Kit Siang Tagih Janji Hajiji 26 Tahun Lalu
SUARA MERDEKA 

	   WALAUPUN  mengetahui  Datuk Hajiji Noor sah positif Covid-19 dan kini sedang  mendapat rawatan tetapi itu tidak menghalang Penasihat DAP Lim Kit Siang  untuk menagih janji yang dibuat Ketua Menteri Sabah itu 26 tahun lalu.
Dalam satu hantaran, Kit Siang berkata, dia sedih dan terkejut mendengar Hajiji dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.
Bagaimanapun Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu tetap berharap, Hajiji  menunaikan janji untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin dan  menghapuskan rasuah di Sabah dan mengurangkan kadar kemiskinan dan buta  huruf.
“Memandangkan Hajiji sedang menjalankan tugas sebagai Ketua Menteri  melalui panggilan telefon dan persidangan video, harap beliau akan  memberitahu para menteri beliau yang agenda utama Kabinet Hajiji ini  adalah untuk memenuhi janji selama 26 tahun beliau.
“Semasa beliau pertama kali bertanding sebagai calon UMNO pada tahun  1994 untuk menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin, menghapuskan  rasuah di Sabah, dan mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar buta huruf  di Sabah kepada sifar — dan untuk mengarahkan Kabinet beliau untuk  membentangkan satu laporan bagaimana keempat-empat objektif ini boleh  dicapai,” kata Kit Siang melalui Blognya.
				 Dalam tulisannya, Kit Siang turut melahirkan keharianan jawatan  Menteri Kesihatan Sabah dihapuskan walaupun negeri itu kini menjadi  tumpuan utama Covid-19 di Malaysia.
Ketua Menteri Sabah itu disahkan positif COVID-19 semalam.
Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohamed  Sunoh berkata, sebelum ini Hajiji sukarela menjalani kuarantin kendiri  beberapa hari yang lalu selepas salah seorang kakitangannya positif  COVID-19.
“Semasa dalam kuarantin kendiri, beliau menjalani ujian COVID-19  sekali lagi dan hasil ujian terbaru mengesahkan beliau didapati positif.
“Kini beliau sedang menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth  bagi rawatan susulan dan keadaan kesihatan beliau baik serta stabil.
“Walaupun sedang menjalani rawatan, beliau masih menjalankan tugas  dan tanggungjawab di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan  sidang video,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-SM
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/10/kit-siang-tagih-janji-hajiji-26-tahun.html