Masa Menyusu Ibu Tak Memilih Makan Bila Besar Anak Tak Cerewet


Adakah pemakanan ibu akan mempengaruhi susu yang dihasilkan? Ya, dan tidak. Kenapa?
Menurut Dr Aimi Jaafar, ibu yang menyusukan anak, selalu terbeban dengan pantang larang dari orang tua. Ini sebenarnya berlaku di kebanyakan negara Asia, bukan Malaysia sahaja. Minuman ais, sayur berangin, pulut, dan lain-lain. Itu adalah antara perkara biasa yang dilarang untuk ibu-ibu makan.
Ini adalah subjektif pada setiap orang. Sesetengah bayi memang agak sensitif pada sayur ubi contohnya. Kalau ibunya makan, bayi akan kembung. Terutamanya pada bayi yang baru lahir. Kalau begitu, ibu elakkan lah makanan tersebut. Tetapi setelah bayi semakin besar, biasanya perutnya akan lebih matang dah makin boleh terima banyak makanan.

KOPI DAN KAFEIN
Kurang dari 1% daripada kafein yang diminum akan masuk ke dalam susu ibu. Namun pada bayi yang baru lahir, badannya ambil masa lebih lama untuk proses kafein.
Bayi 6 bulan ke atas biasanya sudah boleh proses kafein dengan cepat.
Untuk berjaga-jaga, ambillah kafein dalam 300mg / hari sahaja (lebih kurang 1 cawan kopi) untuk bayi yang baru lahir. Untuk bayi lebih 6 bulan, boleh dalam 3 cawan sehari. Tapi sekiranya bayi anda lebih sensitive, nampak resah, sukar tidur, dan meragam, maksudnya anda perlu kurangkan kopi anda.
MAKANLAH MAKANAN YANG PELBAGAI RASA DAN WARNA
Ibu yang makan pelbagai jenis makanan sewaktu menyusukan anak, akan membantu anak menjadi seorang ‘pemakan’. Ini kerana sewaktu menyusu, susu yang diminum selalu berubah-ubah rasa mengikut pemakanan ibu. Mungkin jika ibu makan makanan yang kuat rasanya dan bau seperti petai atau durian, pertama kali sewaktu menyusukan anak, mungkin anak akan kelihatan menolak pada awalnya. Tapi lama-lama anak akan terbiasa dan boleh terima.
Selain itu, anak juga akan dapat pelbagai khasiat dari makanan yang berbeza beza tadi. Setiap makanan, buah dan sayuran, banyak khasiatnya, tergantung jenis, rupa dan warna.
Ini ada pengaruhnya sewaktu anak sudah boleh makan sendiri. Anak akan jadi seorang yang lebih ‘adventurous’ dengan makanan dan berani mencuba. Jadi kalau ibu maukan anak-anak suka makan makanan yang sihat, amalkanlah dari sewaktu bayi menyusu lagi.

MILK BOOSTER?
Sesetengah makanan memang boleh merangsang pengeluaran susu yang lebih, dan sebaliknya, contohnya; halba dan moringa adalah milk booster semulajadi yang diamalkan secara turun temurun.
Namun yang lebih tinggi pengaruh dalam penghasilan susu adalah demand, stimulasi dan emosi ibu.
Kalau ibu sukakan makanan tersebut, makanan tersebut boleh jadi milkbooster ibu, kerana ibu rasa gembira. Tapi tak bermakna ianya sama pada orang lain.
Carilah milkbooster anda sendiri. Tapi kalau ianya adalah makanan yang manis / tinggi kalori, tak perlulah ambil hari hari ya.

ADAKAH MAKANAN BERPROSES / FAST FOOD / JUNK FOOD AKAN GANGGU KUALITI SUSU?
Pada ibu yang sukakan fast food, mungkin anda akan rasa lega bila saya cakap, susu anda masih lebih berkualiti daripada susu formula.
Tapi dalam masa yang sama, kandungan transfat dalam susu anda juga adalah lebih tinggi daripada ibu yang tidak mengamalkan pemakanan makanan berproses.
Apa yang terjadi sekiranya transfat dalam susu anda tinggi? Bayi akan ada risiko untuk menjadi obese sewaktu besar nanti. Dan banyak lagi penyakit kronik yang disebabkan transfat yang tinggi.
DHA dalam susu juga akan berkurangan disebabkan transfat yang tinggi. DHA yang akan membantu perkembangan otak, mata, dan perkembangan bayi.

APA MAKANAN YANG PENTING DIAMBIL OLEH IBU MENYUSU?
Pertama sekali, makanlah dengan seimbang. Pastikan anda tidak kelaparan, ia boleh menyebabkan susu kurang, kerana anda stress. Kalau perlu, minumlah air dengan banyak kerana ia akan mengelakkan anda berasa lapar dan haus. Juga, carilah snek sihat untuk diambil in between meals. Cadangan saya adalah seperti kekacang, buah-buahan, dan rice crackers.
Makanan yang tinggi omega 3 seperti ikan, dan minyak ikan akan meningkatkan DHA dalam susu. Seperti dalam kajian yang saya tampal di atas, DHA akan membantu pembentukan dan perkembangan bayi. Lemak sihat (PUFA) seperti minyak kelapa dara, minyak zaiton juga boleh diambil selalu. Badan kita tak hasilkan PUFA ini, harus didapatkan dari makanan. Kalau anak kekurangan lemak, berat kurang, lagilah sesuai untuk ibu amalkan pengambilan lemak baik ini.
Probiotic, prebiotic. Hebatnya ciptaan Allah, susu ibu adalah benda hidup. Kenapa? Ianya penuh dengan probiotic. Probiotic adalah bakteria baik yang hidup bersama sama dengan manusia, dan penuh di dalam usus kita. Bakteria baik inilah yang akan membantu pertahankan system imuniti badan manusia. Susu ibu yang penuh dengan probiotic ini akan bantu sihatkan susu bayi, dan seterusnya kesihatannya secara umum. Pemakanan ibu yang tinggi probiotic dan prebiotic (makanan kepada probiotic), akan pastikan susu ibu lebih berkualiti. Prebiotic biasanya dijumpai dalam makanan yang berserat seperti bawang besar, sayur, buah, ataupun gum Arabic, baobab, psyllium husk, dan lain-lain.
Susu ibu memang tinggi dengan vitamin. Tapi sekiranya pemakanan ibu kurang dengan vitamin, dari manakah vitamin itu terhasil? Oleh itu ibu sendiri harus makan banyak buah-buahan, sayur sayuran, berjalan petang di taman (untuk dapatkan vitamin D), makan makanan dengan sumber protein yang sihat (ayam, ikan, kekacang, tahu, tempe, daging segar). Vitamin C sangat tinggi dalam susu ibu, sesuatu yang sangat berharga terutama sekali sewaktu anak sedang sakit. Gunakanlah kurniaan yang tidak ternilai ini dengan bijak.
Dr. Aimi Jaafar
Pegawai Perubatan
Kaunselor Laktasi
Klinik Taqwa Bangi
The post Masa Menyusu Ibu Tak Memilih Makan, Bila Besar Anak Tak Cerewet appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-menyusu-ibu-tak-memilih-makan-bila-besar-anak-tak-cerewet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

60kg 51kg Cara Saya Turunkan Berat Sesuai Untuk Orang Suka Makan Ibu Menyusu

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 842 hits
Lepas raya makin berat turun Macammana ni weeii Siapa yang kenal kami berdua sejak kahwin 10 tahun lepas kami memang comel cantik hensem Hobi makan makan makan Siapa tak suka makan kannn Wife abam Joe pandai masak pulak Yummyyy jadi jangan ...
Anak Ibu Lepak Makan Sushi Di Food Court

Anak Ibu Lepak Makan Sushi Di Food Court

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 534 hits
assalamualaikum pagi pagi Ahad ni biasa lah kan firstly saya akan cek dulu baju2 sekolah anak anak dah cuci dah sidai terutama kak Nurin s lewat ptg nanti nak balik asrama maka tghari ni wajib dia settle iron semua baju2 dia secondly saya m...
Ibu Masa Penat Mudah Marah Tenung Muka Anak Masa Tidur Tak Sedar Gugur Airmata

Ibu Masa Penat Mudah Marah Tenung Muka Anak Masa Tidur Tak Sedar Gugur Airmata

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 456 hits
Ibu insan yang sangat istimewa di mata anak anak Apa sahaja diperlukan akan dirujuk kepada ibu tidak kira anak lelaki atau perempuan Akrabnya hubungan ibu dan anak banyaknya kasih sayang dicurahkan dari alam rahim hinggalah selepas dilahirk...
Rindu Nak Susukan Raid Hanya Demam Ibu Hilang Anak 4 Bulan Otak Dijangkiti Kuman

Rindu Nak Susukan Raid Hanya Demam Ibu Hilang Anak 4 Bulan Otak Dijangkiti Kuman

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 438 hits
Tanpa disangka si kecil pergi dulu belum sempat membesarkannya seperti adik beradiknya yang lain Hanya dengan simptom demam tidak disangka sangka ada kuman yang sedang menyerang otak si kecil Perkongsian mengundang titisan air mata sesiapa ...
Sikap Cuai Ibu Ayah Tertinggal Anak Di Pasaraya

Sikap Cuai Ibu Ayah Tertinggal Anak Di Pasaraya

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 502 hits
Anak ditinggalkan dalam stroller ibu bapa cuai entah kemanaHampir setiap minggu memang banyak isu dilaporkan tentang kecuaian ibu bapa terhadap anak anak Bila sesuatu perkara buruk terjadi terhadap anak mereka maka nasi pun sudah menjadi bu...
Keletah Anak Zarina Zainudin Makan Durian Udang Merah Hei Saya Tak Makan Seafood

Keletah Anak Zarina Zainudin Makan Durian Udang Merah Hei Saya Tak Makan Seafood

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 443 hits
Musim durian ramai yang muat naik status makan durian Macam macam kisah pasal durian Salah satu kisah yang mencuit hati adalah kisah pelakon Zarina Zainudin yang melayan anak kembarnya makan durian Menurut Zarina Azil tak makan durian sebel...
Kat Sekolah Ada Subjek Sivik Kan Balik Rumah Ajar Mak Sekali Lelaki Pelik Ada Ibu Ajar Anak Hina Kerja Orang Lain

Kat Sekolah Ada Subjek Sivik Kan Balik Rumah Ajar Mak Sekali Lelaki Pelik Ada Ibu Ajar Anak Hina Kerja Orang Lain

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 467 hits
Sikap yang baik seseorang itu boleh membawa kebaikan kepada orang sekeliling serta untuk diri sendiri Semua orang tau salah satu perwatakan atau sikap yang baik adalah bersangka baik atau lebih dikenali sebagai Husnuzon kepada orang lain Se...
Pesan Menyentuh Ibu 4 Anak Yang Suaminya Direbut Model Seksi

Pesan Menyentuh Ibu 4 Anak Yang Suaminya Direbut Model Seksi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 176 hits
Sosok wanita satu ini belakangan cukup populer Setelah ia menceritakan kisah pahit rumah tangganya Dia adalah Sarita Abdul Mukti Perempuan yang berani mengungkap dugaan perselingkuhan suaminya dengan seorang model seksi Indonesia Beberapa w...
Sebelum Caesar Ada Sebab Doktor Suruh Puasa Dulu Curi Curi Makan Bahayakan Nyawa Ibu Bayi

Sebelum Caesar Ada Sebab Doktor Suruh Puasa Dulu Curi Curi Makan Bahayakan Nyawa Ibu Bayi

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 327 hits
Selama ini mungkin ramai ibu yang terfikir kenapa perlu berpuasa sekurang kurangnya 6 jam sebelum pembedahan caesarean Rupanya ia bersebab kalau tak patuh boleh bahayakan nyawa ibu dan anak Melahirkan anak sama ada secara pembedahan atau no...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik