Lim Kit Siang Hanya Tahu Menyalahkan Tidak Mampu Beri Solusi Kata Bala

SECARA umumnya, saya menghormati Lim Kit Siang (LKS)  sebagai seorang ahli politik veteran di dalam negara kita. Beliau ada  banyak pengalaman politik yang mampu menggugat pihak lawan. Namun, modus  operandi beliau saya lihat hampir sama sahaja iaitu menyalahkan pihak  lawan dalam apa jua perkara yang berlaku.
Lihat sahaja isu  COVID-19, LKS meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada Kerajaan Perikatan  Nasional. Beliau masih mengulangi kononnya Langkah Sheraton sebagai  puncanya, namun tidak pernah memberi pujian ketika kadar COVID-19  sebelum ini menurun dengan begitu baik sehingga mendapat pujian di  peringkat antarabangsa.
Ya, ketika ini COVID-19 kembali meningkat  dengan kadar yang tinggi khususnya ketika dan selepas PRN Sabah namun  LKS tidak pula menyalahkan Shafie Apdal yang membubarkan DUN Sabah dan  dalam masa yang sama Shafie Apdal sendiri memohon maaf kepada rakyat  Sabah kerana terpaksa membubarkan DUN Sabah ketika COVID-19 sedang  melanda negara khususnya Sabah.
Adakah LKS mengkritik Shafie?  Tentunya tidak kerana sikap LKS memang begitu sejak dahulu iaitu  menyalah pihak lawan dan mendiamkan diri bila pihak kawannya melakukan  kesalahan.
Pokok pangkalnya, LKS adalah ahli politik yang tidak  mampu memberi solusi kepada masalah yang berlaku selain menghentam dan  mengkritik kerana itu sahaja kebolehan yang beliau ada.
Sekian.
YB SENATOR N. BALA SUBRAMANIAM, JP
Ketua
Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat 
#Sumber :  Harakahdaily   
MR :  Dia kan nak bersara kalau kena tipu dengan Mahathir... Lawan mahathir lebih 30 tahun, masih kena tipu  
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/lim-kit-siang-hanya-tahu-menyalahkan.html