Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan


Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan
Ramadhan adalah bulan mulia penuh dengan keberkatan yang di dalamnya dilimpahkan pahala berlipat kali ganda oleh SWT. Bulan ini melatih jiwa kita supaya sentiasa sabar dan menahan diri dari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.
Ia turut mendidik hati supaya bersyukur dengan nikmat yang telah diperolehi. Di samping itu,  ini merupakan masa terbaik untuk Muslim beramal dan melakukan ibadah kepada-Nya lebih-lebih lagi ketika 10 malam terakhir Ramadhan.
Kerjaya sebagai Doktor ternyata memerlukan komitmen yang tinggi tidak kira masa dan di mana. Mereka harus sentiasa bersedia berkhidmatan untuk masyarakat walaupun ketika bulan Ramadhan dan mahupun saat lebaran.
Seorang doktor, Nurilyani Bujang telah berkongsi pengalaman yang sedikit berbeza sewaktu 10 malam terakhir Ramadhan. Ia merupakan satu peristiwa yang telah menyentak dan menyedarkannya.
Kita kena selamatkan dia, supaya dia boleh bertaubat!
12 tahun dahulu, 10 Ramadhan yang terakhir. 5 pagi. Di sebuah hospital di selatan tanah air.
Aku baru sahaja meluruskan badan di atas katil di bilik on call yang tak berapa empuk itu setelah selesai sahur. Sejak jam 8 pagi aku masuk kerja, pesakit datang ke dewan bedah bertali arus. Penat. Kepala pun dah berpinar pinar.
Kring… kring…
5.15 am, aku mengerling jam dinding yang samar samar.
‘Hello Dr, Saya Dr X dari department Orthopedik nak book satu emergency AKA (above knee amputation) for very bad crush injury. Tengah transfusi darah. Dah stabil nanti kami call balik.’
‘OK’. Jawabku pendek
Aku yang baru sahaja nak lelap bangun kembali, mempersiapkan dewan bedah untuk pesakit yang akan sampai tak berapa ketika nanti.
Aku ambil kelengkapan untuk transfusi darah dengan pantas dan mempersiapkan pelbagai ubat ubatan untuk resusitasi pesakit tersebut. Dari cara penyampaian doktor ortopedik tadi, anak muda itu seperti tenat, kehilangan darah yang banyak.
Dia di jumpai di jalanan dengan badan yang luka luka, sebelah kaki yang sudah hancur, barangkali terseret di bawah kenderaan. Nyawanya panjang. Dia dijumpai oleh Pak Bilal dalam perjalanan ke masjid. Siapa yang melangar, entah lah. Tak pasti.
Sesampainya dia di Dewan Bedah, rawatan resusitasi di teruskan oleh team bius. Manakala doktor ortopedik sedaya upaya cuba menghentikan pendarahan. Kaki yang hancur, tulang yang berkecai, daging bercebis cebisan dan masih penuh dengan kekotoran itu perlu dibuang supaya dia tidak kehilangan darah yang lebih banyak dan badannya tidak dimasuki kuman berbahaya.
Tekanan darahnya rendah. Beberapa kali jantungnya juga seakan mahu berhenti. Berbelasa belas beg darah diperlukan.
‘Boss, penatlah nak pump darah. macam dah tak ada harapan ni.’ Nada aku keras seakan akan memprotes pada pakar ku supaya kita berhenti dan mengalah. Tapi pakarku masih lagi bertenaga dan memberikan kata kata semangat pada semua yang ada.
‘ Teruskan. Kita kena selamatkan dia, supaya dia boleh bertaubat!’
Aku tersentap dengan kata kata pakarku. Di dalam saat 10 malam terakhir Ramadhan waktu semua umat sedang mengejar kemuliannya, anak muda di hadapan aku ini dijumpai di jalanan dengan bau alkohol yang semerbak.
Apa yang dia lakukan sebelum dijumpai Pak Bilal, entahlah. Usai pembedahan jam 8 pagi, aku menghantar anak muda itu ke ICU untuk penjagaan yang seterusnya. Dia tinggal di ICU selama hampir sebulan. Selama itu jugalah aku lihat pakarku tidak pernah mengalah untuk dia.
Anak muda itu dijaga dengan baik. Sehingga boleh bergerak sebelum dihantar keluar dari ICU ke wad Orthopedik.
Beberapa bulan selepas itu, anak muda itu kembali ke ICU, disorong dengan wheel chair oleh tunangannnya. Dia datang membawa kad dan buah tangan sebagai ucapan terima kasih.
‘Terima kasih doktor kerana tidak pernah berhenti berusaha untuk saya. Saya pendosa dan Allah berikan saya peluang untuk bertaubat.’
Dia kemudiannya berlalu selepas berjumpa dengan staf staf lain di ICU. Entah kenapa aku terasa begitu sayu. Dan terus menangis selepas dia keluar dari situ.
Sumber : Nurilyani Bujang
The post Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/kisah-seorang-pemuda-kemalangan-dengan-bau-alkohol-semerbak-di-10-malam-terakhir-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sangka Ia Pertemuan Terakhir Ibu Hamil 5 Bulan Antara 4 Maut Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Nerus

Tak Sangka Ia Pertemuan Terakhir Ibu Hamil 5 Bulan Antara 4 Maut Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 664 hits
Empat maut seorang cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus hari ini Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 20 pagi tadi di Kilometer 31 Jalan Kuala Tere...
Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan

Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 665 hits
Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya Sepuluh hari yang terakhir atau sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan ini merupakan penutupnya yang bermula pada hari ke 21 Ramadan iaitu setelah selesainya 20 h...
10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 771 hits
Esok kita akan memulakan fasa terakhir Ramadan malam malam yang penuh barakah Marilah kita sama sama cuba melaksanakan amalan baik dengan lebih giat lagi dan semoga kita terus istiqamah selepas tamatnya Ramadan kali ini Saya salin kembali a...
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1234 hits
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini Salam semua hari ini dah masuk ke 20 Ramadan 10 hari lagi akan berakhirnya Ramadan yang penuh berkah ini Kat sini 2 hari sebelum masuk 10 terakhir Ramadan...
Kisah 10 Hari Terakhir Ramadan Pecutan Untuk Bekalan Akhirat Berkali Ganda

Kisah 10 Hari Terakhir Ramadan Pecutan Untuk Bekalan Akhirat Berkali Ganda

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 327 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid perbanyakkan i...
Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 333 hits
Seorang maut 37 cedera kemalangan libatkan bas dan SUV Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 May 2019 11 08PM
Tiada Lagi Kisah Seorang Biduan Selebriti Ahli Politik Sama Berduka Pemergian Dahlan Zainuddin

Tiada Lagi Kisah Seorang Biduan Selebriti Ahli Politik Sama Berduka Pemergian Dahlan Zainuddin

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 555 hits
Malam tadi industri hiburan Tanah Air telah dikejutkan dengan pemergian seorang insan seni iaitu Datuk Dahlan Zainuddin 78 Beliau merupakan seorang penyanyi popular pada era 70 an telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9 48 mal...
Seorang Remaja Maut 11 Cedera Dalam Letupan Bom Di Pasar Ramadan Pattani

Seorang Remaja Maut 11 Cedera Dalam Letupan Bom Di Pasar Ramadan Pattani

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 244 hits
Seorang remaja maut 11 cedera dalam letupan bom di pasar Ramadan Pattani nbsp Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan p
Seorang Maut Enam Cedera Kemalangan Di Gurun

Seorang Maut Enam Cedera Kemalangan Di Gurun

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 517 hits
NORLIDA AKMAR IDROS 02 Jun 2019 7 43 PM GURUN Kegembiraan enam sekeluarga untuk pulang berhari raya berakhir duka apabila mereka terlibat dalam kemalangan di Kilome
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation