Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap Dan Crunchy
Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy | Assalamualaikum, dah nak dekat raya ni, mesti ramai ibu-ibu sudah mula buat kuih raya, bila ditanya pertama buat kuih apa, mesti jawapannya adalah makmur, sebabnya makmur adalah kuih yang paling senang nak buat dan bahan pun mudah saja, teringat dulu arwah mak, 15 ramadhan dia dah mula buat kuih raya, macam yang sha cakap, kuih makmur ni lah dia buat pertama, dia akan adun kuih ini selepas makan sahur, bulatkan dan bakar sebelah pagi, kadang tu, dia adun sha lah tolong bulatkan dan bakar, tahun ini sha yang buat sendirian..tapi tak samalah dengan resepi arwah mak, kacang stok habis, sha gantikan dengan cornflakes, sedap juga tau.
Oh iya resepi ni sha dapat dari best friend sha, Noramima, dia memang buat kuih makmur cornflakes ni tiap tahun, malah dia buat niaga jual dekat customernya, adalah untung sikit katanya, paling best kuih makmur ini tidak begitu manis..jom kita try buat
Resepi Kuih Makmur Cornflakes Sedap dan Crunchy
Bahan-bahan1kg tepung gandum1tin minyak sapi Ghee 400g2pcs kuning telur gred A2 cawan Cornflakes Susu tepung EveydayGula
Jom Try Resepi Biskut Opzzpinky
Caranya1. Sangai tepung sampai naik bau, cairkan minyak sapi, hancurkan cornflakes menggunakan cawan, dan satukan semuanya sekali dengan kuning telur, sehingga adunan tidak melekat ditangan dan senang untuk di bulatkan2. Bulatkan adunan dan susun dalam loyang3. Panaskan Oven 10 minit 150'c api bawah mengikut oven masing-masing4. Bakar selama 20 minit, periksa bawah kuih tadi, kalau warna kekuningan bolehlah angkat, kalau belum tambah lagi 5-10minit5. Sejukkan selama 5 minit dan satukan susu tepung dan gula yang sudah diblend halus, agak-agak manis, dan gaulkan adunan tadi dan masukkan dalam balang
Untuk 1kg tepung boleh dapat 1 balang panjang, agak-agak dalam 90pcs, tapi sha bulatkan adunan besar sikit puas masuk dalam mulut, husband suka betul makan, sebab agak crunchy kan, dia jenis yang tak suka kacang..jadi korang bolehkan cuba dirumah..gud luck
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.opzzpinky.my/2020/05/resepi-kuih-makmur-cornflakes-sedap-dan.html