Koleksi Resepi Kuih Muih Pantai Timur Sedap Ramai Suka


KOLEKSI RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP RAMAI SUKA! | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Ada masak atau beli kuih tak untuk berbuka puasa nanti? Haa kalau takde, maybe boleh cuba resipi bawah ni hehehe. But before that.. Apa itu kuih pantai timur? Ianya membawa maksud kuih yang originally, asalnya dari 3 Negeri pantai timur Malaysia iaitu Kelantan, Pahang dan Terengganu. Kalau pantai barat negeri Perak, Selangor dan Melaka. Daerah Utara: Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Selatan pula Negeri Sembilan dan Johor Bahru. Haa tetibe masuk subjek Geografi kejap hahaha. So.. apakah resepi resepi kuih muih pantai timur yang ramai orang suka ni?
18 RESEPI KUIH MUIH PANTAI TIMUR SEDAP DAN MENYELERAKAN!
1. Resepi Kuih Akok Kelantan
Bahan-Bahan: (21 biji)
5 biji telur200 ml pati santan100 ml air150 gram gula melaka/ gula kabung-racik halus.30 gram tepung gandum3 helai daun pandan- disiat-siat2 cubit garam halus
Cara Membuat:
1. Satukan gula kabung, air dan daun pandan. Masak hingga gula hancur. Keluarkan daun pandan. Kemudian sejukkan sebentar.2. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender. Kemudian, blend hingga betul-betul kembang (adunan kuih akok memang cair). Tapiskan.3. Panaskan oven selama 15 minit suhu 200’C. Griskan acuan dengan minyak. Masukkan acuan ke dalam oven.4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut. Isi penuh acuan. Bakar selama 15 minit, suhu diturunkan ke 180’C. Guna api atas dan bawah.5. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut. Sejukkan seketika dan hidangkan.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap2. Resepi Asam guppa / saguppa
Bahan-bahan:4 cawan sagu8 cawan air panas1 biji kelapa - diambil santannya1 inci halia - di potong memanjang2 ulas bawang merah - di mayang1 helai daun pandan2 sk halba1 cawan kacang hijau1 cawan gulaAir secukupnya untuk masak inti kacangDaun pisang
Cara-cara:
1. masakkan kacang hijau bersama air & gula sehingga empuk dan pecah.2. kacau sehingga kering. matikan api dan biarkan sehingga sejuk3. bulat-bulatkan inti sebesar biji guli dan ketepikan4. rendamkan sagu bersama air panas (air yang betul-betul mendidih). tunggu sehingga sejuk.5. kepalkan sagu dan masukkan inti kacang hijau tadi.6. letakkan dalam kukusan yang di alas dengan foil atau daun pisang. Kukuskan sagu sehingga masak. 15-20 minit.7. untuk kuah, masakkan santan dengan halia, halba, bawang merah dan daun pandan sehingga mendidih.8. masukkan sagu dan masakkan sebentar.9. sejukkan dan hidangkankoleksi resepi kuih muih pantai timur sedap3. Resepi Kuih Puteri Mandi
Bahan-Bahan:1 paket tepung pulut1/2 cawan tepung beras2 1/2 cawan air daun pandan
Bahan Inti –1 biji kelapa parut mudaGula melaka secukupnyaAir secukupnya
Cara Membuat:1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air pandan. Gaul hingga sebati dan ketepikan.2. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil kemudian penyetkan ditengahnya supaya leper. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.3. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.4. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.5. Sementara itu, masak air gula melaka sehingga pekat dan masukkan kelapa parut. Masak sehingga kering atau ikut citarasa sekiranya ingin sedikit lembab.6. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul bersama inti hingga sebati. Hidangkan.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap4. Resepi Nekbat (sira)
Bahan-Bahan:--7 biji Nekbat kering (boleh beli yang dah siap)-gula pasir - Kena lebih sebab kuih ni mesti kena manis-daun pandan-bunga cengkih-pewarna oren atau ikut kegemaran anda-4 cawan air
Cara memasak :-Masak air diatas dapur. Masukkn gula, bunga cengkih daun pandan dan pewarna oren.-Bila air gula dah mendidih, masukkan nekbat kering. jangan dikacau dikhuatiri kuih tu boleh hancur. tutup api dan angkat.
Senang kan?
Tapi kalau anda nak buat sendiri nekbat kering, anda boleh ikuti cara di bawah ini.
Yang ni pula bahan untuk buat Nekbat Kering :
Bahan-bahannya:
1 kg tepung beras12 biji telur ayam500g gula5 helai daun pandan
