14 Koleksi Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur


14 Koleksi Resepi Sup Untuk Buka Puasa Dan Sahur | Sup adalah menu hidangan yang sedap dan mudah untuk disediakan. Bagi yang sibuk dengan kerja, menu sup adalah menu yang berkhasiat yang mana korang boleh buat dalam tempoh masa yang singkat sebagai pengganti kepada maggi segera yang korang selalu masak tu. Tambahan pula, menu sup ini juga menjadi pembuka selera sebagai juadah lauk untuk berbuka puasa dan sahur

Ada pelbagai jenis sup yang boleh disediakan mengikut citarasa masing-masing seperti sup ayam, sup daging, sup tulang, sup ikan, sup ketam dan banyak lagi. Cara penyediaannya tak susah, campak je bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sup tu dan tunggu masak. Di sini terdapat 14 koleksi resepi sup yang korang boleh cuba masak sendiri di rumah. 

#1 - Sup Tomyam Putih Ala Thai#2 - Sup Telur#3 - Sup Tulang#4 - Sup Ikan Merah#5 - Sup Ikan Haruan#6 - Sup Yong Tauhu#7 - Sup Ketam#8 - Sup Ekor Ala Thai#9 - Sup Ayam#10 - Sup Daging Berempah#11 - Sup Tauhu Lembut#12 - Sup Dumpling#13 - Sup Kaki Ayam#14 - Sup Cendawan Bersama Isi Ayam
14 Koleksi Resepi Sup Sedap Untuk Buka Puasa Dan Sahur 
#1 - Sup Tomyam Putih Ala Thai
Bahan-bahan:- 1/4 ekor ayam (dipotong kecil)- 3 ekor sotong (dipotong bulat)- 6 ekor udang besar- 3 batang serai (dititik)- 2 ulas bawang putih (ketuk)- ½ bawang besar (potong)- 6 helai daun limau purut (dikoyakkan sedikit)- 1 cm lengkuas (dihiris)- 3 bawang kuning/ bawang kuning (dibelah 4)- 5 biji cili api (dititik sedikit)- 1 biji tomato (belah 4)- Carrot sedikit- Cendawan tiram sedikit- Bunga kobis sedikit- Beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis (mengikut selera masing-masing)- Garam,gula,serbuk perasa
Cara menyediakan: 1. Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. Rebus semuanya hingga mendidih. 2. Setelah agak-agak ayam masak (lebih kurang 5-7minit) , masukkan sotong, udang dan daun limau purut
3. Selepas itu masukkan semua sayuran. 4. Setelah mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa
5. Tutup api dan masukkan perahan limau. Sedia untuk dihidangkan


#2 - Sup Telur
Bahan-bahan:- Telur- Isi dada ayam- Sayur (kobis dan lobak merah je pun boleh)- Bawang putih- Bawang Merah- Halia (penting)- Cili- Limau kasturi- Garam- Serbuk Pati Ayam (atau apa-apa perencah penambah perisa, tak letak pun takpe)- Air
Cara menyediakan:1. Tumiskan bawang, halia dan cili yang telah dihiris nipis hingga naik bau
2. Masukkan isi dada ayam yang telah dipotong kecil
3. Masukkan air. Tambahkan perasa dan perahan limau. Biarkan mendidih
4. Masukkan sayur, kecilkan api dan masukkan telur satu persatu.

#3 - Resepi Sup Tulang
Bahan-bahan:- 500 gram tulang lembu berdaging- 1 sudu besar serbuk ketumbar (resepi asal 2 sudu)- 1 sudu besar serbuk jintan manis- 1 sudu besar serbuk jintan putih- 1 sudu kecil lada hitam, ditumbuk halus- 1 1/2 sudu besar tomato puree- 1 batang lobak merah, didadu- 1 biji kentang, didadu- 2 batang saderi, dihiris besar- Sedikit daun sup, dihiris- Bawang goreng
Bahan untuk kisar halus:- 8-10 biji bawang merah- 4 ulas bawang putih- 2 batang serai, hiris nipis- 1 inci halia
Bahan untuk tumis:- 4 biji buah pelaga- 2 batang kayu manis- 6 kuntum bunga cengkih- 2 kuntum bunga lawang
Cara menyediakan:1. Bersihkan tulang dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, goreng tulang sehingga menjadi keperangan di permukaan daging, angkat dan ketepikan
2. Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumis dan bahan kisar halus hingga naik bau. 3. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, jintan putih dan serbuk lada hitam, tumis selama 3-4 minit. Masukkan tomato puree dan tulang, gaul rata dan masukkan air sehingga tulang sedikit tenggelam
4. Renehkan selama 2 jam atau sehingga daging menjadi lembut. 5. Kemudian masukkan saderi, kentang dan lobak merah dan masak lagi sehingga empuk. Tambah garam secukup rasa
6. Angkat dan hidangkan bersama hirisan daun sup dan bawang goreng


#4 - Sup Ikan Merah
Bahan-bahan:- 3 keping ikan merah (ikan lain pun boleh) nak guna kepala sahaja pun boleh
- 1 sup bunjut ikan daripada adabi - 3 ulas bawang putih yang dimayang* - 5 ulas bawang merah yang dimayang* - 1 batang serai yang dititik / ketuk 3 kuntum bunga lawang* - 3 biji buah pelaga* - 3 biji cengkih* - 1 batang kayu manis* - 2 inci halia yang diketuk* - 1 biji tomato yang dibelah empat- 1 pokok daun sup yang dimayang- 1 pokok daun bawang yang dimayang- 1 pack perencah sup (dicampur air @ terus tabus atas minyak pun boleh)
Cara menyediakan:1. Basuh ikan dengan air asam jawa dan biarkan seketika, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang bertanda * sehingga wangi
2. Masukkan air dalam 2 gelas / ikut kemahuan anda. Setelah air menggelegak, masukkan ikan
3. Masukkan garam atau perasa jika suka. Tunggu sehingga ikan masak dan masukkan tomato
4. Tutup api dan taburkan potongan daun sup dan daun bawang tadi. Sedia untuk dihidangkan. 

#5 - Sup Ikan Haruan
Bahan-bahan: - 1 ekor ikan haruan- 3 tangkai daun sup | dihiris- 3 biji bawang besar | dikisar- 2 biji bawang putih | dikisar- 30 gm halia | dikisar- 1 sudu besar serbuk lada hitam- 1 liter air- Garam secukup rasa- Minyak masak untuk menumis secukupnya
Cara menyediakan:1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau
2. Kemudian masukkan air. Biarkan sehingga mendidih
3. Masukkan ikan, lada hitam dan garam
4. Setelah ikan masak, angkat dan taburkan hirisan daun sup


#6 - Sup Yong Taufu
Bahan-bahan: - 3 liter cawan air- 2 cawan ikan bilis(bersihkan,basuh dan toskan airnya)- 1 sudu besar lada putih- 5 biji bawang putih(titik)- 2 ketul kiub stok ayam- 2 inci halia-ketuk- 1 sudu besar gula- 1 sudu kecil minyak masak- Garam secukupnya
Cara menyediakan: 1. Sediakan periuk dan panaskan minyak
2. Masukkan bawang ,halia dan ikan bilis, layur saja dan jangan sampai hangus
3. Masukkan stok ayam,gula dan lada putih
4. Renehkan selama 1 jam kuahnya bagi menghasilkan kuah yang betul-betul sebati rasanya
5. Hidangkan bersama pelbagai jenis bahan tauhu khas,bebola daging, bebola ikan untuk yong taufu


#7 - Sup Ketam
Bahan-bahan:- 2 ekor ketam - dibelah dua- 3 ulas bawang putih- 3 biji bawang merah- Cili padi- 1 cawan stok rebusan ayam- Bawang goreng- Daun sup
Cara menyediakan:1. Tumis bawang
2. Masukkan stok ayam dan ketam
3. Masukkan cili padi
4. Tabur daun sup dan daun bawang


