Kita Cakap Anak Tenung Muka Tandanya Dia Faham Besar Mesti Banyak Mulut


Pakar terapi pertuturan (speech and language therapist) baik di dalam mahupun luar negara banyak berkongsi tentang masalah kelewatan pertuturan (speech delay) di kalangan kanak-kanak masa kini. Ramai daripada kita yang mengaitkan peningkatan masalah ini dengan penggunaan gajet di kalangan kanak-kanak dari usia yang terlalu awal. Dalam apa jua hal, gajet tidak seharusnya dipersalahkan kerana ibu bapalah yang sepatutnya mengawal gajet bukannya membiarkan gajet mengawal kehidupan seharian anak-anak kita.
Perkembangan pertuturan, bahasa dan komunikasi kanak-kanak berkembang dengan sangat pesat dari usia lahir sehinggalah usia 5 tahun. Perkembangan ini sangat dipengaruhi oleh KUANTITI DAN KUALITI interaksi dan komunikasi di antara IBUBAPA DAN ANAK pada usia awal ini.
“Tapi anak saya belum boleh bercakap, takkan saya nak cakap dengan dia?”
“Kalau saya beri anak saya gajet,beri tengok tv, banyak benda yang dia boleh belajar walaupun dia belum bercakap.”

KENAPA PERLU BERCAKAP DENGAN ANAK YANG BELUM BERTUTUR?
Dari kajian* longitudinal yang dibuat oleh Rowe (2012) ke atas 50 orang kanak-kanak yang berusia 18,30,42 dan 54 bulan didapati bahawa:
1) Kosa kata yang dimiliki oleh kanak-kanak pada USIA 30 BULAN (lebih kurang 2.5 tahun) dipengaruhi oleh jumlah perkataan yang digunakan oleh ibubapa ketika bersama dengan anak SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna jika ibubapa mahukan supaya anak mempunyai banyak kosakata untuk digunakan dalam pertuturan, ibubapa perlulah banyak bercakap dengan anak walaupun anak masih belum bercakap ketika usia 1-2 tahun.
Biar anak MENDENGAR perkataan-perkataan yang anda gunakan untuk diajuk dan digunakan kemudiannya.
Ingatlah, kesan interaksi di antara ibubapa dan anak berbeza dengan kesan interaksi di antara mesin (gajet/tv) dengan anak. Anak memerlukan ‘human touch’ bukannya ‘machine engagement’ supaya anak membesar menjadi manusia bukannya robot.
2) Kosa kata yang dimiliki oleh kanak-kanak pada USIA 42 BULAN (+- 3.5 tahun) dipengaruhi oleh pelbagai penggunaan perkataan yang sofistikated oleh ibubapa SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna, pada usia 2-3 tahun kanak-kanak sudah bersedia untuk mendengar, meniru dan mempelajari perkataan yang lebih sukar atau sofistikated daripada ibubapa. Bertuturlah menggunakan perkataan penuh yang betul. Tanyalah “Adik nak susu?” bukannya “Adik nak shushu?”
Jangan memandang rendah pada keupayaan kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Mereka lebih cepat menguasai bahasa berbanding orang dewasa.
3) Kosa kata yang dimiliki kanak-kanak pada USIA 54 BULAN (+-4.5 tahun) adalah dipengaruhi oleh naratif dan penerangan yang diberikan oleh ibubapa SETAHUN SEBELUMNYA.
Ini bermakna pada usia 3-4 tahun, kanak-kanak banyak memperolehi manfaat apabila ibubapa bersembang dengan anak tentang apa yang dilihat, bercerita tentang pengalaman harian dengan anak, berkongsi cerita tentang aktiviti yang dijalankan bersama dan juga bercerita tentang perancangan dalam waktu terdekat dengan anak.
Jawablah soalan-soalan yang ditanya oleh anak kerana amalan ini juga membantu perkembangan pertuturan, bahasa dan komunikasi anak.
TALK WITH THE CHILD, NOT TO THE CHILD.
Dari kajian ini dapat juga disimpulkan bahawa, kesan amalan dan tingkah laku ibubapa ke atas anak-anak mungkin tidak dapat dilihat serta merta, tetapi kesannya sama ada positif ataupun negatif boleh dilihat atau dirasai kemudiannya. Dalam kajian ini kesannya dilihat setahun kemudiannya.

KENAPA PERKEMBANGAN PERTUTURAN, BAHASA DAN KOMUNIKASI PENTING PADA USIA AWAL?
Kelewatan pertuturan akan mempengaruhi emosi kanak-kanak.
Bayangkan kualiti permainan anak bersama kanak-kanak lain sekiranya anak lewat bertutur. Anak tidak boleh bersosial dengan sebaiknya, anak akan merasa tersisih, anak akan merasa rendah diri, anak tidak seronok bermain dan anak akan mula mengasingkan diri.
Jika situasi ini berlarutan tanpa intervensi, anak sukar untuk belajar apabila mula bersekolah dan akan mula menunjukkan tingkah laku yang negatif kerana tidak tahu bagaimana untuk mengawal kekecawaan yang dihadapi atas ‘kekurangan’ diri.
Jika ada anak yang sebegini di sekolah, fahamilah masalah mereka bukannya menghukum mereka.
SEMUA INI SALAH SIAPA?
Jika ibubapa tidak meluangkan masa dengan anak, tidak bersembang dengan anak, tidak mendengar cerita anak, tidak menggalakkan anak untuk bertutur, tidak mengamalkan interaksi dan komunikasi positif dalam keluarga dan menyerahkan tugas ‘baby sitting’ kepada gajet dan skrin, maka ini semua adalah salah ibubapa.
Bercakaplah dengan anak walaupun anak masih belum bertutur.
Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Sumber utama:
Rowe, M (2012) A longitudinal investigation of the role of quantity and quality of child-directed speech in vocabulary development. Child Development 2012 Sep-Oct;83(5):1762-74
The post Kita Cakap Anak Tenung Muka, Tandanya Dia Faham. Besar Mesti Banyak Mulut appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kita-cakap-anak-tenung-muka-tandanya-dia-faham-besar-mesti-banyak-mulut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Masa Penat Mudah Marah Tenung Muka Anak Masa Tidur Tak Sedar Gugur Airmata

Ibu Masa Penat Mudah Marah Tenung Muka Anak Masa Tidur Tak Sedar Gugur Airmata

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 462 hits
Ibu insan yang sangat istimewa di mata anak anak Apa sahaja diperlukan akan dirujuk kepada ibu tidak kira anak lelaki atau perempuan Akrabnya hubungan ibu dan anak banyaknya kasih sayang dicurahkan dari alam rahim hinggalah selepas dilahirk...
Para Pengusaha Ini Banyak Harta Tapi Tak Manjakan Anak

Para Pengusaha Ini Banyak Harta Tapi Tak Manjakan Anak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 211 hits
Para pengusaha ini mendidik anak mereka agar tak manja dan mandiri Bagaimana caranya
Tunjuk Sikap Baik Selepas Peluk Islam Dua Anak Terkejut Ibu Bapa Tiba Tiba Mahu Bersama Saya Mulanya Tidak Faham

Tunjuk Sikap Baik Selepas Peluk Islam Dua Anak Terkejut Ibu Bapa Tiba Tiba Mahu Bersama Saya Mulanya Tidak Faham

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 448 hits
CARA hidup sebenar sebagai seorang Muslim serta tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan oleh dua beradik sehingga membuka hati kedua ibu bapa mereka untuk memeluk Islam membuatkan ramai berasa kagum sekali gus membuatkan kisah itu tular di...
Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

Anak Banyak Akal Sekitar Usia 1 3 Tahun Masa Ni Sabar Mak Ayah Kena Kuat

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 376 hits
Bagi anak kecil berumur 1 3 tahun ini adalah fasa pertumbuhan yang sangat menyeronokkan Dalam bahasa Inggeris umur ini kita panggil toddler berasal dari perkataan to toddle yang membawa maksud berjalan yang masih tidak berapa seimbang Yang ...
Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

Jangan Sesekali Lukakan Hati Anak Lelaki Rajuknya Tak Ditunjuk Tapi Diingat Sampai Besar

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 302 hits
Bukan satu rahsia anak lelaki sememangnya lantang aktif lasak dan sukar dijaga Sebelum anda naik darah berikut beberapa tip yang ingin Pa Ma kongsikan agar anda kekal waras ketika membesarkan mereka Artikel Menarik Sebelum mempunyai anak ki...
Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak Tapi Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak

Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak Tapi Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 380 hits
Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh dia memang berisiko untuk kerap terjatuh Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehing...
Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya Rajin Ibu Rajinlah Anak

Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya Rajin Ibu Rajinlah Anak

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 381 hits
Mendidik anak bukan satu tugas yang mudah Anak anak akan jadikan ibu bapanya sebagai cerminan mereka Jika sikap baik ditunjukkan maka baiklah tapi jika ada sedikit kesilapan itulah juga yang anak akan ikut Dalam mendidik anak sama ada lelak...
Masa Menyusu Ibu Tak Memilih Makan Bila Besar Anak Tak Cerewet

Masa Menyusu Ibu Tak Memilih Makan Bila Besar Anak Tak Cerewet

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 384 hits
Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan Ya dan tidak Kenapa Menurut ibu yang menyusukan anak selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia bukan Malaysia sahaja Min...
Vea Tak Henti Henti Menangis Susu Tak Banyak Saya Jadi Stress Syakirin Husnal Kongsi Anak Kena Sawan Tangis

Vea Tak Henti Henti Menangis Susu Tak Banyak Saya Jadi Stress Syakirin Husnal Kongsi Anak Kena Sawan Tangis

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 812 hits
Melihat wanita cantik ini di kaca televisyen saban hari mempromosikan pelbagai jenis produk di Go Shop memang petah Tutur katanya lancar malah tidak tersekat sekat Betapa pengalaman dan ilmu yang dikautnya melalui program itu terlalu banyak...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa