Resipi Ayam Penyet Mudah Dan Sedap


Resipi Ayam Penyet MUDAH dan sedap | Hari cuti rehat ni ialah hari para ibu bekerja menyediakan makanan enak untuk keluarga. Isnin hingga Jumaat sibuk bekerja, balik ke rumah pun seringnya sudah lewat untuk menyediakan makanan segar. Alternatifnya, tapau je dari restoran. Sesetengahnya pula masak banyak lauk sesiap hujung minggu kemudian dibekukan untuk dimakan di minggu yang seterusnya. Kaedah ini lebih menjimatkan masa dan belanja. Suami dan anak-anak pun masih dapat merasa air tangan isteri/ibu. Ini yang ai buat sebelum travel, kekadang siap dengan dessert dan biskut lagi.
Sebenarnya aku masak ayam penyet ni disebabkan si pemotong ayam tu tak dengar cakap 'bos' ni haa... aku kata potong kekecik dia pi potong besar, dahlah ayam tu saiz besar. Aku memang tak kuasa nak adjust balik, karang satu kerja nak membersihkan dapur dari air ayam yang terpercik. Jadi laju je idea datang nak masak ayam penyet

Kenapa namanya ayam penyet? Sebab kena hempuk dengan pisau kot (macam di kedai) atau sebab tekstur ayam tu lembut. Ayam sebaiknya diperap semalaman dalam peti sejuk tapi aku perap dua jam je letak pada suhu bilik. Lagi lama lagi sekatalah rempah masuk ke dalam dagingnya.

Semua orang dalam rumah ni tak suka timun jadi ai tukar kepada daun salad. Tempe tiada dalam gambar sebab dah selamat dimakan dek anak-anak

Sebelum hang kata susah banyak benda kena prepare aku dah siapkan cara kerjanya. Nak bagi anak-anak makan ni mak... lagipun bahan-bahan semuanya ada di rumah kita. Senang je masak Ayam Penyet, insyaAllah mereka suka. Jomlah kita memasak!

So my work flow are like this:
1. Rebus ayam then perap.
2. Selepas dua jam masak nasi.
3. Celup ayam dalam bancuhan tepung dan telur lalu digoreng.
4. Celup tauhu dan tempe dalam lebihan perapan lalu digoreng. Goreng satu persatu sebab tauhu tu perlu goreng sekejap je.
5. Lebihan bancuhan tepung tu campur dengan lebihan bahan perapan kemudian renjiskan dalam minyak panas untuk mendapatkan serdak yang kruk krak tu. Aku tamak nak banyak jadi aku tambah tepung, telur dan garam lagi 😃


Bahan-bahan:Seekor ayam dipotong lapan (aku guna ayam daging je, sebahagian daging dah dimasak buttered chicken semalam)3 ulas bawang putih - tumbuk1 inci halia - tumbukSedikit bunga lawang, buah pelaga1 buku kiub ayam
Sedikit minyak untuk menumis
- Tumis bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga. Bila dah naik bau masukkan ayam,  gaul gaul sat tambah air. Air biar banyak sebab kita nak tanak nasi dan jadikan sup
- Bila ayam dah empuk, angkat dan toskan.
- Buat yang ini dulu sebab by the time bahan perapan siap ayam pun dah suam, senang kita nak menggaul.

**Aku ni bukan suka mengulang proses sebab tu perap di hari yang sama juga. Rebus pagi tengahari dah boleh goreng ayam.

Bahan sampingan:2 keping tauhu basah - potong empat atau enam2 keping tempe - potong memanjangDaun salad/timun


Bahan perapan:1/2 sudu besar jintan putih (nak senang kenal, warnanya tak putih 😀- sangai1/2 sudu besar jintan manis - sangai 3 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk kari ayam        1 sudu teh serbuk lada putih         1 sudu besar serbuk kunyit
1 inci halia3 ulas bawang putih1 sudu teh garam

1/2 cawan tepung berasSebiji telur (aku gunakan 2 biji sebab telur ayam gred D, maklumlah beli dah nak penghujung bulan heheh... time baru dapat gaji beli yang gred A oii)
**sangai = goreng tanpa minyak

- Semua bahan yang boleh ditumbuk tu hang tumbuklah. Ketumbar tu kalau beli yang bukan serbuk sangai juga dulu. Kemudian campurkan bersama bahan lain dan gaul rata bersama ayam yang telah ditoskan airnya. Masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam. Seeloknya sehari semalam.

Cara menggoreng:
- masukkan tepung beras ke dalam telur yang telah dipukul. Sebelum menggoreng celupkan ayam ke dalam bancuhan tepung kemudian digoreng dalam minyak panas yang banyak. Aku tak buatlah gitu... aku biarkan ayam separuh tenggelam je. 

Sambal2 biji cili besar hijau4 biji cili besar merahSegenggam cili padi (nak lebih pedas tambah lagi, baru boleh cili mulut orang 😁)
5 biji bawang merah2 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis
2 biji tomato
1cm belacanGaramGula merah/pasir
Limau kasturi/nipis
- Goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
- Goreng pula sekejap semua cili, bawang, tomato serta belacan sehingga layu.
- Bila dah sejuk tumbuk kesemuanya tapi selain belacan, yang lain-lain tu tak perlu hancur sangat.  Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar.
- Tumiskan bahan sambal ni hingga wangi dan perasakan dengan garam dan gula. Kalau tak nak goreng semula pun masih sedap dimakan.
- Dah siap sambal pedas berapi. Fuhhh... berasap telinga


Nasi ayam penyet5 cawan beras (ni untuk lapan orang makan, guna cup yang dapat free tu)1 sudu besar mentega
3 ulas bawang putih3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manisSehelai daun pandan
- basuh beras dan toskan
- cairkan mentega dalam rice cooker kemudian tumis bawang putih dan rempah tiga beradik tu. Dah naik bau masukkan beras yang telah dibasuh, gaul dan biarkan sebentar
- Masukkan 5 1/2 cawan air rebusan ayam tadi bersama daun pandan, biarkan sehingga masak. Nasi sepatutnya lembut dan berderai. Harum je dapur

**Aku buat kerja menumis ni atas dapur gas. Dah masukkan sup baru pindahkan ke 'sarang' elektrik


Bahan Sup
Daun bawang/sup
Bawang goreng

- Panaskan semula lebihan air rebusan ayam tadi. Masukkan serai lalu perisakan dengan garam. Jika rasanya kurang umphh tambah stok ayam atau sup bujut. Aku guna memana yang ada di rumah je
- Tutup api dan tabur daun bawang/sup/bawang goreng, ikut suka hanglah. Siap.


Selamat memasak ya ibu ibu solehah! 



© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2019/09/resipi-ayam-penyet-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 686 hits
Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak Tapi sebenarnya kalau jumpa resipi yang mudah senang je Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni bolehlah cuba masak sendiri Ringkas dan pasti sang...
Senarai Cawangan Wong Solo Ayam Penyet Sedap

Senarai Cawangan Wong Solo Ayam Penyet Sedap

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 1347 hits
Suka benar aku makan di Restoran Ayam Bakar Wong Solo ini Bukalah macam macam jenama dan kedai yang menyajikan ayam penyet tapi akhirnya bagi aku ayam penyet di Wong Solo ini tetap yang terbaik Punya kualiti dan ke Indonesia an yang tersend...
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 618 hits
Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah BuatTerasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar Ini antara resipi resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba Pasti puas hati Bolehlah cuba buat ...
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1135 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
Resipi Ayam Kukus Halia Simple Sedap

Resipi Ayam Kukus Halia Simple Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 395 hits
Simple sedap dan berkhasiat Patutlah resipi Ayam Kukus Halia yang dikongsi oleh Jo Isabelle Joannes ni mendapat perhatian ramai di FB Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak Ada lauk ni tak perlu dah lauk pauk utama yang lain...
Kuih Cara Berlauk Lembut Paling Sedap Dan Mudah

Kuih Cara Berlauk Lembut Paling Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 782 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa hari ni untuk sarapan esok Ni dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh sedap Lembut dan mengenyangkan Resipi perkongsian dari nuhazkitchen nampak macam senang aje buatnya Wah boleh guna ta...
3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

3 Resipi Mudah Masakan Asli Terengganu Air Tangan Nor Haini Mamat

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 872 hits
Sajian masakan Terengganu asli bukan semua yang handal membuatnya Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara ia cukup terkenal dengan menu nasi dagan...
Makan Nasi Ayam Penyet Di Restoran Wong Solo Melaka

Makan Nasi Ayam Penyet Di Restoran Wong Solo Melaka

papar berkaitan - pada 1/9/2019 - jumlah : 1476 hits
Assalamualaikum Hai Nasi Ayam Penyet Ada yang suka menu ni Cik Rose pasti ada yang menggemarinya kan Melaka Bandaraya BersejarahBaru baru ni Cik Rose ke Melaka Tapi bukan jalan jalan tujuannya Teman cik abang ke kedai menjual barangan askar...
10 Resipi Tauhu Yang Sedap Murah Senang Masak

10 Resipi Tauhu Yang Sedap Murah Senang Masak

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 993 hits
Tauhu sumber protien yang murah dan sedap untuk itu apa kata korang pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga Selain murah cara memasaknya juga ringkas dan senang Malah rasanya juga tidak pernah mengecewakan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025