Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas Dan Pastinya Sedap Untuk Dicuba


Resepi Kuih Cara Berlauk Yang Ringkas dan Pastinya Sedap Untuk  Dicuba.| Assalamualaikum. Bila mood rajin sampai, semua resepi nak dicuba! Kalau mood malas singgah, maaf banyak-banyak. Memang tak buatlah apa-apa. 

Nak buat kuih, kenalah ada mood.  Baru menjadi kuih tu. Dan kena ada tukang makan juga. Kalau makan seorang, tak berselera jadinya. Kalau ada geng makan, sedap sikit! 


Buat kuih sendiri bersama keluarga.



Baru-baru ni, Cik Rose ada mencuba satu resepi. 
Kuih Cara Berlauk. Kuih Cara antara kuih kegemaran Cik Rose. Kat rumah ni siap ada dua acuan dia tau. Acuan besi tu kan.  Sebelum ni, suami je rajin guna buat kuih Cara Manis. Cik Rose tak pernah buat sendiri. 

Bila family ada bersama, rajinlah nak pelbagai kuih. Dan inilah hasilnya. Kuih Cara Berlauk Ikut Caraku Bukan Caramu. eh bermadah pulak!





Kuih Cara Berlauk Ikut Caraku Bukan Caramu

Kenapa nama sedemikian diberi? Sebabnya inti guna apa adanya yang ada dalam peti ais. Maklumlah musim PKP, tak rajin ke kedai semata-mata untuk membeli satu dua barang.

Buka peti ais, ada inti sardin. Maka terhasillah kuih ini. Cili merah pun tak ada. Kalau ada, bertambah serinya kuih ini.

Kuih ni paling simple nak buat. Jangan risau, dalam blog Cik Rose ni semua resepi mudah-mudah belaka. Tak rumit. Sebab Cik Rose sendiri suka resepi yang senang. Yang boleh jimatkan masa, namun tetap sedap seperti biasa.


Cik Rose tunjuk sikit keadaannya dalam acuan. Eksklusif gitu!




Jom tengok resepi kuih Cara Berlauk:


Cik Rose guna resepi ni untuk bancuhan tepung :

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 cawan santan cair
½ sudu kecil garam
¼ sudu kecil pewarna kuning

Cara:

Blend semua bahan sehingga sebati. *boleh tambah air jika bancuhan terlalu pekat. 

Cara untuk bakar:

Panaskan loyang kuih cara dan sapu sedikit minyak. Tuang adunan ke dalam acuan dan sudukan inti ke atas kuih. Kemudian tabur dengan hirisan cili dan daun bawang/daun sup.
Tutup loyang dengan tudung periuk. Masak lebih kurang 5 minit menggunakan api perlahan.


Untuk inti, ada pelbagai jenis. Boleh buat ikut citarasa sendiri ya. 




Ha, senangkan? Cubalah dulu. Baru tahu rasanya macam mana. 


Ada resepi yang tak gunakan santan. Terpulanglah nak ikut yang mana. Cik Rose guna santan cair ya. Bukan santan pekat. 


Bila makan tu, rasalah lemak-lemak bancuhan tepungnya. Dicampur pula dengan intinya, meletops uols. Makan panas-panas, laju je masuk mulut. 




Masak sendiri lagi puas kan. Kita boleh adjust rasanya sendiri. Alhamdulillah menjadi. Bila menjadi, lagi semangat nak duduk dapur. Eh yeke ni Cik Rose? hihi. 


Terima kasih buat pemilik resepi yang sudi berkongsi resepi. Cik Rose panjangkan di sini. 