Cara menyediakannya:
• Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.• Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.• Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.• Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.
Selamat menjamu selerakoleksi resepi kuih muih pantai timur sedap5. Resepi Kuih Kaswi
Bahan-bahan:
350 gm gula melaka240 gm gula pasir190 gm tepung gandum120 gm tepung ubi60 gm tepung beras1350 ml air2 helai daun pandan, disiat dan simpul2 camca besar air abu (alkaline water)3/4 camca besar air kapur1 camca besar pewarna coklat1 cawan kelapa parut putih
Cara buat kuih muih kaswi:
Masak gula melaka, gula pasir, 450 ml air, dan daun pandan dengan api sederhana hingga semua larut. Sejukkan.
Ayak dan satukan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras dalam satu bekas.
Larutkan ayakan tepung dengan 900 ml air, air abu, air kapur, dan pewarna coklat, kacau rata dengan wisk.
Satukan larutan gula dan adunan tepung tadi. Kacau rata dan tapis ke dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak.
Kukus selama 45 minit (balut tutup kukus dengan kitchen towel).
Bila lepas 45 minit terdapat air pada permukaan kuih, letakkan kitchen towel yang baru dan biarkan ia terserap.
Angkat perlahan dan biarkan sejuk sebelum dipotong, dan sajikan bersama kelapa parut putih.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap6. Resepi Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan:
5 biji telur250 gm tepung gandum300 gm gula250 ml santan2 camca teh ovalatter2 camca teh paste pandan1 camca teh baking powderpewarna hijaukelapa putih secukupnya yang sudah digaul dengan garam dan tepung ubi
Cara buat kuih muih puteri ayu:
Pertama-tama pukul telur, gula dan ovalatte hingga kembang dan gebu.
Masukkan santan, paste pandan, pewarna hijau, baking powder dan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
Sapu minyak pada acuan dan masukkan kelapa di bahagian bawah acuan. Mampatkan.
Lepas tu, masukkan adunan dan kukus selama 5 minit.
Terakhir angkat kukusan dan biarkan hingga sejuk.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap7. Resepi Kuih Lapis
Bahan-bahan:
1. 2 cawan tepung beras2. 1/2 cawan tepung gandum3. 1/2 cawan tepung jagung4. 4 cawan santan (saya guna 2 cawan pekat 2 cawan cair)5. 1 cawan gula6. Pewarna merah dan esen ros - masa saya buat ada sirap je kat umah sirap pun jadi jugak tau7. Garam secubit
Cara-cara:
1. Masukkan santan ke dalam periuk tambahkan secubit garam. Menggunakan api kecil panaskan santan kacau selalu dan matikan api bila telah mendidih. Biarkan santan suam-suam kuku.
2.Panaskan air dalam kukus. Pastikan kita isi air yang banyak sebab nanti takut asyik mengukus lupa nak tengok air ada lagi ke tak kang tak pasal-pasal berlobang kukus kita.
3. Satukan kesemua bahan tepung dan gula.
4. Kemudian tuang santan ke dalam adunan dan kacau adunan sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu dibiarkan warna asal dan satu lagi masukkan pewarna merah atau warna kegemaran kita.
6. Bila air kukus telah betul-betul mendidih boleh la mula mengukus.Tuang warna putih dulu. Berapa banyak nak tuang bergantung pada loyang dan senduk yang kita guna. Kalau ikut cara saya saya tuang agak-agak menutupi semua permukaan loyang lebih kurang 2 ke 2.5 senduk bulat saya tu.
7. Kukus dalam agak-agak 4-5 minit kemudian boleh la tuang kan lapisan merah pulak. Ikut adunan ni saya dapat 6 lapisan.
Lapisan akhir tu kita tambahkan lagi pewarna merah skit lagi nak bagi kaler dia naik. Dan teruskan mengukus lebih lama sikit dari 5 minit untuk lapisan akhir ni.
Credit : Resepi Kak Tikoleksi resepi kuih muih pantai timur sedap8. Resepi Golek Lengo (Kuih Bom) Inti Kacang Hijau
Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut2 sudu besar tepung gandumSedikit garam3/4 -1 cawan airBijan secukupnya - untuk salut
Cara membuat doh:
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.
Inti Kacang Hijau:
250gm kacang hijau - rendam1/2 cawan gula merah/ gula melaka di racik halus - guna 1 keping gula Melaka1 cawan gula pasir1/2 cawan kelapa parut muda3 sudu besar tepung gandum
Cara membuat Inti:
Masak kacang hijau bersama air secukupnya hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering.
Masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering. Sesuaikan kemanisan, jika suka lebih manis boleh tambah gula.
Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat bulat.
Nota:Lebihan boleh disimpan di dalam freezer untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih gulung, koci dan sebagainya.
Cara membuat kuih bom:
Sapu sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan, leperkan dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat bulat tadi.
Cantumkan bahagian leper tadi hujung ke hujung. Bulatkannya dengan kemas.
Terus digolek golek ke dalam bekas bijan hingga seluruh kuih diselaputi bijan. Akhir sekali layangkan antara 2 tapak tangan agar bijan yang tidak melekat akan jatuh dengan sendiri.
Goreng kuih bom dalam minyak terendam dengan api sederhana pada 5 minit permulaan. Kemudian baru besarkan api sambil kacau digolek golek dalam kuali sehingga agak kekuningan. Jangan lama, nanti meletup.
Boleh simpan di dalam freezer jika ada baki kuih bom.
Sumber : Azie Kitchen
Jangan terus goreng kuih bom yang telah siap dimasukkan inti. Jika anda terus goreng selepas buat... kuih bom anda akan mengelembung dan pecah (tersengih dan keluar inti) serta 'meletup'. Kuih anda tidak cantik dan ia jugak tidak garing.
Jika buat malam, biarkan dalam dulang dan tutup dengan kain bersih. Goreng pagi esoknya. Jika nak makan petang... buat pagi dan goreng petang. Ini sahaja rahsianya.
Jangan terlebih rehat pulak.. macam kuih bom saya kat atas tu. Buat malam hari tapi biarkan seharian maka tepung terasa masam sikit dan bentuknya dah tak bulat cantik.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap9. Resepi Kuih Tepung Pelita
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras10 helai daun pandan4 cawan SantanBahan perasa - gula dan garam secukupnyaAir secukupnyaDaun Pisang dibuat acuan 4 segi
Lapisan Bawah :
1 cawan tepung beras3 cawan air10 helai daun pandan dihancurkan – ambilnya airnya
Lapisan Atas :
1 cawan tepung beras4 cawan santanSedikit garam untuk melemakkannya
Cara-cara Menyediakan
1- Adunan lapisan bawah serta 1 sudu teh gula dimasukkan memenuhi separuh acuan daun pisang.
2- Kemudian, dikukus sehingga masak.
3- Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang
4- Kukus sekali lagi hingga masak.
5- Siap untuk hidangankoleksi resepi kuih muih pantai timur sedap10. Resepi Pulut Tapai
Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut1/2 biji ragi ditumbuk halusDaun getah/daun pisang secukupnya
Cara-cara Menyediakan:
1- Tanak pulut hingga masak..
TIP untuk mengelakkan pulut lembik.. samakan sukatan pulut dengan sukatan air yang dimasuk... contohnya 5 cawan pulut = 5 cawan air…
2- Apabila pulut masak, keluarkan dari periuk dan ratakan dalam dulang..
3- Biarkan pulut tadi sejuk dan ayak ragi di serata permukaan pulut..
4- Kemudian, terbalikkan pulut.. dan ayak lagi sekali agar ragi serata ke semua bahagian pulut..
5 -Bungkus pulut tadi dengan daun getah atau daun pisang dan peram selama 2 hari..koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap11. Resepi Pulut Dakap
Bahan-bahannya:
3 cawan beras pulut1 sikat pisang raja atau pisang awak yang masak ranum3 cawan santan pekat + ½ sudu teh garamDaun pisang secukupnya (dilayur sehingga layu)Tali untuk mengikat secukupnya
Cara-cara menyediakannya:
1. Rendam beras pulut selama 1 jam dan kukus hingga masak. Gaul rata dengan santan ketika pulut masih panas dan ketepikan seketika.
2. Ambil pisang dan belah dua. Sendukkan pulut dan letakkan ditengah-tengah daun pisang. Ratakan pulut dan letakkan pisang ditengah-tengahnya.
3. Lipatkan daun pisang seperti membalut lepat. Pastikan pulut membalut keseluruhan pisang. Buat sehingga pulut dan pisang habis.
4. Ambil dua bungkus pulut dan kembarkan keduanya secara bersemuka iaitu lipatan bertemu lipatan. Ikat dengan tali di bahagian atas dan bawahnya sehingga habis semua berpasangan.
5. Setelah selesai bolehlah dikukus selama lebih kurang 25 minit atau 30 minit. Angkat dan hidangkan.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap12. Resipi Kuih Cara
BAHAN-BAHAN :2 cawan tepung gandum3 cawan santan2 biji telur3 helai daun pandanSedikit pewarna hijauSecubit garam
BAHAN INTI KUIH :Gula secukupnya
CARA MEMASAK :~ Panaskan acuan khas untuk kuih cara di atas dapur.~ Daun pandan di blander dengan santan, tapis.~ Kemudian campur dan masukkan semua gandum, telur & garam , santan ke dalam blender dan kisar semua bahan sehingga sebati . Tapis untuk memastikan adunan tidak berketul.~ Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan, perlu disapu sedikit minyak dahulu supaya mudah ditanggalkan nanti.~ Isi gula ditengahnya. Tutup acuan dengan tudung periuk, tunggulah hingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.~ Angkat dan boleh lah lekatkan sepasang-sepasang.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap13. Resepi Kuih Lompat Tikam
Lapisan hijau:2 cawan tepung beras3 cawan air1 cawan air daun pandan1/2 sk garam1 sk air kapur
Lapisan putih:1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)2 cawan santan1/2 cawan air1/4 sudu kecil garam
Pulut Merah:1 cawan pulut - rendam terlebih dahuluSantan cair secukupnyaGaram secukupnyaSedikit pewarna merah
Air gula melaka:1 keping gula melakaAir secukupnya1 helai daun pandan
Cara lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hijau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk kayu diangkat tinggi, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk.
Masakkan adunan ini ke dalam kuali tembaga (jika ada) dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Mula mula saya kacau dengan whisk, lagi mudah. Lepas dah mengeras, baru guna senduk kayu.
Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.
Cara lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau dengan whisk sehingga mendidih dalam 15-20 minit.
Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap
Cara Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut selama 10-15 minit.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut.
Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.
Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap14. Resepi Tepung Bungkus Simple
Bahan-bahan Resepi Tepung Bungkus Simple
Bahan untuk adunan tepung:
1 bungkus tepung beras siam5 cawan air12 sudu gula1 sudu garam500 gram santan
Bahan untuk inti kelapa:
3 biji kelapa parut (diambil putih sahaja)500 gram gula melaka1/2 sudu garam250 gram gula pasir2 sudu debu pulut2 helai daun pandan
Cara Cara Masak Resepi Tepung Bungkus Simple
Cara membuat adunan tepung:
1. Masukkan 2 1/2 cawan air, gula, garam dan santan ke dalam kuali dan kacau sehingga mendidih.
2. Baki 2 1/2 cawan air lagi dibancuh bersama tepung dan kacau sebati seterusnya masukkan sedikit demi sedikit ke dalam kuali dan kacau sehingga tepun betul-betul masak dan nampak berkilat.
Cara membuat inti kelapa:
1. Masak kelapa parut dengan air sehingga masak
2. Setelah itu masukkan gula melaka, gula pasir dan daun pandan, kacau sehingga sebati dan sedikit likat.
3. Bancuh sedikit tepung pulut dengan air dan masukkan ke dalam adunan inti kelapa dan masak sehingga kering dan pekat.
4. Bulat-bulatkan inti kelapa dan gaul dengan debu pulut.
Cara membungkus kuih tepung bungkus:
1. Ambil dua lapis daun pisang supaya tidak pecah ketika mengukus.
2. Letakkan sesudu tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit.
3. Setelah itu masukkan 2 biji inti kelapa dan tutup dengan satu sudu lagi adunan tepung.
4. Bungkus dan lipat dengan rapi daun pisang supaya adunan tak terkeluar.
5. Kukus selama 20-25 minit.
6. Kuih tepung bungkus anda sedia untuk dihidangkan.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap15. Resepi Kuih Seri Muka Simple
Bahan-bahan Lapisan Atas :- 1 Cawan Beras Pulut- 1 Cawan Santan- Sedikit Garam
Bahan-bahan Lapisan Bawah :- 1 Cawan Santan- 5 Helai Daun Pandan- Setengah Cawan Gula- 1 Biji Telur- 2 Sudu Besar Tepung Gandum- Sedikit Garam
Cara-Cara Membuat :1. Basuh beras pulut sehingga bersih.2. Campurkan beras pulut bersama santan dan sedikit garam.3. Masak guna rice cooker je, senang kan.4. Bila dah masak dan agak suam, masuk dan tekankan dalam loyang.5. Masukkan bahan-bahan lapisan atas ke dalam blender.6. Blend kesemuanya sehingga hancur dan sebati.7. Tapiskan bahan yang telah di blend kedalam loyang pulut tadi.8. Kukus selama 30 minit, dengan api sederhana kuat.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap16. Resepi Cek Mek Molek
Bahan-Bahan (10 biji)• 400-450gram ubi keledek (2 cawan keledek lecek)• 1 cawan tepung gandum @ secukupnya• Gula putih• Minyak masak
Cara-cara:1. Ubi keledek direbus hingga empuk (masukkan sedikit garam).Biarkan ubi keledek rebus sejuk, kemudian lecek halus.2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk. (jangan masukkan terlalu banyak tepung, nanti kuih akan menjadi keras).3. Bahagikan adunan kepada 10 bahagian, bulat bulat (besar sikit dari bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.4. Pastu bentukkan seperti kuih cekmek molek.5. Goreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA.
Note:• Pastikan ubi keledek betul betul sejuk ,barulah masukkan tepung.kalau masih suam suam.. akan menambahkan penggunaan tepung.• Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.• Berhati hati kalau makan cekmek time panas panas sebab gula cair masih panas kat dalam.. nanti melecur lakkoleksi resepi kuih muih pantai timur sedap17. Resepi Butir Nangka Kelantan
Bahan-bahan ( 7-8 orang )
• 4 cawan tepung beras pulut ( saya buat 1 cawan jer)• air• sedikit kapur makan• secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan• (bahan untuk kuah)• santan dari setengah biji kelapa• gula• 1 sudu makan halba.. tak letak• garam• daun pandan#5 ulas nangka dipotong memanjang - saya tambah
Cara-cara:
1. masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau....2. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.3. buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.4. panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan... bila masak ia akan timbul..5. apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.6. untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.7. bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.....8. lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.9. masak butir nangka dan hirisan nangka bersama kuahnya sehingga mendidih..koleksi resepi kuih muih pantai timur sedap18. Resepi Kuih Buah Peria
Bahan- Bahan:300 gm tepung pulut250 ml/1 cawan santan pekat (kalau guna kelapa parut - boleh kisar kelapa parut dan beberapa helai daun pandan untuk mendapatkan aroma kuih yang lebih harum)Sedikit garamPewarna hijau
Bahan lain:Minyak masakInti kelapa atau kacang hijauDaun pisang
Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Masukkan pewarna dan garam ke dalam santan dan kacau rata. Tuangkan santan ke dalam mangkuk tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh lembut.
Resepi inti kacang hijau:
1 cawan kacang hijau (rendam 3 jam atau lebih - sesekali ganti air - kalau rendam kacang ni cepat empuk... jimat gas)1 keping gula niseGula putih secukup rasa dan sedikit garamAir untuk merebus
Rebus kacang hingga empuk. Air jangan banyak sangat dalam 3 cawan. Sesekali kacau. Kalau kacang masih belum empuk tapi air dah kering boleh tambah air.
Masukkan gula dan garam. Kacau dan pastikan gula hancur dan inti pekat dan agak kering. Sejukkan dan sedia digunakan.
Kalau buat banyak boleh simpan dalam freezer.koleksi resepi kuih muih pantai timur sedapSo.. whats your favorite?
Jangan tanya saya. Sebab banyak my fav hahahaha. Tapi kuih yang paling saya rindu sekarang ni - kuih AKOK huwaaaaa~
Teringat kuih akok yang saya beli tahun lepas time bulan puasa kat bazar Ramadan.. sedap wooo. Lembut gebu sedap secukup rasa. T-T Tapi tu lah puasa tahun ni 2020 bazar tak dibenarkan buka. Nak beli kat gerai tepi jalan macam ermm takut juga time PKP ni kan hehe.
Dan dalam banyak banyak kuih pantai timur kat atas ni.. ada EMPAT kuih yang saya tak pernah rasa setakat ni lagi which are butir nangka, nekbat, pulut dakap, and kuih buah peria. Sebab rasa macam tak pernah jumpa hahaha.
Yang kuih puteri mandi & lompat tikam pula.. ye saya tahu memang dua dua ni famous amous terutamanya nama dorang yang comel + unik haha tapi hmm rasanya, saya tak pernah makan lagi. If i'm not mistaken lew. Kot kot laa masa kecik pernah makan tapi lupa kan hahaha.
Korang pula?
:)

BACA JUGA:
Aneka Resepi Biskut Raya 2019 | Kuih Raya Tradisional & Moden


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2020/05/koleksi-resepi-kuih-muih-pantai-timur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 893 hits
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes Salam semua sebut saja cornflakes rasa semua angkat tangan minat belaka ni kan Kalau sis kadang kadang makan dengan susu kadang kadang ada juga makan saja Cornflakes memang piliha...
14 Koleksi Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur

14 Koleksi Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur

papar berkaitan - pada 10/5/2020 - jumlah : 459 hits
14 Koleksi Resepi Sup Untuk Buka Puasa Dan Sahur Sup adalah menu hidangan yang sedap dan mudah untuk disediakan Bagi yang sibuk dengan kerja menu sup adalah menu yang berkhasiat yang mana korang boleh buat dalam tempoh masa yang singkat seb...
Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1650 hits
AssalamualaikumBismillahResepi kuih batang buruk ni kan ada banyak versi Ada yang suka batang buruk horlick batang buruk cheese milo ada juga guna nestum dan susu Tetapi kali ini aku hanya nak kongsi Resepi Kuih Batang Buruk yang selalu kam...
Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 964 hits
As Salam Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan Saya akui yang saya merupakan peminat tegar tart nenas Kalau tak raya pun saya sanggup cari atau order tart nenas sama ada di pasaraya atau dengan pen...
Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas Dan Pastinya Sedap Untuk Dicuba

Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas Dan Pastinya Sedap Untuk Dicuba

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 770 hits
Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas dan Pastinya Sedap Untuk Dicuba Assalamualaikum Bila mood rajin sampai semua resepi nak dicuba Kalau mood malas singgah maaf banyak banyak Memang tak buatlah apa apa Nak buat kuih kenalah ada mood Baru ...
10 Koleksi Aneka Resepi Rendang Popular Yang Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Hari Raya

10 Koleksi Aneka Resepi Rendang Popular Yang Mudah Dan Sedap Untuk Juadah Hari Raya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 912 hits
Koleksi Aneka Resepi Rendang Popular Yang Mudah Dan Sedap Salam semua setiap kali nak raya menu wajib yang kena hidang atas meja mesti lah rendang Tak ada menu rendang macam tak kena hilang suasana raya kan Resepi rendang banyak variasi dan...
Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap Dan Crunchy

Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap Dan Crunchy

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 2591 hits
Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy Assalamualaikum dah nak dekat raya ni mesti ramai ibu ibu sudah mula buat kuih raya bila ditanya pertama buat kuih apa mesti jawapannya adalah makmur sebabnya makmur adalah kuih yang paling se...
Resepi Turun Temurun Kacang Mazola Mudah Dan Sedap

Resepi Turun Temurun Kacang Mazola Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 604 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini merupakan ramadhan yang ke 20 kan Alhamdulilah Cepat je kan masa berlalu dah nak habis dah bulan yang mulia ni Cepat sangat berjalan sehingga feel untuk raya tu belum ada Tapi kita mesti raikan j...
Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya

Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 805 hits
Bagi penggemar cheese mesti suka cheesekut sedap yang amat ini Buatnya pun amat senang dan mudah tanpa tak perlu bersusah payah untu memasak seperti membakar atau mengukus Hanya perlu kisar dan gaul dalam blender atau mixer sahaja Boleh pil...
The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

What You Should Know About New Construction Plumbing

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Cara Qada Solat Fardhu

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm