Kita Usaha Ubati Luka Kata Saarani




Menteri besar baru Perak Saarani Mohamad berkata akan berusaha “mengubati luka” antara parti-parti Perikatan Nasional (PN) di Perak.
“Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi tandatangan persetujuan kerjasama, siap sedia satukan hati pemimpin ketiga-tiga parti ini, kita usaha untuk ubatkan luka jika ada,” katanya.
Adun Kota Tampan daripada Umno itu berkata ketika ditanya bagaimana dia hendak mengekalkan hubungan Umno, Bersatu dan PAS susulan kemelut kepimpinan negeri yang bermula minggu lepas.
Dia berkata demikian dalam sidang media di Dewan Jubli Kuala Kangsar selepas majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah.
Umno bersama Adun Pakatan Harapan (PH) minggu lepas terlibat menjatuhkan menteri besar Ahmad Faizal Azumu (bawah) daripada Bersatu melalui undi percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Selepas hampir seminggu rundingan, Perikatan Nasional (PN) akhirnya berjaya mengekalkan penguasaan di Perak selepas kesepakatan antara tiga pemimpin paling kanan dalam gabungan itu - Bersatu, Umno dan PH.
Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, Saarani menyeru semua pihak “kembali merapatkan saf” demi kesejahteraan Perak dan rakyat.
"Demi menjamin kestabilan negeri, saya menyeru semua pihak untuk sama-sama mara ke hadapan dengan meletakkan agenda pembelaan rakyat sebagai keutamaan," katanya.
Adun Kota Tampan itu mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak ke-14 di depan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pagi tadi.
Belanjawan 2021 kekal
Sementara itu, Saarani berkata dia tidak akan mengubah kandungan Belanjawan 2021 negeri Perak yang dirancang ketika pentadbiran Faizal.
"Saya tidak fikir kita ada masa untuk teliti atau ubah apa-apa isi kandungan dalam buku belanjawan yang telah pun dibincang bersama exco lama, termasuk saya,” katanya dalam sidang media.
Pada 4 Disember lalu, belanjawan 2021 untuk negeri Perak ditangguhkan bagi memberi laluan kepada undi percaya terhadap menteri besar.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/kita-usaha-ubati-luka-kata-saarani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

Lantikan Exco Perak Dari Pas Terserah Kepada Perkenan Sultan Perak Kata Saarani

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 274 hits
IPOH Lantikan Exco daripada PAS dalam kerajaan negeri Perak hanya akan dimuktamadkan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah kata Menteri Besar Perak Saarani Mohamad Beliau yang juga Ketua Umno negeri berkata pihaknya hanya boleh mencadangkan ...
Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

Capai Kata Sepakat Bn Pas Dan Bersatu Setuju Cadang Saarani Sebagai Mb Perak Baharu

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 295 hits
154 total views 154 views today Perikatan Nasional sebulat suara bersepakat mencadangkan Shaarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu PN menerusi satu kenyataan memaklumkan persepakatan bagi cadangan tersebut diputuskan untuk di...
Mb Baru Janji Ubati Luka Pn Di Perak

Mb Baru Janji Ubati Luka Pn Di Perak

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 150 hits
Khamis 10 Dis 2020 05 02 PM MYTMenteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad beri komitmen perbaiki kelemahan tiga parti dalam kerajaan Perikatan Nasional di negeri itu Foto oleh Farhan NajibKUALA KANGSAR 10 Dis Menteri Besar Perak yang baharu ...
Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

Kenyataan Umno Tidak Akan Berlaku Pertembungan Antara Bn Dan Pn Itu Sudah Baik Kata Pas

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 277 hits
Keputusan Umno untuk menggunakan logo BN pada pilihan raya umum akan datang dilihat tidak akan menjadi masalah kepada PAS meskipun kedua dua parti menjadi rakan setara rasmi dalam Muafakat Nasional Naib presidennya Mohd Amar Abdullah berkat...
Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

Anwar Dah Kalah Kata Ahli Mt Umno

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 536 hits
Pemimpin Pakatan Harapan memulakan strategi 27 0 merujuk kepada kesediaan untuk mencabar belanjawan semua kementerian dengan menggunakan undi belah bahagi walaupun ini bermakna mereka akan kalah kesemuanya more Ini dilakukan selepas kegagal...
Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

Tiada Parti Kekal Dominan Dalam 2 Dekad Ini Kata 2 Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 209 hits
freemalaysiatoday com December 2 2020 9 43 AMSeorang pemimpin PPBM mengakui Umno dan PAS mempunyai pengaruh kuat di pantai timur Semenanjung tetapi bukannya di negeri lain termasuk Sabah serta Sarawak oleh itu mereka memerlukan PPBM KUALA L...
Menteri Kena Sekolah Bagaimana Rupa Jarak Satu Meter Menteri Kata Fitnah

Menteri Kena Sekolah Bagaimana Rupa Jarak Satu Meter Menteri Kata Fitnah

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 212 hits
BOB KELANANG Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat kena sekolah dengan warganet tentang bagaimana keadaan sebenar jarak satu meter Hasil suntingan kreatif itu adalah dari gambar Naib Presiden Umno berkenaan yang berkumpul den...
Keutamaan Sekarang Makanan Atas Meja Bukan Penarafan Kredit Kata Pakar Ekonomi

Keutamaan Sekarang Makanan Atas Meja Bukan Penarafan Kredit Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 228 hits
Seorang pakar ekonomi percaya Malaysia tidak perlu terlalu bimbang tentang penarafan kredit berhubung belanjawan besar Putrajaya sebanyak RM322 5 bilion dengan berkata keutamaan sekarang ialah memastikan adanya makanan di meja rakyat Timbul...
Pn Tubuh Majlis Presiden Demi Kukuhkan Ppbm Kata Penganalisis

Pn Tubuh Majlis Presiden Demi Kukuhkan Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 208 hits
Seorang penganalisis politik berkata keputusan Perikatan Nasional menubuhkan Majlis Presiden bertujuan mengukuhkan kedudukan PPBM dalam gabungan parti pemerintah itu supaya ia setara dengan Umno dan PAS Shamsul Amri Baharuddin dari Universi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan