Keutamaan Sekarang Makanan Atas Meja Bukan Penarafan Kredit Kata Pakar Ekonomi


Seorang pakar ekonomi percaya Malaysia tidak perlu “terlalu bimbang” tentang penarafan kredit berhubung belanjawan besar Putrajaya sebanyak RM322.5 bilion dengan berkata, keutamaan sekarang ialah memastikan adanya makanan di meja rakyat.
Timbul kebimbangan berhubung belanjawan kerajaan yang dibiayai dengan hutang itu, namun bagi Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak, walaupun kebimbangan itu wajar, ia tidaklah sepenting membantu rakyat yang memerlukan pertolongan sekarang.
Beliau berkata, walaupun wabak Covid-19 memberi kesan ke atas ekonomi, impaknya ke atas Malaysia lebih “lunak” berbanding keadaan di banyak negara maju yang terpaksa membuat lebih banyak pinjaman bagi menangani pandemik itu, sekali gus meningkatkan paras defisit mereka.
“Saya tidak jangka penarafan kredit kita akan terkesan teruk. Jika dibandingkan dengan negara maju, jangkaan defisit kita sebanyak 6% agak sederhana,” katanya kepada FMT.

Barjoyai bagaimanapun berkata, kerajaan perlu mengawasi langkah ekonomi jangka sederhana dan panjang, terutama pelaburan dalam pembangunan modal insan.
Beliau berkata, ini akan memastikan sejumlah besar pekerja kekal relevan dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kerajaan terpaksa memberi subsidi bagi membantu mereka meneruskan hidup dan ini tidak mampan,” katanya.
Profesor ekonomi di Universiti Sunway Yeah Kim Leng berkata, Malaysia tidak mungkin diturun taraf walaupun negara mungkin ditempatkan dalam kategori pemerhatian atau unjuran negara diturun taraf ke negatif.
Namun katanya, banyak negara, termasuk yang menduduki taraf lebih tinggi daripada Malaysia, juga berdepan kemerosotan ketara dalam defisit fiskal mereka serta peningkatan paras hutang kerajaan.
“Selagi peningkatan perbelanjaan kerajaan membantu dalam pemulihan ekonomi dan dirangka untuk membangunkan semula ekonomi, penurunan taraf negara kemungkinan besar tidak akan berlaku dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan hanya perlu bimbang mengenai penurunan taraf kredit jika ekonomi dan asas kredit tidak meningkat, hatta dengan defisit yang begitu besar.
Bagaimanapun Yeah berkata, langkah belanjawan adalah tepat dari beberapa sudut, iaitu dengan memberi tumpuan kepada perlindungan nyawa dengan menyediakan sumber yang mencukupi untuk mengawal pandemik tersebut.
Ini termasuklah program imunisasi kebangsaan sebaik sahaja vaksin tersedia.
“Keutamaan lain yang menonjol termasuklah perlindungan kehidupan golongan berisiko dan rumah tangga berpendapatan rendah serta usahawan kecil dan sederhana.
“Keutamaan lain termasuk lanjutan program subsidi upah, program penciptaan pekerjaan dan akses kepada pembiayaan bagi naik taraf dan pendigitalan perniagaan,” katanya. FMT
The post Keutamaan sekarang makanan atas meja, bukan penarafan kredit, kata pakar ekonomi appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/03/keutamaan-sekarang-makanan-atas-meja-bukan-penarafan-kredit-kata-pakar-ekonomi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencetak Wang Idea Baik Kata Pakar Ekonomi

Mencetak Wang Idea Baik Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 349 hits
Seorang pakar ekonomi menyokong idea seorang timbalan menteri yang mencadangkan bank pusat mencetak dan mengedarkan wang tunai kepada orang ramai dengan berkata ia adalah idea berani dan di luar kotak more Pengerusi Gerakan Keadilan Monetar...
Penarafan Kredit Malaysia Merosot Bukti Belanjawan Gagal Kata Chin Tong

Penarafan Kredit Malaysia Merosot Bukti Belanjawan Gagal Kata Chin Tong

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 296 hits
December 5 2020 Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata rakyat Malaysia kini berdepan risiko terpaksa membayar harga belanjawan konservatif kerajaan PETALING JAYA Pemimpin DAP Liew Chin Tong berkata belanjawan tahunan kerajaan adalah punca keme...
Ekonomi Malaysia Di Tahap Paling Parah Akibat Drama Politik Kata Tok Mat

Ekonomi Malaysia Di Tahap Paling Parah Akibat Drama Politik Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 299 hits
December 6 2020 Mohamad Hasan berkata Malaysia perlu meraikan ketibaan 2021 dengan memulakan pemulihan melalui agenda ekonomi berani mantap dan inklusif PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata Malaysia memerlukan kerajaan...
Makcik Kiah Paling Tertekan Pakar Ekonomi Anggap Bantuan Kepada B40 Tidak Cukup

Makcik Kiah Paling Tertekan Pakar Ekonomi Anggap Bantuan Kepada B40 Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 188 hits
November 24 2020 Pakar ekonomi Dr Muhammed Abdul Khalid menyifatkan Belanjawan 2021 tidak mencukupi untuk membantu golongan berpendapatan rendah atau B40 Bekas penasihat ekonomi kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu berk...
Selain Susu Full Cream Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar

Selain Susu Full Cream Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 307 hits
Bagi pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga kehadiran cahaya mata amatlah dinanti nantikan Bukan itu sahaja ada juga suami isteri sabar menunggu sehingga bertahun untuk tambah anak lagi Antara cara yang boleh membantu anda ialah dengan...
Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 322 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
Syarat I Sinar Terlalu Ketat Tak Adil Pakar Ekonomi

Syarat I Sinar Terlalu Ketat Tak Adil Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 17 Rabiulakhir 1442H Khamis Meskipun program i Sinar iaitu pengeluaran caruman daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang baru baru ini telah diperluaskan kepada lebih ramai ahli yang terjejas namun masih banyak rungu...
Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

Belanjawan Beri Kelegaan Buat Golongan Rentan Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 218 hits
Profesor Ekonomi Kajian Perniagaan Universiti Sunway Dr Yeah Kim Leng berkata kerajaan seharusnya mempunyai satu pangkalan data yang komprehensif mengenai kumpulan yang memerlukan dan kurang bernasib baik KUALA LUMPUR Bantuan secara langsun...
7 Cara Mudah Meningkatkan Pendapatan Dari Rumah Secara Online

Percutian Ke Batam Indonesia

10 Amalan Berpahala Haji Dan Umrah

Nahas Trak Fru Pemandu Lori Direman Empat Hari

Insurance Defense Attorney Protecting Insurers And Policyholders

Another Construction Site Ordered To Close In Kl

Netizen Rues Investment Losses In Epf S Unit Trust Scheme Wants To Sell Deposit Proceeds Back In Epf

Sap Process Automation Malaysia Boosting Business Efficiency With Abeam Consulting


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Buaya Tarik Lelaki Berenang Hingga Maut

Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Kawan Kata Suara Saya Okay Fattah Amin Kongsi Punca Dia Mula Untuk Menyanyi Dan Buat Lagu

Hari Ibu Antara Sejarah Sambutan Perspektif Islam

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions