Kisah Saya 2017 Sehingga 2019



Picture Credit : Warna - Warna Kehidupan
Bila membelek-belek blog, saya dapati sudah lama saya tidak menulis atau berkongsi di sini. Nampaknya saya kena imbas balik dan ingatkan kembali apa yang telah saya lalui dalam tahun-tahun sebelum ini. Bukan untuk perkongsian, tapi lebih kepada simpanan untuk diri sendiri. Sesungguhnya dalam usia yang akan menginjak 40 tahun, kapasiti memori saya sudah tidak seperti dahulu. Seringkali lupa. Sampaikan saya membawa diri juga ke dalam kumpulan Lupa Apa Hari Ini? Nasib baik, rupanya saya tidaklah keseorangan. 
2017Tahun 2017 adalah tahun terakhir saya aktif menulis di sini. Ketika itu, saya baru berpindah sekolah di Bangi/Kajang. Saya mengajar di sesi petang. Jadi semasa itu,  rasanya tuntutan kerja tidak terlalu banyak. Hanya memegang jawatan Ketua Panitia dan Guru Bahasa Inggeris Tahun 3 sahaja. Jadi, seingat-ingat saya tahun itu adalah tahun 'Honeymoon' saya.  

2018Tahun 2018 mulalah perjalanan saya di sesi pagi. Saya masih lagi memegang jawatan Ketua Panitia BI. Kali ini saya mengajar murid - murid Tahun 6 dan Tahun 5. Kemudian saya dilantik sebagai AJK BKGK. Ketika ini saya sedang berjinak-jinak dalam bidang penulisan di bawah Pengkarya Guru (PG). Jadi semasa ini saya baru hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru. Setiap kali mengikuti kursus pada hujung minggu, saya sekeluarga akan menetap di hotel berdekatan DBP. Tidak silap saya, lebih kurang 5 kali perjumpaan pada hujung minggu. Jadi setiap hari Sabtu dan Ahad, saya berkursus bersama-sama rakan pengkarya bersama dengan penyelaras tetap yang kami panggil Kak Lyn. Kalau diimbas kembali, semasa itu semangat hendak menulis itu membuak-buak dalam hati. Tetapi, apabila diberitahu perlu menghasilkan satu novel remaja, malap sekejap api semangat saya semasa itu. Sebab ketika itu, saya hanya memasang niat untuk belajar sahaja dahulu. Belum sampai niatnya untuk menghasilkan sebuah karya lagi. Jadi adalah juga beberapa peserta kursus yang kecundang juga di tengah jalan. Akhirnya, kami semua tidak juga berjaya menghasilkan apa-apa karya seperti yang dijanjikan. 
2019Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran. Banyak peristiwa sedih dan manis yang berlaku. Banyak juga benda baru yang saya belajar sebagai seorang guru. Pada tahun ini saya tidak lagi memegang lagi jawatan sebagai KP. Saya masih lagi mengajar murid-murid Tahun 6 dan masih lagi AJK BKGK.  Tahun ini saya banyak memegang 'portfolio' baru. Saya merupakan Penyelaras Tahun 5, Penyelaras HIP dan Guru Kelas Tahun 5D. Semasa tahun ini juga, saya merupakan Penyelaras Program Perkhemahan Unit-Unit Beruniform di sekolah. Selain itu, saya juga adalah Penyelaras Program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Rasanya semasa itu agak kelam kabut dan kacau bilau juga kehidupan saya ketika itu. 
Pada masa yang sama, masalah keluarga pula melanda. Kami mendapat perkhabaran bahawa adik lelaki saya menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi serta tidak dapat dijumpai di mana-mana. Adik meninggalkan isteri dan 3 orang anaknya yang masih kecil di rumah pada awal tahun 2019. Betul-betul pada hari pertama persekolahan anak sulungnya yang ketika itu masih berumur 7 tahun. Allahuakhbar, kesedihan yang tidak terhingga dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Ada ketika saya tidak dapat melelapkan mata, memikirkan ke mana dan mengapa tindakan adik saya sebegitu rupa. Soalan yang saya pasti tidak akan terjawab sehingga kini.

Menitis air mata apabila melihat anak-anak buah saya yang rindukan ayahnya. Tertanya-tanya mereka. Mana Ayah, Ummi?  Bila Ayah hendak balik? Sebagai anak sulung seharusnya tanggungjawab itu serta merta terpikul di bahu saya. Kami adik beradik cuba mencari tetapi sehingga ke saat catatan ini, tidak lagi ketemui. 
Harapan kami dan doa kami pada Bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, moga-moga adik pulang menjenguk isteri dan anak-anaknya di kampung. Lepaskanlah rindu anak-anak pada Ayahnya sekurang-kurangnya. Perjelaskan segala rungkaian permasalahan yang melanda. Jangan kelak ditanya olehNya tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga. Takutlah Allah daripada malu pada manusia yang hanya sementara ini. 
Doakan kami sekeluarga ya. Mana tahu ada doa saudara saudari yang termakbul.

Namun, dalam kedukaan, Dia datangkan kegembiraan.  Allah itu Maha Pengasih dan lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, Allah kurniakan zuriat yang kedua kepada saya selepas beberapa tahun mencuba. Adam semasa ini sudah berusia 5 tahun. Semasa ini kesihatan saya tidak mengizinkan. Tidak pernah saya cuti sakit selama seminggu berturut-turut, tiba-tiba tahun itu saya mencipta sejarah mengambil cuti sakit sedemikian lamanya. Cuti sakit ini tidak seperti cuti yang saya ambil semasa operation buang lump pada 2012 dahulu. Cuti sakit ini bersambung-sambung kerana darah tinggi saya yang masih naik dengan banyaknya.  
Kemungkinan semasa itu, saya rungsing memikirkan tentang program Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Di tambah pula dengan masalah adik saya yang menghilangkan diri. Kusut juga saya dibuatnya. Tambahan pula, saya baru di awal-awal pregnancy. Kerana takutkan usia kandungan saya yang masih awal, Doktor meminta saya ke hospital. Tetapi saya berdegil memilih untuk rehat dan rawat di  rumah sahaja. Saya fikirkan sekiranya saya ke hospital, saya akan bertambah stress dibuatnya. Sekurang-kurang berehat di rumah, anak dan suami ada di depan mata.  Itulah yang saya fikirkan ketika itu. Sebenarnya saya memang tidak suka pergi ke hospital, malah klinik sekali pun. Saya lebih rela duduk di rumah dan berehat.

2020
Untuk tahun 2020, akan saya kongsikan di halaman yang baru pula. Banyak juga kisah pada tahun 2020. Ada antaranya sudah dibukukan bersama tim Karyawan Guru di bawah bimbingan Puan Sri Diah. Alhamdulillah, there's always a rainbow after the rain. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rabiasensei.blogspot.com/2021/04/cerita-saya-2017-sehingga-2019.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/RabiaSensei+(Rabia+Sensei)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

Persis Kisah Drama Wanita Terkejut Pengantin Rupanya Anak Kandung Yang Hilang 20 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 204 hits
Jika sebelum ini anda menyaksikan lakonan dalam drama di kaca televisyen mempunyai jalan cerita yang agak rumit Namun siapa sangka kisah ibu dan anak ini telah menjadi perhatian seluruh dunia Difahamkan anak lelaki kepada seorang wanita tel...
Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

Drama Pendek Kisah Perkahwinan Ikan Kembung Di Laut Dalam Kuali Bertemu Jua

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 401 hits
Dah masuk kuali pun sempat drama lagiDrama pendek ini hanyalah rekaan semata2 Tiada kene mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia Sekiranya ada persamaan ianya hanyalah satu kebetulan Baru baru kahwin dekat dekat nak ber...
Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

Kisah Sukses Pebisnis Prancis Asal Suriah Mohed Altrad Dulu Hidup Susah Kini Jadi Miliarder

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 167 hits
Ceritanya dramatis banget Dulunya untuk makan saja susah bahkan tanggal lahirnya aja nggak jelas kapan
Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

Kamu Freelance Cuba Baca Kisah Saya Di Platform Linkedin

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 250 hits
LINKEDIN Platform Buat Freelance Pendapat saya sendiri platform LinkedIn bukan mudah untuk orang offer sebarang job menulis Betul Seingat saya tahun 2020 bulan puasa saya aktifkan diri di sana Masa tu saya menulis sahaja tanpa fikirkan job ...
Kisah Hantu Janet Sarawak Korban Ritual Semah

Kisah Hantu Janet Sarawak Korban Ritual Semah

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 704 hits
Hantu Janet adalah sebuah kisam seram yang sangat terkenal di negeri Sarawak sekitar tahun 70 an dan 80 an Sebuah kisah tentang hantu wanita yang sering dikatakan menganggu orang ramai di Kuching Sarawak Janet merupakan seorang gadis yang b...
Kisah Putera Jefri Bolkiah Dengan Kekayaan Melampau

Kisah Putera Jefri Bolkiah Dengan Kekayaan Melampau

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 402 hits
Putera Jefri Bolkiah adik kepada Sultan Brunei menjalani kehidupan mewah dengan koleksi kapal layar hotel 5 bintang dan lebih dari 2 000 buah kenderaan mewah dan dilaporkan membelanjakan RM200 juta sebulan tanpa sebarang masalah Malah belia...
Kisah Di Pejabat Malaikat Maut Kim Heesun Rowoon Dilamar Terajui Drama Fantasi Tomorrow

Kisah Di Pejabat Malaikat Maut Kim Heesun Rowoon Dilamar Terajui Drama Fantasi Tomorrow

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 252 hits
Pastinya ramai yang tertanya tanya apakah naskhah baru yang akan diterajui oleh Kim Hee sun selepas Alice menamatkan tayangannya tak lama dahulu Menurut laporan media pelakon wanita hebat itu telah ditawarkan untuk berlakon dalam drama dram...
Kisah Guru Hebat Macam Cikgu Saleh

Kisah Guru Hebat Macam Cikgu Saleh

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 289 hits
CERITA CIKGU SALEHApril 2005 sebulan selepas saya grad daripada USM saya cuba nasib sebagai guru ganti Add Math di sebuah sekolah Teknik di Perlis Memang tak dak ilmu langsung sekadar ikut style cikgu cikgu saya yang dulu plus sedikit curi ...
Kisah Lucu Ke 36 B Tuhan Menangis God Crays By Dr Mura

Kisah Lucu Ke 36 B Tuhan Menangis God Crays By Dr Mura

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 255 hits
KISAH LUCU KE 36 B TUHAN MENANGIS KARENA TIDAK MAMPU MEMBANTU ANAK TUNGGALNYA SENDIRI
Kanak Kanak Usia 3 Tahun Sudah Boleh Diajar Berdikari Tahu Urus Diri Sudah Cukup Baik

Asal Usul Coca Cola

Lumira Eka Heights Epitome Of Contemporary Living

Sejarah Hitam Bola Sepak Berulang

Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan

Unleashing The Miracle Of Retinol For Your Skin

Hukuman Masyarakat Sangat Berat Jika Anda Punya Pendapat Berbeza Dari Mereka

Takut Ditangkap Khalwat Pecut Kereta Hingga Terbabas



Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3


Nak Rasa Musim Sejuk Jom Bawa Anak Ke Immersive Winterland Tarikan Terbaharu Di I City Shah Alam

Buaya Jantan 5 Meter Tersangkut Pada Pukat

Lori Tanah Jatuh Gaung Wanita Maut Suami Patah Tangan

Nga Asks Saifuddin To Halt Probe On Teoh Beng Hock S Family

Sudah Bersedia Terima Surat Bersatu Apapun Terjadi Tetap Sokong Kepimpinan Pm

Umno Pas Bersatu Amanah Mengail Dalam Kolam Yang Sama