Isu Pkpb Pun Mb Dan Kit Siang Mahu Politikkan
TINDAKAN kerajaan mengisytiharkan Perintah Kawalan  Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi seluruh Negeri Selangor, Putrajaya dan  Kuala Lumpur mulai tengah malam ini sehingga 27 Oktober sebagai langkah  memerangi dan mengawal pandemik COVID-19 demi keselamatan dan jaminan kesihatan rakyat sangat di alu-alukan.
Semalam  kes-kes baru yang dicatatkan bagi ketiga-tiga wilayah adalah Selangor  69, Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  28.
Walaupun jumlahnya kurang dari 100 namun menurut Ketua  Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bilangan kes-kes baru  ini dijangka meningkat dan tindakan memperkenalkan PKPB ini menurut  beliau adalah langkah terbaik untuk memutuskan rantaian wabak ini.
   Rakyat jelata di kawasan yang dimaksudkan rata-rata memahami tindakan  tegas pihak kerajaan malah dijangka memberi kerjasama penuh  memandangkan penularan wabak ini hanya akan merugikan semua pihak  sebagaimana dialami negara-negara lain.
   Ini bukan masanya untuk bermain politik atau menuding jari, malah  semua pihak sewajarnya memberikan galakkan dan kerjasama agar PKPB ini  dipatuhi demi masa depan yang lebih baik dan selesa buat semua.
   Tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mempertikaikan langkah  Putrajaya ini sangat dikesali. Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri  Amiruddin Shaari ancaman wabak ini hanya melibatkan beberapa daerah di  Selangor sedangkan beberapa daerah lain seperti Kuala Selangor dan Sabak  Bernam masih terkawal, oleh itu menurut beliau menguatkuasa PKPB untuk  seluruh negeri seolah tidak wajar.
   Adakah kita mahu menunggu seluruh Selangor berzon merah baru mahu  kita menguatkuasakan PKPB? Tidakkah Menteri Besar memikirkan keselamatan  dan kebajikan rakyat, anak-anak kita dan warga emas?
   Sementara itu pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula menganggap  langkah Putrajaya itu sebagai melampau dan tidak rasional serta  menghukum rakyat Selangor dan KL. Tambah Lim tindakan drakonian PKPB yang mengenakan sekatan penuh pergerakan memberikan kesan buruk kepada ekonomi.
   Kenyataan Lim cukup tidak bertanggungjawab kerana PKPB sesungguhnya  hanya fokus kepada kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial sedangkan  sektor ekonomi terus dibenarkan beroperasi mengikut keperluan. Kalaupun  sedikit terjejas namun demi kebaikan semua kita yakin rakyat akan terus  beri kerjasama.
   Di saat rakyat tertekan dengan pandemik ini masih ada pihak yang  tidak membantu dan malah menangguk pula di air keruh seolah mahu  mengambil kesempatan politik dalam perkara yang tidak sepatutnya  dipolitikkan.
   Semoga rakyat sedar dan dapat melihat pihak manakah yang sebenarnya  jujur dan meletakkan nasib dan masa depan mereka di hadapan dan pihak  mana pula yang sepenuh masa bermain politik walaupun kehidupan rakyat  terjejas.
   ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR 
#Sumber :  Harakahdaily      
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/10/isu-pkpb-pun-mb-dan-kit-siang-mahu.html