Selamat mencuba!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/05/resepi-kuih-cara-berlauk-yang-ringkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

Tak Ada Acuan No Hal Guna Kuali Je Boleh Buat Kuih Cara Berlauk Resipi Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 552 hits
Tengah fikir nak buat kuih apa untuk berbuka harini Ini dia kuih cara berlauk dengan inti daging cincang yang sungguh lembut dan sedap Baca Yang paling penting walaupun tiada sarang kuih cara anda tetap boleh membuat kuih ini menggunakan ku...
Cara Buat Dan Masak Resepi Tomyam Putih Sedap Dan Ringkas

Cara Buat Dan Masak Resepi Tomyam Putih Sedap Dan Ringkas

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 785 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Tomyam Putih Sedap Dan Ringkas Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Cara Buat Dan Masak Resepi Tomya...
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 789 hits
20 Resepi Kuih Muih Sedap Dan Mudah Disediakan Mencari resepi yang mudah disediakan di bulan puasa sangat sangat diperlukan Resepi The post appeared first on
Resepi Kuih Cara Oleh Iehah

Resepi Kuih Cara Oleh Iehah

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 485 hits
Resepi Kuih Cara Harini mama nak share Resepi Kuih Cara oleh Iehah Terima kasih Iehah join segment share resepi dengan mama Kalau mama nak buat ni nampaknya kena cari acuan cara dulu ni Agak agak kat kedai runcit ada jual tak Biasanya kedai...
Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

Resepi Kuih Batang Buruk Sedap Pilihan Keluarga

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 1652 hits
AssalamualaikumBismillahResepi kuih batang buruk ni kan ada banyak versi Ada yang suka batang buruk horlick batang buruk cheese milo ada juga guna nestum dan susu Tetapi kali ini aku hanya nak kongsi Resepi Kuih Batang Buruk yang selalu kam...
Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah

Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 660 hits
Resepi Cara Membuat Kuih Wadey Yang Mudah Kuih wadey merupakan kuih tradisi masyarakat India tetapi ianya menjadi kegemaran seluruh rakyat di Malaysia Sebelum sebelum ni kalau teringin nak makan kuih wadey ni selalu pergi pasar malam itupun...
12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya

12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 478 hits
12 Resepi Rendang Ayam Dan Daging Yang Sedap Bersama Cara Memasaknya Selalu kalau teringin mahu makan rendang mesti akan request pada emak kan Masakan emak memang antara yang tersedap Tapi bila dah kahwin dan duduk berjauhan ni kenalah cari...
Resepi Dan Cara Membuat Ketupat Daun Palas Sedap Berlemak

Resepi Dan Cara Membuat Ketupat Daun Palas Sedap Berlemak

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 967 hits
Ketupat Daun Palas atau setengah tempat panggil Ketupat Pulut memang satu hidangan yang istimewa di Hari Raya Saya sendiri peminat ketupat ini Kalau ikut sejarah raya saya emak saya memang biasanya akan membuat ketupat daun palas ini setiap...
Tauhu Berlauk Super Duper Sedap Makan Cicah Dengan Sambal Kicap Simple Je Cara Nak Buat

Tauhu Berlauk Super Duper Sedap Makan Cicah Dengan Sambal Kicap Simple Je Cara Nak Buat

papar berkaitan - pada 6/5/2020 - jumlah : 560 hits
Tauhu kalau kena cara masak memang sedap dimakan Tambah pula bulan puasa ni mesti ada sahaja menu yang nak dicuba Macam yang dikongsi oleh Iedayu Ieyz menerusi laman Facebook Makan Apa Hari Ni dengan resipi tauhu berlauk yang super duper se...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Pks Sebut Nama Wali Kota Depok Mohammad Idris Masuk Kandidat Pilkada Jabar

Masih Beraya

Drama Khilaf Yang Tertulis

Family Camping Journey Kami Repeat Lagi Camping 3h2m Di Dusun Pak Abu Campsite



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Kopi Surat Cinta Kota Damansara

8 Aneka Resepi Kuih Tradisional Berasaskan Pisang

Beyond Pregnancy And Weight Loss Maryland Breast Augmentation Solutions

Anwar Mahu Saman Individu Sebar Fitnah Isu Kasino

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Lawatan Ke Arab Saudi Buka Peluang Syarikat Malaysia Sertai Projek Mega