Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan



Bulan Ramadan adalah bulan mulia yang dianugerahkan Allah kepada hambaNya. Sepuluh hari yang terakhir atau ‘sepuluh malam terakhir’ dalam bulan Ramadan ini merupakan penutupnya; yang bermula pada hari ke 21 Ramadan iaitu setelah selesainya 20 hari puasa.
Sepuluh malam terakhir dalam bulan ini adalah antara sebaik-baik malam yang Allah jadikan untuk hambaNya beribadah hanya padaNya. Rasulullah SAW telah menunjukkan kepada kita cara menghayati dan menghargai malam-malam mulia ini, iaitu dengan cara;
#1 – Menghidupkan Malam
Menghidupkan malan di sini bererti Baginda SAW memenuhi malam dengan beribadah kepada Allah SWT. Aisyah RA pernah berkata:
“Tidak pernah aku melihat beliau (Nabi SAW) melakukan ibadah pada malam hari hingga pagi harinya dan berpuasa selama satu bulan penuh kecuali di bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat Muslim)
#2 – Membangunkan Keluarga Baginda
Pada malam-malam 10 hari yang terakhir, Rasulullah SAW membangunkan keluarganya untuk sama-sama mengerjakan solat sunat. Hal demikian tidak Baginda lakukan pada malam-malam yang lain. Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib, ia berkata:
“Rasulullah SAW membangunkan keluarganya di sepuluh hari terakhir bulan Ramadan.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi)
#3 – Tidak Menggauli Para Isteri Baginda
Pada waktu-waktu ini, Baginda menjauhkan diri dari menggauli isteri-isteri Baginda. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas disebutkan bahawa Baginda melipat tempat tidur Baginda.
“Adalah Rasulullah SAW jika telah masuk sepuluh hari terakhir bulan Ramadan, beliau mengencangkan kainnya, menghidupkan malamnya, dan membangunkan keluarganya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

#4 – Mandi Antara Maghrib dengan Isya’
Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Aisyah ra, berkata:
“Di bulan Ramadan, Rasulullah biasanya tidur dan bangun malam, namun jika telah masuk 10 hari terakhir, beliau mengencangkan ikat pinggang, menjauhi isteri-isterinya, dan mandi di waktu antara Magrib dan Isya’.”
Hal ini untuk menyegarkan tubuh untuk berjaga malam dan mengerjakan ibadah sepanjang malam itu.
#5 – Beriktikaf
Aisyah RA berkata:
“Nabi SAW melakukan iktikaf di 10 hari terakhir bulan Ramadan sampai beliau meninggal. Kemudian, isteri-isterinya yang melakukan iktikaf sepeninggalan beliau.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Tujuan Rasulullah SAW beriktikaf pada 10 hari terakhir adalah untuk menghentikan kesibukan dunia, mengosongkan fikiran, mengasingkan diri untuk bermunajat kepada Allah. Pada waktu ini juga Baginda menghabiskan malamnya dengan berdoa dan berzikir kepada Allah SWT.
Sesungguhnya, 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan adalah malam-malam yang sangat istimewa. Pada malam-malam inilah Nabi Muhammad SAW menghabiskan waktu-waktunya dengan ibadah yang khusyuk. Dan, antara malam-malam inilah terdapat malam Lailatul-Qadar; malam yang lebih mulia daripada 1,000 bulan.
Terutamanya pada malam-malam yang ganjil akan muncul Lailatul qadar yang penuh kemuliaan dan diburu oleh umat Islam yang tahu nilai istimewanya. Semoga kita menjadi sebahagian umat yang ikhlas mengabdikan diri kepadaNya pada malam-malam tersebut.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Cara Rasulullah Memuliakan 10 Malam Terakhir Ramadan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/cara-rasulullah-memuliakan-10-malam-terakhir-ramadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

10 Amalan Mudah Pecutan Malam Terakhir Ramadan 1440h

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 775 hits
Esok kita akan memulakan fasa terakhir Ramadan malam malam yang penuh barakah Marilah kita sama sama cuba melaksanakan amalan baik dengan lebih giat lagi dan semoga kita terus istiqamah selepas tamatnya Ramadan kali ini Saya salin kembali a...
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 1236 hits
7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar Pada 10 Hari Terakhir Ramadan Dan Amalkan Doa Ini Salam semua hari ini dah masuk ke 20 Ramadan 10 hari lagi akan berakhirnya Ramadan yang penuh berkah ini Kat sini 2 hari sebelum masuk 10 terakhir Ramadan...
Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan

Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 338 hits
Kisah Seorang Pemuda Kemalangan Dengan Bau Alkohol Semerbak Di 10 Malam Terakhir Ramadan Ramadhan adalah bulan mulia penuh dengan keberkatan yang di dalamnya dilimpahkan pahala berlipat kali ganda oleh SWT Bulan ini melatih jiwa kita supaya...
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 661 hits
Memasuki 10 Hari Terakhir Ramadhan Ini Tips Mendapatkan Malam Lailatul Qadar Beserta Doanya Memasuki hari hari terakhir dalam bulan mulia Ramadhan Terasa begitu sekejap masa berlalu tentunya dalam meniti kepergian bulan Ramadhan ini 10 hari...
Beberapa Amalan Di 10 Hari Terakhir Ramadan

Beberapa Amalan Di 10 Hari Terakhir Ramadan

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 346 hits
Beberapa amalan ketika di sepuluh terakhir Ramadhan 1 Meningkatkan Ibadah dan Lebih Semangat di Sepuluh Hari Terakhir Ramadhan Ummul Mukminin Aisyah radhiyallahu anha berkata Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersungguh sungguh dalam ...
Bima Arya Akan Panggil Pemilik Tempat Hiburan Malam Yang Masih Operasi Saat Ramadan

Bima Arya Akan Panggil Pemilik Tempat Hiburan Malam Yang Masih Operasi Saat Ramadan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 225 hits
Larangan operasional bagi THM selama bulan Ramadhan ini menurutnya agar membuat situasi tetap kondusif
Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar

Tips Ulama Cara Mencari Malam Lailatul Qadar

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 478 hits
Tips Ulama Mencari Malam Lailatul Qadar Kalau difikirkan agak malang umat Islam zaman masa kini sebab nyawa dan umur amat pendek jika nak dibandingkan dengan umat umat zaman terdahulu Umat akhir zaman seperti pernah dinyatakan Rasulullah S ...
4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

4 Masjid Cantik Di Sekitar Kota Bharu Bagi Mengaut Pahala 10 Malam Terakhir Ramadhan

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 407 hits
Assalammualaikum dan Salam RamadhanSetiap kali menjelang tiba bulan yang penuh kemuliaan ini rakyat Kelantan akan mengadakan persiapan rapi dalam menyambut bulan Ramadhan Saya berkesempatan untuk melawat 4 Masjid yang bagi saya sangat canti...
Rayer S Pro Bjp Remarks Led To Strong Local Tamil Backlash

Filem Emp4t

Alleycats Khabar Buat Ibu Chord

Come Clean On Alleged Royal Addendum Hamzah Tell Government

Helping The Poor Will Be A Blessing And The Happiness Gained Will Be Enormous

Tukang Masak Maut Bayi 7 Bulan Parah Lori Langgar Mpv

Anak Terlantar Selepas Lemas Dalam Kolam Ibu Harap Ada Keajaiban Cepatlah Bangun Sayang

12 Minyak Hitam Kereta Terbaik Untuk Melindungi Enjin


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro


Karnival Haji Umrah Pelancongan Kembali Lagi

Baby Blue Whale A Quirky Yamaha Sr150 Bobber From Taiwan

Siapa Sebenarnya Iyah May Penyanyi Yang Kehilangan Kontrak Kerana Lagu Karmageddon

Perkongsian Isteri Punca Rezeki Suami

Makan Makan Hari Jadi Aida Shida Secret Recipe Larkin

52 Places To Go In 2025