20 Resipi Masakan Sotong Mudah Sedap Dan Menyelerakan


20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan. Assalamualaikum wbt & hi korang. Minggu ni CH dah start masuk kerja seperti biasa. Walaupun belum confirm tapi CH kena bersedia untuk kembali bekerja seperti biasa dengan norma baru. Disebabkan itu CH compile siap-siap resipi masakan sotong mudah, sedap dan menyelerakan. Bila dah ada resipi senanglah nak masak pagi dan juga petang.


20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

#1 SOTONG MASAK KUNYIT

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan:


Sekilo sotong
1 biji bawang besar dihiris
3 biji bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
6 biji cili potong 2
1 sudu makan serbuk kunyit
Sehelai daun kunyit hiris besar2 ( tak dimasukkan)
Sedikit garam & serbuk perisa


Caranya: 
Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili hingga naik bau.
Masukkan serbuk kunyit
Masukkan sotong
Dah separuh masak masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perisa. Gaul rata dan biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya. 
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 


#2 SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan:


1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik
garam secukup rasa


Bahan Tumbuk/Kisar


3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 inci halia *


Caranya:
Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu.
Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi.
Masukkan santan , serai dan asam keping.
Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak.
Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak.
Angkat dan hidangkan bersama menu yang lain.


#3 SOTONG SAMBAL CILI PADI PETAI

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan:


Sotong
Petai - diambil isinya  saja
Serai - di titik
minyak untuk menumis
garam secukupnya
gula secukupnya
1 keping asam gelugor


Bahan Kisar


Bawang merah
Bawang putih
Cili api cmpur skit yg merah
Serai
Petai
Sotong


Caranya:


Panaskan minyak. 
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan serai, sotong dan petai. Gaul  rata dan biarkan sotong separuh masak.
Masukkan garam, gula  dan asam. Gaul rata dan biarkan sotong masak sepenuhnya.
Angkat dan hidangkan dengan nasi panas. 


#4 SOTONG TELUR MASIN

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan A


10 ekor sotong (potong nipis)
5 sb tepung jagung
3 sb lada sulah
1 bj telur
Sedikit garam


Bahan B


Kuning telur masin - rebus telur masin dan ambilkan kuningnya saja. Hancurkan. 
Beberapa helai daun kari
3 btg Cili padi
3 sb Butter (salted)
1 sb gula
1 sb Serbuk pati ayam


Caranya:


Cairkan butter dan masukkan telur kuning. Masak sampai berbuih.
Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam - gaul rata semua.
Masukkan sotong goreng td dan gaul sampai rata/kering. Tutup api
Tabur gula dan gaul lagi dalam seminit supaya gula sebati dan rata.


#5 SOTONG MASAK LADA 
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan:


1/2 kg sotong
3 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk kunyit
4 Sb sos cili
4 ulas bwg putih di ketuk²
Garam
Perisa(ikut suka)
Minyak utk tumis
1 biji bwg besar
6 biji cili padi


Caranya:


Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi. 
Masukkan sotong,serbuk kunyit dan lada hitam. Kacau rata.
Masukkan sos cili,garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
Masukkan bawang yang dipotong nipis bersama cili padi. Gaul rata.
Angkat dan hidangkan dengan lauk lain.


#6 SOTONG MASAK HITAM

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan Kisar


Bawang kecil
Bawang putih
Halia
Lengkuas
Serai
Kunyit
Belacan
Buah keras


Bahan Lain


Minyak untuk menumis
Cili kering yang di rebus dan di kisar
Gula *
Air asam jawa
Garam
Dakwat hitam sotong


Caranya:
Mula mula panaskan kuali .Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga garing. 
Masukkan cili kisar. Biar sampai garing lagi. 
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa. 
Masukkan air asam jawa.
Akhir sekali picit kan dakwat hitam itu untuk warna hitam nya.


#7  SOTONG SUMBAT BAKAR THAI
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan-bahan:
• Sotong saiz besar
• Isi udang segengam
• Telur 1 biji
.
Bahan-bahan sos:
• 5 ulas Cili kecil
• 4 sudu gula
• Secubit garam
• 3 sudu cuka makan
• 3 ulas bawang putih
• 2 ulas Bawang merah
• 2 sudu kecil tepung jagung
• Sedikit air
• Hirisan daun ketumbar
.
Bahan-bahan kisar inti:
• 1 ulas bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 3 hirisan Halia
.
Cara-cara:


1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
3. Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.


#8 SAMBAL SOTONG SUMBAT TELUR
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan:


Inti Sumbat 


3 biji telur ayam
Carrot - dicincang
Isi ayam/udang - dicincang
Capsicum
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara :


Campur semua bahan dan goreng hancur ala2 scramble egg


Sambal Sotong :


6 ekor sotong
4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
3 sudu besar cili kisar
1 sudu rempah kari
1 biji bawang holland
2 sudu sos cili
Minyak untuk menumis
Pencongkel gigi/lidi
Sedikit air asam jawa
Garam & gula secukupnya


Cara-cara:


1- Sumbat sotong dengan telur yg dan dimasak hancur. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencongkel gigi
2- Tumis bawang hingga naik bau
3- Masukan cili kisar dan biar hingga pecah minyak
4- Masukan serbuk kari dan sos cili
5- Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biar sampai mendidih
6- Masuk gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
7- Masukan bawang holland yang telah dipotong bulat
8- Hias sikit dengan cili atau daun bawang.


#9 SOTONG PHAT PHET
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


BAHAN A
************
(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah - ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong...


BAHAN B
**********
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut


Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis


CARA-CARA


Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak. Setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau banyak)
Masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula.
Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis. Kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat dan hidangkan dgn nasi panas


#10 RESEPI RENDANG SOTONG
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan-bahan:


Sotong
Garam
Gula
Minyak


Bahan kisar:


Serai
Cili padi
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Kunyit hidup
Kerisik
Daun limau purut


Cara-cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama santan. Biarkan memekat. Kacau sebati
Masukkan sotong dan biarkan seketika. Masukkan daun limau purut yang dihiris kasar. Gaul lagi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Tutup api
Resepi ini dipetik dari: rasa.my


#11 KERABU SOTONG ALA THAI
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan:


1/2 kg sotong besar
1 batang serai *
5biji cili api merah *
1biji bawang *
1biji tomato *
2biji limau nipis
Fish sos (Tak dak ni tak power)
Daun ketumbar agak-agak sahaja


Caranya:


Siang sotong nya sampai bersih,kemudian panaskan api didihkan air.Air dah mendidih masukkan sotong kacau sekejap lbh kurang 4minit jangan lama-lama nanti terlalu keras tak sedap. Dah masak boleh angkat masukkan ke dalam mangkuk besar mudah untuk gaul nanti.
Bahan yang ditanda * potong halus kecuali tomato dan bawang jangan terlalu halus nanti tak sedap.
Masukkan ke semua bahan2 yang dah dipotong halus tadi kedalam sotong.Masukkan sedikit kicap ikan agak-agak jangan banyak sangat nanti masin.Masukkan garam dan gula gaul sebati last sekali perah limau ikut kesukaan masing2 nak masam macam mana.
Daun ketumbar patah-patah kan sahaja letak sedikit ke dalam sotong yang dah siap digaul dan untuk hiasan bahagian atas pinggan.
Siap!


#12 KARI SOTONG
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


BAHAN:


12 ekor sotong (dibersihkan & badan sotong di kelar2)
2 biji ubi kentang (direbus empuk)
1 peket kecil rempah gulai (cap bunga ros)
1/2 peket kecil rempah masak (cap bunga ros)
3sb serbuk cili
1 biji bwg merah besar (ditumbuk lumat)
3 ulas bwg putih (ditumbuk lumat)
2 inci halia (ditumbuk halus)
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1kg santan pekat
sedikit air asam jawa
1 biji tomato
garam, gula dan ajinomoto
minyak untuk menumis


CARA:


1. Rebus kentang hingga empuk.
2. Rempah gulai, rempah masak & serbuk cili di bancuh dgn sedikit air.
3. Tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga bau wangi, masukkan rempah gulai, bahan tumbuk tadi & daun kari, tumis hingga naik minyak.
4. Masukkan air asam jawa, masak hingga kuah mendidih, kemudian masukkan santan garam, gula & ajinomoto.
5. Masukkan kentang yg dah di rebus empuk tadi, sotong & tomato.
Nota : sotong jgn masak lama2...cukup sampai kuah mendidih..tutup api..sebab sotong bila masak lama2 akan liat.
kredit to sunflower oct


#13 GULAI LEMAK SOTONG BERSAMA TIMUN
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan:


sotong
1 keping asam gelugor/ kandis
1 kotak santan kara
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
1 batang timun dipotong serong
3 @4biji cili hijau kelantan. dipotong
1 biji tomato, dibelah 4
Bahan kisar
1 ulas bwg putih, tak buh pun tak apa
4 ulas bwg merah
5 biji cili kering
1" kunyit
1" lengkuas
sejemput biji ketumbar


Cara:


1. Masak santan kara bersama sedikit air ke dalam periuk.
2. Masukan bahan kisar dan dikacau selalu supaya kuah tidak melimpah.
3. Masukkan asam keping. Bila kiah mendidih masukkan timun.
4. Biarkan seketika sehingga timun separuh masak, baru masukkan sotong, tomato dan cili hijau. kacau sebati.
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
6. kecilkan api dan renihkan gulai anggaran dalam 5 minit.. Angkat dan hidangkan.


#14 SOTONG MASAK LEMAK PADANG

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Gulai Tradisi


Bahan:


1 kg sotong ~ cuci bersih dan potong
3 biji bawang besar ~ belah 4
2 biji tomato ~ belah 4
2 batang serai ~ di titik
3 biji ubi kentang ~ belah 4
3 camca minyak untuk menumis
500 ml santan
air secukupnya
garam secukup rasa


Bahan Kisar:


5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc kunyit hidup
2 inc halia
5 tangkai cili merah


Caranya:


Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air
Kacau biar sebati
Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
Perasan dengan garam
Sedia di hidangkan 


#15 SOTONG GORENG REMPAH

20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan:
Sotong besar 3 ekor
*2 ulas bawang putih
*2 ulas bawang merah
*2 cm halia (agak²)
* (bahan ini ditumbuk halus)
1 tsp garam masala
1 tbs serbuk kari ikan
2 tbs sos tiram
2 tsb minyak masak
2 biji cili (hiris serong)
1 biji tomato (belah 6)
Garam dan gula secukup rasa


Cara:


1. Bersihkan sotong, perap dengan garam masala dan rempah kari ikan.
2. Panaskan minyak masak, goreng sotong sebentar kemudian masukkan bahan yg telah ditumbuk.
3. Goreng sampai naik bau wangi, kemudian masukkan sos tiram, cili dan tomato. Gaul sebati.
4. Tambah air jika terlalu kering, ikut kesukaan masing² jika mahu sotong lebih berkuah. Biarkan renih seketika.
5. Perasakan dgn garam dan gula ikut selera masing². Siap dihidangkan.


Dari Dapuq : Amyra Syakira


#15 Sotong Masak Kicap
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan-bahan :
5-6 ekor sotong size sederhana - (di cuci bersih dan di potong)
Seulas bawang besar (size sederhana)
2 ulas bawang putih
Sebiji cili merah
2 hiris halia di racik halus
1 btg Kulit Kayu manis
3 - 5 butir buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 sb kicap cair
3 sb kicap pekat
3 sb minyak
Garam secukup rasa
2 cawan air


Cara-caranya


1. Panaskan minyak.
2. Tumis rempah 3 beradik dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
3. Bila dah berbau wangi, masukkan sotong
4. Masuk kan kicap cair dan kicap pekat
5. Gaul rata. Lepastu masukkan air.
6. Tunggu didih, masukkan cili dan garam.
7. Gaul rata. Tutup api.


#16 SOTONG GORENG KUNYIT CAMPUR BUNCIS
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan MenyelerakanBahan:


4-6 ekor sotong saiz besar - dipotong bulat dan digaul dengan garam kunyit
10 biji kacang buncis - dibersihkan dan dipotong serong
1 biji bawang besar - di potong separa bulat
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah besar- dipotong serong setebal 1cm
3 biji cili padi - di belah
2 cm halia - dihiris nipis dan memanjang
sedikit air asam jawa
minyak secukupnya


Caranya:


Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga berbau wangi
Masukkan sotong. Gaul rata dan biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya. Jangan lama sangat sebab bila masak lama, sotong akan menjadi liat dan keras. Tak sedap.
Tambah asam jawa suku sudu kecil ( CH guna asam jawa adabi).
Masukkan kacang buncis, cili besar dan cili padi. Gaul rata.
Tutup api bila kacang buncis menjadi sedikit layu atau warna kacang buncis telah bertukar.
Angkat dan hidangkan ketika lauk masih panas.


#17 SAMBAL SOTONG PETAI
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan

Bahan


600gram sotong di potong sederhana kecil  ( 6-7 ekor sotong besar)
3 -4 papan petai - di ambil isi saja
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara


Panaskan minyak.
Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.
Masukkan gula dan garam secukupnya. Masak seketika sehingga garam dan gula sebati.
Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan petai dan biarkan sehingga petai masak.
Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.
Sedap di makan dengan nasi panas-panas.


#18 SAMBAL SOTONG
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan:
600gram sotong ( 6-7 ekor sotong sederhana besar)
1-2 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih  - di kisar
2 cm halia - di kisar
2-3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato/ asam jawa
1 sudu besar sos tiram
gula
garam
minyak


Cara:


Panaskan minyak. Goreng ubi kentang sehingga masak/ garing.
Minyak gorengan tadi (sikit saja), tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar. Masak sehingga pekat dan berminyak.
Masukkan sos tiram, sos tomato, gula dan garam secukupnya. Masak seketika.
Masukkan sotong. Biarkan dan kacau sekali sekala sehingga sotong benar-benar masak dan sambal menjadi pekat. Kemudian tambahkan ubi yang telah di goreng tadi.
Rasa. Jika semua sudah cukup boleh di angkat dan di hidangkan.
Sedap di makan dengan nasi panas-panas.


#19 Kari Sotong Mudah Dan Sedap
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


Bahan2:
1kg Sotong
2 peket  atau 4 sedu besar rempah kari ayam/daging
2 biji kentang - di potong memanjang 4 atau 8. Bergantung kepada saiz kentang
1 ulas bawang besar - di kisar
2 ulas bawang putih - di kisar
2 cm halia - di kisar
1 biji tomato - di hiris nipis/dadu
daun kari
4 beradik ( bulang lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis & biji pelaga)
Minyak
garam secukupnya
RM 1 santan
Asam jawa secukupnya
Air


Caranya:
Panaskan minyak. Tumis 4 beradik bersama daun kari sehingga wangi.
Masukkan rempah yang di bancuh dengan air. Masak seketika sehingga agak garing.
Masukkan bahan kisar dan tomato. Masak lagi sehingga kelihatan berminyak.
Tambah air dalam 500 ml dan masukkan santan, garam dan air asam jawa dan kentang. Biarkan sehingga mendidih atau kentang empuk.
Apabila kentang telah empuk dan rasa telah umpph, masukkan sotong. Biarkan sehingga sotong masak sepenuhnya
Dihidangkan bersama nasi panas, sayur campur dan telur dadar.


#20  Ketupat Sotong
20 Resipi Masakan Sotong Mudah, Sedap Dan Menyelerakan


BAHAN-BAHAN:
1 kilo sotong saiz sederhana yang segar
½ kilo santan pekat
3 ketul gula melaka (nise)
Pencungkil gigi
1 cawan beras pulut
10 helai daun pandan
Garam dan gula


CARA MEMBUATNYA:
1. Bersihkan sotong, buangkan hitam dan kulitnya, toskan.
2. Basuh beras pulut dan rendam seketika dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya.(jangan isi penuh nanti isi pulut yang terhasil keras dan mentah)
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pengcungkil gigi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, dan gula melaka.
9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit (hingga pulut dalam sotong tu masak). Santan tu akan pecah minyak.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.yatizul.com/2020/09/20-resipi-masakan-sotong-mudah-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda Lauk Sedap Buka Selera

Wanita Ini Kongsi Resipi Kari Sotong Pisang Muda Lauk Sedap Buka Selera

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 639 hits
Selalunya pisang muda dijadikan campuran dalam kari kaki ayam atau kari daging Tapi kali ni kita cuba gunakan sotong pula Nampak macam pelik tapi rasanya sedap juga Jom ikuti perkongsian resipi daripada Zurinah Isa di facebook KARI SOTONG P...
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap Mudah Boleh Buat Secara Homemade

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 487 hits
Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade Lihatlah hasilnya Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan Jom cuba buat untuk keluarga Pasti suam...
Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

Kompilasi Resipi Lauk Masak Lemak Sedap Mudah Buka Selera

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 374 hits
Sajian lauk masak lemak sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia Tua muda Melayu Cina India dan lain lain kaum juga menggemarinya Sajian ini juga ada pelbagai versi Setiap negeri ada kelainan dan keistimewaan yang tersendiri Anda suka ...
Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade Mudah Cepat Sedap

Resipi Sos Pencicah Serbaguna Homemade Mudah Cepat Sedap

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 425 hits
Sos pencicah serbaguna perkongsian saudari Mummy Violet ini memang bagus dibuat dan disimpan kerana boleh dimakan dengan pelbagai jenis makanan pada bila bila perlu Bahan bahan juga senang didapati Jika suka pedas boleh banyakkan jumlah cil...
Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet Mudah Masak Sedap

Koleksi Resipi Lauk Pauk Bajet Mudah Masak Sedap

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 436 hits
Tercari cari menu lauk bajet yang sedap mudah dimasak serta tak perlu berbelanja lebih untuk menyediakannya Resipi resipi di bawah ini anda boleh hasilkan Hanya dengan kos yang kurang dari RM20 anda mampu menghasilkan lauk pauk berasaskan s...
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap

Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 802 hits
Resipi Bihun Goreng Singapore Versi Ringkas Tapi Sedap Bila dah hujung hujung bulan ni kan Semua barang dapur dah susut Termasuk lah bawang merah Bila pergi kedai boleh terlupa pula nak beli bawang merah Pada hal dah set dalam kepala nak be...
Cucur Roti Mudah Sedap Teksturnya Lembut Idea Kudapan Untuk Anak

Cucur Roti Mudah Sedap Teksturnya Lembut Idea Kudapan Untuk Anak

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 499 hits
Bila ada anak anak yang sedang membesar ibu kena sentiasa kreatif sediakan makanan Jika asyik menu sama anak pula bosan Lagi memeningkan kepala apabila ada anak yang susah makan Untuk idea masakan kali ini mama boleh cuba buat cucur roti Mu...
Ayam Salted Egg Butter Sedap Dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

Ayam Salted Egg Butter Sedap Dan Mudah Tiru Resepi Selebriti Eina Azman

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 832 hits
hi there pertama kali masak resepi ayam salted egg butter selepas tertengok video masakan selebriti Eina Azman di IG dia Wah selama ni hanya tahu makan salted egg yang direbus campur dengan bubur nasi panas atau makan kuih bulan yang diteng...
Resipi Ayam Korea Crispy Homemade Sedap Sungguh

Resipi Ayam Korea Crispy Homemade Sedap Sungguh

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 361 hits
Ada peminat ayam goreng Korea Memang sedap makan ayam style Korea ni Rasanya menawan selera dan teksturnya pula rangup Kali ini RASA kongsikan resipi ayam cripsy dengan cita rasa Korea Lagi sedap kalau buat sendiri kat rumah Puas makan Nak ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Dah Sampai Pulau Phuket