Ikan Buntal Risiko Dan Gejala Keracunan


Walaupun ramai yang tidak pernah makan atau melihatnya sendiri, namun pasti ramai yang kenal dengan ikan buntal.
Ikan ini dikenali dengan ciri-ciri seperti kulit berduri, badan yang boleh mengembang dan mengandungi racun.
Sejak 1985 hingga Mac 2023, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan sebanyak 58 kes keracunan dan 18 kematian akibat pengambilan ikan ini.  
Negara kita juga telah mengawal penjualan ikan buntal di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1972.
Bagaimana ikan ini mampu memudaratkan kesihatan manusia dan apakah gejala keracunan yang perlu diketahui?
Ayuh kita kenali ikan ini dengan lebih lanjut.
Sumber : The Guardian Ikan buntal berasal dari keluarga Tetraodontidae. Terdapat sekurang-kurangnya 185 spesis yang boleh dikenalpasti di perairan Malaysia.
Spesis yang biasa ditangkap di negara kita adalah ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), dan buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris).
Walaupun ikan ini beracun dan ada yang berduri, ia merupakan salah satu hidangan khusus terutamanya di Jepun.  
Hidangan ikan buntal hanya akan disediakan oleh tukang masak yang berkemahiran tinggi dan terlatih.
Kerajaan Jepun juga telah mewajibkan sistem dan latihan khas untuk mengendalikan ikan ini.
Di negara tersebut, ikan ini turut disebut sebagai ikan fugu dan sering menjadi sebahagian ramuan bagi hidangan sushi dan sashimi.
Sumber : web-japan.org Risiko Makan Ikan Buntal Tidak seperti di Jepun, buntal bukanlah spesis ikan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia. Namun, ia masih mendapat permintaan bagi segelintir penggemarnya.
Yang menjadi masalah apabila makan ikan ini ialah apabila ia dicemari oleh racunnya sendiri.
Oleh itu, masyarakat perlulah peka akan risiko sebelum bercadang untuk makan ikan buntal.
Seekor ikan buntal mempunyai toksin yang boleh membunuh sehingga 30 orang dewasa!
Racun yang dikenali sebagai Tetrodoxin (TTX) ini dikatakan 1,200 kali lebih kuat daripada racun sianida.
TTX dihasilkan oleh bakteria yang hidup dalam ikan beracun ini.
Sumber Infografik : Bernama Racun ini biasa ditemui dalam telur, hempu, hati, usus dan kulit ikan ini.
Bahagian bertoksin tinggi ini perlu dibuang dengan berhati-hati sebelum ikan selamat untuk dimakan.
Jika bahagian-bahagian ini terluka atau terpotong, ia boleh mencemari ikan buntal dan membawa mudarat kepada si pemakan.
Racun TTX ini juga tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi.
TTX boleh mengancam manusia kerana ia boleh menyerang saraf serta menyebabkan kelumpuhan otot-otot penting seperti otot pernafasan yang boleh membawa maut.
Di samping memberi peringatan kepada orang ramai, Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menghalang penjualan ikan ini disebabkan risiko keracunan yang tinggi.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia Gejala Keracunan Ikan Buntal Gejala keracunan ikan ini biasanya akan muncul kira-kira setelah 20 minit hingga 3 jam selepas racun masuk ke dalam tubuh.
Memetik Berita Harian, terdapat empat tahap bagi gejala keracunan iaitu :
Tahap 1
Kawasan sekitar mulut terasa kebas atau mati rasa Sistem pencernaan terganggu Mual atau muntah Sakit perut yang biasa muncul 10 hingga 45 minit selepas makan ikan ini. Tahap 2
Mati rasa di wajah Sukar untuk bercakap Hilang keseimbangan Tubuh terasa lemah Sukar bergerak Tahap 3
Tubuh menjadi lumpuh Pupil mata membesar Tahap 4
Kegagalan untuk bernafas Kadar oksigen dalam tubuh berkurangan (hypoxia) Jantung berdegup lebih lambat daripada asal (bradikardia) Tekanan darah menurun (hipotensi) Kurang kesedaran Bagi mengelakkan masalah kesihatan yang tidak diingini orang ramai dinasihatkan supaya mengelak makan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya kerana hampir semua jenis ikan ini mengandungi toksin.
Pengguna yang membeli ikan ini secara atas talian khususnya dalam bentuk filet perlulah peka dengan jenis serta spesis ikan yang dibeli.  
Orang juga ramai dinasihatkan supaya mendapatkan rawatan kecemasan sekiranya mengalami gejala keracunan akibat makan ikan buntal.
Sumber : penawaracun.usm.my, Berita Harian, Facebook KKM, Sinar Harian, Astro Awani
Baca Juga : Ikan Bandaraya : Asal-Usul, Ciri-Ciri Unik dan Kesan Pada Ekosistem


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ikan-buntal/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ikan-buntal

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

Makan Tapai Waktu Hamil Ada Risiko Jejaskan Sel Otak Anak Doktor Jelaskan Hal Ini

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 179 hits
Waktu mengandung ni selera ibu memang macam macam Ada benda yang kita tak suka makan sebelum hamil tiba tiba jadi kegemaran pula bila berbadan dua ni Ada juga jenis makanan yang kita tak pernah makan tapi teringin pula nak merasa waktu meng...
Makrosomia Bila Saiz Bayi Dalam Kandungan Besar Dari Biasa Risiko Koyakan Faraj Bayi Susah Keluar

Makrosomia Bila Saiz Bayi Dalam Kandungan Besar Dari Biasa Risiko Koyakan Faraj Bayi Susah Keluar

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 160 hits
Bayi bersaiz besar sebenarnya akan memberi kesan kepada ibu ketika proses melahirkan anak Saiz bayi di dalam perut ini dinamakan Makrosomia Ini yang anda perlu tahu mengenai keadaan saiz bayi yang besar ini Makrosomia janin ialah keadaan di...
Pahami Sebelum Transaksi Paylater Ibarat Pedang Bermata Dua Yang Bisa Bawa Manfaat Dan Risiko

Pahami Sebelum Transaksi Paylater Ibarat Pedang Bermata Dua Yang Bisa Bawa Manfaat Dan Risiko

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 90 hits
Kampanye edukatif tersebut merupakan salah satu upaya pihaknya untuk mendukung geliat industri keuangan digital yang kondusif bagi pengguna
Cadangan Antarabangsa Bnm Merosot Sebanyak Rm1 0 Bilion Pada Bulan April Dalam Keadaan Risiko Yang Merosot

Cadangan Antarabangsa Bnm Merosot Sebanyak Rm1 0 Bilion Pada Bulan April Dalam Keadaan Risiko Yang Merosot

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 195 hits
Simpanan antarabangsa Bank Negara Malaysia terus menurun sebanyak USD1 0 bilion atau 0 9 sebulan ke paras terendah lima bulan sebanyak RM112 8 bilion pada 30 April 2024 Simpanan kini mencukupi untuk membiayai 5 5 bulan import barang dan per...
Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

Masak Lemak Ikan Bawal Cermin Dengan Belimbing Buluh

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 215 hits
Saya Kuliah persiapan Wanita Akhir Zaman oleh Ustazah Asma Harun di Surau Ad Dhuha 24 April 2024 Boleh tengok video penuh di Hari ini kita telah berada pada 15 Syawal bermakna ada 15 hari lagi untuk kita berpuasa sunat Syawal di mana puasa ...
449 Jemaah Haji Asal Sumsel Segera Terbang Ke Madinah 90 Persen Punya Risiko Tinggi

449 Jemaah Haji Asal Sumsel Segera Terbang Ke Madinah 90 Persen Punya Risiko Tinggi

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 214 hits
Pengawasan diperketat karena 407 jemaah atau 90 6 persen masuk kategori risiko tinggi
Tak Menyesal Sedar Akan Hadapi Risiko Rowoon Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Sf9

Tak Menyesal Sedar Akan Hadapi Risiko Rowoon Akhirnya Dedah Sebab Tinggalkan Sf9

papar berkaitan - pada 26/4/2024 - jumlah : 151 hits
Rowoon telah mendedahkan sebab mengapa dia memilih untuk keluar dari SF9 Artikel Berkaitan Muncul sebagai tetamu dalam Jo Hyun ah s Friday Night Rowoon telah berkongsi pelbagai kisah mengenai dirinya Termasuk sebab mengapa dia meninggalkan ...
Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

Kecederaan Acl Gejala Diagnosis Dan Rawatan Pemulihan

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 178 hits
Kecederaan ACL adalah salah satu kecederaan yang kerap berlaku pada sendi lutut seseorang khususnya ahli sukan atau mereka yang mempunyai aktiviti fizikal berat setiap hari Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang gejal...
Fix Harmful Backlinks For Free

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Muzium Penjara Melaka Tarikan Utama Harga Tiket Masuk

Harga Tiket Lost World Of Tambun Tarikan Dan Aktiviti Menarik

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Gleneagles Follow Up

Gotong Royong Kelas Anak Sekolah Menengah

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata