Koleksi Resipi Sayur Masak Bening Ringkas Mudah Masak


Ada kalanya kita rasa nak makan dengan lauk pauk ringkas sahaja seperti sayur yang dimasak bening. Ia ringkas, mudah disediakan serta enak dinikmati bersama lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan resipi-resipi sayur bening yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
 
1. SAYUR PUCUK MANIS MASAK BENING BERSAMA LABUBAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk manis100gm labu | dipotong dadu2 ulas bawang merah | dihiris2 ulas bawang putih | dihiris3 biji cili padi1 liter airGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan air dan labu ke dalam periuk. Didihkan sehingga labu empuk.Kemudian masukkan pucuk manis, hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang dihiris.Perasakan dengan garam serta serbuk perasa. Biarkan mendidih seketika dan angkat.Nikmati segera.Info chef: Selain labu, boleh juga menggunakan keledek.
 
2. SAYUR BAYAM MERAH MASAK BENING BERSAMA UDANG KERINGBAHAN-BAHAN:
1 ikat bayam merah | dibersihkan1 sudu makan udang kering2 ulas bawang putih | dihiris2 ulas bawang merah | dihiris1 hiris haliaGaram secukup rasa3 cawan airCARA MEMASAK:
Didihkan air bersama hirisan bawang merah, bawang putih, udang kering dan halia.Kemudian masukkan bayam merah yang telah dibersihkan.Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.Info Chef:  Elakkan memasak sayur dengan terlalu lama kerana khasiatnya akan hilang serta kurang enak.
3. MASAK AIR SAYUR PETOLA BERSAMA UDANG KERING & SUHUNBAHAN-BAHAN:
1 biji petola | kupas dan hiris4 ulas bawang merah | dihiris halus2 ulas bawang putih | dihiris halus2 sudu makan udang kering | direndam air15gm suhun | direndam1 biji cili merah | dihiris500ml airGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan sayur petola.Rebus sehingga petola agak lembut.Kemudian masukkan udang kering dan suhun.Perasakan dengan garam dan masak sebentar. Matikan api dan bolehlah diangkat.Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.Info chef: Selain udang kering, boleh juga menggunakan udang segar untuk rasa yang lebih enak.
4. SAYUR BENING CAMPURBAHAN-BAHAN:
300gm kubis | dihiris1/2 batang lobak merah | dihiris50gm udang kertas
3 sudu teh lada hitam
2 biji bawang merah1 ulas bawang putih
Air secukupnya
Garam secukup rasaCARA MEMASAK:
Didihkan air bersama kubis, lobak merah, bawang merah serta bawang putih. Biar sehingga lembut.Kemudian masukkan udang dan serbuk lada hitam. Kacau rata.Perasakan dengan garam secukupnya.Angkat dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Hidangan ini bagus bagi merawat selsema serta memanaskan badan
  
5. TUMIS AIR PEDAS PUCUK PAKU BERSAMA UDANG BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku | dibersihkan2 biji bawang merah | dihiris1 ulas bawang putihSegengam udang basah1 biji cili merah | dihirisAir secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih seketika.Kemudian masukkan air. Biarkan mendidih.Seterusnya masukkan pucuk paku, cili merah dan udang. Masak sehingga lembut.Perasakan dengan garam secukup rasa. Angkat dan nikmati segera.Info Chef:  Elakkan dari mengambil daun serta batang pucuk paku yang telah tua.
6. CENDAWAN TIRAM MASAK BENING BERSAMA SERAIBAHAN-BAHAN:
300gm cendawan tiram | disiat dan dibersihkan2 batang serai | dititik4 biji cili padi | dipecah sedikit2 ulas bawang merah | dihiris1 liter airGaram dan serbuk pati ikan bilis secukupnyaCARA MEMASAK:

Didihkan air dan masukkan serai, bawang merah serta cili padi.Kemudian masukkan cendawan. Kacau rata hingga cendawan lembut.Perasakan dengan garam serta pati ikan bilis dengan secukupnya.Angkat dan sedia untuk dihidangkan.Info Chef: Cendawan tidak perlu dimasak lama kerana ia akan lembik.
7. PUCUK BELINJAU MASAK AIRBAHAN-BAHAN:
1 ikat daun belinjau1 sudu makan ikan bilis2 biji bawang merah | dimayang1 ulas bawang putih | dimayangSedikit suhunGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan bersama  bawang merah, bawang putih serta ikan bilis.Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan mendidih sekali lagi.Akhir sekali masukkan daun belinjau dan biarkan sehingga lembut.Tutup apinya dan angkat. 
8. BENING BAYAM HIJAU DAN JAGUNG 

BAHAN-BAHAN:
2 ikat bayam hijau | dibersihkan2 biji bawang merah | dihiris nipis
1 biji cili merah | dihiris
1 tongkol jagung manis | dipotong kecil
1500ml air
Garam dan gula secukup rasaCARA MEMASAK: 
Masukkan air dan jagung ke dalam periuk. Rebus sehingga jagung empuk.Kemudian masukkan hirisan bawang merah, gula serta garam dengan secukupnya. Akhir sekali masukkan sayur bayam. Gaul rata dan dididhkan seketika. Tabur cili merah.Sedia untuk dinikmati. 9. SAYUR PEDAS BETIK BERSAMA IKAN BILIS 

BAHAN-BAHAN:
1 biji betik mengkal
3 biji cili padi | dihiris
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih | dihiris
2 sudu makan ikan bilis
Sedikit suhun
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Kupas betik dan potong kecil. Celur seketika dan toskan airnya.Tumbuk bawang merah hingga lumat. Ketepikan.Masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, ikan bilis, cili padi, bawang putih, suhun dan betik. Biarkan mendidih.Tambahkan garam dan gula dengan secukupnya. Masak sehingga betik kelihatan lembut.Angkat dan hidangkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/koleksi-resipi-sayur-masak-bening.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Guna Pressure Cooker

Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Guna Pressure Cooker

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 529 hits
Periuk tekanan atau pressure cooker memang memudahkan kerja kerja memasak lebih lebih lagi untuk menyediakan sajian yang mengambil masa yang lama untuk disiapkan seperti rendang daging sup tulang dan sebagainya Namun kini terdapat pelbagai ...
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 619 hits
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah BuatTerasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar Ini antara resipi resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba Pasti puas hati Bolehlah cuba buat ...
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1136 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 686 hits
Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak Tapi sebenarnya kalau jumpa resipi yang mudah senang je Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni bolehlah cuba masak sendiri Ringkas dan pasti sang...
Menurut Penelitian Begini Cara Mudah Agar Anak Mau Untuk Mengonsumsi Sayur

Menurut Penelitian Begini Cara Mudah Agar Anak Mau Untuk Mengonsumsi Sayur

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 324 hits
Cara yang bisa dilakukan oleh orang tua adalah dengan menawari anak dengan beragam jenis sayuran Diketahui bahwa cara ini dapat meningkatkan penerimaan anak terhadap sayur dan juga membuat mereka mau mengonsumsinya
Ayam Bismi Jaminan Halal Segar Dan Suci Tanpa Suntikan Hormon Resipi Ayam Bismi Masak Phat Phet Siam

Ayam Bismi Jaminan Halal Segar Dan Suci Tanpa Suntikan Hormon Resipi Ayam Bismi Masak Phat Phet Siam

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 925 hits
Ayam Bismi senang dimasak tak perlu basuh hanya defrost dan terus masak Assalamualikum pernah dengar Ayam Bismi Dari dulu lagi juju selalu baca di media sosial pasal isu berleluasanya ayam suntik hormon ayam gemuk dalam masa beberapa bulan ...
Resipi Ayam Penyet Mudah Dan Sedap

Resipi Ayam Penyet Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 434 hits
Resipi Ayam Penyet MUDAH dan sedap Hari cuti rehat ni ialah hari para ibu bekerja menyediakan makanan enak untuk keluarga Isnin hingga Jumaat sibuk bekerja balik ke rumah pun seringnya sudah lewat untuk menyediakan makanan segar Alternatifn...
Ayam Bismi Closely Organik Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

Ayam Bismi Closely Organik Resipi Ayam Bismi Masak Thai Madu

papar berkaitan - pada 19/9/2019 - jumlah : 529 hits
Assalamualaikum w b t Mood Masak ON Lama Mamayanie tak kongsikan resipi kan yelah masak pun jenis yang simple je kan Tapi kali ini Mamayanie nak kongsikan resipi simple tapi memang sedap bertambah selesa Tak perlu menu yang banyak menu satu...
Perut Lapar Malam Malam Masak Je Murtabak Mi Segera Yang Sedap Mudah Ni

Perut Lapar Malam Malam Masak Je Murtabak Mi Segera Yang Sedap Mudah Ni

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 316 hits
Teringin makan murtabak mi segera Hari ni jom kita buat sendiri kat rumah senang sesangat rupanya Orang orang bujang mesti suka ni bahan asasnya hanya mi segera telur Isi ayam dan sayur hanya sebagai tambahan je Kalaua nak tahu macam mana m...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner