Koleksi Resepi Western Food Masakan Barat Meatball Ala Ikea Burger Pizza Pasta


KOLEKSI RESEPI MASAKAN BARAT/ WESTERN FOOD - meatball ala IKEA, burger, pizza, etcresepi western food masakan barat mudah dan sedap1. Resepi Swedish Meatballs Ala IKEA
Bahan-bahan:
Meatballs secukupnya (guna brand Marina) goreng atau boleh juga di bake di dalam oven.2 (sb) sudubesar butter2 (sb) sudubesar tepung gandum1 biji bawang holland, dipotong dadu2 biji tomato dipotong dadu1 cawan fresh milk1 cawan air3 sudubesar sos tomato3 sudubesar sos tiram2 sudubesar kicap manis2 sudubesar lada hitam tumbuk (nak lebih hot add 1 sudubesar lagi)1 kiub pati daging1 kiub pati ayam1 sudubesar gula
Cara Penyediaan:
1. Cairkan butter dengan menggunakan api perlahan dan tumis bawang besar hingga layu, tapi jangan sampai garing.2. Masukkan tepung gandum, kacau rata hingga berubah warna menjadi sedikit brownish. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.3. Masukkan fresh milk, air, sos tomato, sos tiram, kicap manis, lada hitam, kiub ayam dan daging serta gula. Kacau rata hingga mendidih dan jangan biarkan sauce berketul.4. Tutup api dan biarkan sejuk sedikit dan kemudian masukkan ke dalam blender dan di blend hingga halus.

Sedia untuk dihidangkan!resepi western food masakan barat - meatball ala IKEATips: Gravy ini boleh buat lebih dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru blend dia. Dan gravy ini juga boleh dimakan dengan chicken chop. Cuma tambah hirisan mushroom ya.
Sumber: Danish Harraz via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
2. Resipi Muffin Telur
Bahan-Bahan:
5 biji telur gred B2 keping Cheese – Boleh guna Cheesedale1/2 batang carrot – dipotong kecilSedikit timun – dipotong kecilSedikit lada benggala – dipotong kecilGaram secukup rasaSerbuk lada hitam
Cara Penyediaan:
1. Potong sayur-sayuran tersebut atau boleh juga disagat.2. Masukkan sayuran ke dalam acuan muffin.3. Taburkan sedikit kepingan cheese ke atas sayuran tersebut dan ketepikan sekejap.4. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga hancur, perasakan dengan sedikit garam dan lada.5. Tuang telur tadi ke dalam acuan hingga menutupi sayuran tadi (jangan sampai penuh, nanti melimpah)6. Masukkan ke dalam oven yang telah sedia dipanaskan (suhu 180-200 °C). Bakar selama 20-25 minit dengan api atas bawah.7. Tunggu hingga sejuk dan hidangkan.
resepi western food masakan barat - muffin telur
3. Resipi Burger Homemade Yang Mudah dan Sihat
BAHAN-BAHAN
Bahan-bahannya yang diperlukan adalah seperti berikut:
2 ketul dada ayam @ daging2 ketul kentang @ carrot2 biji telur1 labu bawang besar1 sudu kecil lada hitam1 sudu kecil lada putih1 sudu kecil garam1 sudu kecil hilal @ kiub ayam1 sudu kecil serbuk soda *3 sudu kecil tepung gandum *2 sudu kecil tepung ubi*resepi western food masakan barat - burger homemade sedapCARA BUAT BURGER ‘HOMEMADE’: LANGKAH DEMI LANGKAH
Ini langkahnya:
1. KISARKisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda*.
2. CAMPURKAN SEMUA BAHAN
Setelah dikisar, pindahkan ke dalam bekas dan gaulkannya dengan sebati.Kemudian, masukkan bahan-bahan selebihnya yang bertanda *.
3. MASUKKAN DALAM ACUAN
Bentukkan daging burger dengan menggunakan acuan untuk menggoreng telur seperti dalam gambar ini.
Pastikan anda melapik bahagian bawah acuan dengan plastik atau apa-apa yang sesuai.
4. KUKUS
Kukuskan daging burger ini selama 15-20 minit, hingga daging burger tadi mula terbentuk.
5. SEJUKKAN
Seterusnya, sejukkan pula di dalam peti sejuk. Kalau ada buat lebih, boleh simpan di bahagian ‘freezer’ untuk disimpan lebih lama.
Bila nak makan, baru keluarkan macam biasa.
6. BAKAR
Selepas disejukkan, anda bolehlah membakarnya seperti biasa di atas kuali leper. Siap untuk dihidangkan mengikut citarasa anda.
- cara buat burger -
HIDANGKAN MENGIKUT CITARASA
Mudah, bukan? Terpulanglah nak bubuh ‘cheese’, salad, tomato, sos dan sebagainya, macam burger yang dibeli di kedai.
Tapi kalau di rumah, bolehlah buat ikut selera masing-masing. Lebih puas hati dan berbaloi!
Untuk lebih sihat, gunakan kiub/ stok ayam yang dibuat sendiri.
4. Resepi LambChop Black Pepperresepi western food masakan barat - lambchop black pepperBahan-bahan untuk perap lamb shoulder (anggaran 7 keping):
● 6 keping lamb shoulder● Bahan kisar: 5 cm halia,● 1 cm kunyit hidup,● 4 ulas bawang putih dan● 4 ulas bawang merah● 3 sudu besar madu● 4 sudu besar Sos tiram● 4-5 sudu besar lada hitam kisar● 1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis ,● 1/2 sudu kecil jintan putih● 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar,● Sedikit kicap cair penganti garam
Cara menyediakannya:
1. Masukkan ke semua bahan perap ke dalam bekas.2. Masukkan lamb shoulder ke dalam bahan perapan tadi dan gaul sebati3. Perap lamb shoulder selama 2-3 jam atau semalaman.4. Bakar lamb chop sampai masak. Boleh guna juali leper, kuali serba guna atau bakar atas arang.
Bahan-bahan sos:
1. Saki baki bahan perapan2. 2 sudu teh sos tiram3. 2 sudu teh sos tomato4. 4 sudu besar lada hitam kisar5. 2 sudu teh brown sugar
- semuanya di masak dalam periuk bersama ngan 300 ml air hingga agak mendidih. Sebelum angkat pekatkan black pepper sos dengan bancuhan tepung jagung atau tepung ubi.
Sedia untuk dihilangkan bersama hiasan yang diingini.
resepi western food masakan barat - LAMB CHOP
5. Resepi Seafood Spaghetti Aglio e OlioOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
500 gram spaghetti1/4 cawan minyak olive5 ulas bawang putih - hiris nipis4 biji cili kering - potong kecil1/2 tsp (maksud: teapoon) red pepper/dried chilli flake50 ml water + 1 tsp chicken stockChopped fresh parsleyGaramCoarse black pepper
Seafood:8 scallops8 musselsUdang, sotong atau apa apa yang disukairesepi western food masakan barat - seafood spaghetti aglio e olioCara cara:
1. Sediakan bahan bahan yang diperlukan supaya memasak menjadi cepat dan pantas. Scallops dan mussels dilap kering. Bawang putih dihiris nipis dan sediakan chicken stock. Pasta direbus.
2. Panaskan minyak olive, tumis bawang putih dengan api perlahan sambil dikacau kacau sehingga ianya kekuningan. Masukkan cili kering yang dipotong kecil.
3. Masukkan sedikit chicken stock bertujuan untuk memberhentikan bawang putih dari terus garing.
4. Masukkan scallops dalam kuali dan dibalik balikkan. Masukkan pula lain lain seafood. Kalau dikuatiri terlebih masak, boleh dikeluarkan dulu seafood dari kuali dan masukkan semula masa hidangan.
5. Bila seafood hampir masak, masukkan pasta. Pasta hanya direbus 3/4 masak. Angkat dan toskan air. Masukkan pasta dalam kuali. Kacau rata rata. Kalau kering, boleh tambahkan baki chicken stock.
6. Akhir sekali, taburkan red pepper flake, garam dan black pepper.
Untuk menghidang, masukkan pasta dalam pinggan dan tuang sedikit lagi olive oil. Selepas itu hias dengan menyusun seafood dalam pinggan. Kemudian tabur parsley sebagai hiasan.

6. Resepi Pizza Homemade TANPA OVEN Sedap Macam Pizza Hut!resepi western food masakan barat - PIZZA homemade tanpa ovenPizza kuali lagi, kali ni untuk bekal anak pergi sekolah..100% masak atas api, tak perlu oven..
Resipi untuk 5x pizza:
Tepung gandum 1 kgAir suam 2 cawanMauripan 1 peketMinyak masak 2 suduGula 1 suduSecubit garam
*uli bahan di atas sekurang-kurangnya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak haha.
Bahan topping:Sos pasta tradisional- jenama bebas.Boleh letak macam-macam topping - Hot dog/ ayam/ cendawan butang/ nanas/ tomato/ cheese/ seafood
Tumis bawang, bila dah wangi.. masuk bahan basah yang lain. Perasakan dengan garam dan lada hitam- ketepikan.
Step by step:
1. Gaul tepung dengan minyak.
2. Tambah air. Uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan, tutup dengan tuala, rehatkan 1 jam.
*sukatan air perlukan 2 cawan, tapi 1 cawan air tu, tuang mauripan dalam tu, masuk secubit gula.. lepas 2-3 minit, dah muncul buih-buih, baru campur dan uli tepung jadi doh.
Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia keluar.
3. Bahagi doh pada 5 bahagian atau lebih.
4. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
5. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yang anda buat. Tutup dengan tudung periuk.
6. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping..
7. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak.. susun siap-siap atas kuali ye.. baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu.. sebab topping tu berat.. nanti berat dan susah nak letak atas kuali/ pan pulak..
8. Cheese tu ambil masa 3-4 minit untuk cair ye..
*nak cepat.. buat pakai roti nan/ arab..*resepi doh ni boleh buat donut, roti dan pau..
Kredit resepi ini kepada murni rahmat #MAHN
7. RESEPI Pasta Spiral Goreng Lada Hitamresepi western food masakan barat - PASTA spiral goreng lada hitamBahan-bahan:
1 peket spaghetti1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly3 biji bawang merah2 ulas bawang putih2 batang carrot4 sudu besar sos tiram1 sudu besar biji lada hitam - ditumbuk lumat boleh tambah ikut selera sendiri1 kiub perasa daging - boleh tambahGaram secukup rasaDaun bawang atau daun sup secukupnya
* tambah atau kurangkan bahan ikut pada selera sendiri ya. Pastikan jangan letak terlalu banyak lada hitam nanti pasta ni jadi pedas menyengit pula hehehe
CARA MEMASAK:
Kupas semua bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat. Rebus speghetti sampai empuk dan ditos . Bersihkan carrot dan dipotong menjadi kiub-kiub kecil.
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.

Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.

Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api.
8. Resepi Spaghetti Carbonara
resepi western food masakan barat - SPAGHETTI carbonaraBahan-bahan diperlukan:

1/2 bungkus spaghetti (tak kisah apa jenis pun)1 tin sos carbonara PregoSedikit isi ayam atau daging (ja guna yang kisar punya)Bawang putih (cincang)Bawang merah (cincang)Mushroom butang (dihiris)1/2 cawan susu segarSedikit daun parsleyGaram secukup rasaLada sulah

Cara menyediakan dan memasak:

1. Macam biasa laa spaghetti di rebus. (letak sedikit margerin atau minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan daging kisar tadi. sampai ia masak k.3. Masukkan sos carbonara kacau bersama-sama dengan daging tadi.4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.5. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
6. Letakkan garam sedikit dan lada sulah untuk perasanya, untuk hiasan letak daun parsley di atas sos tuu tadi bila dihidangkan.
9. Resepi Cheezy Wedges Kentang Ala KFCresepi western food masakan barat - CHEEZY WEDGES kentang ala KFCCARA BUAT WEDGES KENTANG ALA KFC OLEH SALIMAH OLIE
Berikut adalah bahan dan resepi yang diperlukan untuk membuat cheesy wedges ala KFC yang sedap dan lazat.
BAHAN-BAHAN:4 biji kentang – Kalau tak nak kupas kulit pun tak mengapa. Tapi, pastikan ianya dibasuh bersih ya.Mixed herbsLada sulahGaramTepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)
CARA-CARA:
1. Potong KentangPertama sekali, potongkan kentang dalam bentuk wedges.
2. KukusKemudian, kukuskan kentang supaya agak-agak lembut. Lebih kurang dalam 5-7 minit.
3. Gaulkan Mixed HerbsSelepas dikukus, keluarkan dan letak dalam mangkuk. Tabur mixed herbs, lada sulah dan garam. Ini jenama yang saya gunakan. Nak gunakan jenama lain pun boleh. Gaulkan biar sebati.
4. Taburkan Tepung JagungSeterusnya, taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.
5. GorengGoreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.
Di bawah ini adalah cara membuat sos cheesy homemade:
CARA BUAT SOS CHEESY HOMEMADE
Berikut adalah bahan dan cara membuat sos cheesy homemade yang boleh anda cuba.
BAHAN-BAHAN:
3-4 sudu makan mentega / marjerin250ml susu segar / susu cair1 sudu makan tepung gandum yang diayak1 kiub pati ayam6 keping keju biasaSedikit serbuk lada hitam & lada putihSedikit pewarna kuning (optional)
CARA-CARA:
1. Panaskan BahanMula-mula, cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sehingga tepung sebati.
2. Masukkan Kepingan KejuMasukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak.
Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.
3. Siap
Pastikan sos tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Agak-agak dah sesuai, boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.
*Kalau nak lagi mudah, gunakan terus serbuk cheese segera. Cuma ambil 3 sudu besar serbuk ini dan bancuh dengan air panas. Kacau-kacau hingga ia menjadi sos.
10. Resepi Mushroom Soup & Garlic Bread Ala Pizza Hut
resepi western food masakan barat - MUSHROOM soup Garlic bread ala Pizza HutCARA BUAT MUSHROOM SOUP DAN GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT
Menurut Puan Yatie, inilah permintaan anak-anaknya yang demam apabila tak lalu makan nasi. Walaupun nampak simple dan ringkas, tapi tetap menyelerakan.
RESEPI MUSHROOM SOUP ALA PIZZA HUT
Pertama sekali, mari kita lihat cara membuat mushroom soup atau sup cendawan. Bahan-bahannya adalah seperti yang disenaraikan di bawah.
Bahan-bahan:
300ml air500ml susu segar1-2 kiub ayam1/2 sudu teh daun parsley1/2 sudu teh serbuk lada hitam1/2 sudu teh garam1/2 cawan tepung gandum1/2 sudu besar mentega1 tin cendawan butang (potong hiris/cincang)sedikit serbuk perasa

Cara-cara:
1. Tuangkan air dan susu ke dalam periuk. Tunggu hingga mendidih, dan kemudian barulah masukkan kiub ayam.2. Kacau 2-3 minit dan masukkan pula lada hitam dan cendawan butang. Kacau lagi selama lebih kurang 15 minit.3. Seterusnya, masukkan daun parsley, mentega, dan garam. Kacau lagi dalam 10 minit.4. Bancuhkan tepung dengan air dan kacau supaya tidak berketul. Kemudian boleh tapiskan ke dalam periuk.5. Kacau sebati. Reneh agak lama supaya semua bahan dapat masak dengan elok. Sup akan menjadi pekat. Siap!
RESEPI GARLIC BREAD ALA PIZZA HUT
Baiklah, sup cendawan dah siap. Sekarang, kita buat pula garlic bread untuk dimakan bersamanya.
Bahan-bahan:
Roti Perancis – hiris (Saya guna roti Gardenia)2 sudu besar mentegaSecubit daun parsley / oregano / mixed herbs1 ulas bawang putih – bakar sekejap dan tumbuk halus
Cara-cara:
1. Mula-mula, bakar sedikit bawang putih dan tumbukkan halus-halus.2. Selepas itu, campurkan bawang putih yang telah lumat dengan mentega dan daun parsley.3. Sapukan pes ini ke atas roti anda.4. Letak atas kuali leper masak hingga garing & keperangan. Siap untuk dihidangkan.
11. Resepi Pasta Spiral Goreng Ringkasresepi western food masakan barat - PASTA GORENGBAHAN A:
1 paket pasta spiralSedikit mentega dan minyak zaitunSerbuk lada hitamSerbuk oreganoSedikit cili kisar atau chili flakes (salah satu)4 ulas bawang putih1 ulas bawang besar – dihiris daduSedikit sos tiramSos tomatoSos ciliNamplaGaram secukup rasaSedikit kiub pati ayam (pilihan)

BAHAN B:
Aneka makanan laut ( sotong / udang dll )3 keping daging burger – dihiris daduBebola ikanCendawan shiitake – dipotong kecil
BAHAN C:
Lada benggalaBrokoliTomato ceriLobak Merah
CARA MEMASAK:
1. Rebus pasta spiral pasta dengan sedikit minyak dan garam. Toskan airnya dan gaul dengan sedikit minyak atau mentega.2. Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau diikuti cili kisar.3. Masukkan bahan B dan gaul hingga masak. Tambahkan bahan C kecuali tomato ceri.4. Seterusnya masukkan pasta spiral, sos cili, sos tomato, sos tiram, sos nampla, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Gaul hingga sebati.5. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan gaul rata.6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan!
12. Resepi Ayam Grill Mushroom Sos
resepi western food masakan barat - AYAM GRILL mushroom sosBahan-Bahan (Ayam Grill)1 ekor ayam (potong 4)1 kiub ayam2 sudu besar sos tiram2 sudu besar kicap manis3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)1 cm halia(tumbuk kasar)Sedikit serbuk lada hitam kasar , oreganoSedikit olive oil/minyak masak
Cara-caranya:-
1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.2. Bahagian dada/isi cucuk-cucuk sedikit dengan garfu/ apa-apa yang tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam. Kalau nak kelar pun boleh juga.3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah. saya guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar. Kalau ayam kecil atau yang debond guna setengah jer (agak-agak).4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.6. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering.7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam... memang best!8. Bakar daging sehingga masak. Saya guna pan jerr.. gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus.
RESEPI MUSHROOM SOS

Bahan-Bahan:

Cendawan butang1 tin kecil Prego Carbonara CendawanSedikit kiub ayam1 ulas bawang putih (cincang halus)1/2 tin air (guna tin prego tu)Sedikit minyak
Cara-Caranya:-

Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.Masukkan sos carbonara. Tambah air.Masukkan kiub ayam. Masuk sedikit jer. Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa. Tutup api.
Sumber: Resepi Sheila Rusly
13. Resepi Baked Cheese Carbonara Meatball
[Carbonara Meatball Cheese Recipe]resepi western food masakan barat - CARBONARA meatball cheeseBahan-Bahan:Bebola Daging/ Ayam1 Tin Sos Carbonara PregoSetengah cawan susu segarSedikit lada hitamKeju MozarellaCapsicum & Bawang Holland
Cara Membuat:

1. Bebola daging (nak guna bebola ayam pun boleh) digoreng dulu. Lepas tu goreng pulak capsicum dengan bawang dengan minyak yang sikit ye. Dan lepas tu susun macam ni.
2. Tuang Sos Carbonara. Cara masak sos ni, masukkan setin Sos Carbonara Prego dalam kuali. Masak sampai mendidih, lepas tu masuk susu segar lebih kurang setengah cawan, masuk lada hitam hancur jika suka dan siap. Lepas siap masuk sos tu macam dalam gambar.
3. Letakkan mozarella cheese dekat atas. Nak letak banyak mana pun boleh Lagi banyak lagi sedap hehe.
4. Masukkan dalam oven, suhu 170 darjah celcius, masak dalam masa lebih kurang 10-15 minit.

Dan taraaa siap dimakan!
resepi western food masakan barat - MEATBALL CARBONARA CHEESE
14. Resepi Pasta Seafood
BAHAN-BAHAN :
1 peket pasta Linguini500 gm udang500 gm sotong1 kilo kupang1 biji bawang besar biasa – dicincang halus2 ulas bawang putih – dicincang halus2 tin tomato soup1 tin kecil tomato puree1-2 ketul kiub stok ikan bilis4 helai daun bay kering - dikoyak1/2 sudu kecil herba thyme1/2 sudu kecil herba oregano1/2 sudu kecil herba basilGaram dan gula secukup rasa3 sudu besar minyak zaitun - menumisKeju parmesan - tabur bila nak makan
* ubah suai resepi mengikut citarasa sendiri
CARA MASAK PASTA:
Masak air dalam periuk untuk merebus spaghetti . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan sedikit minyak , tujuan dimasukkan minyak supaya spaghetti tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila spaghetti sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu besar butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan digaul rata supaya pasta tak melekat .resepi western food masakan barat - PASTA SEAFOODCARA MASAK SOS:
Bersihkan sotong dan dipotong kecil kemudian bersihkan udang dan kupang , basuh dan ditos ketepikan dulu . Panaskan sedikit minyak zaitun dan mentega . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing , cukup sekadar bawang layu.
Masukkan semua tomato sup , tomato puree dan kacau kuah sos ini supaya semua bahan mesra . Masukkan bay leaf , herba - thyme/ basil/ oregano serta kiub daging dan kacau sos supaya semua bahan cukup sekata .
Biar kan sos mendidih lebih kurang 10-15 minit boleh la dimasukkan sotong/ udang/ kupang kemudian kacau semua bahan . Masukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau sos . Bila sos dah mesra dan pekat boleh la ditutup api dapur . Kuah bolognese mesti la ada rasa seimbang masam dan manis . Boleh hidang pasta linguini dengan sos seafood ni bersama parutan keju parmesan.


15. RESEPI Spaghetti BologneseOleh MyResipi
Kategori: Resipi Ringkas, Kit MakananMasa Penyediaan: 0 Jam 0 MinitHidangan: 1 OrangResipi tradisi orang Itali - kegemaran saya sebab rasanya yang 'authentic'!resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESEBahan-bahan diperlukan:
500 gram spaghetti (sepeket)500 gram daging lembu cincang200 ml susu1 labu bawang besar kuning - dicincang halus1 ulas bawang putih - dicincang halus1 tin sedang tomato puri4-5 tomato segar ranum - didadu1 batang lobak merah - didadu kecil2 batang saderi - didadu kecil1 tin cendawan butang - dihiris (jika suka)1 kiub stok daging lembu (jika suka)1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed HerbsSedikit garam dan gula secukup rasa3 sudu besar minyak zaitun (kalau tak nak beli boleh pakai minyak masak biasa)2 sudu besar mentegaParutan keju parmesan - untuk menghidang
NOTA : Semua bahan bernota 'jika suka' tidak ada dalam resipi asal Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml wain. Saya selalu gantikan dengan jus prun kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada, tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara menyediakan dan memasak:
1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
2. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila mentega cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
3. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
4. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
5. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
6. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.resepi western food masakan barat - SPAGHETTI BOLOGNESENOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Perlu diingat, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos tersebut.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renehkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, mereneh sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma reneh 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasa 'authentic' Itali!

Selamat mencuba!
Selamat memasak! Hehehe.
p/s: semua resipi dan gambar di atas adalah bukan hak milik saya. Kredit to its owner. :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/07/koleksi-resepi-western-food-masakan-barat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Western Food Di Barastar Cafe Bandar Perda Pulau Pinang

Western Food Di Barastar Cafe Bandar Perda Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 1121 hits
restoran Barastar Bandar Perda Pulau Pinangrestoran Barastar Bandar Perda Pulau PinangBarastar Cafe ni terletak di Bandar Perda Pulau Pinang yang beralamat lengkap seperti berikut No 32 Lorong Perda Utama 7 Bandar Perda 14000 Bukit Mertajam...
Resepi Mee Sup Ala Thai Tanpa Rempah Sup

Resepi Mee Sup Ala Thai Tanpa Rempah Sup

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 1035 hits
Hari hari mkn nasi bosan juga kan Hari ni tekak terasa nak makan mee sup ada jgk yg panggil mee rebus Tapi kalau nak ikutkan mee sup dengan mee rebus sangat lain rasanya dan mee rebus agak rumit sedikit nak masakJom kita start buat mee sup ...
Resepi Pasta Ayam For Baby

Resepi Pasta Ayam For Baby

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 651 hits
Pasta ayam for baby Try and error8 bulan ke atas dah boleh perkenalkan baby dengan masakan tumis menumis yee 1 sudu pasta blander untuk 2 kali makan Pasta diblander kasar pakai blander kering sebab Hana dah prepare stok frozen untuk ayam da...
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 1161 hits
Restoran Sisik Ikan Bakar Resepi Warisan Tok Masakan Tradisi Melayu Restoran Sisik cukup dikenali dengan masakan warisan yang menyajikan hidangan ikan bakar dan pelbagai makanan laut Kedudukan Restoran Sisik yang strategi ini selain terdapa...
Resepi Cheesecake Gebu Ala Jepun

Resepi Cheesecake Gebu Ala Jepun

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 909 hits
Kek Keju atau cheesecake pada asalnya daripada orang Greek bukan Grik di Perak tu tapi Greek ni adalah etnik yang menetap di Greece dan disebarkan oleh orang Rom ke seluruh Eropah Masuk ke era moden cheesecake moden ni dikhabarkan berasal d...
14 Resepi Masakan Tanpa Minyak

14 Resepi Masakan Tanpa Minyak

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 3315 hits
IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACANBahan bahan ikan kembung yg telah dibersihkanair garam perasa1 2 biji bawang besar potong dadu1 biji tomato potong dadu1 biji lada besar hiris halusCili api hiris halus ikut nak pedas mana1 2 cawan asam ja...
Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

Resepi Kuih Bulan Telur Asin Dan Keladi Ala Teochew

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 924 hits
Semasa kecil saya sering kali berasa teruja setiap kali perayaan besar kunjung tiba Mana tidaknya Semasa perayaanlah pelbagai kuih muih dan manisan tradisional akan disediakan Rindu betul saat saat itu Nasib baik saya tak perlu tunggu terla...
Serbuk Tawas Diguna Dalam Masakan

Serbuk Tawas Diguna Dalam Masakan

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 733 hits
Tawas adalah sebatian kimia semulajadi Dinamakan batu tawas kerana keadaan atau bentuknya seperti batu tetapi tidak sekeras batu granit Batu tawas yang telah dikisar atau ditumbuk dikenali serbuk tawas Keadaannya serbuk tawas sama seperti g...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord