Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya Rajin Ibu Rajinlah Anak


Mendidik anak bukan satu tugas yang mudah. Anak-anak akan jadikan ibu bapanya sebagai cerminan mereka. Jika sikap baik ditunjukkan maka baiklah tapi jika ada sedikit kesilapan itulah juga yang anak akan ikut.
Dalam mendidik anak sama ada lelaki atau perempuan ada cabarannya. Jika anak perempuan hanya titikberatkan cantik saja tak cukup. Kena pastikan juga anak perempuan bijak dan konfiden.
Berikut cara untuk mendidik anak perempuan untuk jadi bijak dan berkeyakinan.
1. LAYAN ‘KEPETAHAN’ MEREKA
Kebanyakan anak perempuan memang petah bercakap. Menurut kajian, anak perempuan umumnya lebih cepat bercakap berbanding anak lelaki, di mana pada usia 16 bulan anak perempuan dikatakan mampu mengucapkan 100 perkataan secara purata berbanding sekitar 30 perkataan bagi anak lelaki.
Dengan melayan mereka berbual dan menjawab soalan, anda telah menggalakkan keyakinan diri dalam anak kecil secara tidak langsung. Tindakan ini juga boleh memperkuatkan keinginan untuk terus meneroka.

2. AMBIL KIRA PENDAPAT MEREKA
Dunia anak kecil penuh imaginasi. Ada kalanya mereka memperkatakan sesuatu yang dianggap tidak masuk akal. Tapi, jangan sesekali memperkecilkannya. Sebaliknya, cuba wujudkan ruang untuk berfikir secara kritis dengan mengatakan “Kenapa tidak?”, atau tunjukkan minat anda dengan memintanya menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut.
Bayangkan jika anda membentak mereka dan memberitahu bahawa semua itu karut. Mereka akan berasa malu dan tidak mahu diperlekehkan lagi. Insiden seperti ini boleh menjadikan mereka cenderung berasa rendah diri dan kurang teruja untuk meneroka benda baru di sekeliling mereka.
3. TIDAK MENGEHADKAN KREATIVITI & MINAT MEREKA
Ambil serius terhadap minat dan kreativiti mereka. Tidak perlu terikat pada stereotaip – contohnya perempuan mesti pandai memasak, membuat kuih, atau bersolek. Sebaliknya, galakkan mereka menjadi diri sendiri.
Beri mereka buat pilihan terhadap minat mereka sendiri. Jika anak suka berenang, bawalah mereka selalu berenang atau masukkan mereka ke kelas renang. Sekiranya anak suka membaca, sediakan mereka bahan bacaan yang secukupnya dan bawalah mereka selalu ke perpustakaan. Walaupun anak anda seorang yang kelihatan ‘girly’, siapa tahu mereka sebenarnya sukakan adventure dan minat membaca atlas?
Malah, jika anak suka memanjat sekalipun, tak salah kalau libatkan mereka dengan sukan ekstrem seperti wall climbing dan sebagainya. Menurut penelitian, anak-anak yang diasah bakatnya sejak kecil akan mempunyai daya keyakinan diri yang lebih positif.
4. GALAKKAN MEREKA BERDIKARI
Dalam hal ini, cara mendidik anak perempuan sebenarnya tidak banyak bezanya dengan anak lelaki. Galakkan mereka belajar menguruskan diri sendiri dan mempunyai sikap prihatin terhadap sesama ahli keluarga.
Di samping itu, beri kepercayaan kepada anak perempuan untuk turut membantu tugas yang dibuat oleh ayah. Contohnya, mencuci kereta, membaiki paip yang rosak, atau berkebun. Selain menggalakkan waktu ‘bonding’, anak juga dapat meneroka minat yang baru
5. ELAKKAN SEKADAR MEMUJI PARAS RUPA
Salah satu cara mendidik anak perempuan yang berkesan adalah dengan mempraktikkan teknik memuji yang sebetulnya.
Jika selama ini kita asyik cakap, “Cantiknya anak Mama/Papa,” cuba ubah pujian ini ke arah yang lebih membina supaya mereka tidak terlalu fokus terhadap kecantikan luaran.
Sebaliknya, banyakkan memuji usaha mereka dalam menjayakan sesuatu perkara. Anak-anak perlu tahu secara terperinci apakah perbuatan yang menyebabkan anda berasa bangga dengannya. Dengan cara ini, mereka dapat belajar dan mengembangkan sesuatu kemahiran dengan lebih baik.
6. PERANAN AYAH BERI IMPAK YANG BESAR
Para pengkaji mendapati bahawa anak perempuan yang mempunyai hubungan erat dengan bapa mereka adalah lebih berkeyakinan tinggi dan berani menyahut cabaran untuk mencuba perkara baru. Apabila seorang ayah melayan kaum wanita dengan baik dan penuh hormat, anak perempuan juga akan belajar untuk menghargai diri mereka seadanya.
Jika seorang anak perempuan mempunyai seorang lelaki dalam hidupnya yang membuatnya selesa untuk menjadi diri sendiri, bergurau, menunjukkan bakat, berkongsi perasaan, dan menyatakan pendapatnya, mereka tidak akan perlu mencari ‘lelaki lain’ untuk membuatnya berasa istimewa.
7. IMBANGKAN DENGAN SUPERHERO PEREMPUAN
Sukar untuk kita menepis kuasa media kerana memang naluri anak-anak kecil cepat tertarik dengan animasi dan kartun. Tapi, kita sebagai ibu bapa boleh memainkan peranan untuk memantau apa yang mereka tonton.
Elakkan kartun-kartun yang kurang kontennya dan hanya bersandarkan kepada konsep ‘fairy tale’ atau ‘happy ever after’. Antara contoh kartun yang mempunyai mesej ‘girl power’ adalah Zootopia, The Incredibles, Brave, Dora The Explorer dan banyak lagi.

8. BERI RUANG PRIVASI
Dengan memberi ruang privasi, anak perempuan lebih mudah untuk diajar berdikari, contohnya; mengemas katil sendiri, menyimpan mainan di tempatnya, dan menulis di meja tulisnya.
Apabila anak perempuan semakin membesar, mereka akan cenderung untuk menjadi lebih senyap, kritikal terhadap diri sendiri, dan kurang konfiden terhadap imej diri. Dengan adanya ruang privasi, anak-anak boleh belajar mengawal emosi sambil dipantau oleh ibu bapa.
9. AJARKAN TENTANG ‘HAL WANITA’
Sebagai seorang ibu, jangan terlalu lengah untuk menerangkan tentang hal-hal wanita kepada anak. Antaranya perkara terawal yang perlu disentuh adalah bab berkaitan aurat. Jadikan ia sebagai sesuatu yang santai dan tidak memberatkan. Jangan sekadar melarang dan memberi amaran keras, tetapi mulalah dengan menceritakan kelebihannya.
Apabila anak sudah masuk usia sekitar 8-9 tahun, jangan kekok untuk bercerita kepada anak tentang haid, mandi wajib, serta hal-hal lain yang berkaitan agar mereka lebih bersedia menghadapi alam keremajaan.
-ANAK PEREMPUAN BANYAK MENIRU PERWATAKAN IBUNYA-
Cara mendidik anak perempuan tidak hanya terhad kepada apa yang kita ajarkan, tetapi juga apa yang kita cerminkan. Menurut kajian, kebanyakan anak perempuan seawal usia 7 tahun mengakui bahawa keperibadian ibu mereka memainkan peranan besar dalam cara mereka melihat diri mereka sendiri.
Oleh itu, sentiasalah berfikiran positif hargai setiap kelebihan diri masing-masing. Elakkan memandang cermin dan ‘mengutuk’ diri sendiri sebagai gemuk atau tak cantik. Tanpa disedari, ia boleh membawa mesej yang mendalam pada diri si anak perempuan!
Sumber: Kelab Soal Jawab Ibu & Bakal Ibu Comel
The post Anak Perempuan Banyak Tiru Perwatakan Ibunya. Rajin Ibu Rajinlah Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-perempuan-banyak-tiru-perwatakan-ibunya-rajin-ibu-rajinlah-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pesanan Ibu Bapa Buat Anak Rajin Belajar Kelebihan Menuntut Ilmu

Pesanan Ibu Bapa Buat Anak Rajin Belajar Kelebihan Menuntut Ilmu

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 523 hits
Untuk anakku Ini adalah pesanan dari ibu dan ayahmu perihal ilmu pengetahuan Diusiamu yang muda ini rajinlah belajar Menimba ilmu di sekolah Bukan hanya menjadikan dirimu pandai tetapi ia membuka masa hadapanmu Di zaman yang serba moden ini...
Guna Pelekat Je Anak Terus Jadi Rajin Buat Kerja Rumah Ibu Ini Kongsikan Triknya

Guna Pelekat Je Anak Terus Jadi Rajin Buat Kerja Rumah Ibu Ini Kongsikan Triknya

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 518 hits
Untuk memastikan anak anak sukakan waktu pembelajaran kita tidak bolehlah terlalu keras dan memaksa mereka dengan cara yang membosankan Perlu ada cara yang betul dan menyeronokkan untuk anak anak explore Itu boleh menggalakkan mereka untuk ...
Anak Ibu Lepak Makan Sushi Di Food Court

Anak Ibu Lepak Makan Sushi Di Food Court

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 534 hits
assalamualaikum pagi pagi Ahad ni biasa lah kan firstly saya akan cek dulu baju2 sekolah anak anak dah cuci dah sidai terutama kak Nurin s lewat ptg nanti nak balik asrama maka tghari ni wajib dia settle iron semua baju2 dia secondly saya m...
Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

Kasus Pelecehan Seksual Pada Anak Banyak Berawal Dari Media Sosial

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 228 hits
Kabagpenum Divisi Humas Polri Kombes Pol Asep Adi Saputra menyebut pelaku child grooming atau pelecehan seksual terhadap anak kerap dilakukan melalui media sosial Polri masih mengalami kendala dalam pengungkapan kasus ini secara tuntas lant...
Perangai Anak Banyak Ikut Mak Ayah Kalau Baik Baiklah Cuba Kawal Suara Masa Marah

Perangai Anak Banyak Ikut Mak Ayah Kalau Baik Baiklah Cuba Kawal Suara Masa Marah

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 545 hits
Watak dan sifat anak lebih banyak ditentukan oleh sifat dan watak ibu bapa Oleh itu ibu bapa adalah pencorak utama dalam kehidupan anak Mereka belajar dari ibu bapa tentang erti kehidupan menerusi gerak geri dan ucapan Bagaimanapun langkah ...
Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja Tak Terhapus Dosa Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting

Jangan Kata Ibu Bersalin Czer Manja Tak Terhapus Dosa Selamatkan Anak Hampir Lemas Lagi Penting

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 579 hits
Isu tentang bersalin secara pembedahan caesarean atau normal ini selalu diperdebatkan Kebanyakan orang suka menghukum cara ibu bersalin caesarean ini kononnya tak tahan sakit dan tak terhapus dosa Walhal tujuan utamanya ialah menyelamatkan ...
Ibu Buang Bayi Perempuan Dari Jambatan Selepas Bertengkar Dengan Ibu Mertua

Ibu Buang Bayi Perempuan Dari Jambatan Selepas Bertengkar Dengan Ibu Mertua

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 382 hits
The ReporterTergamak seorang ibu di Shaanxi China membuang bayi perempuannya dari jambatan selepas bertengkar dengan ibu mertuanya Dalam kejadian 3 Ogos lalu suspek Zhou menziarahi ibu mertuanya untuk menguruskan hal berkaitan dengan pengeb...
Sikap Cuai Ibu Ayah Tertinggal Anak Di Pasaraya

Sikap Cuai Ibu Ayah Tertinggal Anak Di Pasaraya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 503 hits
Anak ditinggalkan dalam stroller ibu bapa cuai entah kemanaHampir setiap minggu memang banyak isu dilaporkan tentang kecuaian ibu bapa terhadap anak anak Bila sesuatu perkara buruk terjadi terhadap anak mereka maka nasi pun sudah menjadi bu...
Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk Cepat Cepat Atasinya

Ibu Sembelit Buat Ekzema Anak Makin Teruk Cepat Cepat Atasinya

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 395 hits
Anak yang mempunyai masalah ekzema memang perlukan penjagaan yang rapi dari semua sudut Mama yang menyusu lebih perlu berhati hati dalam semua perkara Sembelit misalnya menjadi penyebab ekzema anak makin teruk Bagaimana Menurut masalah toks...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip