Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak Tapi Hati Hati Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak


Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh, dia memang berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehingga ada benjol dan hentakan kuat di kepala, apakah kesannya terhadap si kecil?
Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.

Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan. Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.

Rawatan segera
a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.
c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Sumber: doktorbudak.com
The post Anak Jatuh Tandanya Dia Lasak. Tapi Hati-Hati, Ia Boleh Sebabkan Pendarahan Dalam Otak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-jatuh-tandanya-dia-lasak-tapi-hati-hati-ia-boleh-sebabkan-pendarahan-dalam-otak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

Mak Boleh Jadi Harimau Kalau Stres Jaga Anak Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 593 hits
Siapa kata ibu yang bekerja dari rumah atau bergelar suri rumah lebih banyak masa untuk berehat dan bertenang Pendapat ini tak betul kerana setiap wanita yang bergelar ibu mesti ada cabarannya Tak kiralah yang bekerja sendiri makan gaji ata...
Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

Wang Boleh Cari Tapi Tak Sama Dengan Rezeki Punya Anak 10 Tahun Menanti Zuriat Anugerah Paling Bernilai

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 363 hits
Menanti saat kelahiran anak adalah momen terindah dalam hidup pasangan bergelar suami isteri Apa lagi kelahiran zuriat yang dinantikan sejak sekian lamanya Bagi Nor Murni Jusoh 37 tahun dan suaminya Mohd Khairul Azman Hashim 38 tahun menant...
Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

Mama Adik Panaslah Makan Tempat Ada Aircond Boleh Tak Hati Hati Takut Anak Terkena Rich Kid Syndrome

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 414 hits
Tak salah nak manjakan anak tapi jangan sampai berlebih lebihan Anak kecil kita memang tak pernah tahu mengenai barangan berjenama mahal dan makan tempat mewah tapi kitalah yang didik mereka bimbang anak tak cantik atau tak selesa ketika ma...
Simple Tapi Magik Bagi Arahan Sentuh Bahu Anak Degil Pun Mudah Dengar Kata

Simple Tapi Magik Bagi Arahan Sentuh Bahu Anak Degil Pun Mudah Dengar Kata

papar berkaitan - pada 2/8/2019 - jumlah : 518 hits
Hanya beberapa langkah ibu ayah boleh mudah menguasai anak anak Amalan Rasulullah SAW pemimpin hebat ini elok diamalkan kepada anak anak Cabaran mendidik memang akan didepani semua ibu bapa Ada yang berhati lembut dan ada yang berhati kenta...
Ini Rupanya Kenapa Anak Lelaki Tak Boleh Duduk Diam Asyik Lari Lompat Panjat Kerjanya

Ini Rupanya Kenapa Anak Lelaki Tak Boleh Duduk Diam Asyik Lari Lompat Panjat Kerjanya

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 239 hits
Adam boleh tak duduk sekejap ke Penat mama tengok awak lompat sana lompat sini memanjat dan berlari tak berhenti henti Siapa yang ada anak lelaki tentu biasa berhadapan dengan perangai mereka yang tak tahu duduk diam walaupun sekejap Kadang...
Bila Rambut Isteri Banyak Gugur Tandanya Suami Kena Hiburkan Hati Isteri

Bila Rambut Isteri Banyak Gugur Tandanya Suami Kena Hiburkan Hati Isteri

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 376 hits
Apa salahnya suami memahami isteri Kepenatan isteri menguruskan rumah tangga perlu diambil kira Seorang isteri rasa cukup dihargai bila pasangan memberi peluang untuk berehat Tak jatuh pun maruah suami jika bantu isteri buat kerja rumah ata...
Tak Perlu Bangga Anak Cepat Jalan Lagi Lama Merangkak Otak Lagi Cerdik

Tak Perlu Bangga Anak Cepat Jalan Lagi Lama Merangkak Otak Lagi Cerdik

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 460 hits
Kadang kala ada ibu ayah terlalu berbangga anaknya cepat berjalan tak sampai umur setahun Sebenarnya lagi lama bayi merangkak lagi bagus untuk perkembangan otaknya Macam mana tu Jom baca penjelasan oleh Puan tentang kenapa bagusnya kemahira...
Marah Sikit Tak Apa Jangan Lebih Lebih Beri Kesan Pada Otak Dan Tubuh Anak

Marah Sikit Tak Apa Jangan Lebih Lebih Beri Kesan Pada Otak Dan Tubuh Anak

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 213 hits
Bukan senang hendak mengawal kemarahan pada anak kecil kita Ada sahaja cara mereka lakukan untuk cuba menarik perhatian kita pada mereka Dan perhatian inilah yang membuatkan kita semakin hilang sabar setiap hari Mak ayah sebaiknya elakkan m...
Anak Demam Perkara Biasa Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini Cuba Periksa

Anak Demam Perkara Biasa Tapi Kalau Kerap Sangat Mungkin Sebab 6 Perkara Ini Cuba Periksa

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 298 hits
Sistem pertahanan badan bagi bayi dan kanak kanak adalah masih belum matang dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran mereka Jadi sekiranya kanak kanak kecil mengalami jangkitan demam selsema sungguhpun mencapai sehingga 5 6 kali seta...
Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Seo Myths Debunked Common Misconceptions Holding You Back

Singgah Di Kurashiki Bikan Historical Quarter Okayama

Liters A Pair Of Historic F1 Suzukis From Union Motorcycle Classics

Tak Semestinya Ketua Pembangkang Jadi Calon Pm Kata Penganalisis

Tahniah Yb Ds Muhammad Sabu

Tak Sangka Pengeluaran Akaun Fleksibel Kwsp Cecah Angka Rm10 78 Bilion


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Rahasia Konsumsi Energi Lebih Efisien Di Kantor

Video Sabah Rm450k Untuk Bayar Hutang Saya Boleh Pulangkan Rm500k

Wanita Ditahan Disyaki Simbah Air Panas Pada Anak

Kepala Surat Dan Dokumen Ditiru Jangan Terpedaya Dengan Pegawai Rtm

Zahnita Wilson Nekad Fail Cerai Dah Tak Tahan Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Maklum Balas Dari Menteri Kewangan Sabah Berkenaan Video Whistleblower Yang Tular