Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap Mudah Buat


Koleksi Resipi Aneka Kek Kukus Sedap & Mudah Buat
Terasa nak makan kek tapi tak ada ketuhar? Ini antara resipi-resipi kek kukus viral yang ada dikongsi di grup Masak Apa Hari Ni yang sedap dan boleh anda cuba. Pasti puas hati. Bolehlah cuba buat untuk sajian keluarga dan kawan-kawan yang datang beraya di hujung minggu nanti.
1. KEK SUSU KUKUS

BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum1 cawan gula halus3 sudu besar susu pekat manis1 cawan susu cair4 biji telur size A1 sudu teh esen vanila1 sudu besar ovellete1/4 sudu teh garam halus1/4 cawan minyak jagungCARA MEMASAK:
Putar telur, gula, ovalette, susu cair, susu pekat manis, esen vanilla dan garam menggunakan mixer sehingga putih gebu.Kemudian masukkan minyak jagung dan tepung agndum. Putar lagi hingga sebati.Bahagikan adunan ke dalam 4 mangkuk yang sama saiz. Warnakan dengan pewarna kuning, coklat, merah dan hijau. Kacau rata.Ambil loyang dan sapukan mentega. Kemudian tuang adunan berselang-seli ke dalam loyang.Letak loyang dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Tutup dengan rapat ( tudung periuk diikat dengan kain supaya kek tidak menjadi bantat.).Kukus selama 35 minit guna api sederhana.Bila kek masak, angkat dan sejukkan. Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Wan Wok
2. KEK COKLAT MOIST KUKUS

BAHAN-BAHAN:
1 1/2 cawan tepung gandum(*)1 sudu teh baking powder (*)1/2 sudu teh soda bikarbonat (*)1/2 cawan serbuk koko (*)1 cawan minyak masak1 cawan susu cair1/2 cawan susu pekat7 sudu makan gula1 sudu teh garam1 sudu makan ovalette2 biji telur gred ACARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan bertanda (*) dan ayak. Ketepikan.Masukkan bahan-bahan lain ke dalam mesin pengisar. Kisar sampai sebati.Tuang adunan ke dalam bekas mengandungi bahan diayak tadi. Kacau hingga sekata. Jika nak kek berwarna lebih hitam menawan, tambahkan sedikit coklat emulco. Jika nak kek lebih enak, boleh juga tambahkan coklat rice secukupnya ke dalam adunan kek.Ambil loyang dan sapukan marjerin. Kemudian tuang adunan kek.Kukus kek selama 1 jam menggunakan api sederhana. Pastikan periuk kukusan dipanaskan terlebih dahulu.Balut penutup periuk kukusan dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis ke atas kek.Untuk topping, panaskan susu cair, susu pekat dan coklat masakan guna kaedah double-boil. Bila coklat dah larut, masukkan sedikit shortening. Sukatan agak-agak sahaja.Untuk hias kek, bila dah masak, biarkan kek dan topping agak suam terlebih dahulu baru dituang ke atas kek. Tuang separuh topping sahaja. Simpan kek dalam peti sejuk selama 30 minit, keluarkan dan barulah dituang baki topping tadi.Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Ana Mariana Ismail
3. KEK MILO KUKUS

BAHAN A:
1 cawan milo1 cawan gula pasir1 cawan susu pekat manis1 cawan minyak1 cawan air panasBAHAN B:
3 biji telur gred A – pukul hingga kembangBAHAN C:
2 cawan tepung gandum1 sudu teh baking powder1 sudu teh soda bikarbonat(semua bahan ayak bersama)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan A dan kacau rata hingga tiada ketulan milo. Kemudian masak sekejap atas dapur hingga sebati. Tidak perlu masak sampai mendidih.Masukkan bahan B dan C ke dalam bahan A. Adun hingga sebati.Ambil loyang bersaiz 8×8 dan oles dengan sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi.Panaskan periuk kukusan dan kukus kek selama 45 minit.Kredit resipi & foto: Sarimah Samsuri
4. KEK PANDAN

BAHAN A:
5 biji telur1 sudu besar ovellete1/4 cawan minyak jagung1 cawan gula aising1 sudu perasa pandanPewarna hijau ( dark green) secukupnyaBAHAN B ( DIAYAK)
1 1/2 cawan tepung gandum1 sudu kecik soda1 sudu kecik baking powderCARA MEMASAK:
Satukan bahan A dan putar hingga gebu.Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit hingga rata.Akhir sekali masukkan pewarna hijau.Kukus kek selama 45 minit atau hingga kek masak. Kalau amsak dalam bekas seperti dalam gambar, masanya hanya 20 minit sahaja.Bila sejuk, bolehlah terus dimakan atau dihias dengan krim dan parutan keju.Kredit resipi & foto: Norhidayah Abdullah
5. KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS

BAHAN A:
3 biji telur3/4 cawan gula halus1 sudu besar ovelatte1 cawan minyak jagung@mentega dicairkan1/2 cawan susu pekat2 sudu susu cair1 cawan pisang dilenyekSedikit garamSedikit esen vanillaBAHAN B:
2 cawan tepung gandum – diayak1/2 sudu besar soda bicarbonat – diayak1/2 sudu besar baking powder – diayak3 sudu besar serbok koko1 sudu kecil perasa coklat emulcoCARA MEMASAK:
Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.Tambahkan susu pekat, minyak, susu cair dan garam. Adun lagi selama 4-5 minit hingga kembang dan barulah dimasukkan pisang.Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau rata.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan pada warna asal satu lagidimasukkan serbuk koko. Gaul rata.Oleskan minyak pada acuan dan masukkan adunan kek tadi.Kukus selama 30 minit.Sedia untuk dinikmati.Kredit resipi & foto: Nur Aisya
6. KEK KUKUS MASAM MANIS

