Waktu Meninggal Pukul Sebelas Lima Belas Minit Malam Kisah Seram Didatangi Arwah Penghuni Wad




Matanya merenung jarum yang tercucuk di tangan. Pedih juga rasanya. Begitu juga dengan luka pembedahan di bahagian abdomennya. Sudah beberapa jam berlalu selepas dia menjalani pembedahan membuang apendiksnya. Hendak bergerak pun dia tidak larat, hendak bersin atau batuk pun serbasalah.
“Encik nak ke tandas ke?” tanya nurse yang kebetulan berada di wad itu.
“Tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil saya abang Farish je,” ujarnya gatal. Seronok melihat nurse cantik di hadapannya ini. Hilang sekejap rasa sakitnya.
“Mari saya bantu encik Farish ke tandas,” balas nurse, selamba. Malas dia mahu melayan kegatalan pemuda ini. 
Farish tersengih macam kerang busuk. Memang cantik nurse ni! Dia akan mengorat gadis ini bila dia dibenarkan keluar nanti. Ajak pergi makan pun bagus juga. Sudahnya dia dibantu oleh nurse itu untuk ke tandas. Hatinya berdoa supaya nurse ini yang akan selalu memapahnya untuk ke tandas. Bahagia terasa berbunga di hatinya.
Malam itu, dia tidak dapat tidur. Pesakit di katil sebelah mengerang-ngerang kesakitan. Seksa sungguh nampaknya. Mulutnya berbuih-buih. Beberapa ketika kemudian, doktor dan beberapa orang pembantu perubatan bergegas ke katil pesakit tersebut.
“Waktu meninggal pukul sebelas lima belas minit malam…” doktor mengumumkan waktu kematian sambil nurse mencatatnya ke atas kertas. 
Farish terkebil-kebil. Lelaki di katil sebelah sudah mati. Mayatnya dibawa keluar dari wad dan dipindahkan ke bilik mayat. Malam itu malam pertama dia bermalam di alam barzakh. Ada kesan darah di bantal yang pernah melapik kepala arwah. Mungkin ada darah yang keluar dari mulutnya sebentar tadi. Matanya bertemu dengan mata pesakit-pesakit yang lain.
Tepat pukul satu pagi, Farish membuka mata selepas mendengar bunyi aneh dari katil sebelah. Bunyi orang yang tersedu-sedan. Fuh, siapa tu? Berdebar-debar pula dia. Rasa mahu terkucil pun ada. Kepalanya terasa berat, tidak terdaya dia untuk menoleh ke belakang. Bulu roma sudah meremang hebat. Sejuk satu badan.
“Aku dah datang, tak mau berbual dengan aku?” tegur suara itu dari belakang. 
Farish bergegar seluruh badan. Suara macam kenal! Suara arwah yang mati beberapa jam lepas! Ya ALLAH, apa aku nak buat ni?? Mata dipejam rapat-rapat. Dia tidak mahu menoleh atau berbual-bual dengan hantu!
“Aku sunyi kat sana. Sejuk…”
Ya ALLAH… Apa yang hantu ni nak daripada aku? Tolonglah blah secepat mungkin! Farish menarik selimut hingga ke kepala. Dia sudah cuak. Mahu pengsan pun ada. Arwah ketika hidupnya memang suka menyapa pesakit-pesakit lain. Orang yang paling selalu disapa arwah ialah dia. Sekarang arwah kembali menegurnya dan mahu berborak.
“Aku sunyi, berbuallah dengan aku…” suara itu terus-terusan merayu. Farish mematungkan diri di dalam selimut. Dia tidak betah berbual dengan hantu!
Esoknya, Farish didatangi beberapa pesakit yang satu wad dengannya. Mereka membuka cerita bagaimana menakutkan kejadian pagi tadi. 
“Aku berkelubung dalam selimut sampai ke pagi,” cerita Ariff sambil menggosok lengannya yang merinding. 
“Aku pulak sikit lagi nak terkencing dalam seluar. Nasib baik aku sempat control,” ujar si Kamal pula. Fobia betul dia pagi tadi. Kepala terasa sebesar besen.
Farish hanya mampu mengukir senyuman pahit. Rupa-rupanya mereka juga mendengar suara arwah. Ingatkan dia seorang saja. Harap-harap malam ini arwah tidak lagi mengganggu ketenteraman hidup mereka. Jika dia muncul sekali lagi, dia tidak dapat berjanji yang dia dapat mengawal kencingnya daripada membasahi katil. Takut punya pasal.
Selepas tengah malam, wad itu dihantui oleh arwah sekali lagi. Seperti semalam, dia menyapa Farish dan mengajak lelaki itu berborak dengannya. Farish separuh mati mengawal ketakutannya.
“Aku sunyi. Pandanglah aku…”
Farish menggeleng-geleng. Gila! Tak mungkin dia akan memandang wajah hantu! Dia bersembunyi di balik kain selimut. Kain selimut pula fabriknya jarang-jarang. Dia nampak dengan jelas arwah sudah berdiri di sebelahnya. Tidak lagi di belakangnya. Kulitnya biru dan baju hospitalnya ada kesan tompokan darah.
"Aku tak suka tidur di bilik mayat. Tempat tu sunyi. Aku takde teman berbual,” Farish cuba memekakkan telinga. Dia tidak ingin mendengar luahan perasaan orang yang sudah mati. Dia tidak perlukan orang yang sudah mati untuk berbual dengannya. Dia memejamkan mata rapat-rapat. 
“Bila kau nak teman aku kat sana? Boleh kita berbual setiap malam….”
Dia suruh aku mati ke? Gumam Farish. Ini benar-benar gila. Arwah merendahkan wajahnya dan merenung Farish tidak berkelip. Jantung Farish bagaikan berhenti berdegup. Bau busuk meloyakan tekak. Mata arwah merah menyala dan kulit wajahnya pucat membiru. Dia mahu berbual-bual dengan Farish seperti ketika dia masih hidup.
“Bilik mayat sejuk. Boleh kau temankan aku kat sana nanti?”
Soalan gila! Farish melaungkan azan sekuat-kuat hatinya. Dia sudah tidak tahan lagi! Laungan azannya mengejutkan pesakit-pesakit lain. Mereka melilau memandang ke sekeliling tetapi arwah sudah tiada. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Mana yang beragama Islam mula membaca ayat-ayat suci al-Quran supaya iblis itu tidak lagi muncul di situ.
Farish dibenarkan keluar. Masa yang sesuai untuk dia pergi dari situ. Ada kemungkinan arwah akan kembali lagi pada malam ini tetapi dia sudah berada di rumah. Lega! Tentang nurse cantik itu pula, lain kali sajalah dia mengoratnya. Tunggu bila semuanya sudah reda dan ketakutannya sudah tiada, baru dia akan kembali menjejakkan kaki ke hospital itu. 
Farish merebahkan kepalanya ke bantal. Selesa betul di rumah. Lampu bilik ditutup, dia bersedia untuk tidur. 
“Aku datang untuk berbual dengan kau….”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://coffeecakehorror.blogspot.com/2019/07/waktu-meninggal-pukul-sebelas-lima.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefilem Salam Manis 28 Jun Ini Pukul 9 30 Malam Di Tv2

Telefilem Salam Manis 28 Jun Ini Pukul 9 30 Malam Di Tv2

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 813 hits
Saksikan telefilem Salam Manis arahan Khir Rahman lakonan Ruhainies Azrel Ismail Adam Shah Nur Risteena Munim Jasmin Hamid Arash Mohd Zain Hamid Zazlee Baginda pada Jumaat 28 Jun pukul 9 30 malam di TV2 Mengisahkan seorang gadis yang fobia ...
Kisah Seram Jururawat Di Hospital Lembah Kelang

Kisah Seram Jururawat Di Hospital Lembah Kelang

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 1124 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraKembali lagi dalam rancangan kisah seram hari ini Sudah lama rasanya aku tak kongsikan kisah seram dengan anda semua Kisah untuk kali ini adalah berkenaan situasi dan keadaan di sebuah hospital Anda pernah...
Walaupun Tidur Siang 15 Minit Je Sudahnya Malam Dia Jadi Burung Hantu Irine Nadia Kongsi Tip Mudah Tidurkan Anak

Walaupun Tidur Siang 15 Minit Je Sudahnya Malam Dia Jadi Burung Hantu Irine Nadia Kongsi Tip Mudah Tidurkan Anak

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 575 hits
Nak tidurkan anak memang ada kesukarannya Lebih lebih lagi anak yang aktif bermain semakin sukar nak tidurkan mereka di waktu malam Ibu yang berdepan dengan masalah ini memang stress Penat bekerja sepanjang hari anak pula tidak mahu tidur a...
Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

Dengan Perasaan Takut Aku Terus Sikat Rambut Dia Kisah Seram Sewaktu Memotong Rambut Wanita Misteri

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 1257 hits
Ceritanya bermula begini satu hari sedang aku kemas kemas barang salon untuk disimpan Dalam Aku asyik mengemas barang tiba tiba loceng pintu berbunyi Ada customer di luar Wajahnya menunduk memandang lantai Masa aku buka pintu untuk menjempu...
Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

Hang Gila Apa Mana Ada Orang Duk Kat Bilik Depan Kita Ni Kisah Seram Senyuman Manis Gadis Yang Mati Bunuh Diri

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 1349 hits
Kisah seram hostel ini bermula masa Sha mula mula masuk semester 1 Sha dapat bilik di blok Damai 3 aras 2 bilik 33 hostel pelajar perempuan Bilik yang Sha dapat ni bukan la berhantu Tapi bilik Sha berhadapan dengan bilik yang tak diketahui ...
Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

Kisah Pengalaman Seram Hantu Penanggal Di Borneo

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 870 hits
Pelbagai kisah mistik yang boleh didengari apabila seseorang itu menceritakan pengalaman berdepan dengan entiti mistik ini Cerita yang menyeramkan ini sering kali dapat mencuri perhatian pemburu paranormal dengan berkunjung ke kawasan terse...
Lima Hari Lima Tawaran Kerja Wanita Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berkat Selalu Belanja Kucing Makan

Lima Hari Lima Tawaran Kerja Wanita Ini Kongsi Kisah Inspirasi Berkat Selalu Belanja Kucing Makan

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 535 hits
Lima Hari Lima Tawaran Kerja Gadis Jobless Kongsi Kisah Inspirasi Berkat Selalu Belanja Kucing Makan Setiap dari rezeki kita ada hak orang atau makhluk lain Bak kata Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Adalah puncak kepua...
Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

Tiba Tiba Dia Nampak Ada Benda Terapung Kisah Seram 15 Tahun Lalu Di Kampus Cyberjaya

papar berkaitan - pada 12/7/2019 - jumlah : 823 hits
Kisah tu bermula masa saya masih menuntut di universiti Asalnya kampus ini dulu dekat Melaka tetapi atas sebab sebab nak menempatkan lebih ramai penuntut kami dipindahkan ke kampus lagi besar dekat Multimedia Super Koridor kat Selangor Nama...
Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

Kami Terdengar Bunyi Bising Di Belakang Rumah Kisah Seram Hantu Langsuir Bertenggek Di Pohon Sukun

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 9990 hits
Langsuir Korang tahu tak apa beza antara pontianak dan langsuir Ini kisah aku Dulu dulu sewaktu aku sekolah rendah perkara ini berlaku di depan mata aku sendiri Pada suatu malam ketika aku sedang membuat kerja sekolah sambil menonton cerita...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids