Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet Mudah Masak Sedap


Tercari-cari menu lauk bajet yang sedap, mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya? Resipi-resipi di bawah ini anda boleh hasilkan. Hanya dengan kos yang kurang dari RM20, anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan sotong, ayam, ikan bilis, daging dan hati ayam. Lihat pada bahan utama, nampak macam lauk mahal kan? Tapi hakikatnya adalah sebaliknya. Moga idea masakan ini boleh membantu anda menyediakan sajian berkhasiat serta enak buat keluarga. Selamat mencuba!
RESIPI LAUK PAUK BAJET YANG SEDAP, MUDAH & CEPAT MASAK
1. KEPAK AYAM PERCIK KUAH KACANG

BAHAN-BAHAN:
6 ketul kepak ayam | dipotong dua5 tangkai cili kering | dikisar1 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar1 ulas bawang putih | dikisar1 batang serai | dikisar1cm halia | dikisar1cm lengkuas | dikisarGaram dan serbuk kunyit secukupnyaBAHAN KUAH PERCIK:
1/2 biji kelapa | diambil santannya5 ulas bawang merah | dikisar2 ulas bawang putih | dikisar4 tangkai cili kering | dikisar1cm halia | dikisar1 batang serai | dikisar1 keping asam gelugurGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Gaulkan kepak ayam bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya kemudian perapkan bersama bahan kisar selama dua jam. Kemudian panggang ayam di atas bara arang sehingga masak. Ketepikan.Untuk membuat sos percik, satukan santan bersama bahan kisar dan masak sehingga mendidih dan pekat. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkannya berketul.Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.Apabila kuah telah pekat, padamkan api dan tuangkan ke atas kepak ayam yang telah siap dipanggang tadi.Sedia untuk dihidang.Info chef: Ayam juga boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 15-20 minit atau hingga masak.
2. HATI AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:
350gm hati ayam1 biji bawang besar | dimayang1 ulas bawang putih | dimayang3 tangkai cili kering | dikisar halus5 sudu makan kicap lemak manis1 sudu makan serbuk kunyit1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang3 kuntum bunga cengkihGaram secukup rasaMinyak untuk menumisCARA MEMASAK:
Bersihkan hati ayam dan masukkan garam bersama serbuk kunyit dengan secukupnya. Goreng hingga garing dan ketepikan seketika.Panaskan minyak dan tumis bawang besar bersama bawang putih hingga layu. Angkat dan tumbuk gorengan bawang tadi hingga lumat.Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih hingga wangi. Kemudian masukkan bawang yang ditumbuk tadi bersama cili kering kisar. Kacau sehingga pecah minyak.Masukkan kicap lemak manis dan hati ayam. Gaul sebati dan biarkan mendidih seketika.Sedia untuk dihidangkan.Info chef: Untuk mempelbagaikan rasa, boleh juga dicampurkan dengan pedal
BACA JUGA:
3. BERGEDIL DAGING KENTANG

BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar250gm daging cincang2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya1 labu bawang besar | dicincang halus1 pokok daun sup | dihiris halus1 sudu teh serbuk lada sulah1 sudu teh serbuk lada hitamGaram secukup rasaMinyak untuk menggorengCARA MEMASAK:
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
4. SAMBAL TUMIS TERUNG PIPIT & BILIS

BAHAN-BAHAN:
200gm terung pipit50gm ikan bilis30gm cili padi hijau | dikisar2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisar1cm belacan | dikisarGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.Seterusnya masukkan terung pipit dan goreng seketika. Angkat dan tos minyaknya.Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing. Masukkan serbuk perasa dan juga garam mengikut cita rasa anda.Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan terung pipit yang telah digoreng tadi. Gaul hingga rata.Sedia untuk dinikmati.Info chef: Elakkan menggoreng terung pipit dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi keras dan kurang enak.
5. SOTONG REBUS SERAI

BAHAN-BAHAN:
400gm sotong segar1 batang serai | diketuk100ml air3 biji cili padi | jika sukaGaram dan serbuk perasa secukupnyaCARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam periuk.Kemudian tambahkan air dan didihkan. Jika sukakan kuah yang banyak, lebihkan jumlah air.Masukkan serai dan cili padi. Biarkan sehingga sotong masak.Perasakan dengan garam danserbuk perasa dengan secukupnya.Padamkan api dan sedia untuk dinikmati.Info chef: Menu sihat yang ringkas dan kaya dengan haruman serai
6. IKAN BILIS BUNGA KANTAN

BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis1 batang bunga kantan | dihiris halus5 biji cili merah | dikisar2 ulas bawang merah bersaiz besar | dikisarGaram dan serbuk perasa secukup rasaCARA MEMASAK:
Bersihkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Ketepikan.Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam dengan secukupnya.Kemudian masukkan ikan bilis dan hirisan bunga kantan. Gaul seketika hingga rata.Sedia untuk dinikmati.Info chef: Jika mahukan rasa yang lebih pedas, tambah sedikit cili padi kisar.
Nak cari PETI SEJUK baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Ayam Goreng Rangup Spicy Ala Mekdi. Sedap Boh…
Daging Goreng Kunyit Simple. Menu Ekspress Untuk Makan Tengah Hari.
Cara Buat Solok Lada Kukus & Solok Lada Rebus Yang Sedap & Mudah
Cara Mudah Buat Telur Masin Homemade Guna Telur Ayam
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
[embedded content]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/09/koleksi-resipi-lauk-pauk-bajet-mudah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 368 hits
Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia Tua muda Melayu Cina India dan lain lain kaum juga menggemarinya Sajian ini juga ada pelbagai versi Setiap negeri ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri Anda suka ...
Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah Lebih Sedap Mudah Masak

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 398 hits
Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa resipi resipi yang dikongsi di b...
Resipi Pesamah Daging Lauk Kenduri Orang Utara Yang Sedap

Resipi Pesamah Daging Lauk Kenduri Orang Utara Yang Sedap

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 585 hits
Baru baru ni membelek gambar lama dan ternampak resipi Pesamah Daging yang saya pasti cukup rare bagi orang masa kini tapi inilah lauk legend orang utara dulu dulu Tak pasti kenapa sekarang ni jarang dapat jumpa lauk kenduri macam ni Resipi...
Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

Resipi Kek Buah 3 Bahan Rasa Sedap Mudah Buat

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 408 hits
Suka makan kek buah Ramai yang tak berani nak cuba kerana kek ini dianggap sukar nak dihasilkan Kalau beli harganya pun boleh tahan mahal Bagi anda yang nak cuba buat sendiri kek ni boleh cuba resipi perkongsian saudari Aley Arif ni Hanya d...
Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade Mudah Cepat Sedap

Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade Mudah Cepat Sedap

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 417 hits
Sos pencicah serbaguna perkongsian saudari Mummy Violet ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila bila perlu Bahan bahan juga senang didapati Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cil...
20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan

20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 643 hits
20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan Assalamualaikum wbt hi korang Minggu ni CH dah start masuk kerja seperti biasa Walaupun belum confirm tapi CH kena bersedia untuk kembali bekerja seperti biasa dengan norma baru Disebabk...
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 479 hits
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade Lihatlah hasilnya Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan Jom cuba buat untuk keluarga Pasti suam...
Cara Mudah Masak Sup Daging Sedap Guna Rempah Sup Homemade Mantul

Cara Mudah Masak Sup Daging Sedap Guna Rempah Sup Homemade Mantul

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 908 hits
Sup adalah menu kegemaran anak2 makcik Hidangkan nasi dengan sebarang sup sambal cili api kicap atau sambal belacan dan telur masin bagi anak2 makcik dah cukup sedap Hari ni makcik masak awal Tiber lapau nasi Masak simple2 je masak sup dagi...
Resipi Puding Roti Keju Chocolate Chip Sedap Memang Mudah

Resipi Puding Roti Keju Chocolate Chip Sedap Memang Mudah

papar berkaitan - pada 11/9/2020 - jumlah : 401 hits
Sedapnya Puding Roti Keju Chocolate Chip perkongsian saudari Maslina Meor Radhini Hanya guna lebihan roti yang diolah menjadi pemanis mulut yang enak Cara pembuatannya pun sangat mudah Puding Roti Keju Chocolate Chip ni juga sangat lembut d...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini