Tak Sangka Ia Pertemuan Terakhir Ibu Hamil 5 Bulan Antara 4 Maut Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Nerus



Empat maut, seorang cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan, Kuala Nerus, hari ini. 
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.20 pagi tadi di Kilometer 31, Jalan Kuala Terengganu-Setiu berhampiran Kampung Pakoh Jaya itu membabitkan kereta Peugeot dan Proton Aeroback. 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.30 pagi berhubung kejadian itu dan 11 anggota bersama satu jentera dan ambulan (EMRS) dikerahkan ke lokasi kejadian. 
Setibanya di lokasi, bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik NEgeri, Superintendan Abd Razak Hassan berkata, dua buah kereta terbabit bertembung menyebabkan kesemua mangsa meninggal dunia. Antara yang menjadi mangsa dalam kemalangan itu adalah seorang wanita hamil lima bulan


Siti Nur Shahila Asla, 26, dan suaminya, Hafiiz Mohd Ibrahim, 29, yang menaiki Proton Wira Aeroback, meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah. 
Dua lagi yang terkorban, pemandu Peugeot, Anuar Said, 59, dan isterinya, Che Khasliza Che Hussin, 52, sementara anak mereka, Nurul Nadirah, 13, cedera di muka dna kaki, dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). 
Difahamkan, Siti Nur Shahila dan Hafiiz ketika itu dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke Kuala Nerus selepas pulang dari Kampung di Felda Chiku 5, Gua Musang, manakala Anura dan keluarganya dalam perjalanan ke Besut dari Dungun selepas menziarahi sepupu yang meninggal dunia malam tadi. 

Bagaimanapun, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Peugeot dikatakan bertembung dengan Proton Wira yang dipandu dari arah bertentangan. 
Kesemua mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik HSNZ untuk dibedah siasat. 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan. 

SEMPAT BELI BARANG KEPERLUAN RAYA UNTUK KELUARGA
Ibu kepada Siti Nur Shahila, Saripah Mohd, 53, berkata, dia tidak menyangka pertemuan mereka pagi tadi adalah kali terakhir dia melihat anak dan menantunya. 
"Pagi tadi mereka hanya sempat minum dan bertolak dari sini pada jam 6.30 pagi. Siti Nur Shahila ada minta saya masakkan sira tapai dan nasi dagang dan saya bersyukur kerana sempat menunaikan hajatnya. 
"Dia sempat membeli barang keperluan raya kami sekeluarga. Arwah ada beritahu dia akan beraya di rumah suaminya dahulu di Kuala Nerus," katanya yang juga terkilan hajat anak dan menantunya untuk bergelar sebagai ibu bapa tidak kesampaian

REDA DENGAN PEMERGIAN ANAK  & MENANTU DI BULAN RAMADAN
Bapa Hafiiz, Ibrahim berkata, dia reda dengan perkhabaran itu dan mengakui sedih kerana pasangan itu selama ini tinggal bersamanya kerana mahu menjaga dia yang mempunyai pelbagai penyakit. 
"Dia selalu nasihatkan saya supaya jaga makan minum dan akan bising sekiranya saya tidak mahu ke hospital membuat pemeriksaan," katanya dalam nada sebak. 
Jenazah pasangan itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gong Awang Lib, Kampung Padang Nenas, Kuala Nerus. 
TAK SANGGUP BERITAHU ANAK SAUDARA YANG IBU BAPANYA SUDAH MENINGGAL
Sepupu kepada pemandu Peugeot, Hufaizal Hussin, 37, berkata, mereka masih tidak sanggup memaklumkan kepada anak saudaranya bahawa ibu bapanya telah meninggal dunia kerana mengenangkan keadaannya yang sedang menanggung kesakitan. 
"Saya hanya minta dia makan ubat dan cepat sihat kerana keadaannya agak teruk dengan kecederaan di muka dan patah paha kedua-dua belah kaki. 
"Saya hanya minta dia tidak terlalu memikirkan keadaan ibu bapanya kerana bimbang akan memberi kesan kepada kesihatannya," katanya. 
Jenazah Anuar Said dan isterinya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Jeti, Dungun. 
Sumber: Harian Metro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penlawak.blogspot.com/2019/05/tak-sangka-ia-pertemuan-terakhir-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Hamil Lima Bulan Antara Yang Maut Dalam Nahas Di Kuala Nerus

Wanita Hamil Lima Bulan Antara Yang Maut Dalam Nahas Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 451 hits
KUALA NERUS Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Kota Bahru berhampiran Tapak Perlup...
Tak Kesampaian Jadi Ibu Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan Sempat Jamah Hidangan Diidam

Tak Kesampaian Jadi Ibu Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan Sempat Jamah Hidangan Diidam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 507 hits
Tidak kesampian menjadi ibu wanita hamil maut dalam kemalangan Lebih memilukan perginya ibu ini tidak hanya bersama bayi dalam kandungan malah suaminya juga turut maut Dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuala Terengganu Setiu berhampira...
Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

Seorang Maut 37 Cedera Kemalangan Libatkan Bas Dan Suv

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 359 hits
Seorang maut 37 cedera kemalangan libatkan bas dan SUV Dikemas kini 53 minit yang lalu Diterbitkan pada 23 May 2019 11 08PM
Empat Mangsa Maut Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus

Empat Mangsa Maut Dua Kereta Bertembung Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 405 hits
KUALA NERUS Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Kota Bahru berhampiran Tapak Perlup...
Seorang Remaja Maut 11 Cedera Dalam Letupan Bom Di Pasar Ramadan Pattani

Seorang Remaja Maut 11 Cedera Dalam Letupan Bom Di Pasar Ramadan Pattani

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 274 hits
Seorang remaja maut 11 cedera dalam letupan bom di pasar Ramadan Pattani nbsp Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan p
Seorang Pelajar Kolej Maut 24 Lagi Cedera Selepas Bas Terbabas Terbalik

Seorang Pelajar Kolej Maut 24 Lagi Cedera Selepas Bas Terbabas Terbalik

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 731 hits
Sebuah bas yang membawa 25 pelajar dari Kolej Vokasional Jelebu dan Maktab Rendah Sains Mara terbabit dalam kemalangan di Jalan Kuala Klawang Seremban berhampiran Bukit Tangga Seremban petang tadi Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 39 p...
Bahaya Urutan Naikkan Uri Kepada Ibu Hamil Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

Bahaya Urutan Naikkan Uri Kepada Ibu Hamil Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 455 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Seorang Maut Dua Cedera Gara Gara Terhidu Gas Beracun Di Ipoh

Seorang Maut Dua Cedera Gara Gara Terhidu Gas Beracun Di Ipoh

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 401 hits
Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala dua lagi cedera dipercayai akibat terhidu gas beracun berhampiran sebuah stesen minyak di kilometer 6 Lebuhraya Ipoh Lumut di sini hari ini IPOH Seorang lelaki warga Bangladesh maut manakala dua...
Bas Terbalik Seorang Pelajar Disahkan Maut Manakala Puluhan Yang Lain Cedera

Bas Terbalik Seorang Pelajar Disahkan Maut Manakala Puluhan Yang Lain Cedera

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 396 hits
SEORANG maut empat cedera parah manakala 22 lagi dianggarkan cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah bas awam di Jalan Kuala Kelawang Seremban dekat Bukit Tangga di sini petang ini Difahamkan mangsa yang maut merupakan pelajar...
Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Paul Rudd Kembali Bersama Nintendo Dalam Iklan Switch 2 Terbaru

Bn Menang Besar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Kaedah Relaksasi Otot Kurangkan Stress

Ai Team Subscribers April 27 2025

Skmm Diperalatkan Nurul Izzah Nafi Buat Laporan Skmm Terhadap Aliff Ahmad

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu