Kisah Putera Jefri Bolkiah Dengan Kekayaan Melampau


Putera Jefri Bolkiah, adik kepada Sultan Brunei, menjalani kehidupan mewah dengan koleksi kapal layar, hotel 5 bintang dan lebih dari 2,000 buah kenderaan mewah dan dilaporkan membelanjakan RM200 juta sebulan tanpa sebarang masalah.


Malah, beliau dan abangnya terkenal dengan berjalan dalam rombongan seramai 100 orang dan mengosongkan kedai-kedai berjenama seperti Armani dan Versace ketika berbelanja.

Dengan wang yang tidak terkira banyaknya, Putera Jefri tidak terlepas daripada hidup mewah.

Ini adalah tidak mengejutkan kerana beliau adalah sebahagian daripada kerabat diraja terkaya di dunia di mana keluarga ini mempunyai anggaran kekayaan sekitar RM120 hingga RM160 bilion.

Apabila bercakap tentang tempat-tempat mewah untuk didiami ketika Putera Jefri berjalan ke luar negara, menyewa bilik hotel cantik bukanlah satu pilihan sebaliknya beliau membeli 5 buah hotel mewah.

Koleksi hotel 5 bintang Putera Jefri adalah sangat menakjubkan yang membuatkan beliau mempunyai terlalu banyak pilihan untuk memilih suite.

Koleksinya termasuklah hotel bersejarah Hotel Dorchester di London, hotel mewah dan romantik di Paris iaitu Hotel Plaza Athénée dan hotel di New York yang tersangat mahal iaitu Lotte New York Palace, yang mempunyai bilik berharga RM100,000 semalam.

Beliau juga memiliki 2 buah hotel tercantik di Los Angeles iaitu Hotel Bel Air dan Hotel Beverly Hills.

Dari segi rumah peribadi, Putera Jefri sudah tentunya memiliki beberapa rumah mewah, namun yang paling disukai beliau adalah St. John Lodge di London.

Ketika beliau membeli rumah ini dengan harga RM220 juta pada tahun 1994, ia merupakan rumah peribadi termahal di seluruh United Kingdom.

Ini lebih kepada rumah peribadi beliau namun Putera Jefri juga pernah memiliki rumah mewah lain seperti mahligai yang bernilai RM155 juta terletak di Las Vegas.

Mahligai ini memiliki 18 buah bilik dan 27 bilik mandi, dibina di atas tanah seluas 11 ekar dan dilengkapi dengan garaj yang boleh memuatkan 12 buah kereta.

Selain dari hotel mewah dan mahligai, Putera Jefri juga memiliki 250 buah syarikat termasuklah Asprey, kedai barang kemas mewah yang menjadi pembekal barang kemas untuk monarki British. Syarikat ini dibeli oleh beliau pada tahun 1995 dengan harga hampir RM1.6 bilion.

Dan sudah tentu beliau memiliki koleksi kereta mewah seperti kerabat diraja dan hartawan yang lain, namun koleksi kereta mewah beliau sedikit berbeza kerana ia bukan hanya bernilai jutaan ringgit, tetapi bilion, dengan sekitar 2,300 buah.

Koleksi ini termasuklah beberapa buah kereta Bentley, Ferrari dan Roll-Royce.

Antara kereta paling popular dan mahal dalam koleksi Putera Jefri adalah Bugatti EB-110 yang bernilai RM4 juta, sebuah Mercedes Benz CLK GTR Roadster yang dianggarkan bernilai RM20 juta, sebuah Porsche 550 Spider yang dijual dengan harga RM24.4 juta dan dua buah McLaren F1 hitam yang pada hari ini bernilai RM60 juta sebuah.

Dan walaupun kereta-kereta ini bernilai jutaan ringgit, Putera Jefri kelihatan seperti mengabaikannya di ruangan parking milik keluarga diraja ini.

Menurut seorang pengumpul kereta mewah yang berpeluang untuk melihat kereta-kereta ini di garaj tersebut, kereta-kereta mewah ini dibiarkan di bawah cahaya matahari dan sesetengah daripadanya mengalami kerosakan.

Namun, mungkin Putera Jefri tidak begitu memberikan perhatian kepada koleksi kereta mewahnya kerana beliau sibuk dengan jenis kenderaan yang lain.

Beliau dilaporkan memiliki 9 buah pesawat peribadi yang boleh digunakan bila-bila masa sahaja, termasuklah Boeing 747 yang diubahsuai bernilai lebih RM2 bilion.

Putera Jefri juga memiliki sebuah helikopter Sikorsky bernilai RM4 juta serta pesawat Airbus bernilai RM448 juta.

Tidak cukup dengan kenderaan darat dan udara, Putera Jefri turut memiliki armada bot terdiri daripada 5 buah bot termasuklah kapal layar dengan panjang 15 meter yang diberi nama yang agak aneh, iaitu "TITS".

Kapal layar ini dibina khas untuk Putera Jefri oleh syarikat kapal Belanda iaitu Feadship dan dilaporkan dilengkapi dengan emas 24 karat dan lif yang menghubungkan dek-dek di dalamnya.

Ia juga dilengkapi dengan 2 buah bot kecil yang digunakan untuk membawa orang dari dan ke kapal mewah ini.

Antara barangan mewah lain yang dimiliki beliau termasuklah permaidani yang ditenun dengan permata dari benang emas padat bernilai RM28 juta.

Namun apa yang paling dahsyat dari segi perbelanjaan Putera Jefri adalah jumlah wang yang sanggup dibayar untuk perkhidmatan.

Beliau pernah membayar RM6 juta kepada seorang jurulatih badminton yang diterbangkan dari luar negara untuk membantunya dalam sukan itu.

Putera Jefri juga pernah mengimport Joe Montana dan Herscel Walker untuk mengajar anak beliau bermain American Football, yang dilaporkan bernilai puluhan juta ringgit.

Dan yang paling tidak masuk akal, Putera Jefri pernah membayar RM68 juta kepada Michael Jackson untuk membuat persembahan pada hari kelahiran abangnya yang ke-50.

Jadi, bagaimana Putera Jefri boleh menjadi sebegitu kaya sehinggakan beliau boleh membayar Michael Jackson hanya untuk sebuah majlis?

Sebahagian besar daripada kekayaan ini datang dari kekayaan abangnya yang bernilai dari RM100 bilion, namun beliau juga mempunyai pendapatan sendiri.

Putera Jefri pernah berkhidmat sebagai ketua agensi pelaburan Brunei yang melaburkan banyak kekayaan negara tersebut dan bertanggungjawab untuk pelaburan di luar negara.

Pelaburan terbesarnya ketika bersama agensi ini termasuk The Empire Hotel yang dibina dengan kos hampir RM5 bilion dan Jerudong Park, taman hiburan terbesar dan termahal di Asia Tenggara dengan kos RM1 bilion.

Beliau juga pernah bertugas sebagai menteri kewangan agensi ini dari pertengahan tahun 1980-an hingga pertengahan tahun1990-an, dan ketika inilah semuanya berubah.

Semasa memegang jawatan itu, Putera Jefri didakwa mencuri RM61.4 bilion dari Brunei.

Beliau dilaporkan cuba menyalahkan kedua-dua peguamnya dengan mendakwa beliau tidak pernah menandatangani cek sendiri dan orang yang lain menguruskan kewangannya, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Putera Jefri sendiri yang disaman RM92 juta.

Setelah rundingan dibuat, satu penyelesaian dicapai pada tahun 2000 yang mana tidak didedahkan kepada umum.

Dan walaupun Putera Jefri mendakwa bahawa abangnya masih membenarkan dan memberikan harta kekayaan kepadanya, namun tidak banyak yang diterima beliau.

Pada tahun 2000, Putera Jefri memulangkan lebih daripada 500 hartanah, 2,000 buah kereta, 1,000 lukisan, 5 buah bot dan 9 buah pesawat kepada Brunei dan kebanyakan daripada hartanah beliau dilelong.

Pada satu tahap, Putera Jefri terpaksa menyerahkan lima butir berlian bernilai RM800 juta kepada agensi pelaburan brunei.

Walaupun tidak semewah dahulu, namun Putera Jefri tidak disisihkan dari keluarga diraja Brunei dan masih mempunyai akses kepada berbilion-bilion ringgit.

Beliau kini lebih low-profile, namun kehidupan mewahnya mungkin tidak pernah berakhir.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Bertuahnya Brunei Tidak Sertai Kemerdekaan Bersama MalaysiaRatan Tata Manusia Terkaya Di Dunia Tetapi Tidak Tersenarai Dalam Forbes
sumber: iluminasi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2021/04/kisah-putera-jefri-bolkiah-brunei.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sukses Aplikasi Youtube Situs Video No 1 Siapa Sangka Berawal Dari Situs Kencan

Kisah Sukses Aplikasi Youtube Situs Video No 1 Siapa Sangka Berawal Dari Situs Kencan

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 229 hits
Segala macam konten ada di situs ini Apakah kamu salah satu orang yang kepengin jadi Youtuber
Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni Jtbc Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi Duke City

Kisah Perebutan Kuasa Di Muzium Seni Jtbc Kongsi Barisan Pelakon Drama Misteri Psikologi Duke City

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 374 hits
Selepas berteka teki JTBC telah pun mengesahkan barisan pelakon utama untuk drama terbarunya iaitu Duke City Ia merupakan drama thriller misteri psikologi mengenai kehidupan beberapa watak yang bercita cita tinggi dan keinginan berbelit dan...
Kisah Janda Yg Dahaga

Kisah Janda Yg Dahaga

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 384 hits
Di sini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan...
Kisah Inspirasi Rumah Terbang Yang Menarik Dari Itali

Kisah Inspirasi Rumah Terbang Yang Menarik Dari Itali

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 283 hits
Ini adalah kisah inspirasi mengenai Rumah Terbang biar betul rumah boleh terbang sebenarnya tidak hanya nama sahaja dikenali sebagai rumah terbang kerana kemampuan rumah ini boleh berubah ubah kedudukan Rumah terbang ini direka dan dibina o...
Kisah Disebalik Sebuah Telefon Bimbit

Kisah Disebalik Sebuah Telefon Bimbit

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 285 hits
21 Mac 2021 Ahad lepas Gigih dak Kakak menabung untuk mendapatkannya dan aku hanya tambah sedikit je atas pembeliannya itu VIVO Y20Kisah disebalik sebuah telefon bimbit Ketika orang lain sudah memiliki telefon bimbit sendiri tapi dak Kakak ...
Kisah Pokok Keladi Ku

Kisah Pokok Keladi Ku

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 306 hits
Kisah Pokok Keladi Sebenarnya mama tak pasti apa nama pokok ni cuma masa beli pokok ni orang tu cakap sejenis keladi Mama beli pokok ni sebab nampak cantik dan daun dia pula jenis panjang panjang Senang aje menjaganya mama siram 2 kali semi...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte