Tunjuk Sikap Baik Selepas Peluk Islam Dua Anak Terkejut Ibu Bapa Tiba Tiba Mahu Bersama Saya Mulanya Tidak Faham


CARA hidup sebenar sebagai seorang Muslim serta tingkah laku dan akhlak yang ditunjukkan oleh dua beradik sehingga membuka hati kedua ibu bapa mereka untuk memeluk Islam membuatkan ramai berasa kagum sekali gus membuatkan kisah itu tular di laman sosial.
Michael Choo Hock Eng, 69, dan isteri, Verginia Pacolba Gaco Choo, 61, melafazkan dua kalimah syahadah selepas solat Jumaat di Galeri Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Masjid Negeri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, 2 Ogos lalu.
Anak kepada pasangan itu, Vincent Choo yang memeluk Islam pada 2013 memberitahu tidak dapat menahan air mata saat ibu bapanya ‘dilahirkan’ semula sebagai seorang Muslim.
“Tidak dapat saya gambarkan perasaan ketika mereka melafazkan dua kalimah syahadah namun yang pasti saya sangat lega kerana ibu bapa akhirnya terbuka hati menerima Islam.
“Alhamdulillah doa saya dan kakak selama ini akhirnya dimakbulkan Allah,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Kakak Vincent, Mitchelle Nur Alya, 28, terlebih dahulu memeluk Islam pada 2011.
Suasana sebelum ibu bapanya melafazkan dua kalimah syahadah.
Tunjuk tauladan yang baik kepada ibu bapa
Bercakap mengenai penghijrahan ibu bapanya, Vincent berkata, selepas memeluk Islam pada usia 17 tahun dia sentiasa berusaha melakukan dakwah kepada ibu bapanya dengan menunjukkan akhlak dan tauladan yang baik.
Kata Vincent, walaupun pada awalnya mereka menentang keputusannya menukar agama, namun dia tidak pernah sesekali cuba menjauhkan diri malah memastikan hubungan mereka bertambah akrab selepas penghijrahannya itu.
“Ketika saya beritahu mahu peluk Islam, mereka tidak bersetuju malah saya mengambil masa setahun untuk menyakinkan mereka memandangkan saya perlukan kebenaran mereka kerana masih di bawah umur ketika itu.
“Alhamdulillah lama-kelamaan mereka faham dan terbuka hati untuk membenarkan saya memeluk Islam dan sejak itu saya cuba tunjukkan sikap baik serta mengamalkan ajaran Islam sebenar.
“Apabila di rumah saya akan solat dan mengaji di ruang tamu agar mereka dapat lihat dan lama-lama mereka menunjukkan minat serta banyak bertanya tentang Islam,” katanya.
Tambah Vincent lagi, setiap kali tiba bulan Ramadan juga ibu bapanya akan memastikan mereka berbuka puasa bersama malah ibunya akan menyediakan hidangan berbuka.
Perubahan ibu bapanya juga ketara apabila kakaknya membawa ibu bapanya mendengar ceramah yang disampaikan oleh tabligh dari China bagi memahami lebih tentang Islam.
Bergambar kenangan bersama kakitangan di MAIS selepas bergelar saudara baru.
Ibu luah hasrat mahu ‘bersama anak-anak’
Malah katanya, sejak itu mereka sering bercakap tentang Islam sehinggalah pada minggu lalu ibunya memberitahu ingin ‘bersama’ anak-anaknya.
“Saya mulanya tidak faham tetapi pada suatu hari ketika hendak pergi kerja mereka menyatakan kesungguhan untuk memeluk Islam dan bertanya bila mereka boleh berbuat demikian?
“Alhamdulillah selepas berbincang betul-betul dengan mereka, kami memilih 2 Ogos sebagai mengambil keberkatan hari Jumaat yang kebetulan hari jadi bapa,” ujarnya.
Sementara itu, Vincent memberitahu meskipun tanggungjawabnya kini besar namun dia bersyukur dan teruja apabila dapat belajar dan melakukan aktiviti keagamaan dengan mereka.
“Kebetulan saya masih tinggal bersama ibu bapa, jadi lebih mudah untuk saya mengajar mereka tentang Islam malah kami dapat solat berjemaah bersama-sama.
“Abang ipar saya juga pernah membawanya ke masjid untuk solat berjemaah serta berkenalan dengan jemaah yang lain… Alhamdulillah setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya yang bertugas di Lembaga Zakat Selangor.
Kakak Vincent, Mitchelle (kiri) terlebih dahulu memeluk Islam pada 2011.
Tertarik bacaan Yasin, ikut rakan pergi masjid
Bercerita tentang penghijrahannya, Vincent yang pernah beragama Buddha dan Kristian berkata, dia sendiri tidak pernah terfikir untuk menukar pegangannya kepada agama Islam.
Bagaimanapun katanya, sejak dia di bangku sekolah lagi, dia sentiasa mencari ‘dirinya’ sehinggakan lebih tertarik untuk menyertai kelas Pendidikan Islam berbanding Pendidikan Moral ketika di sekolah.
“Walaupun belajar tentang ‘moral’ tapi saya tetap rasa kosong sebaliknya hidup saya rasa terisi apabila terdengar rakan-rakan beragama Islam membaca Yasin setiap kali hari Jumaat.
“Atas sebab itu saya selalu ikut kawan-kawan apabila mereka ada kelas mengaji malah akan ikut mereka ke masjid dan tengok mereka bersolat… saya selalu kata pada diri sendiri, bila agaknya dapat jadi macam mereka.
“Jujurnya, rakan-rakan di sekolah banyak beri tunjuk ajar dan bercerita tentang Islam yang membuatkan saya lebih tertarik untuk bergelar seorang Muslim,” katanya.
MSTAR
The post Tunjuk sikap baik selepas peluk Islam, dua anak terkejut ibu bapa tiba-tiba mahu ‘bersama’, “Saya mulanya tidak faham…” appeared first on Media Serius.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mediaserius.my/tunjuk-sikap-baik-selepas-peluk-islam-dua-anak-terkejut-ibu-bapa-tiba-tiba-mahu-bersama-saya-mulanya-tidak-faham/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

Selepas Pemergian Ibu Bapa Tersayang Ini Yg Dilakukan Oleh Kedua Dua Anak Aarwah Untuk Hilangkan Rindu

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 350 hits
ALHAMDULLILAH kedua dua anak a rwah tenang dan reda menerima takdir ibu bapa mereka sudah tiada lagi Selepas pemergian ibu bapa tersayang Ini yg dilakukan oleh Kedua dua anak aarwah untuk hilangkan rindu
Insyaallah Anak Masa Kamu Akan Tiba Nanti Bapa Syukur Ainul Mardhiah Tunjuk Perkembangan Positif

Insyaallah Anak Masa Kamu Akan Tiba Nanti Bapa Syukur Ainul Mardhiah Tunjuk Perkembangan Positif

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 363 hits
InsyaAllah anak masa kamu akan tiba nanti Bapa syukur Ainul Mardhiah tunjuk perkembangan positif Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang telah selamat menjalani pembedahan di London bagi membuang ketumbuhan di mulutnya kini terus menunjukk...
Kerja Baik Pulih Bekalan Elektrik Giat Dijalankan Tnb Minta Ibu Bapa Awasi Anak Anak

Kerja Baik Pulih Bekalan Elektrik Giat Dijalankan Tnb Minta Ibu Bapa Awasi Anak Anak

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 454 hits
Kita dikejutkan dengan berita mengenai kejadian ribut tropika yang melanda beberapa kawasan di sekitar Kedah Perlis dan Pulau Pinang malam tadi Tragedi itu telah mengakibatkan banyak kerosakan berlaku termasuklah bumbung dan bangunan rosak ...
Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

Dap Perlu Izin Kedua Dua Ibu Bapa Tukar Agama Bawah Umur

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 301 hits
Diterbitkan Hari ini 1 17 tengahariSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan pendirian partinya bahawa penukaran agama individu bawah umur kepada Islam hanya boleh dilakukan dengan kebenaran kedua dua ibu bapa Pendirian kita jelas Kita m...
Ibu Memasak Bapa Keluar Beli Barang Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

Ibu Memasak Bapa Keluar Beli Barang Anak 5 Tahun Maut Terjatuh Tingkat 9

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 411 hits
Kemalangan di rumah kerap terjadi kepada kanak kanak terutamanya yang masih kecil Terbaru kisah kanak kanak 5 tahun terjatuh dari tingkat 9 ini menarik perhatian warganet Kanak kanak lelaki tebabit adalah warga Bahrain yang tiba di bandar r...
11 Hadiah Istimewa Daripada Anak Buat Ibu Bapa Yang Telah Tiada

11 Hadiah Istimewa Daripada Anak Buat Ibu Bapa Yang Telah Tiada

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 458 hits
Ayah dan Ibu ayah dan ibu itulah permulaan kami dapat melihat bulan dan matahari Bait bait lirik dendangan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad jelas melihatkan permulaan hidup setiap dari kita Semuanya berasal dari dua orang manusia muli...
Pengasuh Anak Abby Abadi Gagal Dikesan Selepas Balik Kampung Tiba Tiba Hantar Foto Pintu Kec3masan H0spital

Pengasuh Anak Abby Abadi Gagal Dikesan Selepas Balik Kampung Tiba Tiba Hantar Foto Pintu Kec3masan H0spital

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 322 hits
Pengasuh Anak Abby Abadi Gagal Dikesan Selepas Balik Kampung Tiba Tiba Hantar Foto Pintu Kec3masan H0spital
Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

Kanak Kanak 1 Tahun Meninggal Dunia Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 375 hits
Anak 1 Tahun Pergi Kerana Asap Rokok Ingat Jangan Cium Dan Peluk Anak Selepas Merokok Apa Relx Alpha Buat Sampai 50 000 Perokok Berhenti Merokok Pilihan Menarik dan Selamat Untuk Perokok Sebagai seorang perokok adakah anda mempunyai perasaa...
Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

Ibu Bapa Patut Tahu 5 Tanda Anak Mula Jadi Bos Dalam Keluarga

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 313 hits
Bagi pasangan yang berkahwin kehadiran anak anak adalah harta yang tidak ternilai Apa segala yang diingin mereka kita akan tunaikan walaupun ia di luar jangkaan kehendak sehinggakan terpaksa korbankan wang ringgit Mudah kata kita sebagai ib...
Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga

Pdrm Siasat Resit Makanan Cepat Saji Di Johor Didakwa Mengandungi Teks Menghina Islam

Ini 32 Wajah Bakal Berentap Membawa Pulang Rm1 Juta Peserta Sabah Dominasi Csoiam