#8 -  Sup Ekor Ala Thai
Bahan-bahan:- 1/2 kilo ekor lembu dibersihkan - 1 bungkus perencah Sup Siam Adabi - 1 bungkus sup bunjut tulang Adabi - 2 biji bawang besar sederhana dihiris - 4 ulas bawang putih dihiris - Sedikit halia dihiris - Sedikit lengkuas diketuk - Sebatang serai diketuk - 1 sudu sos ikan nampla - Sedikit serbuk lada sulah - Daun ketumbar,daun limau purut - Lobak merah,batang saleri,tomato dan cili padi - Garam dan serbuk perasa - Sebiji limau nipis 
Cara menyediakan: 1. Rebus ekor dengan serai dan bunjut sup.Rebus sampai empuk. 2. Dalam kuali lain,tumis bahan hiris,rempah 4 sekawan sup bunjut tadi dan lengkuas hingga kekuningan. Masuk perencah sup siam.Tumis sekejap
3. Kemudian, masukkan,ekor yang direbus bersama air rebusannya. Masukkan semua sayur dan batang ketumbar. Masak hingga mendidih.#Jika suka pedas,cili api ketuk bagi pecah. 4. Masuk sos ikan,lada sulah,garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata,perahkan limau nipis. Kacau rata. 5. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan daun limau purut. Rasakan apa yang kurang,tambah apa yang patut.Imbangkan pedas,masam dan masinnya


#9 - Sup Ayam
Bahan-bahan: - 1/4 ekor ayam (di potong kecil2) - 3 biji kentang (potong 6 @ 4 bergantung saiz) - 1/2 biji carrot - 4 biji bawang merah/kecil - 3 ulas bawang putih - 1 inci halia - 1 bungkus sup bunjut Adabi - Minyak masak - Garam secukup rasa - 6 cawan air 
Cara menyediakan:1. Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang merah, putih & halia yg telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. 2. Masukkan air, ayam, kentang, carrot & sup bunjut juga garam secukup rasa. Biarkan pada api sederhana selama 1/2 jam. Sedia untuk dihidang. 3. Tabur daun sup & daun bawang serta bawang goreng


#10 - Sup Daging Berempah
Bahan-bahan: - 1 kilo daging (dipotong kecil) - 1.8 liter air - *1 biji bawang besar - *7 biji bawang kecil - *7 biji bawang putih - *2 inchi halia - *2 sudu makan ketumbar - *1/2 sudu makan jintan putih - *1 sudu kecil jintan manis - 1 sup bunjut - Garam - Minyak masak 
Cara menyediakan: 1. Daging dalam keadaan suhu bilik agar tidak masak terlalu lama untuk empuk. Rebus dengan air bersama sup bunjut sehingga air rebusan menjadi separuh atau daging empuk. 2. Kisar bahan bertanda * dan tumis dengan minyak sehingga hampir garing. 3. Kemudian tuang tumisan tadi ke dalam sup daging. 4. Letak garam secukup rasa dan serbuk perasa (ajinomoto) untuk perasa tambahan. Sedia untuk dihidang

#11 - Sup Tauhu Lembut
Bahan -bahan: - Tauhu telur - Bawang putih – cincang - Serbuk lada hitam - Udang / isi ayam - Sos tiram – anggaran 2 sudu besar - Cendawan shimeji / fresh shitake - Lobak merah – hiris halus memanjang - Daun sup – hiris - Tepung ubi – bancuh dengan sedikit air (kalau nak ganti dengan tepung jagung pun boleh) - 2 biji telur – pukul dengan garfu - Garam - Serbuk perasa (kalau suka) 
Cara menyediakan: 1. Sebelum membuat sup, potong dulu tauhu untuk digoreng. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan tauhu. 2. Bila dah kekuningan baru terbalikkan supaya tak hancur. Bila dah siap goreng, angkat, tos dan ketepikan. 3. Sekarang sediakan periuk untuk memasak supnya pula. Mula-mula tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Seterusnya masukkan udang / ayam dan serbuk lada hitam. 4. Seterusnya masukkan sos tiram, air dan cendawan. Tunggu hingga mendidih.Bila dah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam 5. Sambil kacau kuah sup, tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel. Sekiranya guna tepung ubi, jangan terlalu banyak sebab bila makan nanti akan membuatkan lidah seperti ‘bergam’. 6. Selepas itu, masukkan tauhu yang sudah digoreng. 7. Kemudian, perlahankan api dan tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat). Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur tu nampak seperti ‘bertali’. 8. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata. Siap


#12 - Sup Dumpling
Bahan-bahan:
Doh dumpling:- 1 cawan tepung gandum- ½ cawan tepung jagung- 4 sudu besar tepung ubi- Garam - larutkan dengan sedikit air panas- 1 sudu besar minyak masak- Air panas didih secukupnya - Satukan semua bahan kering. Masukkan air garam dan air panas. Dengan menggunakan senduk kayu gaul hingga menjadi doh- Uli hingga doh licin dan tak melekat ditangan. Kalau adunan terlembik tambah sedikit lagi tepung gandum. Rehatkan doh selama ½ jam dalam bekas bertutup

Inti dumpling:- Daging ayam kisar- Lobak merah - potong dadu kecil- Serbuk lada sulah- Sos tiram- Garam- Daun ketumbar (kalau suka) - Gaul semua bahan
Bahan sup:- Bawang putih - cincang- Isi ayam - hiris- Kiub ayam- Garam- Serbuk lada hitam- Tauhu telur - goreng dahulu- Cendawan butang- Cendawan shimeji- Sawi * sayur boleh diganti dengan sayur yang disukai- Tepung ubi - campur sedikit air utk memekatkan kuah- Bawang goreng 
Cara menyediakan: 1. Doh dumpling dibahagi mengikut saiz yang diingini. Saya sapu tangan saya dengan sedikit minyak. Senang nak handle doh
2. Canai doh dan masukkan inti. Kelim doh. Buat sampai habis. Ketepikan
3. Panaskan minyak. Tumis bawang putih kemudian masukkan hirisan ayam. Masukkan air,kiub ayam,serbuk lada hitam dan garam. 4. Bila sudah mendidih masukkan cendawan,bawang goreng dan dumpling. Biar didih sekali lagi baru masukkan bancuhan tepung ubi dan sayur sawi. - Siap untuk dihidangkan

#13 - Sup Kaki Ayam
Bahan-bahan:- Cuci bersih kaki Ayam- Air- Sedikit minyak masak- Carrot- Cendawan ( optional )- Daun sup & daun bawang dihiris kasar- Garam- Kiub Ayam / Daging ( optional )- Rempah 4sekawan / sup bunjut
Bahan untuk kuah sup (blend):- Bawang Merah- Bawang Putih- Buah Keras- Jintan Putih- Jintan Halus / hitam- Lada Hitam- Ketumbar
Cara menyediakan: 1. Kaki ayam yang dah dibersihkan, tambahkan air sampai kaki ayam terendam lepas tu rebus + sup bunjut2. Panaskan sedikit minyak untuk tumis bahan-bahan yang diblend tadi., kacau sampai pecah minyak dan mengelegak ganas. Bolehlah tutup api
3. Masukan bahan tumisan yang dah siap kedalam rebusan ayam, masukan garam dan rebus sampai kaki ayam lembut
4. Bila dah nampak ayam lembut, bolehlah dimasukan sayur carrot bagi sedikit masak, baru masukan sayur cendawan,masak 5 minit tutup api5. Akhir sekali, masukan hirisan daun bawang dan daun sup


#14 - Sup Cendawan Bersama Isi Ayam
Bahan-bahan:- 100gm cendawan kering | direndam air & dihiris- 10gm isi ayam | dihiris- 2 biji bawang merah | ditumbuk- 3 biji bawang putih | ditumbuk- 4 biji cili padi | dikisar- 250ml air- Garam secukup rasa- Minyak masak secukupnya
Cara menyediakan:1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga wangi
2. Selepas itu masukkan air. Kacau rata dan biarkan mendidih
3. Kemudian masukkan isi ayam. Kacau dan biarkan masak
4. Masukkan cendawan. Pastikan cendawan diperah airnya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam periuk. Kacau rata
5. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan bolehlah diangkat


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nicknashram.com/2020/05/15-koleksi-resepi-sup-sedap-untuk-buka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+nicknashram87+(Nick+Nashram)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 613 hits
20 Resepi Nasi Mudah Masak Dan Sedap Untuk Berbuka Dan Sahur Baru seminggu berpuasa dah buntu dan tak tahu nak masak apa Itu yang CH nampak dalam status FB kawan kawan CH pun kadang kadang buntu jugak tapi sebab banyak join group masak masa...
3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat

3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 519 hits
3 Koleksi Resepi Pizza Homemade Yang Mudah Tetapi Sedap Dan Lazat Apakata korang cuba 3 resepi pizza homemade yang sangat mudah ni Anak anak mesti suka kan nak beli selalu tak larat la jugak sebab mahal kan kita kena berjimat2 tau sekarang ...
Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

Koleksi Resepi Nasi Aneka Menu Berasaskan Nasi Penambat Selera Bila Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 686 hits
assalamualaikum salam sejahtera dah pun Ramadhan ke 5 alhamdulillah kita semua masih lagi sihat walafiat maintain duduk rumah ye korang semua PKP fasa ke 4 akan bermula maka please la maintain duduk rumah jaga kebersihan hanya ketua keluarg...
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 613 hits
Sup Kepala Ikan Merah Resepi Bonda Yang Sedap Dan Mudah Rasanya tak ada sesiapa yang akan pertikaikan yang masakan ibu sendiri tu tak sedap terutama bila ibu ibu kita tu adalah surirumah sepenuh masa yang sibuk dengan hal ehwal rumah tangga...
Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

Resepi Sambal Udang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 484 hits
Assalamualaikum Menu untuk berbuka Ramai yang kekurangan idea nak masak apa untuk berbuka puasa kan Kalau Cik Rose ada sambal pun dah best Pembuka selera Siapa kata makanan pedas tak sesuai untuk berbuka Kita masak kita adjust sendiri tahap...
Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

Dapur Fiezasani Resepi Sup Ikan Merah Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 505 hits
Percubaan pertama k fiezz masak sup ikan merah ni For info k fiezz mr hubby tak pernah makan pun ikan merah ni Tak tahu pun rasa dia sedap ke idak tapi k fiezz rasa sedap sebab harga dia mahal juga sekilo hehe Asyik masak ayam daging sotong...
Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 1028 hits
As Salam Koleksi Resepi Pelbagai Tart Nenas Yang Sedap Dengan Bahan Yang Mudah Disediakan Saya akui yang saya merupakan peminat tegar tart nenas Kalau tak raya pun saya sanggup cari atau order tart nenas sama ada di pasaraya atau dengan pen...
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 722 hits
Resepi Onde Onde Sedap Menu Pembuka Selera Ketika Berbuka Puasa Hari ni terlebih rajin jadi terjadilah kejadian onde onde versi Lea Azleeya Ahakz Dah lama nak buat tapi tertangguh tangguh Hari ni baru hati terbuka seluasnya untuk melunaskan...
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 966 hits
8 Koleksi Resepi Biskut Raya Mudah Dan Sedap Dari Cornflakes Salam semua sebut saja cornflakes rasa semua angkat tangan minat belaka ni kan Kalau sis kadang kadang makan dengan susu kadang kadang ada juga makan saja Cornflakes memang piliha...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025