Kisah Seram Diganggu Selepas Kematian Nenek



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam siri kisah seram. Untuk kali ini aku nak kongsikan dengan anda semua kisah seram berkenaan gangguan selepas kematian nenek. Bagi aku kisah ini menarik, nak tahu menarik ke tidak, jom kita baca ya

via GIPHY
Aku memang rapat dengan nenek. Mungkin kerana dia yang membesarkan aku sehingga usia ku lima tahun. Walaupun aku jauh di bandar bersama kedua orang tua dan adik-beradik ku yang lain, namun ingatan ku terhadap atuk nenek yang telah menjaga ku tidak pernah luntur. Pantang ada cuti pesekolahan, pasti pulang menemankan atuk dan nenek kampung. Nenek memang telah lama hidap penyakit jantung

Memang, ibu menyatakan hasrat untuk membawa nenek duduk dengan kami di bandar, namun memikirkan atuk yang tidak mahu berpindah harapan itu hanya tinggal harapan, pun kalau boleh mana mungkin meninggalkan kampung halaman sebati dalam dirinya. Jadi sakit atau sihat, susah atau senang, hanya atuk dan nenek yang menanggung berdua. Nak harapkan anak-anak yang lain, semuanya tidak berduit. Hanya ibu tempat atuk dan nenek mengharap. Tapi kami semua tinggal jauh di Kuala Lumpur. Memang sukar untuk menjenguk ke kampung setiap masa. Itulah masalah yang melanda, sehinggalah nenek menghembuskan nafas terakhir bila kesakitannya sampai ke kemuncak

Aku benar-benar terkilan kerana nenek tidak menunggu aku menamatkan pelajaran. Aku mengharapkan untuk membantu nenek dan atuk sesudah tamat pengajian ku di universiti nanti. Biarlah aku bekerja di kampung. Dapat juga menemankan mereka yang kesunyian. Tapi ajal dan maut di tangan tuhan. Nenek pergi sebelum sempat merasa wang gaji ku terlebih dahulu. Kini aku menghabiskan percutian semester akhir sambil menemani atuk di kampung. Seperti nenek, atuk pun berkeras tidak mahu berpindah. Biarlah, hati orang tua jangan diusik. Jangan sampai mereka tersinggung.


via GIPHY

Baca Juga : [ Misteri 'Mayat' Masih Hidup di Rumah Mayat ]
Sedang aku melayani perasaan, tiba-tiba terdengar bunyi jendela terbuka dan tertutup. Ku cuba amati dengan lebih jelas. Sahlah bunyi itu datang dari arah ruang hadapan rumah. Siapa pula yang buka jendela malam-malam buta ni? Takkan atuk tak tidur lagi. Aku mengambil keputusan untuk membiar-kan saja hal itu. Mungkin mainan perasaan ku barangkali. Ku kerling jam di kepala katil yang kini sudah menunjukkan jam 2 pagi. Hati ku makin tak sedap. Ku cuba pejamkan mata rapat-rapat. Tiba-tiba terdengar lagi bunyi pintu dan tingkap terbuka. Kali ini lebih kerap. Angin malam yang tadinya menyamankan tiba-tiba bertiup ganas. Aku bingkas bangun dari katil dan berhajat keluar bilik untuk memastikan keadaan di luar. Saat aku ingin memulas tombol pintu bilik, dada ku berde-bar tidak menentu

Pelik. Takkan hanya aku seorang yang perasan sedangkan atuk seolah tidak terdengar langsung bunyi tersebut. Bunyi daun tingkap dan pintu berkeriut makin galak. Telinga ku sudah tidak tahan lagi. Aku mesti keluar dari bilik demi memastikan apa yang terjadi. Sebaik saja pintu bilik ku terbuka, aku terus menerpa ke bilik atuk dan mengetuk daun pintu biliknya bertalu-talu

"Ada apa, Fatin. Kenapa masih tak tidur lagi?" Tanya atuk sambil memisat-misatkan matanya yang hampir rabun itu.

"Atuk , Fatin nak minta atuk temankan Fatin tutup tingkap dan pintu. Dari tadi berkeriut ditiup angin kencang."

"Ye, ke? Atuk tak sedar pun." Kata atuk sambil jarinya menekan suis lampu ruang tamu dalam cahaya lampu dapur yang samar-samar itu.Aku membuntuti atuk berjalan menghala ke ruang tamu.

"Mana ada pintu terbuka. Tengoklah, Fatin. Bukankah masih terkunci ni?" Kata atuk sambil meninjau ke semua jendela dan pintu yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal.


via GIPHY

Baca Juga : [ Misteri Skuter Putih di Terowong Menora ]
" Tapi, Tok betul Fatin dengar. Tadi ia terbuka dan tertutup beberapa kali. Angin kuat tadi, Tok." Kata ku membela diri.Aku rasa aku masih belum nyanyuk lagi untuk membezakan antara realiti dan fanfasi."Sudahlah Fatin, tak ada apa-apa. Mainan perasaan aje tu. Dah, pergi masuk tidur. Esok kan kita nak ke kubur arwah nenek?" Atuk dengan pantas memujuk hati ku.

Aku benar-benar hampa dan fikiran ku tidak putus-putus memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Penat berfikir mata ku yang sedia berat makin melabuhkan tirainya. Tiba-tiba terdengar bunyi mengesot dari dalam bilik ku

"Fatin!.heeeeeeee..." Bunyi hilaian benar-benar membuatkan aku kaget.Sambil mulut ku terkumat-kamit membaca ayat kursi, aku dengan pantas memulas tombol pintu dan menerobos ke bilik atuk yang tidak berkunci.


via GIPHY
"Ada apa ni, Fatin?" Tanya atuk kehairanan melihat aku yang kalut tak menentu
"Atuk, teman Fatin tidur kat ruang tamu!" Pinta ku sambil berharap atuk faham situasi yang melanda ku ketika itu
"Emm, dah ambilkan tilam dan bantal tu." Kata atuk mengarahkan dan aku bertekad mahu menceritakan perkara itu pada atuk esok hari saja.

Baca Juga : [ Tanda Gangguan Saka Dalam Diri Anda ]
Sekian.
Sumber : Kisah Seram | Google Image | Giphy.com




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aerillhassan.blogspot.com/2019/07/kisah-seram-diganggu-selepas-kematian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1349 hits
Kisah seram hostel ini bermula masa Sha mula mula masuk semester 1 Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui ...
Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

Didakwa Ghaib Selepas Basuh Pinggan Kisah Misteri Kehilangan Fatimah 19 Tahun Lalu Masih Jadi Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 470 hits
Hampir empat bulan beliau menghilang tanpa jejak Bagaimana keadaannya Di mana lokasinya Apa khabarnya Tiada siapa yang tahu Hanya harapan doa dan usaha pencarian yang masih tersisa Mohammad Ashraf yang lenyap pada 23 Mac 2019 lalu ketika me...
Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 9990 hits
Langsuir Korang tahu tak apa beza antara pontianak dan langsuir Ini kisah aku Dulu dulu sewaktu aku sekolah rendah perkara ini berlaku di depan mata aku sendiri Pada suatu malam ketika aku sedang membuat kerja sekolah sambil menonton cerita...
Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 870 hits
Pelbagai kisah mistik yang boleh didengari apabila seseorang itu menceritakan pengalaman berdepan dengan entiti mistik ini Cerita yang menyeramkan ini sering kali dapat mencuri perhatian pemburu paranormal dengan berkunjung ke kawasan terse...
Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1257 hits
Ceritanya bermula begini satu hari sedang aku kemas kemas barang salon untuk disimpan Dalam Aku asyik mengemas barang tiba tiba loceng pintu berbunyi Ada customer di luar Wajahnya menunduk memandang lantai Masa aku buka pintu untuk menjempu...
Parah Pemikiran Nenek Ni Ingatkan Kematian Pun Salah

Parah Pemikiran Nenek Ni Ingatkan Kematian Pun Salah

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 327 hits
Setahu kami mengingatkan kematian tu adalah suatu yang wajar dipupuk dalam setiap manusia Kita hidup bukan kekal selamanya Bila manusia tu sedar suatu hari nanti mereka bakal ditanam dalam tanah sekurangnya pelajar atau orang tua dapat seda...
Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 741 hits
Matanya merenung jarum yang tercucuk di tangan Pedih juga rasanya Begitu juga dengan luka pembedahan di bahagian abdomennya Sudah beberapa jam berlalu selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiksnya Hendak bergerak pun dia tidak larat...
Kisah Nenek Berusia 101 Tahun Yang Setia Membuat Gerabah Walau Dihargai Rp 1 000 Per Buah

Kisah Nenek Berusia 101 Tahun Yang Setia Membuat Gerabah Walau Dihargai Rp 1 000 Per Buah

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 270 hits
Mbah Sarni warga Desa Ngunut Kabupaten Magetan Jawa Timur terlihat masih gesit mengayuh meja kecil berputar di depannya yang berisi adonan tanah liat berwarna hitam pekat Tangannya juga cekatan mencelupkan lap basah untuk membentuk tanah li...
Masa Saya Menangis Diaa Boleh Tanya Kenapaa Awak Menangis Hehehe Pengalaman Seram Ketika Diganggu Di Taska Shah Alam

Masa Saya Menangis Diaa Boleh Tanya Kenapaa Awak Menangis Hehehe Pengalaman Seram Ketika Diganggu Di Taska Shah Alam

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 5450 hits
Assalamualaikum semua saya nak share satu cerita yang saya sendiri alami kisahnya tak lah seram sangat tapi sampai sekarang saya madmsih teringat ceritanya bermula bila saya nak berhenti kerja kat taska tu Saya kerja kat taska tu dah 6 bula...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord