Konspirasi Zahid Anwar Sejak 1998 Rancang Gulingkan Dr M Dan Kini Mahu Singkir Muhyiddin



Jika pada 1998 Zahid berjuang separuh jalan, kali ini ia berbeza kerana beliau tiada lagi pilihan selain memastikan Anwar naik sebagai Perdana Menteri dan tidak berundur seperti yang dilakukannya selepas ditahan bawah ISA.
(Agenda Daily) – Memandangkan suhu politik negara kini kembali panas gara-gara tindakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan mahu memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, Agenda Daily ingin membawa pembaca menelusuri kisah romantik cikgu dengan anak muridnya ini.
Karier Zahid dalam politik bermula sekitar 1982 sebagai pemimpin peringkat akar umbi di Bagan Datok.
Nama beliau dalam kancah politik tanahair mencanak naik selepas memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 1996 dan bermula waktu ini kisah romantik Zahid dan Anwar bertaut.
Sebelum Zahid memenangi pemilihan parti tahun itu, jawatan tersebut dipangku oleh Datuk Seri Nazri Aziz selepas Ketua Pemuda waktu itu, Tan Sri Rahim Tamby Chik dipaksa melepaskan jawatannya ekoran isu peribadi serta dakwaan yang dilemparkan ke atasnya.
Nazri memangku jawatan tersebut selama 14 bulan dan kemudiaannya membuat kejutan dengan mengumumkan yang beliau berhasrat untuk menyerahkan kembali jawatan tersebut kepada Rahim selepas Jabatan Peguam Negara menegaskan tiada kes ke atas Rahim.
Bagaimanapun, pemilihan UMNO diadakan tahun tersebut dan Zahid masuk gelanggang melawan Rahim sehingga berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Ketika itu era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar adalah Timbalannya, Zahid waktu itu berkiblatkan Anwar dan menurut seorang rakan politiknya, Mohd Sayuti Omar mendedahkan Zahid adalah ‘khadam Pak Sheikh’ atau dalam erti kata lain macai Anwar.
“Datuk, orang sudah tahu yang Datuk adalah budak kepada Pak Sheikh (Anwar). Datuk adalah khadam kepadanya. Dalam suasana hari ini, bagi saya terbaik Datuk lakukan, Datuk perlu tenggelam timbul bersama Pak Sheikh. Datuk tidak boleh melarikan diri.
“Kalau Datuk lari meninggalkannya, Datuk akan dilihat pengecut dan seorang yang mementingkan diri. Sebaliknya kalau Datuk setia dan pertahankan Pak Sheikh, Datuk akan dilihat sebagai seorang pejuang dan sahabat yang setia, yang sanggup melakukan apa saja demi seorang sahabat, Datuk akan dihormati sepanjang masa,” tulis Sayuti dalam blognya.
Ketika itu, Zahid hilang pertimbangan sama ada bersama Anwar yang dipecat atau bersama Dr Mahathir. Zahid meminta pandangan Sayuti berhubung hala tuju politiknya.
Pada 2 September 1998, Anwar dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Pada hari berikutnya beliau turut disingkir daripada jawatan Timbalan Presiden dan ahli UMNO.
Pemecatan Anwar telah membawa UMNO ke dalam krisis yang besar pada dekad 1990-an.
Pemecatan Anwar telah mengubah lanskap politik negara dan kesannya tidak hanya diterima oleh UMNO tetapi melebar ke atas semua parti politik di Malaysia sehingga tertubuhnya parti PKR.
Zahid hanya bersama Anwar pada awal gerakan reformasi sebelum ditangkap bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kota Kinabalu.
Selepas ditahan ISA, Zahid tidak lagi bersama Anwar dalam meneruskan agenda reformasi dan kekal bersama UMNO sehingga lah hari ini.
Senario politik ketika era reformasi dengan sekarang berbeza sama sekali, Anwar yang berkonspirasi dengan Zahid pada 1998 masih gagal untuk menjatuhkan Dr Mahathir daripada singgahsana takhta dan sehingga sekarang pun masih gagal.
Bagaimanapun, sejarah sama berulang cuma bezanya Zahid kini sedang merancang pakatan sulit yang lebih jitu iaitu mengheret Ahli-ahli Parlimen UMNO bersama-sama dengan blok pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Jika pada 1998 Zahid berjuang separuh jalan, kali ini ia berbeza kerana beliau tiada lagi pilihan selain memastikan Anwar naik sebagai Perdana Menteri dan tidak berundur seperti yang dilakukannya selepas ditahan bawah ISA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/08/09/konspirasi-zahid-anwar-sejak-1998-rancang-gulingkan-dr-m-dan-kini-mahu-singkir-muhyiddin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Tawar Diri Jadi Calon Pm Selepas Singkir Muhyiddin

Zahid Tawar Diri Jadi Calon Pm Selepas Singkir Muhyiddin

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 223 hits
AGENDA DAILY Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media bersama kem yang menyokongnya Teka teki nama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dinamakan dalam surat akuan diutus UMNO kepada Yang di Pertuan Agong ak...
Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

Opposition Leader Anwar And Umno Chief Zahid Team Up To Oust Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 286 hits
Leslie Lopez The Straits Times Plans for a video campaign to chip away at support for the embattled Malaysian Prime Minister have been hatched by factions aligned to opposition leader Anwar Ibrahim and Ahmad Zahid Hamidi the president of Um...
Zahid Najib Patut Bimbang Umno Jadi Minoriti Dalam Kerajaan Diketuai Anwar

Zahid Najib Patut Bimbang Umno Jadi Minoriti Dalam Kerajaan Diketuai Anwar

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 379 hits
agendadaily com9 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Razak kini mahu bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim Cerita dan hujah yang dijaja Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi d...
Zahid Cabar Muhyiddin Panggil Sidang Khas Segera Buktikan Majoriti

Zahid Cabar Muhyiddin Panggil Sidang Khas Segera Buktikan Majoriti

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 239 hits
Zahid mencabar Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika benar kerajaan Muhyiddin memp...
Berkali Kali Zahid Najib Aniaya Muhyiddin

Berkali Kali Zahid Najib Aniaya Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 245 hits
agendadaily com4 8 2021Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri kelapan Malaysia pada 1 Mac 2020 Tindakan Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan sekutunya Najib Razak menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassi...
Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

Dr Mahathir Checkmates Zahid Najib Anwar And Istana

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 319 hits
Well it looks like Dr Mahathir is back in the center stage again Since yesterday I began hearing alternative theories about what is actually going on It began with Dr M apologizing for being at that gathering at Dataran Merdeka He apologize...
Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

Anwar Dakwa Ada Majoriti Zahid Pula Dakwa Ada Tambahan Surat Akuan

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 236 hits
agendadaily com4 8 2021Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anak muridnya Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki majoriti di Parlimen anak muridnya pula mendak...
Zahid Ismail Akan Berdepan Akibat Kerana Berdiri Dengan Muhyiddin

Zahid Ismail Akan Berdepan Akibat Kerana Berdiri Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 248 hits
Malaysiakini Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob akan berdepan akibat dari tindakan menentang keputusan Majlis Kerja Tertinggi parti dan tampil berdiri bersama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Ber...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Ryan Bakery Minta Pempengaruh Sedar Diri Jaga Adab Dalam Hasilkan Konten

Makanan Dipesan Di Kedai Tomyam Tak Sedap Lelaki Ini Berjaya Dapatkan Refund Selepas Tulis Reviu Di Google

Zarina Anjoulie Pilih Lelaki Berduit Kecantikan Perlu Wang Ringgit

Mcmc In Talks With Tiktok Over Removal Of 18 Media Accounts

Majlis Perpisahan Abam Kie Di Sekolah Lama

Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti