta tukang kasut lain terus bergelut untuk meraih pendapatan.
Indra berkata, sepanjang bekerja di kedainya yang terletak di bawah jejambat itu, jarang sekali dia melihat kawasan itu tanpa kehadiran orang ramai.
Selain membaiki kasut, Indra dan rakan-rakan turut menyediakan perkhidmatan menggilap kasut kulit.Walaupun dengan sekatan Covid-19 mulai dilonggarkan secara beransur-ansur, kawasan itu masih terus sepi daripada kunjungan pelanggan.
Pekerja pejabat yang sering singgah untuk menggilapkan kasut mereka kini bekerja dari rumah apabila PKP dilaksanakan sejak Mac tahun lalu, tidak ramai yang datang untuk membaiki kasut.
“Kadang-kadang ada yang akan datang dan bertanya seoalan, kemudian terus beredar,” kata Indra.
“Kami terjejas teruk akibat pandemik ini.”
Indra berkata, ramai hanya duduk di rumah, dan kebanyakan daripada mereka takut untuk keluar dari rumah masing-masing.
“Pada hujung minggu, saya selalu menerima 20 hingga 30 pelanggan,” katanya.
“Sabtu lalu, saya hanya menerima empat pelanggan untuk sepanjang hari.”
Keadaan serupa turut dirasai rakannya, Pubalan Selladuri, yang bekerja sebagai penghantar hasil tanaman import kepada peniaga makanan di Lundu dan Sematan.
Pelaksanaan kuarantin dengan pemantauan ketat di Sarawak menjejaskan kualiti barangan, sekali gus memberi impak terhadap harga pasaran.
“Pandemik ini menjejaskan aktiviti pengedaran makanan import dan produk mudah rosak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran,” kata Pubalan.
Pubalan Selladuri berkata sayuran import rosak sekibat lambat dipunggah ekoran pelaksanaan tempoh kuarantin yang panjang di pelabuhan.Katanya, barangan import dari China seperti bawang kebiasaannya dihantar dalam jumlah yang besar.
Peraturan ketat ujian saringan kesihatan yang dilaksanakan menyebabkan kru terpaksa melalui proses kuarantin selama dua minggu sebaik tiba.
“Mereka tidak dibenarkan untuk memunggah kargo sehingga tempoh kuarantin tamat,” tambahnya.
“Justeru, pelabuhan akan menghadapi isu kesesakan, terutama membabitkan kerja pengurusan kargo. Ini menyebabkan penangguhan kerja memunggah produk makanan mengakibatkan ia menjadi kurang segar.”
Masalah juga timbul membabitkan ruang simpanan dalam peti sejuk disebabkan kekurangan pekerja dan gangguan dalam pemunggahan kargo yang mana turut menjejaskan kualiti produk segar bagi pasaran.
“Penangguhan yang berlanjutan ini mengakibatkan kerosakan produk dan meningkatkan pembaziran makanan,” kata Pubalan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/cabaran-tukang-kasut-cari-rezeki-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik Covid 19 Amalkan Lameeys Colla Genic With Pomegranate

Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik Covid 19 Amalkan Lameeys Colla Genic With Pomegranate

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 307 hits
Tingkatkan Sistem Imun Ketika Pandemik COVID 19 Amalkan LAMEEYS Colla genic with Pomegranate Assalammualaikum semua Buah delima adalah di antara buah yang sering diamalkan oleh masyarakat sejak berzaman dahulu lagi Manfaatnya kepada kesihat...
Pandemik Covid 19 Sepatutnya Menginsafkan Para Pemimpin Sultan Perak

Pandemik Covid 19 Sepatutnya Menginsafkan Para Pemimpin Sultan Perak

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 191 hits
August 21 2021 Pandemik COVID 19 yang sedang dihadapi harus menginsafkan pemimpin diamanahkan dengan tanggungjawab untuk melakukan penetapan semula perkara perlu diutamakan dalam urus tadbir negara berteraskan prinsip keadilan Sultan Perak ...
Undi 18 Pm Baharu Perlu Realisasikan Wujudkan Sistem E Voting Pasca Pandemik Covid 19

Undi 18 Pm Baharu Perlu Realisasikan Wujudkan Sistem E Voting Pasca Pandemik Covid 19

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 177 hits
Pelaksanaan Undi 18 akan terus menghantui sesiapa pun yang menjadi kerajaan Malaysia Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor R Yuneswaran Rang Undang undang Undi 18 yang telah diluluskan di kedua dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan maj...
Krisis Covid 19 Tubuh Rci Perlu Kerjasama Jujur Atasi Pandemik Bersatumenerajui

Krisis Covid 19 Tubuh Rci Perlu Kerjasama Jujur Atasi Pandemik Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 367 hits
Cadangan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk mengatasi krisis COVID 19 membuka ruang kerjasama kerajaan dan pembangkang selain mampu mengetepikan kepentingan politik Penganalisis Politik Prof Dr Sivamurugan Pandian bagaimanapun ber...
Sukar Untuk Buka Ekonomi Sepenuhnya Ketika Pandemik Masih Mengganas Guan Eng

Sukar Untuk Buka Ekonomi Sepenuhnya Ketika Pandemik Masih Mengganas Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 163 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng PETALING JAYA Pembukaan penuh ekonomi menjelang Oktober mungkin tidak boleh dilakukan sepenuhnya susulan angka kematian harian akibat Covid 19 kekal tinggi dengan 212 kes manakala 17 236 kes jangkitan bahar...
Populariti Tolak Tepi Jangan Rasa M4lu Azlee Senario Beri Contoh Baik Artis Tak Memilih Kerja Demi Cari Rezeki

Populariti Tolak Tepi Jangan Rasa M4lu Azlee Senario Beri Contoh Baik Artis Tak Memilih Kerja Demi Cari Rezeki

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 399 hits
AKUI wang simpanan semakin berkurangan ak1bat tidak dapat bekerja ketika negara masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara pelakon Azlee Senario mengambil inisiatif menjana pendapatan dengan berniaga buah buahan Ujar Azlee atau nama penuhnya M...
Zahid Yang Patut Insaf Nak Jatuhkan Kerajaan Ketika Krisis Covid 19

Zahid Yang Patut Insaf Nak Jatuhkan Kerajaan Ketika Krisis Covid 19

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 302 hits
agendadaily com11 8 2021Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengingatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya jangan lupa pendirian UMNO terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Za...
Pandemik Covid 19 Peringatan Kepada Kesihatan Awam

Pandemik Covid 19 Peringatan Kepada Kesihatan Awam

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 274 hits
Perubahan perlu dilakukan sekarang untuk elak bencana KUALA LUMPUR Pandemik COVID 19 merupakan satu peringatan kepada sistem kesihatan awam dan perubahan segera yang perlu dilakukan sekarang untuk mengelak bencana seperti pandemik ini kata ...
Ditetak Ketika Cari Pencuri Burung Murai Cerek

Ditetak Ketika Cari Pencuri Burung Murai Cerek

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 228 hits
Oleh lias Seorang lelaki cedera parah ditetak menggunakan sebilah pedang dan golok dalam kejadian di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus Kampung Pauh Jabit Tawang Bachok Foto ihsan Polis BACHOK Seorang lelaki parah ditetak tiga ...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023