BAHAN-BAHAN:
5 biji telur250gm mentega1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus1/2 cawan gula halus1/2 tin kecil susu pekat / bubuh194 gm1 sudu teh esen vanilla1 sudu teh baking powderKepingan Haw Flakes secukupnyaPewarna hijau dan merah jambu- ikut sukaCARA MEMASAK:
1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang. Kemudian masukkan telur dan putar lagi.
3. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
4. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
6. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
7. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak.
8. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna merah jambu. Kukus sekali lagi hingga masak. Ulang langkah hingga adunan habis. Pastikan pada lapisan paling atas, letak kepingan haw flakes.
10. Setelah masak, angkat, sejukkan seketika dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Masura Mastori


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/09/koleksi-resipi-aneka-kek-kukus-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

Resipi Ikan Siakap Masak Kengsom Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 1135 hits
Bestnya lauk Siakap Masak Kengsom ni Bagi anda yang tercari cari resipi untuk masak untuk keluarga perkongsian dari saudari Sarah Saie ni antara yang terbaik boleh dicuba CARA MASAK IKAN SIAKAP MASAK KENGSOMBAHAN BAHAN 1 ekor ikan siakap bi...
6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku Sedap Dan Mudah Dimasak

6 Aneka Daging Proses Sejuk Beku Sedap Dan Mudah Dimasak

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 499 hits
Korang ada stok daging proses sejuk beku Bebola daging salami peperoni sedap dan mudah dibuat sajian lebih lebih lagi hidangan barat Yang penting halal dan bersih Bila dah guna daging ni dah boleh skip proses mengerat dan merebus daging Owh...
Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar

Resipi Kek Oren Lembap Sedap Dikukus Mahupun Dibakar

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 437 hits
Teringin nak baking kek Paling mudah min kongsikan resipi kek oren oleh Kuqhen ringkas penyediaannya hanya menggunakan periuk nasi Resipi kek oren lembap ini boleh dimasak dengan dua cara sama ada kukus ataupun boleh juga dibakar Enak dimak...
Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

Sedap Mudah Ni Resipi Ayam Percik Kuah Putih Paling Best Boleh Cuba Buat

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 686 hits
Sedapnya Ayam Percik Kuah Putih ni Ramai yang beranggapan menu ni susah nak masak Tapi sebenarnya kalau jumpa resipi yang mudah senang je Bagi anda yang menggemari hidangan dari Kelantan ni bolehlah cuba masak sendiri Ringkas dan pasti sang...
Resipi Ayam Kukus Halia Simple Sedap

Resipi Ayam Kukus Halia Simple Sedap

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 394 hits
Simple sedap dan berkhasiat Patutlah resipi Ayam Kukus Halia yang dikongsi oleh Jo Isabelle Joannes ni mendapat perhatian ramai di FB Masakan yang paling sederhana dan cepat untuk di masak Ada lauk ni tak perlu dah lauk pauk utama yang lain...
Resipi Ayam Penyet Mudah Dan Sedap

Resipi Ayam Penyet Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/9/2019 - jumlah : 433 hits
Resipi Ayam Penyet MUDAH dan sedap Hari cuti rehat ni ialah hari para ibu bekerja menyediakan makanan enak untuk keluarga Isnin hingga Jumaat sibuk bekerja balik ke rumah pun seringnya sudah lewat untuk menyediakan makanan segar Alternatifn...
Resepi Kek Coklat Moist Cara Kukus Mudah Rupanya

Resepi Kek Coklat Moist Cara Kukus Mudah Rupanya

papar berkaitan - pada 13/9/2019 - jumlah : 908 hits
Resepi Kek Coklat Moist Cara Kukus Mudah Rupanya Semalam last day UPSR exam alhamdulillah Anak kecil saya dah selamat dan semuanya went well kata dia lah Sebagai menghargai kesungguhannya belajar saya buatkan kek coklat moist untuk dia Seba...
8 Koleksi Resipi Mi Bihun Sedap Tak Menyesal Masak

8 Koleksi Resipi Mi Bihun Sedap Tak Menyesal Masak

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 354 hits
Asyik makan nasi je apa kata sekali sekala kita tukar pada mi atau bihun untuk hidangan utama keluarga Malah ini idea bagus untuk hidangan tetamu yang berkunjung ke rumah Tambahan pula semua menu ini disukai oleh ramai rakyat Malaysia Berik...
7 Resipi Sajian Kampung Dari 20 Laman Caf Sedap Sungguh

7 Resipi Sajian Kampung Dari 20 Laman Caf Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 393 hits
Peluang menikmati keenakan sajian kampung yang asli pastinya meggamit kenangan di desa tercinta Bahan ramuan yang ringkas jika cukup asam garam dan kena gaya masaknya pasti mengubat rindu sajian ibunda Pemilik 20 laman cafe Bariyah Abd Aziz...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game