Koleksi Resipi Lauk Pauk Mudah Masak Untuk Makan Tengahari
Buntu memikirkan resipi lauk pauk yang hendak dimasak setiap hari? Bila ulang menu yang sama, pasti jemu. Oleh itu jom cuba koleksi resipi lauk pauk sedap dan mudah yang RASA kongsikan ini. Sesuai untuk hidangan makan tengahari keluarga tercinta. Jom cuba!
1. GULAI LEMAK SEPUT SEDUT BERSAMA DAUN KADUK DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
1kg siput sedut | bersihkan, potong ekornya500ml santan pekat250gm ubi keledek | buang kulit dan potong dadu150gm daun kaduk2 batang serai | titik1 keping asam gelugorGaram, gula dan perasa secukupnyaSedikit minyak untuk menumisBAHAN KISAR:
3cm kunyit hidup2cm halia16 biji cili padi3 ulas bawang merah1 ulas bawang putihCARA MEMASAK:
1. Panaskan minhyak dalam periuk,
2. Masukkan bahan kisar, dan tumis hingga wangi, kemudian masukkan santan.
3. Didikan di atas api sederhana bersama daun kaduk dan keledek.
4. Setelah mendidih masukkan serai dan asam gelugor.
5. Selepas dua minit masukkan siput sedut.
6. Kemudian perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
7. Tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
2. SAMBAL PARU GORENG KAMPUNG
BAHAN-BAHAN:
500gm paru | rebus dan hiris nipis1 sudu air asam jawa1 biji bawang Holland | hiris bulatGaram, gula dan perasa secukupnyaMinyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumisBAHAN KISAR:
6 biji cili merah5 ulas bawang3 ulas bawang putih2cm halia2 batang seraiCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, goreng paru yang telah direbus (jangan terlalu garing). Angkat dan ketepikan.
2. Menggunakan kuali lain, panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan air asam dan perasakan dengan garam, gula dan perasa secukup rasa.
4. Apabila kuah agak garing masukkan hirisan bawang Holland bersama paru.
5. Gaul rata kemudian tutup api.
6. Sambal paru sedia dihidangkan.
3. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng4 sudu makan kicap manis2 sudu makan kicap pekat4 sudu makan sos cili5 biji cili padi | dikisar4 biji bawang merah | dikisar2 ulas bawang putih | dihiris1 biji bawang besar Holland | dihiris1cm halia | dihiris halusSedikit serbuk lada hitam8 biji cili padi | dibuang tangkaiSedikit airMinyak masak secukupnyaGaram secukup rasaCARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
3. Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
4. Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
4. DAGING GORENG KUNYIT BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
300gm daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan tos2 biji kentang | buang kulit dan potong dadu1 biji bawang besar | hiris4 ulas bawang putih |cincang3cm halia | hiris halus memanjang2 batang serai | titik2 biji cili merah | hiris serong2 biji cili hijau | hiris serong1 batang seleri |hiris serong1 sudu serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasaMinyak untuk menggorengMinyak masak | untuk menumis dan menggorengCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng kentang separa masak. Angkat dan ketepikan.Kemudian gorengkan daging yang digaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit .Goreng hingga separuh masak, angkat dan ketepikan.Dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak .Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia dan serai hingga wangi.Masukkan pula h serbuk kunyit, kacau seketika dan masukkan daging.Kacau rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.Kacau lagi seketika dan tutup api.Daging Goreng Kunyit sedia dihidangkan.5. DAGING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang| hiris nipis1 biji bawang Holland | hiris bulat1 batang seleri | hiris serong3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai2 sudu makan rempah kari daging1 sudu makan serbuk cili1 sudu teh serbuk kunyitGaram dan gula secukup rasa1 sudu makan yogurt3 sudu makan minyak masak untuk menumisBAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis3 kuntum bunya lawang5 biji buah pelagaBAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah5 ulas bawang putih3cm halia2 batang seraiCARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumiskan bahan rempah penumis , daun kari, diikuti bahan kisar. Tumis hingga wangi.Kemudian masukkan bancuhan rempah kari yang dicampur dengan serbuk cili. Kacau rata hingga timbul minyak.Masukkan daging, terus kacau hingga daging layu.Apabila daging layu masukkan yogurt, hirisan batang seleri dan bawang Holland.Apabila air daging kering, perasakan dengan yogurt, garam dan gula secukup rasa.Angkat dan hidangkan panas-panas .6. RENDANG DAGING PEGAGA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging7 biji bawang merah | dikisar3 ulas bawang putih | dikisar1 ½ inci halia | dikisar1 inci lengkuas | dikisar5 batang serai | dihiris halus2 inci kunyit hidup | dikisar2 sudu makan kerisikSedikit hirisan daun kunyit1 ikat daun pegaga2 mangkuk santanGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.Angkat dan sedia dinikmati.7. PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)1 biji bawang besar | potong dadu1 biji limau nipis | perah air5 biji cili padi | dipotong kecil1 biji buah tomato | potong dadu1 sudu makan kerisik1 helai daun limau purut | dihirisSedikit air asam jawaSedikit air suamGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.8. BENDI BERLADA UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
10 biji kacang bendi|dihiris nipis1 sudu makan cili kisar5 ulas bawang putih|ditumbuk halus3 ulas bawang merah|tumbuk halus50gm udang kering|ditumbuk halus3cm belacanGaram secukup rasaGula secukup rasa10ml minyak masakCARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis lagi sehingga cili masak.Masukkan kacang bendi, garam dan gula secukup rasa. Tumis seminit atau sehingga bendi menjadi lembut sedikit.Info Chef: Pilih kacang bendi yang masih muda untuk memastikan ia rangup ketika digoreng.
9. KACANG PANJANG GORENG BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 batang kacang panjang |dipotong pendek30gm cili kisar30gm udang geragau |ditumbuk halus5gm belacan5 ulas bawang putih |ditumbuk halusGaram & gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga cili masak.Masukkan kacang panjang dan tumis beberapa minit.Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.10. KERABU SOTONG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong saiz sederhana | potong dan bersihkan1 biji tomato | hiris nipis2 batang kacang panjang | potong pendek1 biji cili merah | cincang dadu5 biji cili padi | hiris nipis1 biji bawang besar | cincang dadu1 helai daun limau purut | hiris halus1 batang serai (ambil bahagian dalamnya) | hiris halus1 sudu makan air perahan limau/limau kasturiGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Tabur sedikit garam pada sotong lalu kukus hingga masak.Satukan sotong, kacang panjang, tomato, cili merah, cili padi, bawang besar, daun limau purut dan serai di dalam satu mangkuk.Tambah air perahan limau dan gaul sebati.Tambah garam dan gula secukup rasa dan gaul hingga semua bahan sebati.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/koleksi-resipi-lauk-pauk-mudah-masak.html